24 Jan 2013

Strangers


Aku ni tak bekerja. Student. Full tyme student buat masa ni. Kiranya memang banyak masa aku kat rumah. Lagi-lagi kalau tyme cuti semester macam ni. Kalau tyme bukan cuti semester, tengok lah. Aku cuma tak ada kat rumah bila aku ada kuliah je. Selebihnya, aku memang kat rumah. Kiranya rumah aku tak akan sentiasa kosong tyme office hour macam rumah-rumah laen yang seluruh isi rumahnya bekerja. Dan kalau aku kat rumah, memang aku duduk seorang. Dah memang isi rumah ni pun cuma dua orang. Aku, dan husband. So, office hour, weekdays, masa husband bekerja, dan masa aku tak ada kuliah, memang aku seorang je kat rumah.

Bila aku kat rumah seorang, aku sebenarnya agak penakut dengan dunia luar. Especially bila ada orang datang rumah. Tak kira suara lelaki ke, perempuan ke, dewasa ke, kanak-kanak ke, beri salam ke, say hello je ke, aku takut nak bukak pintu. Aku fikir, entah siapa-siapa lah yang datang. Aku akan sembunyi senyap-senyap dalam rumah. Buat-buat macam tak ada orang. Buat-buat macam rumah kosong. Kalau aku berani pun, bila ada bunyi "Pin, pin!!" Biasanya posmen kut. Itu pun kadang-kadang aku terperanjat and kelam kabut. Kalau bunyi suara laen, memang aku diam je sebab aku takut. Jantung aku punya berdegup, jangan cakap lah.


 Say No to Strangers?


Satu petang, area rumah aku kena fogging (semburan nyamuk) sebab ada kes denggi. Esoknya, aku kat rumah seorang. Petang tu, ada orang bagi salam. Suara lelaki. Entah kenapa kali ni aku tak rasa takut pulak. Aku buka pintu. Kat luar pagar, ada dua lelaki. Katanya dari pejabat kesihatan, something yang macam tu. Rentetan daripada kes denggi, pemeriksaan pada setiap rumah perlu dijalankan. Sebab semalamnya baru ada fogging, dan dea orang ada hulur pamphlet pasal denggi, so aku  benarkan lah dea orang masuk. Dea orang check daripada car porch, hingga ke dapur, bathroom, toilet, mana tahu ada possibility merebakkan denggi.

Lepas dua lelaki tu balek, aku cerita pada husband. "Tadi ada dua lelaki datang, nak check rumah pasal denggi. Orang bagi masuk" "Laen kali kalau orang takde kat rumah, jangan bagi masuk" Then berlakulah sedikit perdebatan. Aku cakap yang aku percaya lelaki tu betul daripada pejabat kesihatan, sebab itu, sebab ini. Husband pulak cakap bukan sebab tak percaya, tak kiralah siapa-siapa pun, macam-macam boleh berlaku, itu, ini. Bila aku bayang-bayangkan semula situasi masa dua lelaki tu dalam rumah, takut jugak aku. Just imagine, dua lelaki, kalau nak berlaku apa-apa, apa sangat lah kudrat aku nak melawan? Itu kalau lah.

Hari laen. Masa kerja, husband kena check defect kat sebuah rumah. Owner rumah tu, Suaminya berkerja, kebetulan Isteri cuti. Isteri yang ada kat rumah. Husband aku dengan beberapa orang contractor kena masuk rumah tu. Sebab perempuan tu cuma seorang kat rumah, Husband aku yang serba salah nak masuk. Tapi, kan urusan kerja. Balek tu terus dea cerita kat aku yang dea teringat situasi bila aku seorang kat rumah. Husband cakap, dea cuma risau. Dea sendiri rasa segan dan serba salah masa nak masuk rumah tu, eventhough atas urusan kerja. Kalau lah yang masuk tu ada niat jahat. Ambil kesempatan ke. Tak pasal-pasal je.

Aku cerita pada seorang kawan. Dea cakap "Ikut je lah cakap Suami. Pasal pamhplet, orang tu bukan susah pun nak print & photocopy." Gulp! Aku diam.

153 comments:

  1. Terdiam jugak baca entry ni. Hahaha. Siang siang je kan duduk rumah sensorang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Lajunya Ninja baca? Aah siang2 je. Tapi tu pun takut. Hahaha!

      Delete
    2. Mesti la takut. Grrrrrr :-w

      Delete
    3. Meh adik temankn kakak meh :)

      Delete
    4. Camne adek nak temankan kakak? Adek pun biziiii :'(

      Delete
    5. fuiyoo..komen dah ratus2..dah tahap retis kau ni makcik..:p

      Delete
    6. Nak buat cemana. Aku cuma ikut jejak langkah retis Capital H. Dea lagi lama kut terjebak ngan komen ratus2 ni. Dea tak heran dah. Wakaka!

