31 Oct 2011

Not Really a Self-Motivation

Dear my Lovepediary,

Ada yang pernah melabel aku keras kepala. Sukar menerima pandangan dan pendapat orang laen. Mereka bilang, tiada guna berkongsi pandangan denganku. Pandangan mereka pasty akan aku reject mentah-mentah. Mentah-mentah walawpun sometymes aku cuba lindungkan dengan penolakan yang baek. Benarkah?

Ada yang bilang, apabila aku bertanya pendapat sebenarnya aku sudah punyai keputusan. Keputusan yang tidak akan aku ubah sekalipun mereka beri pendapat yang pada mereka lebih benar. Aku akan tetap dengan pendapat dan pendirian aku, tidak peduli apa orang laen hendak kata. Hujung-hujungnya, mereka bosan berkongsi pendapat denganku. Tiada guna mereka kata.

Aku pula kata pandangan mereka tidak munasabah. Tidak menarek. Tidak serasi denganku. Aku punyai pandangan sendiri. Aku punyai citarasa sendiri. Aku tidaklah terlalu berpendirian, tetapi jika pandangan mereka aku rasakan tidak lebih bagus daripada pandangan aku sendiri, untuk apa aku bersetuju? Aku tidak mengatakan yang mana benar yang mana salah. Cuma aku fikir aku mengambil keputusan atas keselesaan aku sendiri. Aku fikir juga aku punyai hak untuk mengambil keputusan buat diri sendiri. Benar bukan?

Ya! Aku sedang berbicara tentang segala keputusan berkaitan diri aku sendiri. Untuk diri aku, so aku fikir sempadan mereka adalah hanya menyampaikan pandangan mereka, apa yang mereka rasakan baek buat aku. Tanggapan aku, aku yang harus memutuskan. Bukan mereka. Pandangan mereka hanyalah untuk mengingatkan aku tentang hal yang mungkin aku terlepas pandang ataw mungkin juga aku lupa. Selaennya, aku yang perlu alert, fikir sedalam-dalamnya, seterusnya make decisions.

Untuk apa aku gunapakai pandangan mereka, jika hujung-hujungnya aku perlu tanggung penyesalan? Untuk apa aku turuti jalan pemikiran mereka, jika hujung-hujungnya aku kehilangan jiwa dan diri aku sendiri? Semuanya nanti akan jadi tiada guna.

Pandangan aku, untuk aku. Bukan untuk mereka. Jua begitu sebaleknya aku rasa. Pandangan mereka adalah untuk mereka. Dan bukan untuk aku. Apa yang aku fikir benar tidak mesty serasi untuk mereka. Jua begitu sebaleknya. Apa yang mereka fikir benar dan bagus, belum tentu sesuai dan serasi untuk aku. Belum tentu aku selesa. Garisan sempadannya adalah berkongsi. Cuma berkongsi. Tidak lebih sedikit pun daripada itu. Bukan memaksa orang laen untuk menerima pendapat dan pandangan kau walaw kau merasakan pandangan kau adalah pandangan yang paling hebat sekalipun.

Seingat aku, aku juga tidak pernah memaksa orang laen menuruti pandangan aku. Berkongsi pernah, tapi memaksa untuk menurut rasanya tidak. Aku harap ingatan aku maseh kuat. Mungkin kita dengan tidak sengaja boleh berkecil haty apabila pandangan kita ditolak, mentah-mentah pula. Tapi kita tiada hak untuk buat keputusan buat orang laen. Setiap orang punyai kebebasan mereka sendiri.

Di sudut yang laen pula...

Aku cuma manusia biasa. Aku mudah marah apabila tiada orang laen yang sama pandangan dengan aku. Aku rasa aku manusia normal, punyai jalan pemikiran yang biasa. Aku bukan alien. Tapi sukar benar untuk mendapat teman sependapat, sepandangan, sepemikiran, secitarasa. Huh, aku demand lagi. Aku cuma perlu sokongan. Mungkin aku benar, mungkin aku salah. Tapi di saat aku sudah hampir buat keputusan, dimana ketika itu aku sudah tidak perlukan pandangan berbeza, pada waktu itu aku cuma perlukan sokongan.

Aku cuma berharap ada yang berdiri di depan aku, memandang aku, dan memberi pandangan sama sebagaimana keputusan yang hampir aku muktamadkan. Setidak-tidaknya aku boleh merasa yakin dengan keputusan yang bakal aku lakukan, yakin bahawa keputusan aku benar, kerna ada yang sependapat dengan aku. Errr.. Di manakah mereka yang sependapat denganku? Punyai jalan pemikiran, juga citarasa yang sama dengan aku? Egois.

Hal-hal begini kadangkala membuat jiwa aku menjerit kuat, melolong bagai orang tidak siuman. Keegoan dan keangkuhan bermaharaja lela, memamah jiwa aku sedikit demi sedikit. Aku lelah. Tewas. Tapi jeritan itu hanya kedengaran jauh di dalam dunia hitam aku. Dunia yang tidak ingin aku jejak. Dunia tempat aku membuang sampah-sampah keegoan dan keangkuhan aku.

Diam seketika.

Tapi, kekurangan aku bukanlah untuk dicemuh. Untuk kalian lebih bersyukur dengan segala kelebihan punya kalian.

Justeru, minta kalian jangan jemu untuk mengingatkan aku. Jangan bosan memberi pandangan kepada aku. Jangan muak berkongsi pendapat dengan aku. Jangan mual melakukan semua itu buat aku. Ingatkan aku segala hal yang aku lupa. Hal yang aku terlepas pandang. Hal yang aku belum dapat baca. Hal yang aku tidak dapat lihat dengan pandangan sempitku. Hal yang tidak tercapai akal cetekku untuk berfikir. Buat membela diri, mungkin aku bukan tidak mahu terima pandangan kalian, tapi mungkin bukan buat masa sekarang.

Aku rayu untuk dimengerti. Mungkin aku mahu melaluinya sendiri. Aku mahu tahu apa akibatnya. Aku mahu buat kesilapan untuk aku perbetulkan pada kemudian hari. Aku mahu belajar atasi kebodohan dan ketakutan sendiri. Aku mahu belajar bezakan apa yang benar, apa yang salah. Aku mahu berdiri menggunakan dua kaki aku sendiri walaw tidak sekuat mana. Aku mahu buat keputusan atas landasan pemikiran aku sendiri walaw mungkin bukan yang terbaek pada fikiran kalian. Aku mahu lakukan semuanya tanpa remote control. Kerna aku bukan robot, aku manusia.

Diam lagi.

Mungkin ada yang bilang, aku perlu belajar menerima pandangan orang laen. Tapi persoalannya, perlukah aku membenarkan orang laen membuat keputusan untuk aku? Jawapannya tidak. Muktamad. Egois lagi.


Love & Sincere,

No comments:

Post a Comment

Shout Your Quotes