20 Feb 2013

Realisasi Impian Mak


Hujung minggu lepas, balek rumah Mak sekejap. Dah hampir sampai tu, ternampak dua orang budak tengah jual kueh dalam bakul. Rasanya jual dari rumah ke rumah. Rasa macam kesian pulak. Sekarang ni ada lagi orang jual kueh macam tu? Bawak dua bakul kueh pergi sekitar kawasan perumahan, sambil jerit "Kueh.. Kueh.." Nampak makcik tengah sapu laman depan rumah.. "Cik, nak beli kueh, cik?" "Kueh apa ada, nak?" "Karipap ada, donut ada, seri muka ada, pau sambal ada. Makcik nak kueh apa?" "Err takpe lah, nak. Makcik dah kenyang" Err @.@ Lalu dua orang budak tadi pun sambung berjalan lagi, sambil menyanyi "Kueh.. Kueh". Sekian. Situasi cuma daripada imaginasi penulis atas pengaruh drama swasta di televisyen :P

Terus teringat masa aku kecik dulu. Tak lah kecik sangat. Form 1 kut, aku rasa. Masa tu, tiap-tiap petang Mak suruh aku dan adek aku pergi pusing keliling kampung (aku panggil kampung sebab kawasan rumah setinggan), sekeliling kawasan rumah teres dan rumah flat berdekatan. Mak suruh jual keropok ikan. Hehehe. Macam comel je kan aku jual keropok ikan? :P Masa tu, budak baru nak up. Memang malu bila kena jual macam tu. Jual keropok ikan mentah dari rumah ke rumah. Lebih malu kalau rumah yang kita singgah tu rupanya rumah kawan sekolah. Rasa macam nak sorok muka masuk dalam baju =_= Perasaan masa tu lah. Jual keropok ikan keliling kampung jatuh standard, kununnya. Cheh! Kalau difikir balek, bangga dapat tolong Mak ^^


 "Makkkk, nak Nasi Ambang Makkkkk" :((
 (Google)

Lepas aku form 5 pulak, kalau tak silap. Mak aku berniaga pelbagai kueh mueh dan nasi ambang untuk sarapan pagi. Pagi tu maksudnya mula menjual sejak subuh lagi. Lebih kurang pukul 6 pagi macam tu. Masa tu jual kat depan rumah je. Bukak meja depan rumah, jiran-jiran yang keluar nak pergi kerja pagi-pagi yang lalu depan rumah akan nampak. Masa tu, yang tunggu customer kat meja tu aku lah orangnya. Heheh. Daripada subuh tu, duduk lah depan meja tu tunggu siapa-siapa lalu nak beli kueh. Biasanya, tunggu sampai pukul 8 ke 830 pagi macam tu je. Ada seorang member aku ni, rumah kita orang dekat, kadang dea call je order nasi ambang sebab dea gila pemalas nak datang beli. Grrr. Tapi aku dengan baek hati akan buat delivery service :D

Mak aku daripada dulu memang peniaga gigih. Kalau nak cerita pengalaman berniaga, banyak. Baru-baru ni, Mak call bagi tahu "Kedai yang kita mohon kat Pasar Larkin tu dah dapat, Liyaa". Happy gila suara Mak. Alhamdulillah. Sebab aku yang mula-mula bawak Mak pergi pejabat kat Pasar (Bustand) Larkin tu untuk buat permohonan. Selebihnya, adek aku yang semangat nak berbisnes tu yang uruskan. Memang dea yang paling bersemangat daripada dulu. Bersemangat je lah, tapi geraknya tak jugak =_= Tapi Alhamdulillah sekarang impian dea hampir jadi kenyataan, kut. Belum apa-apa dah letak notis berhenti kerja @.@ Naseb baek permohonan kedai tu approved. Kepada Mak, Suka lah tu dapat kedai yang Mak idam-idamkan? :P
 

91 comments:

  1. untung la makcik,tahniah..(maksud aku, tahniah untuk mak ko ye liya).hahaha..

    aku baca sambil bayangkan ko pegi jual kopok tu mase berhingus tu..tah2 kuar pegi jual tu pon tak pakai selipar, selamba je kaki ayam, rambut tak sikat..selebet je..tak dapt aku nak bayangkan yang comel ko cakap tu..hahahahhahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheh! Yang selebet2 je kau bayangkan aku kan? Macam tau2 je aku memang comot dulu. Hahaha! Tp agak2 la kaki ayam. Dah form 1 kut aku masa tu :-w

      Mak aku cakap "Time kaseh, Bundle. Muhun jangan selalu buli anak makcik tu lagi" Ahaha!

