4 Nov 2011

Penantian Anugerah Terindah


Dear my Lovepediary,

Mid November ini sahaja dua orang antara best girlfriend bakal melahirkan permata haty mereka ke dunia. Best Tapi Takut. Itu adalah perasaan mereka bila aku tanyakan perihal mahu deliver baby.

Okeyy! Aku adalah sungguh excited macam aku pula yang bakal menimang cahaya mata. Can't imagine perasaan seorang mommy yang sedang diburu rasa gembira beserta gemuruh bagi menyambut kelahiran bayi yang dikandung selama lebih kurang 9 bulan 10 hary pada bila-bila masa sahaja. Bayi yang merupakan hadiah terbesar daripada Allah SWT bagi pasangan yang sudah berkahwen. Darah daging yang datangnya daripada benih chenta yang disemai dan merupakan lambang kaseh sayang pasangan suami isteri yang sudah berjanji mahu setia sehidup semati. Insyaallah. Zuriat sebagai penyambung keturunan yang satu hary nanty diharapkan akan mendoakan kita untuk berjalan menuju ke syurga. Insyaallah.

Aku agak excited sebab mereka adalah antara best girlfriend yang seangkatan dengan aku dalam menempuhi marriage lyfe. Seorang berkahwen 6 months before aku berkawen. Seorang lagi 10 months after aku berkawen. Aku di tengah-tengah tapi now perut aku maseh kosong tanpa kewujudan makhluk Allah yang comel itu.

Subhanallah!

Namun tidak pernah sesekali terdetik dalam haty kecil aku untuk mempertikai rezeki pemberian Allah SWT.

Memang ada sedikit rasa gusar dan bimbang. Namun aku percaya akan rezeki daripadaNya. Aku percaya akan segala rancanganNya. Jua aku percaya akan semua ketentuanNya. Nikmat yang tidak putus-putus aku terima daripadaNya pun belum cukup rasanya aku syukuri.

Keinginan? Of course aku punyai keinginan. Keinginan yang agak membuak-buak juga. Siapa yang tidak mahu punyai cahaya mata sendiri? Siapa yang tidak ingin punyai bayi comel untuk dikucup setiap hary dan dicurahkan kaseh sayang sepenuh jiwa? Siapa yang tidak mahu bersama-sama mencurahkan kaseh sayang bersama soulmate hidupnya terhadap kejadian Allah SWT yang merupakan bukti chenta mereka?

Sejak hary pertama aku bergelar seorang isteri, aku tidak pernah terdetik langsung merancang untuk agak lewat menimang cahaya mata. (Err.. Dua tahun kawen belum punyai anak kira lambat tak?) Daripada awal lagi aku sudah bersiap sedia untuk menerimanya. Aku rasa Encek suami juga begitu. Namun mungkin ketentuanNya, hingga kini maseh belum tiba waktu yang tepat untuk aku dan suami menerima anugerah yang sungguh istimewa itu.

Mungkin kami sebenarnya belum selayaknya menjadi ibu dan ayah. Mungkin tanggapan kami yang kami sudah bersedia sebenarnya silap. Mungkin Allah mahu kami lebih mempersiapkan diri sebelum layak diberi amanat yang sungguh berharga itu. Pastynya peluang sebegini tidak akan kami sia-siakan begitu sahaja. Insyaallah. Sungguh aku redha akan segala-galanya.

Semuga kami bisa segera mempersiapkan diri, fizikal, mental, peribadi, kewangan dan kehidupan demi cahaya mata kami nanty. Semuga Allah SWT memudah, mempercepat dan memberkati segala-galanya buat kami.

Buat cahaya mataku,

Ayah dan ibumu sudah lama menanty kalian untuk bersama kami menjalani kehidupan di dunia ini. Hanya Allah mendapati kami belum selayaknya untuk melahir, membesar dan mendidik kalian untuk berjalan menuju ke syurga. Semuga kamu bersabar wahai anak-anakku. Kerana Allah hanya akan memberi yang terbaek dan paling istimewa buat hamba-hambanya. Namun anak-anakku, ayah dan ibu selalu berdoa untuk kita cepat bertemu agar kalian dapat lebih menyinari hidup kami.

Amin.

Buat dua orang best girlfriend yang sedang menanti penuh debaran kelahiran cahaya mata kalian, all the best, darlings! Aku juga sudah tidak sabar untuk jadi mommy seperty kalian :D


Love & Sincere,

No comments:

Post a Comment

Shout Your Quotes