7 Feb 2013

Feeling Guilty


Mula-mula, pagi tadi aku nak update entry pasal benda laen. Cerita pasal laen. Tapi tiba-tiba perasaan aku berubah. Tiba-tiba, datang satu rasa yang pernah aku rasa. Dah lama jugak hilang, tapi sekarang tiba-tiba datang semula. Perasaan bersalah. Perasaan bersalah ni mula wujud lebih kurang beberapa minggu lepas. Sebenarnya, kalau nak diikutkan situasi sebenar, aku tak bersalah pun. Benda tu puncanya daripada salah orang laen. Or silap orang laen. Tersilap la kiranya. Silap orang laen tu dah menimbulkan kekeliruan beberapa pihak. Err tak sure menimbulkan kekeliruan or menyebabkan orang laen pun terbuat silap. Aku masa keadaan mula-mula tu, tak keliru. Keliru aku tu datang waktu hujung-hujung pulak. Waktu klimaks. Keliru, sebab tu aku tanya. Tapi sebab aku tanya tu lah, jadi....




Yang mewujudkan perasaan bersalah dalam diri aku ni, bila aku ter-menyedarkan kesilapan orang pertama. Automatically, ia ter-menyedarkan kesilapan orang-orang seterusnya yang ter-result daripada kesilapan orang pertama tu, or kesilapan daripada diri dea orang sendiri sebenarnya? Tak sure. Masalahnya sekarang, benda tu dah result something yang tak berapa best pada certain pihak. Tu yang aku rasa bersalah. Sebab aku ke? Sebenarnya, aku rasa aku tak salah. Aku rasa, apa yang dah berlaku sekarang ni dah memang tertulis macam tu. Cuma, apa yang aku dah buat tu sekadar alasan macam mana situasi tu boleh berlaku macam tu, dan resultnya jadik macam ni. Err. Cuma, rasa bersalah tu tetap ada. Rasa bersalah walaupun aku tak bersalah. Perlu ke aku rasa bersalah? =_=


P/s: Rasa macam nak panjat bukit and jerit kuat-kuat. Aku tak bersalahhhhhh!!! (-_-)"


78 comments:

  1. no..tak perlu lah rase bersalah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err yeke Eyla? Hm, tapi sekarang memang dah takde rasa bersalah tu :D

      Delete
  2. err..

    pening..

    aku rasa nak naik bukit jerit.. "aku peningggg...!!!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah,mgedik la pulak dia ni nk pening =.='

      Delete
    2. Jom naek bukit sama2. Kahkah!

      Delete
  3. ape pening sangat ayat liyaa ni??!!!! *berdiri sambil cekak pinggang pegang rotan* hehehe.

    tak perlu rasa bersalah. take it easy. accept it as fate. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Gawangnya Oshinz. Dah macam che'egu disiplin. Kehkeh! Thanks oshinz. It's a fate kan? Huuuu :D

      Delete
  4. ermmm..apa mslhnya ni.. terpening lak..

    ReplyDelete
  5. jadah ko ni makcik..tak bersalah tapi rasa bersalah..plz terjun kb mall..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KB Mall? liyaa ni org kelate ker? :]

      Delete
    2. Pakcik Bundle, sukati la aku nak rasa apa pun. Hahaha!

      Err, Payeh. Mohon tulung jawabkan untuk Kopi :D

      Delete
  6. sy xfaham la kak lya.. tapi punca kpd yg slh tu sbab kak lya jdkan yg slh tu sbg alasan, dan mnyebabkan yg salah tu trus mnjadi mslh.. mcmtu ke? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err susah nak jawab ni. Sebab ayat Emma tu lagi memeningkan kut. Hahaha! Punca kepada salah tu sebab akak bertanya. Soalan akak tu ter-menyedarkan kesilapan org pertama :D

      Delete
  7. Replies
    1. Hehe. Dah bersabar. & now dah tak rasa bersalah dah. Sebab dah lama lepas. Hehe :D

      Delete
  8. =,=' tak faham, muhun pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala la kita cik ha. aku pon tak phm bila baca n3 ni. tp bila aku baca komen dpt la aku pickup cket2..tak bersalah tp rasa bersalah..kan mcm tu kan?

      Delete
    2. 4feet8: Err takpe. Tak perlu dicerahkan. Cerita ni memang susah nak faham. Kalau kasi faham betul2, lagi tambah bersalah =_=

      Kopi: Haa macam tu lah, Kopi. Betul la apa yang kau faham siket2 tu. Hahaha!