      Delete
  2. mana kedainya? meh aku singgah dan cuba...

    -kak6-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err kedainya belum bukak lagi. Awal bulan 3 nanti baru start operate. Hehe. Eh, tapi kedai tu jual biskut2 raya & kerepek2 kut. Datang la weyh! :D

      Delete
    2. kaknam laju je..lemak yang ko ternak tu dah membiak dah kaknam..diet sikit..hahaha

      Delete
    3. Biar la Pakcik dea nak singgah kedai aku. Dengki pulak kau kan? :-w

      Delete
    4. Bund, aku rasa macam jelita je bila berlemak. Haha...

      Boleh datang. Mesti ada nasik ambeng tau. Nanti if dah bukak, bitau.
      Ada potong-potong riben tak? Haha.

      Delete
  3. terasa nak menyinggah kedai mak ko la... kat larkin kan kan???

    dah 5 tahun dah tak g sane...

    aku pun conpius mcm bundle gak, comel mcm mane yang ko mksud ko. sebab skang ko takde la comel mane.... hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kat Larkin. Yg kat area pasar tu. Hehe.

      Err comel yg aku maksudkan yg macam Bundle describe tu la kut. Comot, selebet =_= Skang pun still camtu gak, Punzeel. Hahaha!

      Delete
    2. larkin tu kat skudai kan..dekat ngn utm kan..kalau aku sampai sana, ko bagi tak aku singgah makcik?hahaha..

      Delete
    3. Jauh sgt tu Larkin ngan Skudai. Hahaha! Kau tembak tak kena nampaknya. Tapi kalau kau turun sini, turun je bustand, itu lah Larkin. Takyah carik2 dah sampai dah pun :D

      Delete
    4. aku pegi johor pon baru sekali seumur hidup ko tau..tu masa temankan akak aku pegi utm dulu..tp aku ingat la larkin tu ade bastand sebb aku g ngan akak aku tu naik bas je..pastu dah lupa camne aku sampai utm..johor aku fail..haha

      Delete
    5. Kau baru datang skali memang la fail. Meh datang meh aku tunjukkan jalan kat kau. Hahaha!

      Delete
    6. larkin tu bukan dekat dengan istana ke...

      tak pun area dekat dengan hutan bandar...

      masa aku belajar dulu, sana-sana tu payah nak g sebab jauh dari u, nak tukar bas pun agak menyusahkan aku.

      jadi main area JJ Taman U je la, walau boring pun...

      hihi.

      Delete
    7. errr..larkin tu dekat dgn pasar awam..istana tu dekat dgn hospital..

      Delete
  4. pergh.. nasi ambeng. fepret gila okeh. kedai kat pasar larkin tu jual nasi ambeng tak? hehehe.

    amboi makcik dalam angan tu beria tanya, padahal dah kenyang. sumbat satu pau sambal kang baru tahu. kihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan Oshinz? Meriahhh. Tapi kat Larkin tu tak jual nasi ambang la. Sedihhhh. Kalau tak, hehari boleh tapau satu. Hahaha!

      Err jangan la marah makcik tu. Watak cuma rekaan. Tak pepasal makcik tu kenyang makan pau sambal sebijik. Ahaha!

      Delete
  5. haa, bila dah ada kedai untuk berbisness, boleh la ko tulun promote utk mak ko tu..online. buat website i.e blog sbg promosi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errrrrr macam tinggi gak angan2 tu walaupun aku penah terpikir camtu. Hahaha! 1st step dulu ada pikir nak letak label kat produk dulu utk promosi. Kut2 nanti org suka senang nak cari. Cheh!

      Delete
  6. wah..lepas ni turun johor leh singgah kedai mak liyaa lah.. eh? bila start operasi..?
    hehe..misti comel je masa menjual tu kan.. <-ayat ni meneutralkan komen bandel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal bulan 3. Tp kedai tu jual kueh2 raya & kerepek2 je. Hehe. Tp mak Liyaa skang pun memang meniaga makan tghari. Boleh singgah kalau pegi Taman Perling :P

      Naseb baek Ha tolong neutralkan, walaupun untuk sedapkan hati je. Hahaha!