      Delete
  2. tu la kan...kita p'puan,takut gak walau siang hari..
    dgr je la ckp suami tu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi serba salah kalau orang tu niat nak buat kerja dea. Kita pulak sembunyi dalam rumah :D

      Delete
  3. mmg padan la husband kak lya risau.. sorang2 je.. dh la yg msuk tu 2 org laki.. say no to stranger! hehe.. kalo sy kt umah sorg2, sy brdiri kt pintu grill umah j.. xpun kat tgkap.. hehe.. mak ayah sy pesan, jgn buka pintu kalau org tu x kenal.. buka pintu pn xleh, inikan pla masuk dlm.. so, hati2 pasnih kak lya.. ikut je cakap suami.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nak bukak tingkap pun tak berani Emma. Ni pulak nak bukak pintu, even ada grill. Hehehe. Kalau boleh, taknak dorang tau yang ada orang kat dalam rumah :D

      Delete
    2. hahaha..ni teknik yang selalu cyma buat bile dok sorang2 kat umah..kalu tengah tengok tv ngan kuat sekali pun kalu ada org dtg n kite jengah dr lubang n org dtg tu kite x knal...terus slowkan tv n buat2 cam xde orng di rumah...(tanpa sedikit suara pun) last2 org tu mesti blh punye..

      Delete
    3. Tu la pasal. Kalau ada bunyik tv sket2 pun, harap2 la org tu anggap kita ngah tidur. Tu yang duk dediam je dalam umah. Nanti mesti dea blah. Tp sementara dea panggil2 tu, memang takut2 jugak laa :D

      Delete
    4. kak liyaa! just nk gtau sy dh pndah blog ke sini.. http://cakerawalasenja.blogspot.com/ ad mslh skit.. hohoho..

      Delete
    5. Emma ke ni? Okeyy2! Nanti akak datang. For the tyme being, bz sket :D

      Delete
  4. jenguk kt tingkap je. pastu semua lari masuk rumah. dah diam lama skit takdelah lagi orang tu kat pintu tu. tp betullah, kita perempuan..lemah. kena tengok jugaklah situasi tu mcamana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar suara orang drpd pagar pun dah cuak Hara. Nak jenguk drpd tingkap pun tak berani. Biasanya terdiam kaku. Pastu tenung tajam kat pintu, macam lah org tu boleh masuk sendiri. Heh, psycho betul :P

      Delete
  5. Kalo aku pun takut.
    Tapi skang aku dh jarang tggal sorg. Sebab aku asyik keje je kan.

    Dulu masa kecik2 aku pernah bawak masuk sorg akak ni. Macam jual ape aku tk tau. Akak ni minta aku tuala wanita. Lepas tu tumpang bilik air aku.

    Dan dan tu mak aku balik kerja. Memang mak aku marah gila. Sbb bwk msuk stranger. Aku jenis sempoi siap hidang air oren.

    Ikut otak orang tua. Aku mmg tk logik time tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Siap hidang air tuu. Untunggg akak tu sempat hilangkan haus :P Tapi kalau pikir2, stranger lelaki ke pompuan ke, tetap bahaya kan?

      Tapi tu masa kecik, memang la tak digalakkan jemput org masuk. Tapi dah besar2 ni rasa serba salah org dtg kita sembunyi dalam rumah. Hehehe.

      Delete
    2. lelaki or perempuan ko mesti kena simpan was-was sikit zaman ni...

      perempuan ada jahat yang tersembunyi. hahaha

      Delete
    3. Kau buat aku tambah takut lepas ni. Hahaha!

      Delete
    4. tapi ko bukan anak tan sri kan liya???


      hahahahaha.

      Delete
    5. Erkk! Kau belum tau lagi rupanya ey, Punzeel? Aku ni memang anak Tan Sri. Jangan kecoh taw! >_<

      Delete
    6. dan dan mengaku...

      ye ler... ayahmu tan sri di hatimu...

      betul la tu :P

      Delete
    7. Hahaha! Dalam angan2 je la kut :P

      Delete
  6. bahaya betul liyaa bg org masuk. next time kena lebih berhati-hati ya?..
    4feet8 yg xlogin.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa. Memang takyah bagi masuk ey? Err serba salah. Hihi

      Delete
  7. Dlu2 saya selalu gak buat2 mcm tak ada org dlm umah, bukan sbb takut... Tp, kemalasan melanda. Selalu kawan2 adik lelaki yg kerap sgt dtg. hehe

    Sy pun jd serba salah jgk la cm ni. Kemungkinan besar sy pun akn bg je diorang masuk. Ada betul jugak suami liyaa tu, dia risau je kot pape terjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha. Kadang2 takut, kadang2 malas pun ada. Hehehe. Lagipun memang yakin org tu org yg tak kenal. Bukan femely or sedara. Tapi taktau lah kalau jiran2 nak anta kueh. Heheh :D

      Delete
  8. tapi betul jugak la Liyaa..sebab dalam kes kat atas tu, kau sorang2 kat umah..mesti la suami kau risau..lenkali kena inform yg suami kau takde, maybe diorang akan kata, "eh kalau macam tu takpe la makcik, lenkali kitorang datang lagi.."

    tak pun kau duduk diam2 jer kat dalam umah..biar jer diorang fogging time kau ada kat dalam..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband aku pun suh cakap camtu. Tapi aku takut gak kalau dea jawab "Eh takpe, dik. Kitorang just nak check sekejap je."

