31 Mar 2012

Charity Sales, Bundle Di Kampus

Dear my Lovepediary,

Semalam ada Charity Sales di kampus. Interesting. Aku difahamkan ianya bertujuan mengumpul derma untuk Rumah Anak-Anak Yatim and Rumah Orang-Orang Tua, somewhere in JB. Aku dah lupa Rumah Anak-Anak Yatim dan Rumah Orang-Orang Tua mana. 

Ada macam-macam old stuff dijual yang aku kira hasil derma ikhlas daripada staf-staf kampus juga. Taklah dibuat secara besar-besaran, tapi quite interesting. Kat satu sudut, ada menjual baju-baju terpakai macam-macam pattern, macam-macam style, macam-macam warna. For sure inilah yang paling menarek minat aku. Lama tak shopping. Err shopping bundle.

Aku berada kat situ dah rasa macam kat kedai bundle. Memanglah tak semua menarek. Nama pun hasil Charity dan untuk Charity purpose juga. So, andaian aku, apa saja barang yang dah diberi seikhlas hati, itulah yang dijual, sambil kumpul derma. Kebetulan, sekali pandang aku berkenan dengan satu baju, so menarek jiwa aku untuk melihat-lihat lagi. Untung-untung, ada lagi yang menarek tersembunyi.

Apparel pertama aku pilih, aku terus tanya harga. Dua ringgit je dik. Nafsu perempuan mulalah melonjak-lonjak. Then aku pick lagi. Yang ini? Itu lima ringgit. Yang ini kak? 3 ringgit je dik. Adik pilih je, kalau beli banyak, kita kasi kurang lagi. Nafsu kian melonjak. Perempuan kan. 

Aku ambil dua helai, tiga, empat, dan seterusnya. Ada satu seluar coklat yang aku paling suka. Oldskool gila. Dah lama tak beli seluar season macam tu. Memang rasa macam shopping kat bundle stores. Yang ini okey kak, tapi yang satu lagi ni tak sure nak amek ke tak. Eh, amek je adik. Takpe, akak kira untuk adik sehelai dua ringgit je untuk semua. Finally, total aku ambil enam helai. Dua helai baju, dua helai seluar, dua helai baju lagi aku belikan untuk Suami. So total RM12 je untuk 6 helai apparels.

Macam aku kata tadi, sebenarnya yang dijual kat situ, and yang aku beli tu pun tak semua menarek gila. Tapi aku suka jugaklah. Cuma aku rasa nak membeli sangat sebab untuk Charity kan. Nama pun untuk Charity. So, akak tu pun tak berkira langsung, sampai bagi aku harga RM2 je sehelai.  Aku yang membeli pun langsung tak rugi. Untung adalah. Mereka juga bukan mengejar untung, janji objektif kerja amal yang dibuat tu tercapai.

Seluar Season Coklat RM2 & Kemeja Bundle Suami RM2

Sambil bershopping, sambil bercharity. Nak tahu lebih lagi tentang Bundle? 
Click SINI.


 Love & Sincere,
 

28 Mar 2012

Bolehkah Menulis Journal Macam Menulis Blog?

Dear my Lovepediary,

Dunia menulis. Dunia menulis ni luas kan? Ada penulis berita, ada penulis skrip, ada penulis novel, ada penulis buku-buku informative, tak kurang juga penulis gosip.

Berapa ramai antara kalian yang ada impian untuk jadi penulis profesional? Aku ada. Sudah lama aku simpan satu impian untuk jadi penulis profesional, antara salah satu yang aku katakan tadi. If tak tercapai pun, cukuplah kepuasan jadi penulis Lovepediary ini sahaja.

Kelmarin, aku pergi ke MPH dan Popular, City Square. Dah lama tak jejak kaki di mana-mana bookstrores. Sejak-sejak jadi student semula ni, aku betul-betul rasa menjalani hidup sebagai student semula. Err maksud aku, persepsi diri sebagai career woman dan student ni jauh berbeza ya. 

Jadi student semula, aku sudah kurang cubaan dan paksaan untuk sentiasa mempamer kematangan dan menjaga status sebagai career woman. Bukan untuk dilihat orang luar, tapi untuk self-confidence aku sendiri. Tak adalah peluang orang laen untuk memperkotak-katikkan aku sahaja. 

Hal itu mana boleh dipaksa. Kan ianya perlu datang sendiri, naturally. If aku tak boleh buat, that means aku belum bersedia, atau mungkin aku kurang selesa. Now jadi student, aku sudah tidak fikir itu semua. 