      Delete
  7. Replies
    1. Kan? Lapar tgk gambar nasik ambang tu. Grrr

      Delete
  8. salam

    hee dekat rumah sis ada je budak2 jual, adik beradik, pagi jual sarapan, petang jual kuih2.
    wah dekat larkin kah? nanti bagitaulah kedainya mana 1 bila2 boleh serbu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang jual dari rumah ke rumah ke? Hehe. Comel je. Rasa macam dah lama tak nampak situasi camtu. Tuhari la baru nampak semula :D

      Okeyy2! Nanti dah tampal banner kedai akak bgtau ya. Cheh! :P

      Delete
  9. pasar larkin yang betul2 dalam bangunan bustand larkin tu kan? selalu pegi bustand larkin pegi cari soto. hihi. ui nasik ambeng, nasib baik dah kenyang ni. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, Nana. Yg kat area pasar dlm bustand tu la. Hehe. Soto yg dekat mana? Area bayar kad parking tu ey? Heheh!

      Dah kenyang, sombong ek tak pandang dah nasi ambeng :P

      Delete
    2. Kat mana eh soto tu. Alah kat belah belakang2 tu ha. Tak tau nak cakap belah mana. Haha. Ada jual soto dengan macam2 kuih muih tu.

      Sebenarnye dah lama tak makan nasi ambeng. Hikhik

      Delete
  10. Wah2.. akhirnya tercapai jugak lah kan hasrat mak kak liya nk bukak kedai sndri.. tumpang gembira di sini.. hehehe..

    kebiasaannya time kita kecik2, mmg kita comel.. so, saya takkan pertikaikan la kenyataan kak liyaa kat ats.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak bila Chipsmore insaf daripada membahan akak ni? Ni mesti insaf sekejap je ni kan? Hahaha! :P

      Delete
  11. Wah, tahniah makcik....
    Bagus lah kau tolong mak kau liyaa..Tak payah malu, benda kita tlg parents kita kena berbangga..Hihi..
    Parents aku pun meniaga jugak liyaa, meniaga kat pasar pagi dengan pasar malam, dari kecik pun aku selalu kena usung naik lori, dah remaja dengan dewasa memang aku sendiri nak ikut pegi tolong, aku tak sampai hati tengok mak abah aku tengah panas keja cari duit utk ktorg...Kalau aku pegi tu kurang sikit beban dorg kan? Hehehe..
    Alhamdulillah jugak, selama aku tlg parents aku, sikit pun tak penah rasa malu even terserempak dengan cikgu, lecturer, kawan2 segala time aku tgh tlg parents aku meniaga, time belemoih pun aku rileks je...Ke aku tak reti malu tak tau la...Muahahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, perasaan budak2 masa tu je, Syida. Dah besar2 ni aku pikir balek mmg tak patut malu pun. Hahaha! Lagipun malu masa tu maybe sbb kena pegi dari rumah ke rumah. Dah mmg aku ni sejak azalinya pemalu, sampai bila2 pun camtu la. Kehkeh!

      Delete
    2. bukan ko tau mintak duit je ke dengan bini abah ko tu..hahaha

      Delete
    3. Aku setiap kali cuti aku akan meniaga dengan bini abah aku eh..Memang takde nak mintak duit free2..Kehkehkeh..

      Delete
  12. mungkin mse kecik2 kite malu jal kuih mcm tu kak, tp bila dah bsr kita akan bngga sbb sekurangnya kita dpt jugak brbakti dkt mak ayah kan?

    anak2 kita nnti entah sanggup ke tak nak brkorban utk kita. :)

    ReplyDelete
  13. tahniah untuk mak kepada adik ko ye,, kih3,,

    ReplyDelete
  14. rajinnya liyaa. mesti suara macam siti nurhaliza sebab hari2 praktis. hihi.. berniaga sendiri banyak untung kan. bagusla adik liyaa tu minat berniaga. boleh tolong mak nanti kat kedai baru. :)

    ReplyDelete
  15. kami teringin nak meniaga...teringin sangat...bukak kedai ke...comel kan? huhu

    ReplyDelete
  16. Sweet sweet story. Dulu2 masa muda remaja memang la malu, tapi skang ingat balik mmg bangga kan. All the best for your mom's business.
    Nnt balik Malaysia kami singgah ok. Hehheee

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah...tcapai juga hasrat mak liya...hehehe

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, realisasi jugak hasrat mak akak. syukur. :)

    Ain selalu tolong mak jahit baju je. hehe... :) Untunglah akak ada pengalaman camtu.

    ReplyDelete
  19. Salam.

    Eh liyaa..mak ko baca tak entry ko ni? hahahah

    Haa,kat area umah aku ni,every weekend, ada la bebudak menjerit, "Naaaaaasiiiiiiiiii Aaaaaayaammmm" Memang berlagu.

