16 Feb 2013

Pilih Bulu


Aku tak tahu lah kau orang. Tapi kalau aku, dalam berkawan-kawan dalam alam realiti ni, aku sedikit pilih bulu. Err, cop! Ada ke yang tak faham pilih bulu tu macam mana? Sebenarnya, sebelum aku nak buat entry ni, aku ingat kalau carik maksud pilih bulu dalam Kamus Dewan ke, Oxford Dictionary, Google Translate mahupun Kamus Bahasa Uganda sekalipun memang tak akan jumpa maksud pilih bulu tu apa. Hehehe. Tapi lepas aku cuba-cuba google, aku sendiri baru tahu yang Pilih Bulu ni pun rupanya Simpulan Bahasa. Serious baru tahu. Maksudnya, Memandang kedudukan, bangsa atau keturunan. Kalau ikut maksud yang aku nak maksudkan (Err?), pilih bulu ni macam pilih kaseh je.

Dengan orang ni, aku boleh masuk, dengan orang tu, rasa tak boleh blah. Dengan orang ni, rasa boleh ngam, dengan orang tu, rasa macam nak tampar. Orang ni, aku suka, orang tu, "eh, kau siapa?". Haaa macam tu lah lebih kurang maksud pilih bulu ni pada aku. Kalau kau orang tanya aku apa ciri-ciri yang boleh buat aku suka or tak suka seseorang tu, err aku takde jawapan yang spesifik. From the first sight, dengan sendirinya aku boleh terdecide sama ada aku boleh or tak boleh, akan suka or tak suka berkawan dengan orang tu. Judgemental person ke aku ni? Rasanya bukan. Tapi terpulang. Cuma senang cerita, aku ni bukan jenis yang boleh berkawan dengan semua orang. Kerek kan aku? Huh!


Aku memang agak kerek. Kut. Tapi, sebenarnya aku tak ada lah buang dea seratus peratus if aku rasa tak suka from the first sight tu. Aku akan pretend macam biasa. Macam tak ada apa-apa. Aku boleh borak, aku boleh senyum, aku boleh ketawa bila mana perlu. Well, perasaan kan boleh berubah. Kadang-kadang, lepas tu aku boleh jadi suka. Kadang-kadang, aku akan bertambah tambah tambah tak suka. Lepas tu mula aku akan rasa "Haish! Memang patut aku tak suka kau daripada awal". Masa tu, dah susah siket la aku nak pretend yang aku suka. Agak susah nak sembunyikan perasaan tak suka tu. Biasanya aku akan avoid untuk communicate dengan dea. Nak cakap pun, tak ada modal.

Tapi biasanya, if from the first sight tu aku macam tak berapa nak suka tapi macam tak ada reason, nanti lama-lama aku kenal dea, mesti akan ada. Mesti akan timbul reason yang lebih menguatkan kenapa aku tak boleh nak suka kat dea. Tak sure, sebab reason tu aku akan lebih sure untuk tak suka, or sebab aku tak suka so aku akan nampak semuanya aku tak suka pasal dea. Rasanya sebab yang pertama. Rasanya, aku tak ada pun saje-saje nak carik buruknya dea. Tapi, nanti mesti aku akan jumpa. Mesti aku akan bertambah tak suka. Mungkin bukan semuanya pasal dea aku tak suka. Tapi reason yang dea bagi untuk buat aku tak suka dea tu, err. Means, aku rasa aku memang tak suka.

Senang cerita, aku ni totally bukan jenis friendly sebenarnya. Dan aku kadang-kadang pilih bulu. Aku bukan jenis senang nak berkawan dengan semua orang. Erm. Kau orang, ada yang macam aku? 


P/s: Bukan semua orang sukakan kita, sebab kita pun bukannya suka semua orang. Kahkah! :D


95 comments:

  1. pilih-pilih bulu...kerinting ada...rebonding ada.

