Dear my Lovepediary,
Sudah lebih kurang dua minggu aku mula jalani lyfe sebagai student semula. Lebih kurang empat tahun lebih aku tinggalkannya, and now aku kembali rasainya.
Untuk aku, stress belajar dengan stress bekerja laen. Stress belajar, aku rasa yang paling stress bila tiba musim exam. Untuk orang yang tidak pandai study smart macam aku, hendak tak hendak kenalah study hard. Masa yang diisi untuk study berbanding tidur yang mana sepatutnya lebih menyeronokkan, itu stress. Bila study subject yang di luar kemampuan minda untuk faham, itu juga stress. Bila dalam bilek exam, and soalan yang keluar adalah susah tahap dewa, itu super duper stress.
Waktu belajar dulu, seronok setiap kali dapat selesaikan setiap masalah yang dikeluarkan atas paper exam. Setiap kali masalah dapat diselesaikan, that's the best feeling. Buat aku terfikir, kan seronok bila setiap masalah hidup juga dapat kita selesaikan semudah itu? Maksud aku, bukan sangat mudah. Tapi selepas kita fikir dan usaha untuk selesaikannya, finally the problem solve. Finally kita dapat jawapan, penyelesaian kepada masalah yang diutarakan.
Mudah kan kalau lyfe juga begitu? Kenapa waktu bekerja aku jarang dapat rasa seperti itu?
Tapi. Waktu aku bekerja dulu, aku rasa setiap task yang aku lakukan macam bebanan yang datang atas bahu aku. Maken lama maken berat. Setiap kali aku langsai siapkan sesuatu tugasan, seumur hidup aku tanggung bebannya. Setiap kali dapat penyelesaian kepada masalah pun, jauh-jauh dalam sudut hati, ia semacam ada suatu perasaan bimbang yang berterusan dan tidak ada hentinya. Entah betul entah tidak. Entah ada masalah entah tidak. Cuak.
Dalam masa lebih kurang empat tahun kebelakangan ini, sudah dua kali aku berhenti kerja. Kedua-duanya dalam bidang yang sama, scope kerja yang sama, dan jawatan yang sama. Lepas kerja pertama, aku menganggur 5 bulan. Lepas kerja kedua, setahun aku menganggur sebelum mula further study yang sekarang.
Kalau tanya aku, aku sentiasa kata aku berundur sebab orang laen. Tapi, tidak nafi, semuanya mungkin atas kelemahan aku juga. Selalu juga aku berfikir, egoiskah aku? Penakutkah aku? Sampai sekarang aku tiada jawapan.
Encek Mohd Fairuz bilang, aku cuma belum berjumpa dengan work environment yang seronok buat aku. Cuba motivate aku. Aku cuba sangkal. Aku balas aku pernah rasa seronok bekerja di situ. Tapi dea jawab rasa seronok bekerja adalah lebih daripada itu. Benarkah?
Dea bilang lagi, aku cuma tidak bernaseb baek sebab dua kali terjumpa orang-orang yang tak sepatutnya. Aku cuma tidak bernaseb baek sebab belum jumpa tempat yang betul-betul boleh buat aku rasa senang dan serasi bekerja. Benarkah?
Kalau bercakap tentang kerjaya impian, ada beberapa kerjaya yang aku impikan. Semuanya berlainan scope, perlu skills yang berlainan. Yang mana satu aku paling mahu, aku sendiri tidak tahu. Tapi, jauh mana pun aku pasang impian, rasa sayang untuk sia-siakan percapaian yang pernah aku gapai tetap datang. Sijil bukti aku telah layakkan diri aku untuk ceburi bidang sekarang. Mana boleh aku buangnya begitu sahaja. Mana mungkin.