      Ehh, yg masa fogging tu kebetulan husband aku dah balek, so kitorang kuwa. Kalau tak, ntah2 memang aku duk dalam umah kut masa fogging =_= Yg aku cite kat atas, dorang datang esoknya nak check kalau2 ada air bertakung ke. Ntah camne aku leh bukak pintu lak =_=

      Delete
    2. aku syak kau typo tu..bukan 'dik' tapi 'makcik'

      "Eh takpe, makcik. Kitorang just nak check sekejap je."

      hahahahaha

      Delete
    3. Eh, takk. Tu bukan typo. Aku memang nak betulkan dialog kau yg kat atas tu. Dea memang panggil aku dik laa. Grrrrr

      Lagipun masa tu dea ada tanya "Dah balek skolah petang ke dik? Mak abah belum balek keje ya?" <-- Okeyy yang ni aku tipu :P

      Delete
    4. hahaha. gelak2 baca sorang 'makcik' sorang 'dik' :D


      Delete
    5. Yang betul yang 'dik', Aien. H mana ada masa situasi tu. Dea taktau. Hahaha! :P

      Delete
    6. mujur Apple ada blog..kahkahkah

      Delete
    7. Jangan lupa singgah blog Syida :|

      Delete
  9. aku baca 2kali dah makcik..tapi blur nak komen apa..hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Serba salah aku. Time kaseh baca 2 kali ya Pakcikkk :((

      Delete
    2. entri ko skema..tu je nak bagitau..skema sampai aku blur nak komen..kehkehkeh.....

      Delete
    3. Boleh tak kalau aku nak terima tanpa jawab apa2? Hahaha! Kadang2 aku susah nak buat ayat nak sampaikan cerita tu. Time kaseh la at least kau concern nak bagitau =_=

      Delete
    4. sabo makcik..orang lain ramai je hadam entri ko..aku sorang blur apa la sngt ye dak..tak luak apa pon kan..hahahaha..

      Delete
    5. Ehh? Kau nye penghadaman dalam blog ni penting, Pakcik. Kau tonggak untuk hidupnya blog ni drpd dulu. Kalau kau tak hadam, aku rasa down macam nak tutup je blog ni :))

      Delete
    6. aceh..pandai ko bodek kan..kahkakahkah..ok2 serius balik..entri ko tu serius dgan skema sgt aku rasa..tapi tu mmg gaya ko kan..tak leh buat apa la..hahaha..kadang2 je santai..yg banyaknya skema..takpe makcik..pendapat aku tak sama dengan pendapat reader ko yang lain..diorang ok je..

      ok sekian review dari aku..hahaha..

      Delete
    7. Belum apa2 lagi dah kena review. Sentappp. Hahaha!

      Sebenanye bukan gaya pun. Tapi err entahlah. Kau anggap la aku ni budak Tadika yg baru nak blaja buat karangan. Walaupun tak logik, kau anggap je lah. Hahaha! Takpe. Apa2 pun, aku terima. Kau dah nak kritik ni pun, aku hargai :((

      Delete
  10. zaman la ni mmg takleh percaya saper2, bahaya di mana2. touchwood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyy! Tapi rasa bersalah assume negatif pada orang yg tak bersalah -_-

      Delete
    2. tp lg rs bersalah kot kalo assume positif pd org yg jahat (^_^)

      Delete
    3. Err betul jugak. Tapi awal2 mana la kita nak tau org tu baek ke jahat? Maybe kena tanya dulu "Err bagitau dulu. Awak ni baek ke jahat?" Boleh ke camtu? :P

      Delete
  11. Mcm2 cara org nk menipu zaman skrg, rompak, ragut, pukau pun ada.

    p/s : cik bieha tnya mana kakak 2 beli sempit Mata (spec Mata)?. bahasa pelat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa tu la yang takut. Especially pukau. Err tak salah kan pikir negatif camni? =_=

      Cakap cik Bieha, kakak tak beli pun spek tu. Tambah object kat PhotoScape je. Hahaha! Ehh? Cik Bieha paham ke kalau bgtau camtu? :P

      Delete
  12. weh,,, aku jadi takut lak dah nak ngorat online guys,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk! Kenapa takut pulak Muja? =_=

      Delete
  13. Dulu, masa dulu-dulu, masa aku kecik dulu. Ada budak pernah berak depan rumah aku. Durjana budak tu... Yang peliknya dia tu pompuan. Aku tak takut lah ngan budak-budak main depan rumah, rupa-rupanya dia ambil kesempatan mencuri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaaa bebudak pun panjang akal camtu ke? Kemaen lagi budak tu. Patut pastu kau marah la dea "Grrrrr. Taknak basuhkan berak tu. Pi basuh sendiri!" :P

      Delete
  14. morning sis liyaaa :D
    lama tak jenguk blog sis ;(

    da baca entry sis kat atas, and for me. better call suami dulu kan, just inform yang dia tahu ada orang nak masuk umah. kalau ada apa2 hapend pun, suami tahu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err masa tu macam tak terpikir apa2 la, Yatie. Yang pikir, org tu nak buat keje dea. Akak pun dah kat depan pagar, so terus izinkan dea masuk. Tapi Alhamdulillah takde apa2 berlaku :D

      Delete
  15. dengar cakap suami kak. dia risaukan akak tu...yelah akak sorang. lagipun nijam kita sering disogokkan dengan pelbagai kejadian2 jenayah...pukau la, rompak, gores dan menang la (hehehe), rogol la..dan selalunya golongan sasaran ialah mereka yg sedang keseorangan dirumah.