    Aku tak pernah lalui pengalaman tu..tpi ak tau,ada yg malu2. Pengalaman malu2 ak lain. Ak time skola segan skit ngan classmate..sbb diorg kbnykkn ank org berduit,berada..mak bapak masing2 ada jwatan tinggi..

    Eh,ni yg buat ak sebak,huuhuhu

    ReplyDelete
  20. Oh ya, aku pun asal setinggan. Depan perumahan setinggan aku,ada lot deretan kedai,salah satunya office dato' yusof haslam..seronok kau bila dpt tgk dia buat drama,hahaha, berangan jugak ak nak jadi pelakon time tu,kui3

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah...tercapai juga impian Mak Kak Liyaa. :D

    kita pun dari kecik tolong mak meniaga ni. sama je macam Kak Liyaa...cuma tak jual keropok la. hehe. so bila bayangkan memang nampak comel je Kak Liyaa masa tu. hehehe.

    Nasi Ambang pula selalu jadi pilihan masa duduk S.Alam dulu tyme bulan puasa sebab murah dan lengkap. semua ada. heeee.


    ReplyDelete
  22. tahniah makcik, nanti makcik mintak laa liyaa tolong promote kedai makcik ..bagus liyaa ni selalu tolong makcik, kalau saye ni tau ngabiskan duit mak abah saye je :D ..

    liyaa, aku nak kepek pisang satu bundle ye ..pos kat rumah aku ..hehe tapi jangan ko poskan pakcik bundle plak kat rumah aku ye :D

    ReplyDelete
  23. nasi ambamg tu sbnrnya mcm mn? prnh bli. tp mcm lain.

    ReplyDelete
  24. nasi ambang yang ini mcm sedap je. nsi ambang sy bli dlu ada ayam goreng ja.

    ReplyDelete
  25. sory Liya, pic nasi tu buat sy hilang segala komen.
    hahaha

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah dah ada kedai, lepas ni leh la buat francise.eh apa kata ko bagi sampel buat kitorang rasa :D

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah.. finally dpt realisasikan impian makn.. byk pahala tuh.. hehehe.. mmg agak segan kalau jaja mkanan skeliling kg tp if ingt blik knangan tuh.. sweet sgt.. kann :D

    ReplyDelete
  28. bestnya dah dpt bukak kedai.. sonok lah mak akak tu kan..

    ReplyDelete
  29. wahhhhh sonoknye ada kedai sndiri.. boleh fokus handel bisnes sndiri je. takyah nak keje under org dah.. besnye ! besnye ! besnye! =P

    ReplyDelete
  30. wahhh bestnya dah ada kedai sdiri..
    eh ayat last Liyaa tu x menahan lah kepada Mak "Suka lah tu dapat kedai yang Mak idam-idamkan? :P hahahahahaha opkos la suka dah lama idam kan makcik kan :)

    erkk...x pernah mkn ns ambang,sgt teringin nk rs..mohon pos kat Ai boleh x Liyaa..plissssssss

    ReplyDelete
  31. ko jual keropok ikan nampak comel? sape yang cakap? =P nasi ambang tu aku tengok same je macam nasi aku makan time lunch.. so ape lain nye nasi ambang ni? bagus r dah dapat kedai, leh r aku makan free kot2 sampai aku kat larkin tu kan? =P

    ReplyDelete
  32. makcikk... nginduuu... gigih ko tulun mak ko ye.. macam aku. haha.. mak aku suka meniaga.. seingat aku.. ntah bape bnyak bisnes dia wat.. gerai kueh pau, gerai nasik lemak, gerai ketiau goreng, jual kepek, murukuu, ape lgi eh.. karipap mini.. macam2 lagi lah.. tapi semua sekejap2.. haha.. la ni.. jual tonik pulak dah.. peti ais lak penuh aiskrim mesia.. makk oo makk.. memang xleh dok senyap..

    p/s : aku tak penah makan nasik ambeng.. sedeyyhh...
    erkk.. tengok baby aku woii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. liyaa.. kat kampung aku kalau kenduri selalu ade nasi ambeng. kire x susah la nak dapat. tp yang paling best klu join sekaki buat nasi ambeng. buat je dah kenyang. tengok lauk bertimbun2 hahaha.

      ape pn tahniah untuk emak ko hehe. makin maju bisness pasni :P

      Delete
  33. alhamdulillah kak..kalau jue dulu jual kerepek kat sekolah..

    sekarang ni tengah usha2 kedai juga..nak sewa kedai.

    Itu semua rezeki kan....

