21 Mar 2012

Bezanya Hati Manusia

Dear my Lovepediary,

Orang bilang, rambut manusia sama hitam, tapi hati laen-laen. Macam mana agaknya perasaan bila dapat baca hati manusia laen? Adakah lyfe akan jadi lebih mudah? Boleh tahu samada mereka itu berhati baek atau jahat. Boleh tahu samada mereka itu berhati putih atau hitam, bersih atau kotor. Bagaimana rasanya ya?

Kalau diberi pilihan sekalipun, mahukah aku dapat membaca hati orang laen? Mahukah aku bila hati aku pula boleh dibaca oleh orang laen? Err, sure tidak. Tapi sehari-sehari aku sebok pula mencari idea untuk berkongsi segala rahsia hati dalam blog alam maya ini. Entah kepada siapa aku mahu beritahu, aku sendiri kurang pasti.

Setiap orang, setiap manusia, punya cerita sendiri. Setiap orang punya perkara berbeza-beza untuk dikongsi. Begitu juga setiap orang punya cara berbeza untuk meluahkan. Dulu, aku pernah ada impian, mahu pandai melukis lukisan abstrak. Kononnya, dari situlah aku boleh luahkan segala rasa yang tersembunyi dalam sudut hati aku. Rasa gembira, sedih, teruja, suram, tenang, takut, atau apa saja. 

Sekarang, aku boleh tersenyum puas setiap kali usai menulis sesuatu di dalam blog alam maya ini.  Bagilah aku masa lama mana pun, mata aku sanggup berada di sini, hingga berjam-jam lamanya. Kalau boleh macam tak mahu sentuh kerja laen.

Bukan boleh kongsi semua rasa yang tersembunyi. Tapi sekurang-kurangnya, aku boleh baca sendiri apa yang aku rasa dalam hati. Dengan cuma termenung sehari-hari, belum tentu aku dapat baca apa sebenarnya yang hati aku sedang dan pernah katakan. 

Sekurang-kurangnya, aku boleh semaken lama semaken kenal siapa diri aku sebenarnya. Lebih baekkah aku, atau maken lama maken lupa diri dari tanggung jawab dan peranan aku sebagai manusia.

Dari blog alam maya juga, aku pernah baca liku-liku kehidupan dan rasa hati orang laen. Benarlah, dengan melihat personality sahaja tidak dapat membaca hati orang kan?

Lama-lama, aku suka compare jalan hidup aku dan jalan hidup orang laen. Maken lama, maken aku dapat selam hidup mereka. Maken lama maken dalam, maken jauh, hingga aku sesekali meletakkan diri aku ke dalam dunia mereka. Aku baca dan selam dalam-dalam. Buat aku lupa seketika tentang cerita hidup aku sendiri.


Love & Sincere,

29 comments:

  1. kalaula kite dapat baca hati orang :) .alangkah bagusnya ><

    ReplyDelete
  2. Illy Nabila:

    Yeke bagus? If camtu orang pun dapat baca hati kita. Cemana? Haaa piker betul2. Jangan menyesal okeyyy! Haha.

    ReplyDelete
  3. takpelah :) .
    kite saling dapat-baca membaca.
    ahahah~
    nanti ianya akan jadi normal

    ReplyDelete
  4. Illy Nabila:

    Itu laa. Sebab tak biasa lagik macam tu. So rasa macam takut jek if dapat baca hati orang or hati kita dapat dibaca. Heheh.

    Dapat baca hati orang, macam kusut jek. Kecuali boleh switch on off bila nak baca & bila taknak. Wahhh! :D

    ReplyDelete
  5. aku pakai helmet mcam megneto x-man tu sure orang tak leh baca pikiran..haha..sory la makcik..pengaruh cerita katun aku kuat..haha..

    so lepas ko selalu baca blog aku apa rumusannya?cer citer..hehe..

    ReplyDelete
  6. Ym.Bundle:

    Aku kata baca hati bukan baca fikiran. Tolong fokus okeyyy! Haa ni makan dea! Haha.

    Err lepas baca blog kau eyh? Err aku rasa, err aku rasa laa, err ni aku rasa je taw, err aku rasaaaa kau ni sengal je lebih.

    Mwahaha! :D

    ReplyDelete
  7. ops..maafkan saya...kahkahkahkah..

    *ko salah makcik..aku ni pemalu orangnye..

    ReplyDelete
  8. Ym.Bundle:

    Mwahaha!

    Weyh, mana boleh nilai diri sendiri. Penilaian orang laen tu lebih tepat. Sengal dengan pemalu, aku rasa sengal ni lebih bertepatan dengan diri kau.

    Aku ni ye laa, dah pemalu, sopan pulak tuu. Hihihi <--- Sopan kan aku gelak? :D

    ReplyDelete
  9. Puan Gojes:

    Nak join kelab sengal ke? Kelab sengal join Ym Bundle, kelab pemalu dan sopan join Liyaa Mf.

    Mwahaha! :D

    ReplyDelete
  10. semakin hari, pengalaman mendewasakan kita....
    dari hidup orang jugak kite boleh belajar untuk hidup kita di esok hari ...

    ReplyDelete
  11. macam jason mraz nye lagu.. life is wonderful.. so blog ni macam satu medium untuk tau betapa wonderful nye hidup ini.. =)

    ReplyDelete
  12. Popkorn:

    Super duper setuju!