    tapi....kalau betul orang tu memang nak wat kerja misti serba salahkan. nak masuk sekali dalam rumah risau diapa-apa kan. nak biar dorang je dalam rumah kita lak duduk luar risau juga, kot2 tangan panjang ke. hee...macam paranoid kan. tapi itulah kerisauan ni terjadi sebab apa....sebab yg macam kat atas ni la kita dah sering disogokkan dengan kejadian2 jenayah ni. takut kan.


    kita takut. bangla jual karpet pun menakutkan juga. *tiba2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gores dan menang tu yang paling takun Aien :P

      Masa tu orang tu memang suh akak yg masuk dulu. Macam hormat la akak as tuan rumah. Tapi tu la. Otak suci betul masa tu, tak fikir pun kalau2 nanti diapa2kan. Aien, kalau la masa tu dorang masuk je terus yg sorang tutup pintu, akak takleh imagine. Syukur syukur syukur takde jadik apa2. Huuu. Akak rasa, memang patut akak sembunyi je dalam rumah walau siapa pun yang datang. Hehe.

      Bangla jual karpet memang lagi menakutkan. Kalau akak terbukak pintu pun, akak halau je dea dari jauh. Means, akak kat pintu, dea kat luar pagar. Nampak je, cakap taknak & terus tutup pintu :D

      Delete
    2. sembunyi kalau orang yg kita betul2 tak kenal la kan. dan mencurigakan. kalau kita datang contoh la...temankan H nak pinjam buku M.A.I.D akak jangan menyorok lak. memang gegar pagar rumah sampai tercabut :P

      nanti ada kampung kat Johor da..hehe. area Masai. akak Johor celah mana?

      Delete
    3. Tapi akak biasanya memang sembunyi terus kalau takde sape2 inform nak datang. Hahaha! Sbb tu la kalau Aien teman H datang rumah akak, kena panggil nama akak skali. Baru akak tau, tu org yg kenal. Itu kalau contoh la. Kalau betul2, akak sembunyi je taknak kuwa. If korang gegar, akak kuwa & menyamar jadik org laen, buat2 cam korang salah rumah :P

      Yeke Aien? Akak celah Skudai. Kalau tau gi UTM, dekat je umah akak kat gate belakang UTM tu. Nanti raya boleh jumpa, kan Aien? :D

      Delete
    4. kahkahkah. agak kejam la kan kitorang dah cam muka akak...kalau muka masih sama dengan gambar raya haritu la. hehee. tapi menyamar buat2 kitorang salah rumah.

      haa..tahu2 UTM katne pernah g dulu sekali. kira dekat la dengan Jusco Taman U kan? raya..insyaAllah kak memang akan balik pun, dah bakal pak mertua dok sana. :D

      Delete
    5. Hehehe. Akak pakai topeng baru korang tak cam :P

      Camtu boleh la kita deting ya Aien. Hehehe. Memang dekat ngan Jusco Taman U. Harap2 turn beraya kita match. Bila turn akak raya belah KL, Aien belah Melaka. Pastu tahun seterusnya kita sama2 raya JB okeyyy! Cehh ye ye je berangan :D

      Delete
  16. ermm
    kalo fikir negative mmg bahaya lah tmbah2 2 org..kuat mn lah kan kita ni nk lawan ye dak..tp kalo Liyaa ada silat gayung ke silat cekak ke ok kot.hehehe

    lps ni dgr cakap En Somi tau.nak msuk syurga x?
    hahahahaha erkk ada kaitan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangankan 2 org. Kalau sorang pun rasanya memang tak mampu nak lawan. Silat cekak ke silat gayung takde. Cekak rambut dalam bilek, gayung dalam bilek air ada la. Hahaha!

      Okeyy, memang pasni akan dengar. Betul! Nak masuk syurga ni. Hehehe :D

      Delete
    2. hahahaha
      gayung dlm bilik air pun ok lah Liyaa..cuma takut xdan nk ambik la plak =)

      amin! gud girl nih.muahahaha

      Delete
    3. Err kalau sempat amek pun, boleh ke nak jadikan protection? Bukan kena hempuk guna tempayan ke? Hahaha!

      Eh? Liyaa memang gud girl. Please take note :P

      Delete
  17. Ngeh ngeh. Hana pun kalau tak ada apa-apa memang suka duduk rumah. Tenang je rasa. Jangan kata cuti sem tak cuti pun tiap minggu balik. muehehe. Tapi jarang la pulak duduk rumah sorang sebab mummy suri rumah. So berdua dengan mummy.

    Kalau Hana sorang-sorang, lepas tu ada orang yang tak kenal datang, bagi salam selalunya Hana tak diam. Tapi jerit dari dalam rumah "Mak Takde!!" Haha.

    Hoho. Elok juga la dengar cakap suami. Zaman sekarang kadang kita tak terfikir pun benda tu boleh jadi.Tup tup je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboi! Terus jerit drpd dalam rumah ek? Hahaha! Kalau org baek, bagus la org tu tau mak takde. Buatnya org tu jahat? Lagi mak takde, takut lagi panjang langkah dea. Erkkkk!

