30 Nov 2011

Happy 2nd Anniversary, Kekaseh !

Dear my Lovepediary,

.... and Encek Kekaseh,

28 November 2011

Dear my Chenta Haty,

Loving you is the most special feeling I've ever had
Since we married
Thank you for all the Love you share
Thank you for all your kindness and care
Thank you for always be there for me
In sickness and in health
In good times and in bad
When I smile and when I cry
 I hope you'll always be with me
In all my tomorrows
'Cause your Love for me is
The best refreshment in my Life
Your Love for me worth more than anything
In the world
For the two years we shared the Love
Happiness and commitment
As husband and wife in our married Life
I hope your Love for me still remain the same
Like the first time you said 'I Love you'
 And even gets stronger day by day
I truly hope I could make you happy
For the whole life you spend with me
I hope I could be the wife that can make you proud
I could be the only one you Love and ever need
There is no feeling more comforting and consoling
Than knowing you're right next to me
I will not Love you for the rest or your Life
But for the rest of my Life
I really hope you feel the same way too
I hope this is not only the repetition of promises
I made to you
But this is the proof that
Our Love story will never end.

Happy 2nd Anniversary, Kekaseh!
Lots of Love from your wifey


Lots of Love,

20 Nov 2011

Ruang Gelap


Dear my Lovepediary,

Aku terdengar orang bicara tentang lautan. Deruan ombak menerjah gegendang telinga aku. Pasir berdesir diselang kocakan air. Mereka bilang ombak kuat menghempas pantai. Lantas perlahan kembali ke lautan.

Aku terdengar orang bicara tentang angin. Mereka bilang damai dan menyamankan. Lantas aku dengar desiran angin. Bagai meniup lembut, melentokkan dedaunan pokok.

Aku terdengar orang bicara tentang siang. Sinar matahari memancar seluruh alam. Sedikit kehangatan menerpa wajah. Mereka bilang hari kian cerah. Terang benderang dengan hangat yang bertambah.

Aku terdengar orang bicara tentang terik matahari. Hangatnya mengucup setiap sudut susuk tubuh. Mereka bilang perit hingga mengalirkan keringat. Cahayanya menyilaukan, panasnya membahang.

Lantas, mereka bilang sayangnya panas tidak berpanjangan. Awan berarak mendung, langit mula gelap. Seketika kemudian awan mula menangis. Hujan mencurah-curah jatuh deras ke bumi. Sesekali diselang bunyi guruh. Bising, menenggelamkan semua suara laen.

Hujan. Ada debaran yang mengiringi hujan. Jantung berdegup agak laju. Jiwa bagai gemuruh seketika. Kemudian debaran hilang perlahan-lahan, mengekori keredaan hujan.

Seketika kemudian, aku terdengar orang bicara tentang pelangi. Ada tujuh warna kesemuanya. Cantek, indah, kagum mereka melihatnya. Seperti memberi suatu semangat baru. Hati yang suram bagai dipulihkan. Apabila memandang keindahan tujuh warna pelangi.

Aku terdengar orang bicara tentang langit. Mereka bilang hari sudah hampir senja. Langit yang cerah bertukar sedikit kelam. Katanya matahari sudah hampir terbenam. Jingga matahari bagai melambai untuk pulang.

Mereka bilang hari kian gelap. Gelap, dan semaken gelap. Aku sudah lihat gelap. Aku terdengar orang bicara tentang bulan. Objek bulat kekuning-kuningan di tengah-tengah gelap malam. Sinarnya memancar. Mencetuskan cahaya samar-samar.

Aku terdengar orang bicara tentang bintang. Jutaan bintang bertaburan di langit malam. Menghiasi langit menemani bulan. Dihitung satu-persatu hingga tiada pengakhiran. Kerlipannya bisa memujuk hati yang rawan. Bagai memberi ilham apabila direnung dalam.

Aku terdengar orang bicara tentang embun malam. Dinginnya sesekali terasa mencucuk hingga ke tulang. Mereka bilang ia jatuh bertaburan ke lantai bumi. Suci, putih dan bersih.

Malam terasa panjang. Gelap. Sunyi. Sepi. Diam.

Aku terdengar bunyi kokokan ayam. Mendayu-dayu mengejut mereka yang lena panjang. Aku lihat sekelilingku maseh gelap. Subuh, dingin. Bagai ada satu perasaan indah yang singgah. Hati terusik mendamba ketenangan hakiki.

