Dear my Lovepediary,
Aku diam beberapa hary ini. Beberapa entry sudah aku draft tapi fikiran aku berubah-ubah. Mahu publish? Tidak. Mahu atau tidak. Mahu atau tidak. Akhirnya tidak. Tiada sebab. Ada juga entry yang aku draft separuh jalan sahaja. Hangat-hangat tahi ayam bak kata orang. Bukan. Pelbagai hal sebenarnya bermain-main dalam minda aku yang aku pasti ia maseh normal lagi. Tapi segalanya seperty tidak dapat diluah kesemuanya. Setiap perkataan aku bercelaru. Setiap cerita aku bercampur baur. Tekaku, mungkin aku tidak fokus.
Aku cuba berfikir. Kehidupan aku. Normal. Emosi. Berubah-ubah tapi maseh normal. Fikiran. Maseh normal, cuma mungkin memang tidak fokus.
Mungkin aku perlu sedikit masa untuk bercerita. Aku ingin cuba faham dahulu apa yang minda dan emosi aku sedang runsingkan. Bukan runsing sebenarnya. Entahlah. Mungkin perlu seimbangkan semua perasaan. Mungkin ada perasaan-perasaan yang tidak penting dan perlu aku buang jauh-jauh. Aku rasa tak ada. Tapi mungkin ada. Aku cuba fikir dulu.
0keyy! Aku cuma perlu sedikit masa. Aku ingin fokus. Aku perlu konsentrasi.
Love & Sincere,
No comments:
Post a Comment
Shout Your Quotes