      Ye Hana! Tup tup meletup :P

      Delete
  18. ishhh...sgt bahaya sebenarnya....
    zaman skrng macam2 org ada....muka baik belum tentu hati baik...
    muka penyangak belum tentu dia seorg penyangak
    apa2 pun ada baik nya jgn pelawa sapa2 masuk rumah kita, bila kita sorang2 kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah! Betul. Susah nak nilai hati & niat org drpd muka. Tu laa. Kalau dah taknak pelawa tu, better sembunyik je diam2 dalam rumah kan? Buat2 takde org :D

      Delete
  19. den cubo cari reply komen mcm akak, tp den xjumpo, den jumpo hat lain ok la kot...nak terai jadi kaki komen ngehngehngeh.

    eh kita sama lah. kalo org dtg suka berlakon sembunyi2 mcm xde kat rumah hahaha sbb penakut. dlm otak pk pencuri atau rogol je hmm.. eh pesal rasa mcm nk kawen ek ek ek sbb nak rasa dilindungi ehhh? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just tukar kat Settings-Comments Location jadik Embedded tak boleh ke Xila? Sbb akak nye template dulu pun, takleh jadik semudah tu. Ada kena tukar2 code. Grrrr. Susah jugak. Naseb last2 boleh. Tapi Xila punya kotak komen pun pun dah okey. Janji leh reply2. Hehehe.

      Dah bape kali Xila highlight, sket2 teringin nak kawen. Dah boleh sangat tu Xilaaa. Dah teringin means dah WAJIB! :P

      Delete
    2. kahkah teringin je tp belum masanya oke...atas 28 lah ;p

      Delete
    3. Err tapi teringin tu biasanya dah sampai masanya. Kalau belum masa, rasa takde teringin. Ehh, entahh! Hahaha :P

      Delete
  20. aku lum kawen...tp pikir2, better jgn bg laki len msk..walau urusan kerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu, aku boleh tak benarkan dea masuk tanpa rasa bersalah la ya?

      Delete
  21. kerja gua sebagai installer streamyx dulu kes macam ni selalu berlaku makcik. serba salah kalau kat rumah tu seorang perempuan je. buatnya pulak rumah student. tapi itulah..atas urusan kerja..cuba elak..cuma kadang-kadang tak terelak mengejar masa.

    lu sebagai isteri ikut je cakap suami. dia bos. hehe. asal sesuatu yang baik..ikutkan je. better fikir -ve kalau bab-bab macam tu. merbahaya. lu tahu lah orang sekarang ni..gaya luaran ustaz-ustaz..tapi dalaman kaki penarik kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bersyukur ada kawan macam kau ni. Tahu rasa serba salah nak masuk rumah pompuan. Aku ingat kau memang target nak pasang streamyx kat rumah2 student pompuan je :P

      Aku rasa memang patut la aku jadi penakut bab ni. Takyah pemberani sangat. Better sembunyi je dalam rumah kan? Fuhhh! Naseb baek bab2 kete Suami aku langsai bayar tetiap bulan :P

      Delete
  22. Assalammualaikum.

    Liyaa, dalam bab ni, ak sokong hubby mu,hahaha.

    Sebab ak dah pernah go through benda ni.. al-kisahnya, jadi kat mak ak citer ni.

    Satu hari tu, salesmen dtg umah, masa tu ak zaman skolah mngh lgi. Mak ak sorg je kat umah. Mcm biasa la,mompuan kan..sonang percayo kat org. Salesmen tu ok..takda la ambik kesempatan,mencurik ke apa. Cuma mak ak dah terpedaya, dah termakan pujuk rayu salesmen tu beli produk ia..

    Balik2 umah, bapak ak pun bising la.. Sejak ritu, smpai la ni, sapa2 pun ketuk pintu, memg mak ak takkan bukak nya pintu umah. Termasuk la kalau ak yg ketuk,hahaha.

    Melainkan sambil ketuk tu, bagi salam, panggil nama tuan umah. ha, itu tandanya, yg ketuk tu memang kenal siapa tuan rumah.

    Berhati2 ya. Dah banyak kes penipuan. Kan yg terbaru, tak silap ak pasal ad org dari jabatan kebajikan msyrkt, yg menyamar jadi wakil bab2 bantuan 1 Malaysia ni. Sian, mangsa org tua..

    Ko berhati2 lah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Lana.

      Pasal salesman tu, haish memang nak kena pelangkung salesman tu. Memperdaya wanita2 yg keseorangan di rumah. Tau la pompuan ni cepat je tergoda nak membeli itu ini especially kalau dah depan mata. Kita dah kata taknak pun, konfem salesman tu pujuk2 punya. Hahaha!