    1st ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulu hidung ada. bulu kaki ada. bulu dada remy ishak ada. mau yg mana? :P

      Delete
    2. kadang kita terpilih bulu tanpa sebab munasabah sebab kita tak kenal orang tu lagi tapi kita punya 1st sight main peranan dan pengaruh diri kita.


      dan kadang kita pilih bulu sebab munasabah sebab kita dah kenal dia dan kita memang tak boleh blah dengan perangai dia....tak sekepala kan. maka terjadilah kejadian pilih bulu ni.


      dan lagi...betul P/S Kak Liyaa. kita sokong...tak semua suka kat kita pasal kita pun sama je. HAHAHA.

      Delete
    3. Betul Aien. Pilih bulu boleh jadi masa baru nak kenal or masa dah kenal. Tapi yg akak nak cuba sampaikan ni lebih kepada masa baru nak kenal. Kadang2 tak semena2 macam rasa takleh masuk ngan perangai dea :D

      Delete
    4. kita pilih bulu sebab awal2 lagi dah set kat otak kot orang2 yang boleh kita ngam sekian2 type yg macam mana. jadi bila terjumpa orang baru dan tak menepati kehendak kita jadi la pilih bulu. kita pun cenggini gak. tapi kan Kak Liyaa...ini kita la, selalu yg tak ngam tu la bila dah ngam tanpa disengajakan terus boleh ngam habis. hehe.

      Delete
    5. Kalau akak, akak takde set kriteria pape pun Aien. Tapi entah, kalau pes tyme jumpa dea dah menjengkelkan, mmg malas akak nak layan. Tp biasanya akak layan gak, selagi dea tak naekkan darah, okey kut. Hehe. Memula tak ngam pastu leh ngam habes tu, err akak lum pernah lagi kut :D

      Delete
  2. High five kak liyaa! Sye pilih bulu juga. Tak tak, pilih kawan sebenarnya. Tpi jgn risau. Harta, rupa, reputasi semuanya tak di jadikan faktor. Hahahaha.

    Ehem. Kita tak sukakan orang, kita diam diam. Sebab tanak orang yg tak suka kita, bising bising kat orang. Boleh tak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp! Bukan benda2 tu yg jadi faktor. Entah. Akak pun ikut rasa akak je. And benda tu pun dtg ngan sendirinya. Bukan akak saje2 nak tapis sape yg akak nak kawan or tak kawan. Tp mula2 perkenalan tu, macam, err macam tak selesa kut :D

      Ayat perenggan 2 tu tul gak. Tp kadang2 cam dpt rasa kan sape yg tak suka kita? Hehe.

      Delete
    2. nak komen kat sini, boleh?

      pastu nak komen sama macam ninja komen, boleh? hehe :D

      alala.. boleh la...

      *saja letak perkataan boleh banyak2.


      and perasan 'pilih' ni berlaku atas faktor 'keselesaan' kita dengan orng tersebut. :D

      Delete
    3. Keselesaan ek? Mungkin. Tapi kadang2 takde ribut takde angin takde punca akak macam berat je nak bekawan ngan dea. Entah. Maybe mula2 lagi dea dah tunjuk perangai yang err annoying agaknya :D

      Delete
  3. macam tak masuk jer makna pilih bulu dgn apa yg ko cerita. yg aku faham, pilih bulu = kroni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tak masuk ek? Aku salu guna perkataan pilih bulu ni untuk maksud camni. Maksudnya, memilih kawan. Tapi tu lah. Bila aku dah tau itu simpulan bahasa, macam tak sama lak ngan maksud yg aku paham. Hahaha!

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. a'ah.. pilih bulu maksud dia lebih kurang macam kopi pasta tulis tu. xpe, asalkan orang paham apa yang nak disampaikan.. kan?

