12 Mar 2012

Merekalah Manusia Itu

Dear my Lovepediary,

Merekalah manusia itu. Yang lupa di mana tempat mereka sedang berdiri. Yang tidak ingat saat-saat mereka jatuh terduduk. Yang alpa dengan kesenangan yang dikecapi.

Merekalah manusia itu. Yang megah dengan kejayaan demi kejayaan yang mendatangi. Yang bongkak dengan kehebatan yang Allah beri. Yang takbur dengan kebolehan yang Allah pinjamkan.

Merekalah manusia itu. Yang lupa bagaimana mahu bersyukur. Yang cuma tahu untuk mendabik dada. Dan yang lupa sama sekali cara merendah diri.

Merekalah manusia itu. Memandang sinis pada yang lemah. Mencaci maki pada yang kurang mengerti.  Menyindir nyindir pada yang kurang tahu.

Merekalah manusia itu. Yang dulunya pernah merasa susah. Yang dulunya pernah menanges. Yang dulunya pernah terkapai-kapai memohon orang bantu.

Mereka lupa. Dulu mereka juga di tempat yang sama. Dulu mereka juga di tahap yang sama. Sekarang, bila sudah di atas. Mereka lupa untuk pandang ke bawah semula.

Dunia ibarat pentas. Kita semua adalah pelakonnya. Persoalannya, watak sebeginikah yang kita cari? Watak sebeginikah yang kita mahu?

Mereka itu, entah siapa-siapa. Boleh jadi sesiapa sahaja. Asalkan, jangan kita. Jangan aku. Jangan kau. Jangan kalian. Kalau boleh semuanya jangan. 

Kalau jumpa manusia itu, jangan kita pula yang memandang sinis, mencaci maki, menyindir nyindir, jauh lagi berdendam. Err. Mungkin aku ada sedikit dendam yang tersimpan. Yang mana aku harap ia cepat hilang. 

Selalu orang bilang, jangan berdendam kan? Tapi kerna lemahnya hati kerdil ini, menjadikan aku begini. Aku juga berharap aku boleh padamkannya. Kalau berharap perkara lepas itu tidak berlaku, impossible kan? 

Kadang-kadang, aku juga terhasut dengan suara-suara jahat yang berbisik ke telinga aku. Kadang-kadang, aku tersenyum bila mendengar kau terhantuk sesuatu. Kadang-kadang, aku mahu ketawa berdekah-dekah bila melihat kau dihempap batu. Malah aku sebok-sebok asyik mencari tahu. Berdosa kan aku? Hati aku kotor. Hati aku lemah. 

Dari sudut positifnya, aku mahu kau sedar kesilapan demi kesilapan yang kau pernah lakukan. Aku mahu kau kembali jadi manusia yang rasional. Aku mahu kau tahu, aku begini disebabkan kau. Hati aku lemah.

Yang jadi, tetap terjadi. Yang berlaku, tetap berlaku. Pahit atau manis. Putih atau hitam. Cerah atau terang, mahupun gelap. Itulah kehidupan. Warna-warni kan? 

Hidup juga seperti perkembangan tumbesaran bayi. Mula-mula belajar meniarap. Lepas itu merangkak. Kemudian mula pandai duduk. Seterusnya bangun bertatih, berjalan, lama-lama pandai berlari. Kalau boleh terbang, terbanglah. 

Asalkan jangan lupa pandang semula ke bawah. Bantu tarek tangan laen yang mahu cuba terbang bersama. Kerna sebelum kau boleh terbang, kau juga bermula dengan hanya tertiarap di bawah.  Sebelum kau boleh terbang, kau juga jatuh berkali-kali terjelepuk ke bawah. Bangun kau, ada orang laen yang sokong. Berdiri gagah kau, ada orang laen yang dukung.

Satu. Orang laen memang mudah memandang hal yang negatif dalam diri kita. Usah peduli. Our part is sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa.

Dua. Jangan ambil kesempatan atas kelemahan dan kesusahan orang laen. Juga, jangan hanya  sebok memandang, menilai dan mencemburui kesenangan orang laen sehingga terlupa untuk menyedari dan mensyukuri kesenangan yang ada pada diri sendiri.

Tiga. Jangan cepat menilai dan menghukum orang laen atas kelemahan dan kesilapannya. Satu kebaikan sahaja mungkin boleh menghapus segunung kejahatan. Satu kejahatan juga mungkin boleh menghapus segunung kebaikan. Kita tidak tahu.

Last but not least. Jangan terlalu kecewa saat kau jatuh. Jangan terlalu angkuh saat kau terbang tinggi.

Err. Semuga perkara yang baek-baek sahaja akan mendatangi kita semua.


Love & Sincere,

26 comments:

  1. bahek cikgu..hahaha..ko cerita pasal ape sebenarnya ni makcik..bleh tahan ayat motivasi ko ni..haha..

    ReplyDelete
  2. Ym.Bundle:

    Adalah, kata2 sinis untuk seseorang. Hahah. Boleh tahan ayat motivasi aku? Kau pun tak paham, tanya aku cerita pasal ape laa, nak cakap boleh tahan laa bagai. Puihhh!

    Wakakakaka! :P

    ReplyDelete
  3. Well said Liya! Aku sokong. Kalau aku jadi macam tu, tegur aku tau... Sebab kadang-kadang kita tak sedar!

    ReplyDelete
  4. Ain:

    Kalau kau jadi macam tuu, siaplah! Haha.

    Aku harap, baek aku, baek kau, baek sesiapa sahaja especially kawan2 aku, semua tak akan jadi macam tu Ain :)

    ReplyDelete
  5. kalau nak tegur aku tak payah kias2,tak payah sindir2..straight to the point senang..