Maksudnya, aku boleh berhenti berfikir tentang itu semua seketika. Buat sementara. Aku boleh act biasa tanpa perlu paksa diri aku untuk sentiasa jadi hebat, very professional one. Err tapi hebat itu subjective bukan? Career lepas, sangat-sangat menduga keupayaan diri aku. Entah. Aku penat memikir lyfe ini dengan terlalu serius. Aku harap aku boleh ambil masa perlahan-lahan untuk kumpul semula semua semangat yang sudah hilang. 

Dalam MPH, Popular, aku beriya benar mahu cari self-help books. Tiba-tiba aku mahu benar cuba baca buku-buku sebegitu. Membantukah? Cara ini aku belum pernah cuba untuk kembalikan lyfe spirit aku yang sudah kosong. Aku rasa, tak mungkin buku-buku sebegitu dalamnya kosong kan? Aku semacam percaya contentnya bukan biasa-biasa. Atas plastic cover buku tu ada tertulis, Warning! This book will probably change your life. Sounds great, right? 

Cuma persoalannya aku tak tahu sejauh mana buku-buku itu boleh influence aku. Dua buah buku aku pilih. Your Dreams Career For Dummies dan How To Communicate With Anyone. Entah. Aku cuma berharap amaran itu benar-benar berlaku. Naive.

Serius . Ini sesuatu yang baru dalam hidup aku. Tak pernah terlintas untuk baca buku-buku sebegitu. It makes me believe that I'm really desperate right now. Aku sudah lama tahu but this tyme everything seems so obvious. Serius desperate gila. Sometymes, nak menangis fikirkan kegagalan hidup. Okeyy, that's it. This tyme tak mahu ingat or cerita about that lagi.

Actually, aku ada satu homework, untuk menulis sebuah journal. Some sort of a technical paper about construction and environment. Sudah beberapa minggu terima this task, and have to submit latest by next week. Err actually next week cuma perlu submit abstract sahaja dulu. Tapi until now sepatah perkataan untuk abstract tu pun aku belum berjaya tulis atas kertas. 

Actually, topic pun still blur. Topic yang aku dah fikir, not sure impressive atau tidak. Progress, aku baru kumpul beberapa buah journal for references. And rajen tak rajen, aku perlu cari mood juga untuk siapkan by this week.

So, the main point is, kan mudah if boleh menulis journal macam menulis blog. Err walaupun tak ada sesiapa paksa, sebok juga beriya-iya mahu menulis dan update satu persatu cerita. Walaupun perlu perah idea and sometymes perlu push daya pemikiran ke arah titik maksima, tapi berjaya juga satu persatu entry dipublish.

So, bolehkah aku menulis journal macam menulis blog? If boleh, tentu mudah kan?


 Love & Sincere,

26 Mar 2012

Negatif

Dear my Lovepediary,

Selama hari ini, aku jangka aku positif. Dalam situasi bagaimana pun aku berada, aku maseh percaya bahawa aku positif. Aku pretend sahaja aku ini positif. Tapi beberapa hal yang berlaku lately, buat aku sedar. Baru aku tahu, aku negatif.

Saki-baki tembok keyakinan yang tidak seberapa akhirnya roboh jua. Habes. Musnah semuanya.  Bukan luntur lagi. Tapi musnah semuanya. 

Apa yang tinggal? Sisanya aku perlu kutip satu persatu. Lantas aku perlu cantumkannya kuat-kuat. Agar ia boleh berdiri lebih teguh dari dulu, lebih utuh dari dulu. Agar ia tidak akan roboh-roboh lagi. Tidak kira kuat mana pun angin meniup, atau kuat mana pun ribut taufan datang.

Aku perlu kuat. Kuat melawan rasa ini. Cuma langkah pertama aku, aku perlu buang dulu segala yang negatif. Entah dari mana rasa negatif itu datang. Aku perlu buang kesemuanya.

Bangsatlah sesiapa yang pernah membawanya kepada aku. Semuanya jadi badi. Berdiam dalam diri aku, terus bersama aku sampai hari ini, ke mana-mana saja aku pergi. Serius jadi badi. Aku mahu buang semuanya. Jauh-jauh. Biar semuanya hilang. Cuma, aku belum tahu caranya. Bagaimana. Negatif lagi.

Sebenarnya. Aku mahu bangun kembali. Mungkin seperti dulu.


Love & Sincere,

24 Mar 2012

Pandai Tidak Pandai, Dulu Sekarang

Dear my Lovepediary,

Nowadays, aku realize bebudak sekarang maken pandai-pandai okeyy. Setakat straight A dalam SPM tu macam dah common je. Bangga still bangga, tapi tak sama bangganya compare masa zaman aku dulu. SPM 2000. Ohh, dah 12 tahun rupanya.