      Delete
    4. Hehe. Kalau ikut BM betul, salah kut maksud dalam cite ni ek? Anggap je la bulu jenis laen yg nak dicitekan :P

      Delete
  4. ko ni tak habis2 emosi kan makcik..hahahah..tapi aku kalau kat luar aku kawan je semua..kat dunia maya ni je aku memilih sikit sebab aku nak cari apa yang aku suka dulu..hehe..

    contoh kalau ko mmg kawan sekolah aku la,belum tentu kat dunia maya ni aku suka kat ko..contohnya,ko suh baca blog ko, bila aku dah baca aku tak suka, so cukup la ko kawan aku kat luar je kan..tu je la maksud aku..hahaha..banyak je yang camtu aku layan...pilih kasihkah aku.?.hahaha..tapi kawan dari dunia maya ni ni lebih senang nak masuk kepala lepas convert kat realiti..tu pendapat dan pengalaman aku la..sbb member2 chatting yang aku jumpa semua ok sempoi walaupon 1st jumpa pasalnya dah mesra masa berchating...

    lagi topik tak komen aku ni??hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camni pun emosi ke Pakcik? Tang mana yg emosinya ntah? Hahaha!

      Camne kau leh kawan ngan sume org? Kalau kau nampak org tu poyo semacam, kau leh kawan gak ke ngan dea? Itu la aku pelik apsal aku ni pilih bulu sgt. Sbb tu aku tak ramai kawan kut. Hahaha! Pilih bulu psl suka tak suka ngan blog, len cite dah kut.

      Kalau lari pun aku leh kejar :|

      Delete
  5. Saya jeles betul dgn orang yang friendly a.k.a semua orang nak berkawan dgn dia. Saya jenis yang tak pilih bulu cuma bulu jarang nak kawan dgn saya, ahaha XD

    tak salah pilih bulu, setiap org ada citarasa lain2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha! Ada jugak kes camni ek? Dorang bulu jenis laen Miss bulu jenis laen kut. Hahaha! Untunglahh org tu mesti pemes & hot. Sbb tu sume org nak kawan ngan dea kut. Hehehe.

      Tapi pilih bulu kawan jadi siket la :D

      Delete
  6. antara bulu angsa dengan bulu ayam mane satukah yang boleh dijadikan bulu tangkis???

    teet.

    rilek la liya. aku pun dulu pilih gak orang nak berkawan.

    tapi sesejak bekerja ni eh, aku belajar untuk bercakap secara tak lansung berkawan dengan semua orang. sebabnya di situ ada ilmu, seterusnya peluang dan ruang.

    sekian pendapat aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err tetiba kau kasi soalan teka teki untuk aku lak Punzeel? Hahaha!

      Tul gak pendapat kau tu. Rugi kalau kita tak kawan ngan org tu, sbnarnya ada sesuatu benefit yg maybe kita taktau kan? Tapi aku ni bukan jenis friendly la. Tak reti nak bekawan ngan sume org. Dan tak ramai org gak yg terattract utk bekawan ngan aku :D

      Delete
    2. ko not bad ape...

      tapi satu benda kan...

      kalo kite ada naluri bencikan seseorang tu sebenarnye ade yg tak kena kan?

      mcm tak sedap je kan... macam ko cakap tu la. kalo dr mula dah benci memang ade something psl die yang kite annoying kan?

      Delete
    3. Kalau kita benci seseorang, ada yg tak kena ngan org tu ke ngan kita? Kdg aku rasa ada something wrong ngan aku. Tapi nanti lama2 aku kenal dea, mesti aku jumpa ada something wrong ngan dea sebenarnya. Hahaha!

      Delete
    4. kan. perempuan kan ada naluri tu.

      mesti ada sesuatu pasal die yang kite usha dari mula yang tak kena dengan kita kan.

      Delete
    5. Owh. Sume camtu ke? Aku ingat aku je camtu. Takpun, tak ramai yg camtu :D

      Delete
    6. mcm tu la... mcm aku menyampah giler dgn seseorang tu.

      bile dah kenal die betul la ape yang aku pk die tu yang sebenarnye org tu demand, fikiran tertutup sekian-sekian.

      memang betul aku patut benci die.

      aku lg teruk kan bunyi nye...