    ReplyDelete
  6. Ym.Bundle:

    Weyyy, aku tegur kau apa? Aku kias2 apa? Aku sindir kau apa? Weyyy, sory aku tak paham. Err maybe ada yang kau salah paham kee. Serius aku tak perasan apa yang aku dah buat. Sory :(

    ReplyDelete
  7. hahahaha....aku cakap memang serius makcik, tapi aku tak sentap pape pon..hahaha..aku ckp tu sama je kot macam kawan ko si ain tu..ekeke..cuma nak tegur aku bukan cara sindir..aku suka terus terang..tu je..haihhh..hahaha..

    ReplyDelete
  8. laa ko ni..betul la.tipu apanya tah..ekekeke..kalau ko tujukan entri ko ni kat aku pon aku tak kisah...terima je la..wakakaka...

    ReplyDelete
  9. Ym.Bundle:

    Weyyy, apahal aku nak tuju entry ni kat kau? Aku kenal kau pun bukan kat dunia nyata, dalam alam maya jek. So, apa hak aku nak judge kau? Aku siket pun tade piker yang negatif pasal kau. Serius. Aku rasa kau pun dah tau aku dah anggap kau macam kawan. Okeyyy! Kawan.

    Terus terang, entry ni untuk seorang perempuan. Bukan kau. Sama sekali tak.

    Sedih okeyyy! :(

    ReplyDelete
  10. isk ko ni..aku pon tak pikir ko tulis untuk aku la..hahaha..saje je aku cakap camtu..ko ni tibe2 lak emo napa..adehh..rasa bersalah lak aku..dah2..sory la kalau terbuat ko sedih..ko jgn sedih2 makcik,makin cepat tua ko kang..peace ok..kita geng..

    ReplyDelete
  11. Ym.Bundle:

    Ahhhh! Sentapppppp!

    Serius aku terasa weyyy tadi. Aku rasa cam sampai hati kau tuduh aku camtu. Padahal aku langsung tade perli2 or sindir2 kau. Jauh sekali nak judge kau, maksudnya nak cakap negatif pasal kau tapi aku berkias2. Tak terlintas langsung aku.

    Tapi serius tadi aku ingat kau ada terasa dengan aku apa2. Kut2 laa gurau aku kasar, kata2 aku buat kau terasa. Mengguris perasaanlah orang kata.

    Serius, aku terkejut gila baca komen kau tadi. Sebab kau tade gelak2 ke or buat smiley2 sengal kau tu. Tu yang aku ingat kau serius ada terasa dengan aku.

    Rupanya aku kena troll. Hampehhhh! Okeyyylahhh! Piss yooo!

    Troll aku ey? Siap kauuuuu! Grrrrr. Tak abes sentap lagik. Ish!

    ReplyDelete
  12. ek..ni gua boleh masuk campur ke ni? ;p

    ReplyDelete
  13. Robot Kuning:

    Tade hal. Jangan kau troll aku jugak sudah. Kahkah! :P

    ReplyDelete
  14. name nyee pon manusia kan.. :)

    ReplyDelete
  15. Teha:

    Namanya pun manusia. Punya kelebihan punya kelemahan. Gitu? :)

    ReplyDelete
  16. ok cikgu nasihat diterima.. sy harap sy akan sentiase menjadi diri sy sampai bile2.. =)

    ReplyDelete
  17. Kay_Are:

    Kalau yang positif tuu, kekalkanlah sampai bila2. Mana2 yang negatif tuu, cubalah buangkan perlahan2 dan perbaikinya.

    Okeyyy murid2? :P

    ReplyDelete
  18. mendalam...tersirATTT AMAT =)

    btw drop n follow you..

    ReplyDelete
  19. Cik Laure Weng:

    Tersirat yeh? Hahaa!

    Okeyyy, thanks! :D

    ReplyDelete
  20. manusia..bia diatas, susah dia nak tengok orang bawah. lumrah

    ReplyDelete
  21. Miranadia:

    Lumrah? Then tanggungjawab kita pula untuk perbaikinya :)

    ReplyDelete
  22. Manusia hidup ni ibarat batu-bata dalam pembinaan sebuah bangunan.

    Kita saling memerlukan antara satu sama lain dalam mengejar sesuatu matlamat. Jangan terlalu bongkak dengan kebolehan diri sendiri, walhal di suatu masa nanti kita juga memerlukan bantuan dari orang lain.

    Justeru, jangan pandang rendah terhadap orang lain.


    Cuba terapkan semangat ukhuwwah dalam kehidupan kita. Amalkan konsep "cubit paha kiri, paha kanan terasa juga"..


    :)

    ReplyDelete
  23. Incek Fik:

    Totally agree, Incek Fik!

    Terima kaseh sebab menambah rempah ratus untuk entry ni. Menjadikan entry ni lebih bermakna bila digabung bersama komen Incek Fik tuu.

    "Jangan terlalu bongkak dengan kebolehan diri sendiri, walhal di suatu masa nanti kita juga memerlukan bantuan dari orang lain." <--- Org laen tuu mungkin orang yang kita pandang rendah itu juga kan?

    :)

    ReplyDelete
  24. See? Siapa kata org engineering macam kau tak boleh aplikasikan unsur sastera? Boleh jer..

    ReplyDelete
  25. Encik H:

    Erkkk! Aku jadik malu kau baca entry2 lama aku. Cehh, baru skang nak malu :P

    Aku mmg suka unsur2 sastera gak r H. Tp aku tak sesastera kau okeyyy! Sastera kau tahap tinggi, tak mampu aku nak lawan. Haha. Sastera aku tak setersirat kau.

    Tp Bundle marah aku buat entry2 gini. Sbb dea tak paham & blur nak komen. Bwahaha!

    *Aku suka berpuisi. Tiba2 :P

    ReplyDelete

Shout Your Quotes