Zaman sekarang, it's a common thing if ramai yang memang target straight A for SPM. Dapat capai atau tidak, itu belakang kira. Aku rasa zaman aku dulu, mostly target mahu capai seberapa banyak A yang boleh or mampu sahaja. Aku rasalah. Mungkin sebab surrounding aku pun bukannya pandai gila serta genius macam bebudak sekarang. Serius, jeles betul.

Dulu, aku cuma dapat 2A je masa SPM. Fizik & Lukisan Kejuruteraan tak kredit. Aku dah lupa perasaan aku masa tu. Bangga dengan 2A tidak juga, sangat kecewa dengan 2 subjects tak kredit juga tidak. Aku rasa mungkin aku cuma rasa lega. Fuhh! Ada juga subject yang aku mampu dapat A. And tak ada subject yang gagal. Itu dah cukup. Dah bersyukur sangat dah.

Err kecewa jugalah siket yang subjects tak kredit tu. Tapi aku memang target tak failed je subject tu. So tak kecewa sangat. 2A of course tak boleh nak bangga gila. Cuma bangga dengan diri sendiri je berjaya tempuhi zaman persekolahan hingga titik akhir. Mungkin itu je apa yang aku rasa. Level ingatan aku sekarang dah maken merosot sebenarnya. So, aku pun dah lupa semuanya. Err

Zaman aku, if dapat 5A dalam SPM pun pada aku dah pandai gila dah. Err 4A aku rasa dah kira pandai dah sebenarnya. If dapat lebih 5A, lagilah pada aku dah kategori sangat pandai. Terror seh! Zaman sekarang, aku dah jarang dengar result 5A ke bawah. Biasa dengar 7 or 8 or straight A terus. Gila pandai seh!

Zaman aku, aku rasa aku macam tak target pun berapa A aku boleh dapat. Tapi aku cuma target kalau boleh jangan ada subject yang fail. Itu je. Selebihnya, harap result agak cantek untuk dibaca tu pun sudah cukup. Aku tak tahu kawan-kawan aku. Aku tak tahu orang laen. Mungkin aku je yang under estimate diri sendiri, aku tak tahu. Tapi aku rasa kawan-kawan terdekat aku samalah target macam aku juga.

Zaman aku dulu, level macam aku ni berjaya jugalah maintain kedudukan di kelas 1-2 terhadapan. Tapi sekolah biasa je lah, tak ramai persaingan pun. Sebab tu boleh. Tapi if aku sama-sama bersaing dengan bebudak zaman sekarang, aku rasa aku mungkin akan berada di 2-3 kelas terbelakang agaknya. Sedihnya.

Yes. Aku tahu still ada result yang biasa-biasa macam aku zaman sekarang. And still ada result yang kurang menyerlah, kurang flying colors orang kata. Tapi serius aku dah jarang dengar. Or mungkin dulu aku yang kurang update and kurang alert memang kat Malaysia ni  ramai yang pandai-pandai? Yes, dulu memang ada yang pandai. Tapi tak berduyun-duyun macam sekarang. Aku yakin.

Or mungkin sebab empunya result yang biasa-biasa just duduk diam-diam? Bila yang gempak je yang update, yang tak gempak pulak langsung tak nampak. Dari situlah datang kesimpulan aku bebudak zaman sekarang pandai-pandai.

Sekarang perhubungan dunia maya pun dah maken maju. So, ramai yang update SPM result dalam dunia maya juga. Especially yang dapat result best-best lah. Tak salah pun bangga. If aku dapat result gempak-gempak gila camtu pun ntah-ntah aku pun mahu canang satu dunia. Gembira punya pasal.

Tapi masalahnya result aku dulu biasa-biasa je. Tyme tu pun cuma kemaruk chatting dalam MIRC je. If ada sorang dua yang tanya pun, camne result SPM? Aku cuma jawab, bolehlah. Itu pun if betul ada situasi macam ni. Aku pun dah lupa ada ke orang tanya result aku tyme tu. Rasa macam takde.

Dengan berbekalkan result aku yang biasa-biasa tu aku dapat juga tempat di UiTM, course Civil Engineering. Alhamdulillah. Zaman sekarang aku rasa if result cuma macam aku macam susah je nak masuk IPTA. Course Civil Engineering zaman sekarang, aku rasa agaknya 6A wajib ada dalam tangan. Or mungkin lebih. Aku tak tahu. Aku cuma berkira-kira sendiri.

Sometimes straight A pun ada yang tak dapat tempat di IPTA. Kesian pun ada. Tapi itulah dinamakan persaingan, juga cabaran. Err sebab ramai yang pandai-pandai menjadikan banyak persaingan ke, atau sebab banyak persaingan menjadikan mereka bersaeng untuk jadi pandai secara beramai-ramai? Err

Itu belum bercakap tentang bebudak comel-comel yang belum tadika pun dah bijaksana, petah berkata-kata. Kadang-kadang boleh cakap style orang dewasa. Batch aku dulu waktu umur sebegitu belum tahu apa-apa. Hingusan je. Mungkin ada jugalah yang bijak, tapi boleh dikira. Bukan macam sekarang. Aku rasa rata-ratanya bijak. Memang jauh bezalah.