      Delete
    7. Nampaknya kau pun sekejam aku rupanya. Hahaha! Tapi takde la sampai benci weyh. Biasanya aku tak bape suka je. Tapi selagi leh kawan, aku kawan. Kalau dah tak tahan, baru aku slowly avoid dea. Hehe :D

      Delete
    8. hahaha.

      bila jumpa orang tu mesti kita diam tak cakap ape-ape kan. nak respond pun mesti keluar perkataan 'ooouh' mean terpinga-pinga dengan statement yang die cube cakap.

      ** topik pilih bulu ni mcm terbekenan kat hati aku la liya... hahahaha.

      Delete
    9. Aha. Selalu gak terpinga2 tu. Aku macam blur taktau nak respond camne. & cuba sembunyikkan rasa annoying tu. Hahaha!

      Sah kau memang pilih bulu ni. Tu yg kau terbekenan agaknya. Hahaha! :D

      Delete
  7. Yup Lyaa btul Na stuju..pilih bulu..
    Mmg ada certain2 ppl mcm tu..

    Tp na rasa lyaa mcm dah berbulu pulak dgn Na.. (Yelaa Na kan suka protes lyaa) hahahhahaha

    Na pulak mmg dgn spe2 je na bole layan..TAPI ade tapi Na akan lebih2 layan klau org yg poyo ckp besar ataw lebih senang annoying... Org yg mcmni x ramai org suka layan tp Na suka..bia dye rasa dye besttt all the time end up dye akn fikir apa taw "Na ni sokong aku ke perli aku" hahhahahha hambekkk kauu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbulu gila ngan Na. Dah lama simpan ni. Tunggu masa je nak meletop. Hahaha! :P

      Na friendly & pandai layan sume org. Dah agak Na bukan jenis pilih bulu. Tp salute Na boleh layan org camtu gak. Tapi kan Na, org macam Na ni la yg nanti dea akan berterima kaseh sbb sedarkan dea. Pastu nnt hilang la poyo dea & Na boleh je accept dea cam kawan2 laen gak kan? Sbb tu Na ni jenis ramai kawan. Jeles! Berbulu gilaa :P

      Delete
  8. suka kawan ngan kita tak? hehehe.

    tapi rasanya memang dari kecik macam tu kot. kita akan kawan dengan orang yang selalu nak rehat dengan kita. haha.. kan? eh ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cakap tak suka nanti Oshinz kecik hati pulak. Ahaha! Just kidding. Of course suka. Oshinz tak sombong :D

      Yurp! Salu mesti rehat ngan org yg sama kan? Hehe. Tapi nape ada org yg sentiasa nampak selesa je tak kesah ngan sesape? Jeles ngan org camtu :D

      Delete
  9. Tak kenal maka tak benci. tettttt
    hahahaa I think semua orang ada perasaan tu, at least u tau apa yg u suka and tak suka, and tak tipu diri sendiri. buat apa nak layan kalau tak sebulu kan.
    ni berbulu tak ngan I ni. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kenal maka tak benci tu betul. Hahaha!

      Kadang2 rasa bersalah bila lum pape dah rasa tak sebulu. Macam la kita ni bagus sgt nak memilih2 kawan kan? Hehe. Tp kalau dah kenal & then dea bg reason untuk kita tambah tak suka, why should I kawan ngan dea? Hehe.