      Delete
  9. hah? pening2..

    tp kan akak, sy selalu gak rse brsalah tiba2. mse buat something xrse brsalah pon tp bile dah buat tetibe rse brsalah.

    aikk. kemain bnyk prkataan brsalah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Yg tu situation laen Aisya. Memang biasa gak berlaku. Tp yg dalam entry ni, situation dea laen :D

      Delete
  10. kalo bukan salah kau tak payah nak bersalah.

    kalo salah ko sikit je, mungkin ko tak perlu beria-ria minta maaf dan terangkan perkara yang sebenar.

    kalo ko adalah punca, open ur hand minta maaf :)

    pendapat aku la liya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bukan salah aku pun, Punzeel. Aku cuma terlebih jujur je masa tu. Org pertama tu yang tersilap sebenarnya. & dea dah mintak maaf pun. Tp silap dea tu dah beri kesan pada org laen.

      Cuma, kalau aku tak terlebih jujur masa tu, maybe org pertama pun tak sedar kesilapan dea. & maybe kesilapan tu takkan beri kesan pada org laen tu. So, salah aku ke sbb terlebih jujur?

      Delete
    2. bukan kot...

      memang keadaan menjadi ko mangsa...

      tapi next time berhati-hati dengan benda alah ni. ibarat tarik menarik dalam tepung kan.

      Delete
    3. Hehe. Cheh! Kau cakap macam kau betul2 tau apa masalahnya kan? Hahaha! Tahniah Punzeel :P

      Delete
    4. aku physician. boleh tilik nasib...

      hahaha!

      Delete
    5. Haish! Apa tilik2 naseb ni? Syirik2 :P

      Delete
    6. huhuhu.

      takde makne aku nak tilik nasib ko liya...

      aku memahami ape yang ko rase sebab aku pun selalu jadi mcm tu kot...

      orang yang jujur setiap masa ni kadang2 susah gak.

      Delete
    7. Hahaha! Aku memaen je psl tilik naseb tu :P

      Err kadang2 terlebih jujur lak kan? Suci betul hati kita kan Punzeel :|

      Delete
  11. errr.. pening.. tolongg!! huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sini meh Chic Na. Nak Liyaa tolong apa? Hehehe

      Delete
  12. membaca sambil picit2 kepala. anda bersalah sebab buat kami pening.
    tapi jangan la rasa bersalah melampau kalau dah betul apa yang kamu buat tu, take it easy, maybe u just rasa tak sedap hati la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err okey maaf saya bersalah sebab buat anda2 sume pening =_=

      Btw, your words sangat menyedapkan hati. Betul. Cuma rasa tak sedap hati je masa tu. Sbb bukan buat benda yang salah pun. Yurp! Thanks ya :D

      Delete
  13. biasa berlaku pada aku ni.lepas buat entry, dah publish tetiba rasa entry tu tak sesuai dengan pembaca yang rata2nya mempunyai berbagai2 cara berfikir.jadi aku delete.

    sepatutnya kita buat entry yang mudah orang faham,tak terlalu tersirat maknanya bagi mengelakkan kekeliruan :)

    ko pening?nak makan pil chi kit teck aun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sesekali buat entry memeningkan takpe kut, Pakcik. Macam, entry tu perlu diluahkan tapi macam susah untuk diluahkan. Plus, ada hati yg perlu dijaga ke. Taknak maksud entry tu terlalu jelas ke. Heheh!

      Aku tak pening. Rasanya pembaca aku yang pening. Muhun edarkan pil2 tu kpd dorang. Hahaha!

      Delete
  14. Replies
    1. Hahaha! Dah sabaq dah ni, Kimi. Now dah takde dah rasa bersalah tu. Aku tak sedap hati je masa tu kut. Heheh :D

      Delete
  15. rasa bersalah sebab tak menegur kesalahan yang membawa pada salah faham. itu bukan kesalahan untuk dirasakan bersalah. itu...itu....errrr itu adalah sejenis kejadian yang ditakdirkan berlaku dan sudah berlaku. pasti ada sebabnya Kak Liyaa...sabaq na.


    dan...tak perlu panjat bukit susah payah. akak pergi je kat pintu belakang rumah. jerit aku tak bersalahhhh pun boleh. biar jiran terperanjat...baru boleh akak rasa bersalah. HAHA. mengganggu ketenteraman pendengaran jiran. :P


    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm. Akak rasa bersalah sebab menegur Aien. Hehe. Yurp! Betul tu. Just kejadian yg ditakdirkan berlaku. Takpe Aien. Now akak dah sedap hati sket pas baca komen Dora. Maybe akak cuma rasa tak sedap hati je masa tu. Watpe rasa bersalah kalau kita tak buat benda salah kan? Heheh!