Mereka bilang malam akan bertukar siang kembali. Aku lihat sekeliling. Maseh gelap.

Pancaran matahari oren kemerahan. Pelangi tujuh warna muncul selepas hujan. Bintang dan bulan berkerlipan riang tatkala malam. Langit seringkali bertukar warna. Apabila cerah, mendung, mahupun senja menjelang. Apabila malam bertukar siang. Apabila siang bertukar malam.

Aku lihat sekeliling. Maseh gelap.

Aku. Aku tidak lihat itu semua. Aku tidak rasa itu semua. Apabila aku lihat sekeliling. Gelap, semuanya gelap.

Di saat orang lihat langit yg cerah, aku cuma lihat gelap. Di saat orang lihat cahaya bulan, juga kerlipan bintang, aku cuma lihat gelap. Di saat orang lihat cahaya matahari yang memancar, aku cuma lihat gelap. Dan di saat orang menghayati keindahan pelangi, aku maseh lihat gelap.

Aku tidak melihatnya. Aku tidak merasainya. Hanya yang ada, gelap. Gelap. Sunyi. Sepi. Diam.

Aku tidak bersama mereka. Aku tidak di mana-mana. Aku cuma berada di sebuah Ruang Gelap.


Love & Sincere,

18 Nov 2011

Kesilapan

Dear my Lovepediary,

Ada yang bilang,

Kita tidak perlu sentiasa menjadi betul. Sesekali melakukan kesilapan adalah tidak mengapa. Apa yang penting adalah belajar daripadanya.

Satu-satunya cara untuk tahu kesilapan tersebut benar-benar merupakan sebuah kesilapan adalah dengan melakukan kesilapan tersebut. Kerna kita tidak akan pernah tahu kesilapan yang kita lakukan itu adalah benar-benar sebuah kesilapan sehingga kita sudah melakukannya. Plus, pengajaran selalunya adalah berada di penghujung cerita. Jika kita berhenti berjalan, kita tidak akan pernah tahu apa yang menunggu di hadapan. Maka, jangan pernah berhenti. Mungkin kesilapan terbesar yang kita lakukan adalah dengan tidak melakukan kesilapan tersebut dan kita akan menjalani seluruh hidup, selama-lamanya dengan tidak mengetahui sama sekali sama ada itu adalah sebuah kesilapan ataupun tidak.

Tapi, dalam sesetengah situasi, atau lebih tepat lagi dalam hal-hal yang serius, sekali kamu melakukan kesilapan, sometimes akan menghilangkan kepercayaan seseorang terhadap kamu buat selama-lamanya.

Namun, apabila kita melakukan kesilapan tidak bermakna dunia kita berakhir. Pokoknya, kita harus memandangnya daripada sudut yang positif. Barangkali ada sesuatu hikmah yang tersembunyi daripada kesilapan yang dilakukan. Kesilapan yang lebih besar adalah dengan sentiasa dan hanya memandang kesilapan yang telah dilakukan daripada sudut yang negatif dan tidak belajar daripadanya sama sekali. 

Intinya, sama ada kita melakukan kesilapan atau tidak, hidup perlu diteruskan. Sebenarnya, jika kita berhenti berjalan, kita tidak akan pernah tahu KESENANGAN yang menunggu di hadapan. So, really really don't stop walking!

Hanya, sebelum buat sebarang perkara atau mengambil sebarang keputusan, fikirkan sedalam-dalamnya, and make your best choice!


Love & Sincere,

16 Nov 2011

Blank


Dear my Lovepediary,

Dua, tiga hary ni, mula blank lagi. Ada beberapa decision yang perlu dibuat dalam tempoh terdekat tapi otak bagaikan jammed dan tidak boleh berfikir normal.

Okeyy! Mood berfikir ni memang susah mahu menten kan? Sekejap ia datang dan selalu pula ia menghilang. And bila dah hilang tu, susah betul nak tunggu ia datang semula.

Mood berfikir, sila datang segera. Banyak keputusan yang agak besar perlu diputuskan segera supaya lyfe yang plain ni kembali warna-warni. Masa sentiasa berlalu, sedetik demi sedetik. Masa semaken suntuk. Masa tidak akan pernah menunggu.

Dua, tiga minggu lepas, banyak yang dirancang tapi segalanya maseh pending dan hanging. Cepat otak! Segera proses semua input supaya segalanya boleh jadi output.