      Fuhh! Berbulu gila sebenanye. Saje taknak cakap je. Hahaha! :P

      Delete
    2. kita sama.. kita sama.. cikna pun agak memilih jugak. tp pilih kawan la bukan pilih bulu tau. kikiki.. yela bukan semua org kita boleh ngam ye tak? kalau berkawan tp asyik makan hati je baik tak payah kawan. hehe..

      mohon liyaa tak berbulu ngan cikna. :P

      Delete
    3. Aah. Bukan sume org kita boleh ngam. Tapi kadang ada rasa bersalah gak bila org laen takde apa pun ngan org tu, asal kita susah sgt nak ngam ngan org tu? Hmmmm. Tapi kalau berkawan asyik makan hati baek takyah kawan tu betul :D

      Haish! Berbulu gila ngan Chic Na. Hahaha :P

      Delete
    4. patutla cari komen tak jumpa. cemana boleh tereply kat sini. hihi..

      haippp!! :D

      Delete
  10. sue pun pilih bulu jugak !! hihi setakat ni sue pilih yg lurus je..original lurus taknak yg rebonding ! hahaha :D

    http://ordinarygurl-sue.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bulu tu dah rosak, terpaksa la rebonding, Sue. Kalau tak, takleh r nak guna jari pun boleh :P

      Delete
  11. sama lah kita.cumanya ai kawan dgn suma org..tp yg mn x bapa berkenan tu still lg kawan cuma slow skit lah..xdak lh nk riuh2 sekampung mcm ngan org kita suka ni kan.hehehe

    rsnya pilih bulu ni sesuai kot tuk bos2 yg pilih kasih kat ank buah dia.ngeeeee
    erkkk..baru tahu ke pilih bulu tu simpulan bahasa? muahaha teruk la ko ni Lya..aznil selalu sebut dlm rncangan dia kat 611 tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa lebih kurang cam Ai cakap la. Yg kurang sebulu tu still kawan tapi slow sket kan? :D

      Aha baru je tau Pilih Bulu tu simpulan bahasa =_= Dah lama tak tgk Tom Tom Bak. Eh, Tom Tom Bak ke Anak2ku? Eh, dah lama tak tengok rancangan Pak Nil kut =_=

      Delete
  12. hai kak liya!!!!!! hehe. sy pun pleh bulu gk.. tgok style org tu cmne. haha. tk kire la blog ke fb ke. fb lglah. nk approve org pun susah. haha.klo blog, amek mse nk follow, depends kt cne org tu berblogging, komen, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat alam maya, rasanya tak patut rasa bersalah langsung untuk pilih bulu. Alaa kawan maya je pun. Akak pun dah tentu memilih gak. Tp kat realiti, hmm tu yg rasa agak bersalah bila pilih bulu :D

      Delete
  13. Sama!!! Sgt memilih bila nk berkwn,tp bkn pandang rupe atau kedudukan, cuma pandang perangai n sikap.. klu spesis hati tisu, selamat tinggal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err hati tisu camne? Cam takleh gurau camtu ey?

      Delete
    2. setuju -__-ll
      penah gak jmpe dgn spesis hati tisu ni. gurau sikit touching..xbest r en klu kawan xde gurau2 en. standard bkawan. in fact klu pikir balik, emak2 pn salu je ingtkn agar bhati2 pilih kawan.

      so tak salah la nk pilih bulu kehkeh

      Delete
  14. suka berkawan dengan semua.. :)

    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglahhh. Ni mesti friendly ni. Hehe :D

      Delete
  15. Perghh..lama kot tak merayap ke sini. Alih-alih tajuknya pasal bulu2..hahaha..
    Azwa pon jenis memilih gak kawan ni!! Tapii bukan kawan yang berbululah,..lantak dialah nak berbulu ke tak..ehh.means, kalau perangai dia sekepala dengan wa bolehlah la masuk..Kalau yang suka jaga tepi kain orang tu..memang wa tak layan dihhhhh..hahaha.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err kawan jenis berbulu camne yg Azwar prefer? Hahaha!