Aku tertanya-tanya sendiri. Kenapa ya? Err


Love & Sincere,

21 Mar 2012

Bezanya Hati Manusia

Dear my Lovepediary,

Orang bilang, rambut manusia sama hitam, tapi hati laen-laen. Macam mana agaknya perasaan bila dapat baca hati manusia laen? Adakah lyfe akan jadi lebih mudah? Boleh tahu samada mereka itu berhati baek atau jahat. Boleh tahu samada mereka itu berhati putih atau hitam, bersih atau kotor. Bagaimana rasanya ya?

Kalau diberi pilihan sekalipun, mahukah aku dapat membaca hati orang laen? Mahukah aku bila hati aku pula boleh dibaca oleh orang laen? Err, sure tidak. Tapi sehari-sehari aku sebok pula mencari idea untuk berkongsi segala rahsia hati dalam blog alam maya ini. Entah kepada siapa aku mahu beritahu, aku sendiri kurang pasti.

Setiap orang, setiap manusia, punya cerita sendiri. Setiap orang punya perkara berbeza-beza untuk dikongsi. Begitu juga setiap orang punya cara berbeza untuk meluahkan. Dulu, aku pernah ada impian, mahu pandai melukis lukisan abstrak. Kononnya, dari situlah aku boleh luahkan segala rasa yang tersembunyi dalam sudut hati aku. Rasa gembira, sedih, teruja, suram, tenang, takut, atau apa saja. 

Sekarang, aku boleh tersenyum puas setiap kali usai menulis sesuatu di dalam blog alam maya ini.  Bagilah aku masa lama mana pun, mata aku sanggup berada di sini, hingga berjam-jam lamanya. Kalau boleh macam tak mahu sentuh kerja laen.

Bukan boleh kongsi semua rasa yang tersembunyi. Tapi sekurang-kurangnya, aku boleh baca sendiri apa yang aku rasa dalam hati. Dengan cuma termenung sehari-hari, belum tentu aku dapat baca apa sebenarnya yang hati aku sedang dan pernah katakan. 

Sekurang-kurangnya, aku boleh semaken lama semaken kenal siapa diri aku sebenarnya. Lebih baekkah aku, atau maken lama maken lupa diri dari tanggung jawab dan peranan aku sebagai manusia.

Dari blog alam maya juga, aku pernah baca liku-liku kehidupan dan rasa hati orang laen. Benarlah, dengan melihat personality sahaja tidak dapat membaca hati orang kan?

Lama-lama, aku suka compare jalan hidup aku dan jalan hidup orang laen. Maken lama, maken aku dapat selam hidup mereka. Maken lama maken dalam, maken jauh, hingga aku sesekali meletakkan diri aku ke dalam dunia mereka. Aku baca dan selam dalam-dalam. Buat aku lupa seketika tentang cerita hidup aku sendiri.


Love & Sincere,

19 Mar 2012

Study Lyfe, Working Lyfe

Dear my Lovepediary,

Sudah lebih kurang dua minggu aku mula jalani lyfe sebagai student semula. Lebih kurang empat tahun lebih aku tinggalkannya, and now aku kembali rasainya.

Untuk aku, stress belajar dengan stress bekerja laen. Stress belajar, aku rasa yang paling stress bila tiba musim exam. Untuk orang yang tidak pandai study smart macam aku, hendak tak hendak kenalah study hard. Masa yang diisi untuk study berbanding tidur yang mana sepatutnya lebih menyeronokkan, itu stress. Bila study subject yang di luar kemampuan minda untuk faham, itu juga stress. Bila dalam bilek exam, and soalan yang keluar adalah susah tahap dewa, itu super duper stress.

Waktu belajar dulu, seronok setiap kali dapat selesaikan setiap masalah yang dikeluarkan atas paper exam. Setiap kali masalah dapat diselesaikan, that's the best feeling. Buat aku terfikir, kan seronok bila setiap masalah hidup juga dapat kita selesaikan semudah itu? Maksud aku, bukan sangat mudah. Tapi selepas kita fikir dan usaha untuk selesaikannya, finally the problem solve. Finally kita dapat jawapan, penyelesaian kepada masalah yang diutarakan. 

Mudah kan kalau lyfe juga begitu? Kenapa waktu bekerja aku jarang dapat rasa seperti itu?