    ***imissyouSis,soryLamaTakBW

    ReplyDelete
  34. jangan paksa aku komen untuk kali keduaaaaaaa!!! :P

    ReplyDelete
  35. cam sedap je nasi tu tapi tengok depan2 tak selera -__-

    ReplyDelete
  36. sronoknye dpt bniaga... nasi ambang itu bestt, dh lama tak makan.. eh, perut ni nyayi mintak nasik plak

    ReplyDelete
  37. bila baca ni teringat aku kat ct nurhalija. hehe. tak apa, janji kau dah tolong ibu kau, dan itu satu yang amat berg=harga yang susah anak2 skang nk buat. btw hang sihat? sori lama aku menyepi. hehe

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah
    semoga makin sukses :-)

    ReplyDelete
  39. mak pandai wat nasi ambang confirm anak dia pun pandai nasi ambang!nak!nak!bg resipi pun xpe!wahahaah

    ReplyDelete
  40. wah tahniah mak cik :)

    *jiran aku rajin buat nasi ambang kalau ada kenduri kendara

    ReplyDelete
  41. payah yg berhasil..terus maju! =D

    ReplyDelete
  42. kagum..
    serius kagum bila baca cerita camni..
    moga bisnes ibu berjalan dengan lancar, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  43. When there's a will, there's a way :)
    Tahniah makcikk. Eh macam kenal pulak haha.

    ReplyDelete
  44. pnh skali je mkn nasi ambeng. pergghhhh... terbuncit perut kejap

    ReplyDelete
  45. sedap ke nasi ambang ni? tak pernah rasa lagi -_____-
    jakun disitu!

    hihi :)


    tuan tanah, bila nak hupdate blog ni?

    ReplyDelete
  46. bila nak update belo ni? travel ke hujung dunia ke liyaa?

    ReplyDelete
  47. wah..gile kental..aku memang respect orang yang bersusah susah dulu bersenang senang kemudian..sebab bukan senang nak jadi senang kan kan..

    ReplyDelete
  48. Alhamdullilah. Semangat kental yang harus dijadikan contoh. kita kalau tak kuat mcm orang tua mesti jadi lembik. Kena push ourself baru jadi kuat.

    ReplyDelete
  49. wah bestnya zaman akak muda2 dulu ada jual2 kuih kat perumahan ahahah :D Teringin nak rasa pengalaman tu

    ReplyDelete
  50. Apasal lak mak cik tu gi tanya "kuih apa ada nak?" jika mmg plan nak beli? ke dia mengidamkan burger? huhu..

    Jiran Apple kat kg rajin berjual sayur2an dari rumah ke rumah. Anak sulung mereka mmg nakal gler tahap gaban tapi bila masuk form 5, dia dpt result baik dari sek vokasional. mmg bangga giler jiran Apple tym tu. Agaknya anak dia bljr dari titik peluh jiran Apple kot.

    Org cina pun kaya gler dengan berniaga depan rumah je kat kawasan perumahan. masa Apple kat uni dulu, ada sorang makcik Malay ni berniaga burger, memang laku. Dalam ribu gak sehari. itupun tau sebab Apple ikut team anjurkan pesta jualan kat uni.

    ReplyDelete
  51. ok jap. by now kedai dah bukak ke belum? saya nak singgah beli nih! :D

    ReplyDelete
  52. xpndai mkn nasi anbang.. mcm2 ade ssh nk buat plhn.. hahaha

    ReplyDelete
  53. wah nanti boleh pergi makan dekat kedai mak/adik kak Lya :0

    ReplyDelete
  54. wah..nasi ambang..ain tak pernah makan punn...orang cakap sedap..mesti best kannn...

    ReplyDelete
  55. wah.. semoga ni perniagaan tu semakin maju tau.. saya akan sentiasa doakan. amin..

    ReplyDelete
  56. waa.. syok laa sis punye mom kan.. hee :)

    ReplyDelete
  57. Now I am going away to do my breakfast, afterward having my breakfast coming again to read other news.



    My web page - Abercrombie France

    ReplyDelete
  58. i love your blog!! keep up the great work!! xx peach

    momomoworld.blogspot.com
    or
    justalittlekitten.blogspot.com.au

    ReplyDelete
  59. sejak duk pahang da tk mrase nasi ambang :( dlu duk johor mmg slalu. haha
    ps: nmpk kn tergode dgn gmba nasi ambang haha

    ReplyDelete
  60. hai.. salam kenal,
    follower no.423
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  61. sedap nasi ambeng tu... siap pakej dengan kenangan meniaga lagi.... hehhee

    ReplyDelete

Shout Your Quotes