Di mana aku semalam, di mana aku hari ini, dan ke mana aku pada masa hadapan, aku percaya semuanya sudah tertulis. Aku turutkan saja ke mana kaki aku melangkah. Selagi kaki aku maseh mampu berjalan, aku kuatkan saja hati untuk berdepan segala-galanya. Aku tempuhi saja pahit atau manis ia. Buang masa dan tiada guna aku asyik duduk diam dan terlalu memikirkan bagaimana hidup telah berlaku tidak adil terhadap aku.
Kadang-kadang, aku terfikir yang hidup adakala telah berlaku tidak adil terhadap aku. Tapi, buat aku terfikir pula, adakah aku telah berlaku adil terhadap hidup aku sendiri? Diam.
Love & Sincere,
untung lah study lagi..pasni keje gaji ko masyuk la..tapi betul cakap en fairus tu..ko belum jumpe jumpa tempat keje yang seronok..
ReplyDeleteaku tolak tempat keje gaji lebih sebab aku nak seronok keje macam sekarang..hehe
Ym.Bundle:
ReplyDeleteMasyuk ek? Harap aku dapat keje yang okeyy je aku Pakcik. Penat dah menganggur! Haha.
Untunglah kau dapat keje yang seronok sekarang. Err cemana seronok tu? :P
Itu yang aku tak paham2 lagik tu. Cemana keje yang seronok tu? Aku tak pernah rasa kut. Aku rasa keje sentiasa stress je. Hehe.
Sy prnah terdengar satu quotes yang ringkas tapi mendalam.
ReplyDelete"Love your job and you will never work a single day in your life."
Bila sis kata sis lg enjoy tidur and agk stress, sama ada sis tak enjoy scope krja tu atau, environment? Environment, sy kurang arif lg, tp atas nsihat kwn sis, mngkin boleh jdi jugak kan?
Sma mcm life sy dlu. Sy sgt suka mlukis komik smpai sy tdur pkul 3-4 pagi and mlukis je hari2. Still, sy enjoy tahap gaban. Sy kurang rsa stress smua. Like the quote said.
Smuanya trletak kpada sis. Bgi pndangan ringkas sy, new environment is new environment. Most important we play to blend with it. Kita try the best serasikn diri and trima workers lain seadanya. Perasaan 'nak-taknak' or 'berat hati' tu boleh kasi sbb kita rsa berat je time krja ni.
As for study, klu sis study bnda yg sis minat, insyaAllah stress tu mmg jarang. Kurang pndai ni biasa la, tak smua genius. Sis cuba guna blajar dlm kmpulan ke, atau buat something yg syok dlu sblum study.
Sntiasa set mind yg apa sis buat tu mudah. Sntiasa fkir positif dan brdoa fkiran tu bawak ke kejayaan. InsyaAllah, thats one of the best key to success. Gud luck!
Sis Al:
ReplyDeleteTerima kaseh atas nasehat dan pandangan yang panjang lebar tu. Really appreciate it! :)
kerja yang seronok adalah berseronok-ronok.
ReplyDeletekehkeh.
jom berseronok.
Robot Kuning:
ReplyDeleteMwahaha! Beronok-ronok eyh? Itu maknanya berseronok secara beramai-ramai laa kan? Haha.
Jommmmm! :D
bile dah keje memang rase studi lagi best!! tapi so far environment keje still ok g so teruskan dulu r kan?
ReplyDeleteKay_Are:
ReplyDeleteItu laa. Tapi nak taknak kena laa ikut keperluan hidup kan? Sampai waktu keje, kena keje. Cuma ikut rezeki kita je dapat environment keje yang macam mana :)
seronoknya, tak sabar nak tgu sambung degree jugak...weeeeeeeeeee
ReplyDeleteCinta Zulaikha:
ReplyDeleteWahh! Belajar bebetul ye. Belajar jangan cuma untuk exam. Belajar untuk future okeyy! Sebab bila kerja nanty lebih besar cabarannya. All the best! :D
Wah..thniah liyaa sbb further master.all d best beb!
ReplyDeleteMamaJong:
ReplyDeleteThanks Sue! Doakan laa aku boleh perbaiki apa yang patut okeyyy! Heeee :D