Tapi. Waktu aku bekerja dulu, aku rasa setiap task yang aku lakukan macam bebanan yang datang atas bahu aku. Maken lama maken berat. Setiap kali aku langsai siapkan sesuatu tugasan, seumur hidup aku tanggung bebannya. Setiap kali dapat penyelesaian kepada masalah pun, jauh-jauh dalam sudut hati, ia semacam ada suatu perasaan bimbang yang berterusan dan tidak ada hentinya. Entah betul entah tidak. Entah ada masalah entah tidak. Cuak.

Dalam masa lebih kurang empat tahun kebelakangan ini, sudah dua kali aku berhenti kerja. Kedua-duanya dalam bidang yang sama, scope kerja yang sama, dan jawatan yang sama. Lepas kerja pertama, aku menganggur 5 bulan. Lepas kerja kedua, setahun aku menganggur sebelum mula further study yang sekarang. 

Kalau tanya aku, aku sentiasa kata aku berundur sebab orang laen. Tapi, tidak nafi, semuanya mungkin atas kelemahan aku juga. Selalu juga aku berfikir, egoiskah aku? Penakutkah aku? Sampai sekarang aku tiada jawapan.

Encek Mohd Fairuz bilang, aku cuma belum berjumpa dengan work environment yang seronok buat aku. Cuba motivate aku. Aku cuba sangkal. Aku balas aku pernah rasa seronok bekerja di situ. Tapi dea jawab  rasa seronok bekerja adalah lebih daripada itu. Benarkah? 

Dea bilang lagi, aku cuma tidak bernaseb baek sebab dua kali terjumpa orang-orang yang tak sepatutnya. Aku cuma tidak bernaseb baek sebab belum jumpa tempat yang betul-betul boleh buat aku rasa senang dan serasi bekerja. Benarkah?

Kalau bercakap tentang kerjaya impian, ada beberapa kerjaya yang aku impikan. Semuanya berlainan scope, perlu skills yang berlainan. Yang mana satu aku paling mahu, aku sendiri tidak tahu. Tapi, jauh mana pun aku pasang impian, rasa sayang untuk sia-siakan percapaian yang pernah aku gapai tetap datang. Sijil bukti aku telah layakkan diri aku untuk ceburi bidang sekarang. Mana boleh aku buangnya begitu sahaja. Mana mungkin.

Di mana aku semalam, di mana aku hari ini, dan ke mana aku pada masa hadapan, aku percaya semuanya sudah tertulis. Aku turutkan saja ke mana kaki aku melangkah. Selagi kaki aku maseh mampu berjalan, aku kuatkan saja hati untuk berdepan segala-galanya. Aku tempuhi saja pahit atau manis ia. Buang masa dan tiada guna aku asyik duduk diam dan terlalu memikirkan bagaimana hidup telah berlaku tidak adil terhadap aku. 

Kadang-kadang, aku terfikir yang hidup adakala telah berlaku tidak adil terhadap aku. Tapi, buat aku terfikir pula, adakah aku telah berlaku adil terhadap hidup aku sendiri? Diam.


Love & Sincere,

15 Mar 2012

My New Lyfe

Dear my Lovepediary,

ISNIN

Ikut schedule, Isnin aku cuma ada kelas petang, dan sebelah paginya aku adalah free. Tapi pagi-pagi lagi aku sudah sampai school. Suami yang hantar aku setiap hari sebelum dea pergi kerja. So, eventhough kelas cuma petang aje pun, kena jugalah datang pagi. 

So sampai school aku just lepak library untuk isi setengah hari masa terluang yang ada. Err bukan baca buku. Lepak di lab comp dalam library, buka fb, baca blog, etc, until 1pm. After lunch hour, aku mula bergegas ke kelas yang mengikut jadual adalah jam 2pm. Kelas hari itu di tingkat 4. Fuhh! 

Sampai tingkat 3, aku terserempak dengan lecturer yang mengajar subject tu, aku senyum sahaja. malu-malu lagi mahu tegur. Belum tentu dea kenal aku ini student dalam kelasnya. Aku fikir, ohh lecturer pun dah nak masuk kelas.  Tepat jugalah masa aku sampai. Sampai tingkat 4, depan pintu kelas, aku baca notis. 

MAM1023, 12 March 2012, CANCEL!

Fuhh! Jantung aku yang berdegup laju sebab naek empat tingkat bangunan tadi, berdegup semaken laju. Aku raba-raba handphone dari dalam bag. Ada dua sms rupanya yang dah inform aku yang kelas cancel. Tapi sms tu pun satu pada 130pm, satu lagi 145pm. Kira baru jugalah.

Rupanya lecturer tadi datang cuma untuk tampal notis mengatakan kelas cancel je. Fyne! Meaning that sepatutnya aku free satu hari Isnin tu. Sepatutnya if kat rumah boleh baca blog sambil guling-guling. Tapi dah terperangkap dalam school, kenalah tunggu Suami jemput lepas office hour.