      Sbb tu aku salu marah husband aku kalau balek umah just ketuk2 pintu je. Aku suh bagi salam & panggil nama aku, baru aku tau itu dea yg balek. Kalau tak, memang sampai kesudah dea duk kat luwa :P

      Err kes camtu pun ada? Kesian, org tua jadi mangsa. Insyaallah aku berhati2 pasni. Thanks, Lana! :D

      Delete
  23. zaman skg ni mmg kne hati2.. dlu pun sy pnh jd mgsa kes pukau.. pastu dh trauma stiap kali jmpa stranger.. be careful yaa dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, tak salah kan kalau ada perasaan takut sbb terlalu berhati2? Faie, cerita la pengalaman pukau tu. Nak tau jugak macam mana. Org laen pun boleh baca & take note. Itu pun kalau rajen. Hehehe. Thanks, Faie! :D

      Delete
    2. kalu nk cite pjg sgt rasa cm naik bulu roma pulak.. hihi.. tp dipendekkan cite ade sbuah company ni pujuk sy bli brg dia..tp siyesly time tu sy mcm dlm kdaan khayal. macam kene pukau. sy dlm kdaan sparuh sdar just bg no akaun sy kt dia. bila die dh xde kt situ bru tersedar.. cpt2 pegi block no pin akaun tu.. tp melayang jgk rm300 dia smpat ambik.. redha je la tp smpai mati sy takkan maafkan die smpai bile2. lgpun dh ramai jd mgsa dia sbl ni. xpela die dpt habuan kt dnia but akhirat nti pandai2 la dia jwb dpn tuhan nti...

      Delete
    3. Penah gak denga cite2 camni. Cuma tak penah denga direct drpd org yg betul2 penah kena. Naseb baek Faie pantas! Hehehe. Laju jugak org tu buat keje ek? Kejap je dah lesap rm300. Eh, tapi pelik gak apsal dea tak lesapkan sume tp cuma rm300 je? Hmm takpe la 'rezeki' dea. Next tyme memang kena hati2. Naseb baek niat dea cuma nak amek duet je. Naseb bukan yang laen2 :D

      Delete
    4. betol tu.. huhu.. dia amik rm300 sbb time tu akaun sy ada rm300 je.. untung gak jd student nih.. duit tak brapa byk dlm bank.. kalau tak maunya beribu duit habis.. hahaha (saja nak pujuk hati)...btw sy anggap tu satu pengajaran dh..make sure lps ni byk kne hati2.. sory taw lmbt respon.. internet problem.. hihi

      Delete
    5. Zaman student rm300 tu pun dah kira banyak. Hilang 300 cam 3000 je rasanya. Hehehe! Okey2! Lepas ni hati2 ya. Org yg buat tu, nanti dea dapat la balasan yang setimpal :D

      Delete
  24. better jangan biarkan lelaki masuk bila suami tak ada.. ingatlah.. syaitan tu sentiasa berusaha untuk menghasut dan ingin manusia melakukan kejahatan.. jaga2 tau. sangat2 bahaya sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Takut pulak baca komen Boni. Sbb Boni pun lelaki kan? -_-

      Tapi betul laa. Syaitan tu sentiasa berusaha. Err rasa macam terus terpikir yang bukan2. Sebab syaitan, apa2 yang kita rasa tak mungkin or mustahil pun, boleh berlaku. Err time kaseh atas peringatan, Boni -_-"

      Delete
  25. baik dengar ckp suami..huhu..takut gak kalau jd apa2 kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha. Yurp! Tapi naseb baek yang masa tu takde jadik apa2. Lepas ni memang taknak kasi sape2 masuk lagi kalau sorang2 :D

      Delete
  26. kalau rumah kita kat kampung pun, memang gate tu sentiasa bermangga. kalau orang tak kenal datang, jenguk dari tingkap. tu pun belum tentu nak cakap ape2. hehehe. lantaklah orang nak kata sombong ke ape kan. zaman sekarang ni bahaya ada di mana-mana.. hati-hati duduk kat rumah tu. jangan lupa pesan husband tau. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tu Oshinz! Sebenarnya takut jugak jiran2 yg datang nak pinjam apa2 ke. Sbb dulu penah gak masa sidai kaen tetiba jiran dtg cakap nak pinjam tangga. Kalau betul jiran, kita pulak tak menyahut, takut dea kata sombong pulak kan? Tapi tu lah. Kalau fikir drpd negative side, terpaksa sombong sket la takut jadik apa2 =_=

      Delete
  27. kalau buat2 xde orang kt umah x lepas ke? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err lepas je kut. Rumah2 laen pun konfem ramai je yg takde org kat rumah & dorang tak dapat nak check. Tapi masa tu kebetulan terberani pulak nak bukak pintu =_=

      Delete
  28. cik bieha dah tido...balik skolah tadi demam. Tk sempat nk tgk kakak spec mata besar mlm ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kesian Cik Bieha demam. Esok kasik dea tengok kakak spec besar taw! Mana tau jadik ubat. Heheh! :P

      Delete
  29. tadi aku pegi rumah kau. knape tak bukak pintu? bandel kirim lipan kat kau. eh udang maksud aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err kau ke tadi Payeh? Kenapa aku macam dengar suara lelaki? Garau semacam je. Sbb tu aku tak bukak pintu. Takut. Kau saket tekak ek? :|

      Delete
    2. Kurang kalsium dalam tekak. tu yg garau siket. tapi kan, kalau kau dgr suara perempuan,lembut2 terlebih lemak. jangan bukak tau. khuatir H yg dtg. :)

      Delete
    3. Hahaha! Maknanya kau kena banyakkan minum susu Payeh. Tambahkan kalsium kat tekak :D Lembut2 terlebih lemak tu ada macam suara Dato Siti tak? Kehkeh!