Aku punyai beberapa option. Det's why mula confuse dan keliru mana satu hendak pilih. Which is the best option? Yang mana lebih menepati jiwa sanubari yang sedang dambakan lyfe nan flowery warna-warni ini?

Memang sukar buat pilihan kan? Lebih-lebih lagi pilihan yang cukup besar dan mempertaruhkan sebuah pengorbanan, sama ada pengorbanan diri sendiri, apatah lagi pengorbanan orang laen. Lebih-lebih lagi pilihan yang bakal menentu corak dan warna hidup pada masa hadapan. Kerna kita tidak akan pernah bisa tahu apakah result hasil daripada keputusan yang dibuat. Positif, ataw sebaleknya. Kita perlu putuskan dulu, jalani kehidupan yang telah dipilih, then baru kita akan boleh tahu resultnya. Sebab itulah bila mahu buat apa sahaja keputusan, perlulah difikirkan dalam-dalam. 

If positif resultnya nanty, syukur Alhamdulillah. Tapi bagaimana pula if resultnya negatif? Adakah segala pengorbanan bakal jadi sia-sia?

Walawpun aku selalu semat dalam haty, 'Setiap hal baek yang kamu lakukan insyaAllah tidak akan pernah sia-sia sama sekali, asalkan ianya dilakukan penuh keikhlasan. Setiap yang baek pasty ada ganjarannya, InsyaAllah.' Tapi bila tiba masa aku yang perlu buat keputusan, aku tetap akan keliru.

Mungkin kerna ada semangat yang sudah hilang menjadikan aku begini. Mungkin aku perlu perbanyakkalikan mendengar lagu-lagu kegemaran supaya dapat semula semua spirit yang sudah hilang tu. Errr??

Bila keliru, mula tanya pendapat orang laen. Ada yang faham dan beri pandangan bernas tu okeyy la. Kerap sahaja aku mahu cakap 'Eh, bagus la opinion kau. Memang boleh pakai. Thanks for the moral support!'

Tapi sometimes ada juga pandangan yang datang tu sungguh mengecewakan. Maken buat aku keliru lantas menjadikan proses buat pilihan tu lebih sukar dan mula stress. Lebih kurang macam 'Eh, mudahnya kau bercakap. Seolah-olah tak mendalami langsung masalah yang aku alami. Sia-sialah aku cerita semua masalah aku pada kau selama ni. Err.. Thanks, but no thanks!'

Memang salah aku. Selalu expect people terlalu tinggi aku rasa. Aku selalu mengharapkan orang-orang sekeliling dapat membaca segala isi haty dan inti pemikiran aku sedetail-detailsnya. Bodoh kan? Mana ada orang yang boleh membaca dan memahami kita seratus peratus sempurna. Sah, aku keras kepala.

Tapi, bagaimana dengan ini?

Orang bilang "Don't tell your problems to people. Eighty percent don't care, and the other twenty percent are glad you have them." 

Ada pula yang bilang "You should always tell people you trust about your problems because they may be able to help you solve them."

Errr..

Blank lagi.


Love & Sincere,

15 Nov 2011

Aidil Adha 1432H


Dear my Lovepediary,


















Love & Sincere,

11 Nov 2011

Tarikh Istimewa?

Dear my Lovepediary,


Today adalah 11 November 2011 yang dikatakan agak istimewa. Istimewa sekadar pada angkanya barangkali. Namun tidak salah menyimpan something yang special dan meaningful pada tarikh ini. Just for fun I think. Sekadar menjadikan beautiful memories itu lebih beautiful, probably. Bukan obses, I hope.

Buat aku, segalanya plain sahaja. Tiada yang sungguh istimewa beautiful colorful. Plain.

Cuma,

Yeyeh! Officially, hary ini Lovepediary kesayangan sudah ada lima orang followers lewat tengah hary ini. Thank you new glowy daisy friends! 

Hayat Lovepediary belum sampai dua bulan. Sebab tu bangga. Biarkan aku ditenggelami perasaan jakun ini sekejap.

Agak istimewa juga.

Lima pun sudah bangga.

:D

Love & Sincere,

9 Nov 2011

Girlfriend's Baby Girls


Dear my Lovepediary,

Pada 07 Nov 2011, kira-kira jam 6.30 pm, on sahaja FB terus terima dua berita gembira. Dua orang best Girlfriends telah selamat melahirkan Baby Girl mereka ke dunia. Syukur Alhamdulillah. Both mommies and babies selamat dan berada dalam keadaan sehat sejahtera.


Happy for them.