      Err taknak2. Nanti rasa bersalah yg laen pulak :D

      Delete
  16. sila cari bukit dan jerit ek.
    pertama kali di sini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaaaa tak sempat nak carik bukit. Tapi skang rasa bersalah tu dah hilang. So, dah tak perlukan bukit anymore :D

      Delete
  17. aku rasa macam nak tumbuk jer leher kau..grrrr

    ReplyDelete
  18. kak liyaa tolonggg, rase nak jerit jugak ni. jom pegi bukit timbalan jerit sama2 kuat2. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Apa dapat jerit kat Bukit Timbalan tu? Hahaha! Dah2. Jom kita pegi Legoland ngan Hello Kitty :P

      Delete
  19. adehhh
    nk pitam pun ada gak..rs mcm bersalah sbb x bapa nk phm pun ada gak..yg pastinya kalo x bersalah tp ada rs bersalah dlm diri mesti rs x best..rs mcm nk je p tulis kat whiteboard or x kisah lah mn pun "aku x bersalah weiii" hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err jangan la sampai nak pitam, Ai. Takyah nak rasa bersalah sbb tak paham. Ramai lagi yang tak paham kat sini. Err tak perlu nak fahamkan sgt okeyy :D

      Delete
  20. alaa klau da salah ngaku jelahh tak yah laa nak jerit2 sampai kat bukit HAHAHHAHA

    relax kakak Lyaa (ohh sopan kau Na)
    dont be too stress muax muax muax

    ReplyDelete
    Replies
    1. Grrr. Stress baca komen Na :P

      Muax muax muax. Ceh! Nak jugak tu. Hahaha!

      Delete
  21. err, rasa bersalah pulak nak cakap takpaham apa masalah liyaa -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, takyah rasa bersalah Hara. Entry ni memang susah nak paham =_=

      Delete
  22. kecelaruan ke kak oi....jom panjat gunung nuang nak?? eh lupa plak, tak best ajak org dh kawen ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eish, mengada je kan? Sebenanye sengaja nak jeleskan dulu pastu bagi reason taknak ajak kan? Btw, tak jeles la Zila. Akak bukan de stamina nak panjat gunung. Hehehe

      Delete
  23. feeling guilty lame x jenguk awak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu memang kau patut rasa bersalah. Grrr. Bila kau cuti, aku pulak bz, Payeh :(

      Delete
  24. Palaotak aku tak dapat nak tafsir..Grrr!

    Aku syorkan kau dengar je lagu,
    "You can put the blame on me."

    Kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Takk. Aku tak bersalah pun sebenarnya (d)

      Delete
  25. banyak sangat ter sampai aku pun tak faham ape yang ko rase bersalah sangat tu.. series aku tak faham weh.. ko bersalah sebab hal ape ni? studi ke peribadi? sekian.. aku yang blur @.@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang la kau tak faham sbb aku tak cite pun apa yg buatkan aku rasa bersalah tu. Heheh! Maybe aku rasa bersalah sebab terlalu berlaku jujur. Sekian. Takleh nak explain lebih2 :P

      Delete
  26. saling berkait betul eh..masalah awak nie..smp ain pun bermasalah nak faham masalah tu..mihmih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err jangan sampai bermasalah camtu skali Ain. Rasa bersalah lak bila Ain cakap camtu :D

      Delete
  27. jangan jerit kat bukit. jerit kat depan kipas je. Haha

    ReplyDelete
  28. Alaaa jangan stress stress, Liyaa hadapi dengan orang tu tak boleh? Hurmmm camne erk nak tolong Liyaa nie. Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm. Takpe Fifie. Rasa bersalah tu maybe cuma perasaan tak sedap hati je. Fifie boleh tolong laen kali ya. Hehe :D

      Delete
  29. next time kaalau nk pergi bukit ajak taw :D hehe

    ReplyDelete
  30. Berapa banyak salah da...

    Kalau kau rasa betol dan situasi itu boleh jadi permulaan untuk pembetulan, tak perlu rasa bersalah... tak sedap hati tu mungkin kau takut ko la puncanya...

    Ko pernah dengo Bukit Botak tak?
    Apa kate ko jerit kat situ? Mana tau bukit tu boleh tumbuh rambut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err kat mana tu Bukit Botak? Tak penah denga. Muhun tunjukkan jalan. Hahaha!

      Delete
  31. Hape yang komplikated sangat ni. Aduh sayang. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Kalau betul salah kita, mitak maaf. Kalau bukan salah kita, mtk dgn Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita. Ehek ehek. Chill lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Takde2. Takde sape2 cakap apa2 pun. Sendiri rasa bersalah je. Btw, skang dah okey. Takde dah rasa bersalah tu. Maybe mmg tak sedap hati je masa tu :D

      Delete
  32. aku ingt aku sorang je pening ~,~
    bersalah. tak bersalah. arghhhh!

    ReplyDelete
  33. erkk pening ..dah bace komen orang, n komen yg ko balas pon still pening ..liyaa tolong tukulkan pale aku jap ..hehehe

    kalo ko rase mende tu betul, tak yah laa ko rase bersalah, menyesal dan sebagainye ..takkan ko nak amik hati semua orang yang ade kat keliling ko kan? susah kan? asalkan org tak kate ko biadap, kurang ajar, dah ok la tu ..ko jage diri ko je :P OK?

    ReplyDelete
  34. alahai, banyak sgt TER-nya ei... jgn TER-asa bersalah kak kalau rasa TER-yakin bukan salah akak ei..

    sbnrnya pening baca.. keh2

    ReplyDelete

Shout Your Quotes