      Delete
  30. aku rase ape yang ko buat tu bahaye weh.. tambah lak mase tu ko sorang je kat umah.. aku rase kalau ko cakap ko takleh bagi masuk pun, dorang patut faham reason die.. tapi kalau dorang nak masuk gak, something wrong r tu.. ape pun, nasib baik r tak jadi pape weh.. pasni take note sikit pasal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err tu tak pasti la dorang leh paham tak. Buatnya dorang marah aku? Anggap macam aku takleh paham yg dorang cuma nak buat keje dorang camne? Huuu. Tapi benda tu dah lepas pun. Next tyme aku takyah bukak pintu la. Senang :D

      Delete
  31. tp kak tak boleh juga kalau dr jbatan kesihatan nak check umah akak tak bagi nty dorg mrh. ima penah kene. hihi dorg nak masuk uma pastu ima ckp tak boleh jup lagi kene tengking dorg kata kalau tak boleh dorg nak saman dorg ckp entah2 kita nak sorok tempat kita ternak nyamuk.. tp mmg kita tak boleh halang dia buat kerja...

    lain kali kalau kita risau kita biar dia masuk kita dduk luar atau kita panggil jiran sebelah uma teman sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Iima. Org yg datang tu pun cam kerek je. Maybe dorang kena act camtu so org take serious la pasal bebenda ni. Ye laa. Benda melibatkan kesihatan. Maybe dorang geram still ada yg tak faham2 jangan biar air bertakung. Kut :D

      Dorang akan ajak tuan rumah masuk skali. Maybe takut pulak dorang dituduh apa2. Psl ajak jiran, err jiran gi keje =_=

      Delete
  32. Petang kak !!
    hhuhu , penakut juga akak ye . Samalah dengan kita .haha.. lagi-lagi time malam . macam-macam bunyi bleh dengar . time tu plak baru nak g bilik air . memang takut tau dak..

    ehh , baru tau akak dah kawen.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malam tu takyah cakap la, memang konfem takut. Hahaha! Yang ni cite siang2 hari :D

      Yurp! Dah kawen :">

      Delete
  33. bahaya kan zaman skg, mcm2 blh tjadi. kena la hati2 duk uma :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. Err ke sebab aku yang timbulkan isu negatif dalam cite ni? So sume pun mula fikir negatif? Hehehe :D

      Delete
  34. Klu org yg kta tak kenal baik jgn bg msuk rmh. Nk2 lagi klu kta sorng kt rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyyy! Baekklahhh. Pasni tak buat dahh =_=

      Delete
  35. hmmm.. ada benarnya kt husben tu.. sy yang laki bujang dok sorang2 ni pon kadang x bukak pintu.. melainkan mmg saya ad request..

    laki ni.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk! Tak bukak pintu sebab malas ke sebab takut? Hahaha!

      Delete
  36. sebenarnya bahaya juga..sebab sorang je kan..org zaman skrg sush nak percaya,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Syukur takde jadik apa2 masa tu. Tapi pasni memang tak bukak pintu dah :P

      Delete
  37. Err lain kali kalau ada sesape pun dtg nak cek rumah jgn bagi masuk la kak. takpe ada alasan cakap suami tak izinkan. sekarang ni byk yg jahat dari yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err sebenarnya kalau org tu dah depan pagar lagi tak berani nak cakap Suami tak izinkan or Suami takde kat umah. Err lagi seram nanti dea tau kita sorang2 X_X

      Delete
  38. er...akak... beraninya akak bagi org yg xkenal masuk..akak sorang pulak je tu...err,,
    apa yang husband akak cakap tu betullah.,. skrg ni macam2 jadi kak..
    apa2 pun..take care ok? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err selama ni memang takut. Tapi ntah masa tu boleh terberani pulak. Pastu, terfikir yg org tu cuma nak buat keje dea. Tu yang izinkan =_=

      Tapi pasni memang taknak bagi dah kut. Hehehe. Thanks! :D

      Delete
  39. saya faham perasaan awak..selalunya kalau orang yg saya tak kenal mmg x kasi masuk melainkan orang tuh saya mmg tunggu..hu hu tu pun tawakkal..zaman skrg ni kan macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err selalunya bukan je tak kaisk masuk, tapi memang tak bukak pintu terus. Hahaha! Cuma masa tu je, entah terdetik nak bukak pintu pulak. Tu yang automatik kasik masuk. Pasni memang tak dah laa. Ramai yg cakap bahaya :D

      Delete
  40. lia,aku pn mcm ko.lg la duk sorg xde husb lg :D aku mmg x buka pintu lgsung.org nk fogging ke, nk check rmh ke, aku wat xtau je.haha.skang ni org baik pn leh tkar niat jahat tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ingat aku je yang penakut lebih2 Liza. Ye laa. Sanggup duk terperap je dalam umah. Pintu tingkap sume tak bukak. Hahaha! Kau belum kawen, of kos patut lagi takut. Hati2 taw! :D

      Delete
  41. hang ni penakut ek liyaa? haha. tapi memang kena berjga. sbb kawan kat umah aku ni pun kdg yg ketuk pintu org2 yg nak mencuri n duk pukau. tapi kalu terang2 nmpk van fogging tu boleh buka. hehe. apepun kena bncang ngan husband juga yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak penakut. Hahaha! Ish! Takut lak baca psl kawan kau tu. Err sbb tu la aku penakut. Kita takleh nak expect apa org nak buat. Hmm after berbincang, memang dea tak bagi sesape pun masuk. Tapi kalau nak fogging tu kuwa la umah. Kang lemas aku kat dalam umah. Hahaha! :D