      Err kalau bab kriteria tu, susah sket la nak spesifikkan jenis camne yg boleh ngam. Biasanya kalau dah ngam, perangai dea camne pun, leh je terima :D

      Delete
  16. pilih bulu cantik2 ek, haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm. Kena pilih bulu cam ekor merak ni. Hehe :D

      Delete
  17. saya pilih kulit, x pilih bulu.. keh3.. memilih tu pntg, sebab kalo slh akan mngundang mslh d kemudian hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err Chipsmore suka kawan ngan yg berkulit putih ke hitam? =_=

      Delete
  18. manusia ni ada banyak jenis.. ada yang buleh masuk dengan semua orang. ada pulak yang kena cari dulu yang serasi dengan dia. (ni baru 2 contoh.) n sometimes memang aku dapat sense dari 1st impression sesorang tu yang aku memang xleh nak ngam dengan dia. cumanya yang buleh aku buat just being nice to them.. ye la, selagi orang tak kacau privasi kita, buat apa kita nak 'serang' dorang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp! Betul. Aku pun if rasa tak ngam je takde la angkat kaki terus. Still kawan, cuma slow sket la. Slow tu sbb aku taknak perangai tak best dea tu kacau lyfe aku. Itu je :D

      Delete
  19. haahla liyaa. first impression tu kdg2 betul bg sy. Kdg2 dr awal sy mcm xsuka, tp kawankan jugak. Lama-lama perangai dia yg mmg sy xsuka muncul juga. Tp dah terkwn, redha jela berkawan..hehe..
    Bila nk turun KL ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Ha pun sama ek? Kadang2 drpd awal pun macam dapat rasa kan? Hehe. Aha, kalau Liyaa pun redha je berkawan pastu. Tp kalau perangai tak best dea tu mengstresskan, biasanya slowly Liyaa akan avoid dea =_=

      Aaaaa Liyaa balek KL dlm sebulan or 2 bulan skali. Balek umah mertua. Kalau Liyaa free, nanti Liyaa buzz! :D

      Delete
  20. ko ni kerek ke.. cerek?

    kalau ko pilih bulu, ko kena tengok kriteria2 yang ada. contohnya bulu apa yang ko suka, warna bulu yang sesuai ngan corak tudung ko, bulu ko tu kalis peluru atau tak dan kemampuan bulu ko kalau direndam di dalam air.

    kalau aku, aku tak memilih sangat asalkan halal ehh??kalau orang tu sekepala ngan aku, aku leh masuk ok pe.kalau tak sekepala pon, dia leh faham aku.. aku leh suit ngan fiil dia tu.. tarahal la

    tapi aku anti kalau orang cabut bulu dada aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerek ngan cerek tu lebih kurang sepupu sepapat jugak kan? :|

      Ada ek org tak sekepala tapi leh paham kita? Susah jumpa tu. Hmmm. Eh, kau ada bulu dada ek? Awwww, seksi. Kehkeh!

      Delete
  21. ko ni kejap ske, kejap tak ske tapi lagi banyak tak ske.. ish.. pening pale aku, bagi aku.. kawan dalam alam maya ni, sesape je bleh jadi kawan aku.. cume rapat ngan tak rapat je r.. tapi setuju statement ko yang last tu.. bukan sume orang suka kite, kite pun tk suke sume orang kan? =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dalam maya, pada aku tak kesah la nak memilih ke nak kawan ngan sume org ke. Sbb kita takkan involve sgt2 pun dlm lyfe org tu, vice versa. Tp dlm reality, tu yg susah sket. Sbb apa yg dea buat sket sebanyak akan effect kat kita. Tu yg jadinya aku cam sedikit pilih bulu :D

      Delete
  22. kite totaly same! betullah kak, perasaan tu boleh berubah. sy akan kawan rapat dgn org yg sy selesa and percaya. klu yg prgai hodoh and tak senonoh pastu kaki tikam kaki kelentong bagai, mmg jdi kawan hai2 bye2 jelah.

    kite ada hak utk kawan ngan siapa yg kita suka sbb itulah cerminan diri kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki tikam & kaki kelentong tu memang list no 1 akan dijauhi. Takut nak kawan ngan org camtu. Ye laa. Daripada nanti timbul rasa benci, better avoid awal2. At least belum sempat jadik musuh. Hehe