Bila tahu kelas cancel, terus call Suami dan mengomel-ngomel, dengan harapan dea akan kata, "Okeyyy, boleh jemput sekarang". Tapi tidak, tetap kena tunggu petang.


KHAMIS

Ikut schedule dalam kepala aku, Khamis juga aku cuma ada kelas petang, dan sebelah paginya aku adalah free. Sama macam hari Isnin, pagi-pagi lagi juga aku sudah sampai school dihantar suami. Bezanya pagi tadi naseb baek sempat pujuk nak breakfast nasi lemak & kopi o dulu di warung depan rumah. So, today pergi school dengan rasa senang hati jugalah sebab kenyang. 

This tyme, aku bawa laptop sebab macam malas nak lepak kat lab comp. Then, aku lepak dekat Bilek Bacaan 24 jam, satu building dengan library juga. Tapi bilek ni best, sebab privacy. Setiap meja berpartition. Rasa macam dapat buat hal sendiri dalam dunia sendiri. Lebih kurang 1130am, saje-saje sms classmate, nak tanya pasal assignment.

Sms Conversation

Me:
Dr. Rozana takde cakap nak tengok topik arini kan? Tak dapat lagik topik apa nak buat ni. Hehe.
                             
Classmate : 
Takde dea tanya pun. Kau kat mana ni? Tak masuk ke?

Me  : 
Aku kat library. Kat bilek bacaan 24 jam bawah tuu. Arini bawak laptop, malas nak  lepak lab comp. Pepagi lagik aku dah lepak sini tadi. Tapi fb je, assignment bila nak buat ntah. Hehe. Kau kat lab comp ke?
                             
Classmate : 
Kat kelas Dr. Rozana la ni. Kau tak tau ke?

Me : 
Eh, tak tau pun. Kelas kul bape? Tak dapat info. Kelas tempat biasa ke? Tukar pagi ke? 

Classmate :
Kelas kat 416. Datang la sini.     
     
Me : 
Kelas kul bape start? 11 ke? Ala malunya masuk lambat. Blok C07 ke?             
           
Classmate : 
Jam 11. Ye C07. Ada je yang baru datang ni.

Lepas tu dua kali aku salah bukak pintu kelas. Malu jugaklah. Rupanya classmate aku pun confuse kelas tu kat bilek mana. Bilek 418 rupanya. Fuhh! Sejam kelas aku tertinggal. Aku ingat-ingat semula, last week okeyy je aku datang kelas kul 11am. This week boleh confuse pulak. Salah aku sebab tulis jadual dalam kepala je.

And now, sedang tunggu Encek Mohd Fairuz untuk jemput aku pulang. Walhal kelas aku dah abes since 1pm tadi.


Love & Sincere,

12 Mar 2012

Merekalah Manusia Itu

Dear my Lovepediary,

Merekalah manusia itu. Yang lupa di mana tempat mereka sedang berdiri. Yang tidak ingat saat-saat mereka jatuh terduduk. Yang alpa dengan kesenangan yang dikecapi.

Merekalah manusia itu. Yang megah dengan kejayaan demi kejayaan yang mendatangi. Yang bongkak dengan kehebatan yang Allah beri. Yang takbur dengan kebolehan yang Allah pinjamkan.

Merekalah manusia itu. Yang lupa bagaimana mahu bersyukur. Yang cuma tahu untuk mendabik dada. Dan yang lupa sama sekali cara merendah diri.

Merekalah manusia itu. Memandang sinis pada yang lemah. Mencaci maki pada yang kurang mengerti.  Menyindir nyindir pada yang kurang tahu.

Merekalah manusia itu. Yang dulunya pernah merasa susah. Yang dulunya pernah menanges. Yang dulunya pernah terkapai-kapai memohon orang bantu.

Mereka lupa. Dulu mereka juga di tempat yang sama. Dulu mereka juga di tahap yang sama. Sekarang, bila sudah di atas. Mereka lupa untuk pandang ke bawah semula.

Dunia ibarat pentas. Kita semua adalah pelakonnya. Persoalannya, watak sebeginikah yang kita cari? Watak sebeginikah yang kita mahu?

Mereka itu, entah siapa-siapa. Boleh jadi sesiapa sahaja. Asalkan, jangan kita. Jangan aku. Jangan kau. Jangan kalian. Kalau boleh semuanya jangan. 

Kalau jumpa manusia itu, jangan kita pula yang memandang sinis, mencaci maki, menyindir nyindir, jauh lagi berdendam. Err. Mungkin aku ada sedikit dendam yang tersimpan. Yang mana aku harap ia cepat hilang. 