Bahagia :)


Love & Sincere,
 

4 Nov 2011

Penantian Anugerah Terindah


Dear my Lovepediary,

Mid November ini sahaja dua orang antara best girlfriend bakal melahirkan permata haty mereka ke dunia. Best Tapi Takut. Itu adalah perasaan mereka bila aku tanyakan perihal mahu deliver baby.

Okeyy! Aku adalah sungguh excited macam aku pula yang bakal menimang cahaya mata. Can't imagine perasaan seorang mommy yang sedang diburu rasa gembira beserta gemuruh bagi menyambut kelahiran bayi yang dikandung selama lebih kurang 9 bulan 10 hary pada bila-bila masa sahaja. Bayi yang merupakan hadiah terbesar daripada Allah SWT bagi pasangan yang sudah berkahwen. Darah daging yang datangnya daripada benih chenta yang disemai dan merupakan lambang kaseh sayang pasangan suami isteri yang sudah berjanji mahu setia sehidup semati. Insyaallah. Zuriat sebagai penyambung keturunan yang satu hary nanty diharapkan akan mendoakan kita untuk berjalan menuju ke syurga. Insyaallah.

Aku agak excited sebab mereka adalah antara best girlfriend yang seangkatan dengan aku dalam menempuhi marriage lyfe. Seorang berkahwen 6 months before aku berkawen. Seorang lagi 10 months after aku berkawen. Aku di tengah-tengah tapi now perut aku maseh kosong tanpa kewujudan makhluk Allah yang comel itu.

Subhanallah!

Namun tidak pernah sesekali terdetik dalam haty kecil aku untuk mempertikai rezeki pemberian Allah SWT.

Memang ada sedikit rasa gusar dan bimbang. Namun aku percaya akan rezeki daripadaNya. Aku percaya akan segala rancanganNya. Jua aku percaya akan semua ketentuanNya. Nikmat yang tidak putus-putus aku terima daripadaNya pun belum cukup rasanya aku syukuri.

Keinginan? Of course aku punyai keinginan. Keinginan yang agak membuak-buak juga. Siapa yang tidak mahu punyai cahaya mata sendiri? Siapa yang tidak ingin punyai bayi comel untuk dikucup setiap hary dan dicurahkan kaseh sayang sepenuh jiwa? Siapa yang tidak mahu bersama-sama mencurahkan kaseh sayang bersama soulmate hidupnya terhadap kejadian Allah SWT yang merupakan bukti chenta mereka?

Sejak hary pertama aku bergelar seorang isteri, aku tidak pernah terdetik langsung merancang untuk agak lewat menimang cahaya mata. (Err.. Dua tahun kawen belum punyai anak kira lambat tak?) Daripada awal lagi aku sudah bersiap sedia untuk menerimanya. Aku rasa Encek suami juga begitu. Namun mungkin ketentuanNya, hingga kini maseh belum tiba waktu yang tepat untuk aku dan suami menerima anugerah yang sungguh istimewa itu.

Mungkin kami sebenarnya belum selayaknya menjadi ibu dan ayah. Mungkin tanggapan kami yang kami sudah bersedia sebenarnya silap. Mungkin Allah mahu kami lebih mempersiapkan diri sebelum layak diberi amanat yang sungguh berharga itu. Pastynya peluang sebegini tidak akan kami sia-siakan begitu sahaja. Insyaallah. Sungguh aku redha akan segala-galanya.

Semuga kami bisa segera mempersiapkan diri, fizikal, mental, peribadi, kewangan dan kehidupan demi cahaya mata kami nanty. Semuga Allah SWT memudah, mempercepat dan memberkati segala-galanya buat kami.

Buat cahaya mataku,

Ayah dan ibumu sudah lama menanty kalian untuk bersama kami menjalani kehidupan di dunia ini. Hanya Allah mendapati kami belum selayaknya untuk melahir, membesar dan mendidik kalian untuk berjalan menuju ke syurga. Semuga kamu bersabar wahai anak-anakku. Kerana Allah hanya akan memberi yang terbaek dan paling istimewa buat hamba-hambanya. Namun anak-anakku, ayah dan ibu selalu berdoa untuk kita cepat bertemu agar kalian dapat lebih menyinari hidup kami.

Amin.

Buat dua orang best girlfriend yang sedang menanti penuh debaran kelahiran cahaya mata kalian, all the best, darlings! Aku juga sudah tidak sabar untuk jadi mommy seperty kalian :D


Love & Sincere,