      Last phrase tu, yes agree. Lagipun, kawan punya attitude tu boleh effect kita gak kan? :D

      Delete
  23. Aku faham..Mcam kau sukakan H dengan Bendulu dan tak sukakan Chuu dengan aku..Kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah? Maksud kau aku lebih memilih golongan yg ada possibility memiliki bulu dada? Kahkah! Hangguk kau, Syida :D

      Delete
  24. ko tak baik tahu,, tapi aku pun macam ko gak,, haha,, so,, aku masuk kategori ko suke tak ni??? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya kau pun sama2 tak baek cam aku gak la. Hahaha! Aku tak suka kau, Muja. Serius tak suka :P

      Aku cite psl kawan dlm reality je la. Bukan dlm belog. Grrr~

      Delete
  25. tp tgk dr thap keramahan dan kerajinan Liya coment blog org lain nmpk cm tak de pun ciri2 pilih bulu tuh.... rasanya Liya ni jenis ssh nak ngam ngn org kot sng ckp ssh nak cri kwn yg sekepala. bila tak jumpa org sekepala mood nak berkwn tuh kureng kan... sama dgn ima :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkawan kat blog ngan berkawan kat reality laen, Iima. Kat blog sifat, sikap dea takkan effect sgt kat kita. Kat reality, siket sebanyak akan effect. Tu yg jadik sket pilih bulu tu :D

      Delete
  26. kite kalau belum kenal dengan sesapa main harung je kawan, tapi bila dah kenal baru pikir nak pilih bulu. kehkehkeh

    pastu kalau dgn org yang ngam rase nak bertepuk tampar(manja-manja), klu dgn yg tak ngam pulak rase nak tampar betul-betul. panggggg ! hahaha.

    eh akk rumah area mane ek?dah dekat dgn makcik cucur sri pulai tu. pulai utama?pulai flora?tmn u?tmn teratai?pulai perdana?pulai emas?pulai jaya?jgn ckp pekan nenas sampai rumah kite dah tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam nak tampar je tapi tak tertampar2 kan Nana? Mulia betul hati kita kan? :P

      5 minit leh sampai cucur, jawapannya Taman Teratai. Hahaha! :D

      Delete
    2. Haha kannn. Tak memasal kang kalau dah tertampar. Kahkahkah


      Lahaiii taman teratai jee. Dekat lahai. Jalan Lumpit berapa? Eh tetiba. Ekeke :p

      Delete
    3. Hamboi. Kalau kasik address full siap nombo umah, nak datang umah ke? Hehehe. Lumpit 18. Eh, dah tau kena datang taw :P

      Delete
    4. Cousin kite ada duduk Tmn Teratai jugak tapi lupa dia Lumpit berapa. Raya lah nanti kak kite datang rumah ea. Hihi.

      Delete
  27. Salam Liyaa

    Aku boleh kawan ngan sape-sape je. Tapi, nak mulakan kawan tu yang cam lembap sikit.
    Mungkin aku jenis, berkawan tapi tak rapat. Sama rata.

    Nak kata pilih bulu, aku tak tau nak pilih bulu yang mana...haha

    Kadang, pertama kali kita tengok orang tu dah rasa menyampah yang tak tau usul periksa perasaan nyampah tu dari mana. Tapi bila slowly kenal, oh..dia macam tu. So aku ok. Sebab berkawan tak rapat, jadinya, ok aje.

    Tapi ko ni ramah-tamah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak banyak kawan yg rapat. Lagipun aku rasa aku tak pandai nak kawan rapat. Baek, boleh. Kalau rapat nanti, mesti ada konflik. Eh, complicated betul la aku ni. Hahaha!

      Err ramah tamah ni lakonan je. Aku sombong sebenarnya :P

      Delete
    2. Kelakarla ko ni. Tak tau pulak ko ni pelakon. Muahaha.