Selalu orang bilang, jangan berdendam kan? Tapi kerna lemahnya hati kerdil ini, menjadikan aku begini. Aku juga berharap aku boleh padamkannya. Kalau berharap perkara lepas itu tidak berlaku, impossible kan? 

Kadang-kadang, aku juga terhasut dengan suara-suara jahat yang berbisik ke telinga aku. Kadang-kadang, aku tersenyum bila mendengar kau terhantuk sesuatu. Kadang-kadang, aku mahu ketawa berdekah-dekah bila melihat kau dihempap batu. Malah aku sebok-sebok asyik mencari tahu. Berdosa kan aku? Hati aku kotor. Hati aku lemah. 

Dari sudut positifnya, aku mahu kau sedar kesilapan demi kesilapan yang kau pernah lakukan. Aku mahu kau kembali jadi manusia yang rasional. Aku mahu kau tahu, aku begini disebabkan kau. Hati aku lemah.

Yang jadi, tetap terjadi. Yang berlaku, tetap berlaku. Pahit atau manis. Putih atau hitam. Cerah atau terang, mahupun gelap. Itulah kehidupan. Warna-warni kan? 

Hidup juga seperti perkembangan tumbesaran bayi. Mula-mula belajar meniarap. Lepas itu merangkak. Kemudian mula pandai duduk. Seterusnya bangun bertatih, berjalan, lama-lama pandai berlari. Kalau boleh terbang, terbanglah. 

Asalkan jangan lupa pandang semula ke bawah. Bantu tarek tangan laen yang mahu cuba terbang bersama. Kerna sebelum kau boleh terbang, kau juga bermula dengan hanya tertiarap di bawah.  Sebelum kau boleh terbang, kau juga jatuh berkali-kali terjelepuk ke bawah. Bangun kau, ada orang laen yang sokong. Berdiri gagah kau, ada orang laen yang dukung.

Satu. Orang laen memang mudah memandang hal yang negatif dalam diri kita. Usah peduli. Our part is sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa.

Dua. Jangan ambil kesempatan atas kelemahan dan kesusahan orang laen. Juga, jangan hanya  sebok memandang, menilai dan mencemburui kesenangan orang laen sehingga terlupa untuk menyedari dan mensyukuri kesenangan yang ada pada diri sendiri.

Tiga. Jangan cepat menilai dan menghukum orang laen atas kelemahan dan kesilapannya. Satu kebaikan sahaja mungkin boleh menghapus segunung kejahatan. Satu kejahatan juga mungkin boleh menghapus segunung kebaikan. Kita tidak tahu.

Last but not least. Jangan terlalu kecewa saat kau jatuh. Jangan terlalu angkuh saat kau terbang tinggi.

Err. Semuga perkara yang baek-baek sahaja akan mendatangi kita semua.


Love & Sincere,

8 Mar 2012

Challenge Bukan Masalah

Dear my Lovepediary,

Jalan hidup setiap orang tidak sama. Laluan kita juga berbeza-beza. Jatuh, bangun, gembira, bersedih, semua orang rasainya. Tapi tidak dalam masa yang sama. Dan ianya datang juga atas sebab yang berbeza-beza.

In lyfe, setiap orang akan tempuh kesusahan maseng-maseng, tidak sama. Kesusahan boleh datang dari mana-mana arah. Orang bilang, setiap kesenangan pasti ada kesusahan. Yes, it's true. Rasanya tidak ada orang yang tidak pernah langsung tempuh kesusahan. Bezanya, how we deal with it. How we react? And how we solve and overcome all the crucks and difficulties.

Setiap tujuan especially untuk dapatkan sesuatu dalam hidup, ada challangenya. Yes, cabaran.  But don't ever think cabaran adalah masalah if kita mahu lebih mudah tempuhinya. Jangan anggap cabaran itu difficulties. Sebuah kesusahan. Aku sering dengar orang bilang, if kita fikir susah, maka susahlah jadinya. If kita fikir senang, then senanglah jadinya. Macam cliche, but it's true.

Cabaran adalah umpama perkara wajib yang perlu kita tempuhi untuk dapatkan sesuatu yang kita mahukan. So, tidak perlu jadikannya sebagai satu masalah. Masalah, mungkin bermaksud kesusahan. Kesusahan, sesuatu yang cuba menghalang untuk kita dapatkan sesuatu. Aku juga sering dengar orang bilang, setiap masalah ada solutionnya. Mungkin, masalah adalah umpama perkara wajib yang perlu kita tangani untuk dapatkan sesuatu yang kita mahukan.

Dengan tidak menganggap cabaran itu sebuah masalah, mungkin ia lebih mudah untuk diharungi, ditempuhi. Kerna bila datangnya masalah, aku kadangkala cepat melatah. So, never ever ever ever anggap cabaran itu masalah. Cabaran adalah cabaran. Masalah adalah masalah. 