    Tapi bila lalui sendiri sesuatu pengalaman tu dalam hidup, itu laa pelajaran yang paling bermakna. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kan? :)

    ReplyDelete
  13. Kay_Are:

    Bila baca blog, dapat baca satu-satu perjalanan hidup kan? Especially baca blog2 orang yang hebat menulis. Rasa jeles je dea boleh translate hidup dea dalam tulisan yang menarek.

    Life ada ups & down, itu yang menjadikan life so wonderful :D

    ReplyDelete
  14. kita dapat belajar pengalaman liku hidup orang bukan?Dan boleh dijadikan sebagai pengajaran. :)

    ReplyDelete
  15. Robot Comel:

    Tepat sekali! Kadang2 apa yang berlaku kat sekeliling kita tak perasan. So blog ni boleh jadik salah satu cara jugak laa untuk amek tau pengalaman hidup orang laen :)

    ReplyDelete
  16. kehkkehkeh..aku nak isi borang kelab pemalu ko gak la makcik..tapi ko tak payah register kelab sengal aku sebab ko layak automatik..kahakahkah..

    ReplyDelete
  17. Ym.Bundle:

    Aku rasa type cam kau ni pas isi form kena interview dulu ni. Layak ke tak layak dikategori pemalu. Tapi sebab aku penaung kelab, aku bleh tolong apa yang patut. Kira kau masuk guna cabel laa. Wakaka!

    Aku layak automatik? Hampeh! Aku nak pegang jawatan Pakcik dalam kelab kau tu. Bleh? Kahkah!

    ReplyDelete
  18. tp ssh kan nk selam hati manusia . sbb semua nya lain2 :)

    ReplyDelete
  19. Teha:

    Itu betul Teha. Memang susah nak selam hati manusia. Jauh mana pun kita dah kenal, tapi takkan dapat kenal sepenuhnya. Plus, hati manusia kan boleh berubah-ubah :)

    ReplyDelete
  20. kan best kalau dapat baca hati orang. ehehe~

    ReplyDelete
  21. Laskar Pelangi:

    If dapat baca hati orang, sume orang dah tak boleh tipu2 dah kan? Termasuk kita sekali. Hehe.

    ReplyDelete
  22. fuhh..entri2 ko hot la sekarang ni makcik..sesak dah dengan komen..gud2.apa rahsianya..share sikit tips ko pelisssss..O_o (mata bersinar)

    ReplyDelete
  23. Ym.Bundle:

    1st. Takyah nak perli :P

    2nd. Dorang sume cam kau je. Aku komen entry dorang, so dorang baek hati balas jasa dengan komen entry aku balek. Cam kau jugak kan? Baek ngaku! Padahal kau ngantuk baca entry aku. Hampeh, jujur kau kan? Haha.

    3rd. If ada 20comments contohnya, sebenarnya half je orang laen komen. Half lagik aku punye reply. Ceh, nampak macam banyak je kan? Padahal sebab aku reply sorang2.

    Err kau paham ke? Hahah.

    Rahsia terakhir. Sebab aku kawan dengan blogger otai iaitu Blog Sampah. Otai dowh mamat tuu (Amek hati kauuu!)

    Kahkah!

    ReplyDelete
  24. hahaha..jadahnye aku perli lak oii..tu perkembangan la namenya..entry aku dulu2 pon banyak sunyi je..sekarang pon tak berapa nak sesak lagi..hahaha..

    ko ni nak gado je ngan aku kan..hahaha..tapi betul la tu..nak orang komen blog kite kene la rajin gak singgah blog orang tak gitu..haha..

    last ko salah..totally salah..name pon blog sampah..otaik ye kot..hahaha..

    choww..mandi wajib,solat jumaat..hehe..

    ReplyDelete
  25. kadang2,
    perlu luahkan jugak yg terbuku itu.

    ReplyDelete
  26. Ym.Bundle:

    Aku komen orang laen punya entry pun bukan nak suh dorang komen balek sangat. Tapi sebab aku suka kut entry dorang & aku ada modal laa nak komen entry tu. Cam entry2 kau laa Pakcik. Ececeh! :P

    Kau jangan nak tamak sangat. Dah banyak laa tu pengomen kau. Setia lagik.

    Orang cam kau ni layaknya untuk 2 benda jek. Tak carik gaduh, carik pasal. 2 tu jek, laen takde. End of discussion. Haha!

    Otaik ke Pakcik? Eh badan kau bukan ketak2 ke? Kahkah!

    Last but not least. Ceh, sempat lagik. Pagi tadi tak sempat Nawaitu Raf'al Hadasil Akbari eyh? Kahkah!

    ReplyDelete
  27. Nur Aqilah:

    Sebab itu laa suka luahkan dalam blog. Tapi yang too personal tak laa. Ada jugak yang kena simpan rapi2. Ahaha! :P

    ReplyDelete
  28. Idup mesti ade sdikit rahsia..liyaa ",

    ReplyDelete
  29. MamaJong:

    Yeke Sue? Tapi aku ni suka luahkan sebab terbeban kalau simpan. Hehe. Tapi mana2 yang memburukkan atau mengaibkan tu simpan jugaklah. Heeee :D

    ReplyDelete

Shout Your Quotes