      Delete
  28. pilih bulu ikut tempat ikut situasi ikut keadaan... rasa macam tak ngam, malas onie nak kawan,hahaha.... tu onie lah,and kita pun bukan jenis friendly sangat pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang tak ngam pun, kena gak kawan kalau dah takde choice. Hahaha! Tak friendly jugak ek? Tak friendly ni maksudnya pendiam, pemalu, penyopan. Kan? Heheh! :D

      Delete
  29. Pilih bulu nak kawan dengan yang berakhlak mulia, yang dilandasan Allah takde salahnye. Hehehe. Tapi sekarang pilih bulu nak kawan yang level level retis. Dah tak pandang dah kite kite yang cincai ni. Adesss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err sebenarnya pilih bulu rasa boleh or tak boleh ngam sekepala je. Takpun, boleh or tak boleh accept kelemahan dea. Hehe. Aaaaa tapi pilih nak kawan ngan yg level retis tu tak pernah la. Baru nak kawan konfem kena reject punya :P

      Delete
  30. ish.. ni yang takut ni.. haraplah saya bukan salah seorang yang awak tak suka tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err takde pe yg kena takut pun. Hehe. Boni Kacak bukan salah seorang. Bukan. Jangan risaw. Hahaha! :D

      Delete
  31. oke apesal kita sama hahahah.. dats why ai ada kawan rapat dr skola ke uni 234 kerat je..yg lain anggap biasa2 je
    dan member pon selalu tegur 'ish jgn buat muka kerek'
    ai suka tau buat muka kerek mcm diva vahvah gituu hahaha *larikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha 2 3 4 kerat tu memang konfem sama. Hahaha! Sampai kena tegur camtu? Sah memang kerek Zila ni. Hahaha! Terharu diva komen kat sini =_=

      Delete
  32. Kadang2 pilih bulu tu mmg diperlukan.. N kadang2 kita sendri pun xperasan yang kita pilih bulu.. Biasalah tu pilih2 bulu ni.. haha.. XD Tapi aku rasa lelaki jarang sikit la pilih2 bulu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun rasa lelaki kurang sket pilih bulu ni. Ada tu ada. Tapi tak ketara sangat kut. Kan? Biasa la, pompuan kan emosi :D

      Delete
  33. dulu aku ni kawan je dengan semorang, tapi ade beberapa insiden berlaku yang membuatkan aku kene berhati hati dalam memilih kawan ..insiden yg menyebabkan aku terfikir 'dah tau die centu, yg aku gi kawan dengan die bakpe?????' ..

    elok laaaa kau ni memilih bulu ..banyak kebaikan sebenarnye ..trust me ..

    ReplyDelete
  34. to be honest..aku sendiri pun pilih bulu jugak..mungkin sebab mula2 x kenal, so aku xbrpa nk layan..kira mcm sombong pun ada jugak..aku layan org yg aku kenal jer..yg baru2 nk kenal, aku xbrpa layan..

    in fact masa mula2 dulu pun aku pilih bulu masa nk berkawan, contoh dgn bundle..hehehe

    ReplyDelete
  35. kalau sy mang memilih sikit.. kalau tak suka nak kwn dgn seseorang tuh mang jelas terpancar di wajah... tak reti nak berlakon konon2 suke.. tapi, untuk tahap org sgt annoying lah tuk diri ini.. ada yang rasa mcm tak suka sikit je still boleh contol.. macam k.liya jugak lah... cara selamat.. elakkan diri daripada org tuh...

    ReplyDelete
  36. Berbelit-belit...hahahaha say tak suka kepada yang taksuka..

    adui...susahkan.. tapi betul..jue pun...hahaha :P

    ReplyDelete
  37. waktu sekolah dulu memang pilih bulu bila sampai bab berkawan ni.. Memang betul pun. Bukan semua org suka kita and bukan semua org kita suka :)

    ReplyDelete

Shout Your Quotes