So that, bila sesekali masalah datang, kita tidaklah terasa terlalu selalu dibebani. Dibebani masalah. Sebab ia cuma sesekali datang. Yang selalu datang itu adalah cabaran. 

Mungkin, masalah adalah untuk ditangani. Cabaran adalah untuk ditempuhi. Cabaran bukan masalah. Get used to it. Confuse? Aku juga. Err. Lupakan.


Love & Sincere,

3 Mar 2012

The Very First Step Begin Untuk Aku Gapai Bintang di Langit

Dear my Lovepediary,

Monday until Thursday, aku sebok betul dengan urusan registration subjects, etc. Macam-macam kekeliruan dan kerunsingan yang aku harungi. But alhamdulillah. Finally everythings clear now. Itu pun berkat bantuan banyak pihak after aku bersungguh jumpa orang sana-sini. Alhamdulillah. Itu semua pun dengan izin Allah SWT.  Allah bantu juga aku dan permudahkan segalanya. Alhamdulillah.

Then, dalam condition yang agak separuh bersedia juga, Friday aku start attend kelas yang pertama dan kedua. Sehari suntuk kelas, 3 hours pagi and 3 hours petang. Penat. Penat sangat. Orang laen dah start kelas 2 weeks yang lepas. Aku je yang baru nak termengah-mengah cari-cari kelas kat mana. Dengar-dengar pulak, assignment pun ada yang dah dapat. Hah! Speechless.

Master ni memang banyak dugaan. Err. Semuanya kena harungi sorang-sorang. Bukan macam dulu-dulu. Kawan-kawan ada ramai. Sekarang tahu tak tahu, kena jugak harungi. Hendak tak hendak, kena jugak pergi. Suka tak suka, kena jugak jumpa lecturer sana sini. Malu tak malu, kena jugak tanya walaupun jawapannya menyakitkan hati. Sampai waktu sesat, pandai-pandailah cari jalan pulang sendiri. So, memang sangat sangat mengajar berdikari.

Err. Dah lama tak rasa perasaan dan suasana turun naek tangga, panjat turun bukit. Berulang dari fakulti ke kelas, dari kelas ke kelas yang laen dan macam-macam tempat. Confirm kuruslah macam ni. Kulit menggelap, berminyak, comot tu pun macam dah pasti. Dulu-dulu, malas-malas pun maseh ada kawan teman gelak. Sekarang, cuma sempat berfikir je, kat mana aku nak lepak sorang-sorang ni?

Classmates pulak banyak foreigner, mostly from Iran, Khazastan. Ahhh, pening juga aku mahu faham bila diorang start buka mulut. Adalah berapa kerat je Malaysian students. Naseb baek ada juga. Aku cuma risau bila nak buat group assignment or presentation. Hah! Mahu mati aku if kena group dengan Pak Iran. 

Lantas, hati aku membuak-buak mahu attend English course. Naseb baek lunch hour tu, dalam aku lepak sorang-sorang, aku terbaca brochure mengenainya ada ditampal di fakulti. Dekat je pun, kat Mutiara Rini. Terus aku call untuk dapatkan more info. Hm, tapi for the tyme being, memang tak ada sen lah untuk attend sekarang.

Tapi memang aku berazam kuat mahu attend dalam masa terdekat. Senanglah siket aku nak faham apa yang aku belajar dalam kelas. Boleh la aku commucicate dengan Pak Iran dengan penuh yakin. Taklah aku risau bila sampai waktu-waktu presentation nanti. Taklah aku gelabah bila lecturer minta aku jawab apa-apa. And truly hope akan bantu aku untuk jawab soalan exam dengan cemerlang. Ahh, exam? Cuaknya!

Tapi sekarang kenalah kuat. Sebab dah tahu dan pernah rasa banyak challengesnya masa melalui era kerjaya. If kita sama level dengan banyak orang laen, memang susahlah mahu compete. Apatah lagi if kita banyak kekurangan daripada mereka. So, we need to be different and always have more compared to others.  We need to be more colorful and more shining compared to them. We really need to be super duper great and outstanding!

Aku harap. Jalan yang aku pilih ini boleh bantu aku untuk berjaya. Aku mahu terbang jauh lebih tinggi. Semuanya pun baru bermula semula. Hopefully semuanya berbaloi, worth it. Aku mahu buang terus jauh-jauh rasa down dan kecewa aku dulu-dulu. Aku mahu mulakan yang baru. Yang lepas, biarlah lepas. Let's bygone be bygone. Lyfe goes on no matter how happy or sad you are. So, no need untuk kecewa berterusan. Move on. Yes. Move on.

Love & Sincere,