      Delete
  42. kita pun takut, kalau tinggal sensorang kunci pintu,tutup tingkap duk diam-diam kat rumah. Kalau org yg tak kenal dtg rumah mmg tak buka,takut sebab kawasan rumah kita boleh tahan juga kes-kes yang yg berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err kalau kawasan umah banyak kes, memang konfem la takut. Takpe2. Kunci je pintu tingkap. Duk umah dediam, janji selamat. Hehehe :D

      Delete
  43. dunia sekarang macam-II bole jadi kak . ta kire situasi dah pun .
    budak kecik pun pandai na rogol orang . gile ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haish! Yang tu dasat sangat. Erkkk! Tapi memang benda real kan? Macam mustahil tapi benar. Fuhhhh =_=

      Delete
  44. pernah duk umh sensorang, yg osmet kuar tak tutup pagar, tetiba dtg pak arab dlm 5org duk minta derma.. yg kuajonya, trus masuk dan ketuk pintu.. mmg seram.. blh lak mnta derma dri umah ke umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila ke terus masuk? Pak Arab memang jenis tak reti bahasa sket taw! Suka2 dea je. Haish! Memang bahaya~

      Delete
  45. pergh berani gak akak ni..kalau cik memang tak bukak la pintu tu..buat senyap sudah.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Sekali tu je berani. Biasanya memang penakut pun. Pasni memang nak kembali kepada penakut semula. Stay safe :P

      Delete
  46. liyaaaaaaaaaa!! don't talk to strangers. huhuhu..

    jangan berani sgt liyaa. skrg ni manusia pelik2. liyaa study dah sem berapa? liyaa kawen masa study ke study masa kawen? ehh betul ke soalan ni.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Chic Na. Dun talk to strangers. Depan dorang, berlakon jadik bisu je. Hehehe :D

      Err study masa kawen kut. Err entah. Apa punya soalan ni Chic Na? :P

      Delete
    2. haha.. chicna pun pening ngan soalan chicna tu. means liyaa kawen dulu baru sambung study or liyaa kawen masa tengah study?

      Delete
    3. Err paham la apa Chic Na tanya. Saje je nak usik :P

      Liyaa kawen dulu baru sambung study. Lupa nak jawab kat atas tu. Dah abes sem kedua. Tinggal satu sem je, pastu dah leh grad. Insyaallah. Hehehe.

      Delete
  47. Tepikir, kalau suruh brader dr pejabat kesihatan tuh balik, nak ke dia balik and datang balik. Apapun, unless diizinkan suami, memang takleh cenggitu. Sekarang ni org sewel ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm. Aku rasa takdenye dea nak balek. Ntah2 aku kena sound ada la kut. Ceramah free tak pasal2 kang. Hahaha! Entah :D

      Err sewel tu yang merbahaya @.@

      Delete
  48. hmm aku sokong dan tak sokong pon ada.sekarang ni macam2 modes operandi dorang buat.nampak real

    sebelum ko bagi masuk, ko cuba kontek pejabat dorang untuk pastikan.tak pun ko suruh dorang sebut kata laluan dulu.kalau dorang berjaya baru ko bagi masuk.

    ko kata luar umah sangat menakutkan?ko tatau dalam umah lagi horror.. sampai adik aku nak ke dapur pon mintak aku teman. tu pon lepas dia tengok citer antu melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa sebut kata laluan tu bagus. Rasa nak suh dorang enter word verification skali. Kut2 dorang bukan human kan? Mana la tau alien datang umah aku #_#

      Err dah tu takkan aku nak duk luar umah je sbb takut nak duk dalam umah? Antu melayu tu pun satu. Apsal dorang suka duk dlm umah org? Apa dorang takde umah sendiri ke? Grrrr

      Delete
  49. Replies
    1. Err tengok la entry aku dah tak berupdate bape lama. Takde entry baru. Tu yang org duk komen sini je. Chait! Updatekan entry untuk aku pls #_#

      Delete
    2. patut la dah xnak datang blog kitorang..dah tahap retis rupanya :(

      Delete
    3. Maaf laa. Mood blogging kelaut #_#

      Tapi takleh nak lawan retis Capital H. Punya la fofular, komen sampai jammed, terus blog takleh access. Terpaksa privatekan terus. Takpe la. Aku tak layak masuk blog kau kan :'(

      Delete
    4. ceh..mengada la kau..hahahaha

      Delete
    5. Hahaha! Cheh. Aku mana leh mengada ngan kau kan? Aku bukan anon kat blog kau. Mwehehe :P

      Delete
  50. Aku ada 2 perasaan bila baca ni.

    Kebanyakan masa memang aku sengsorang kat rumah.
    Pastu aku diam-diam je. Bukak lampu pun kat mana yang aku ada.

    Pernah orang tnb datang, aku betol2 tak keluar. Pikiran yang macam-macam. Takut.
    Bukan nak nyusahkan keje orang, tapi macam tak manis dan bahaya.

    Tapi, aku pernah jugak telan asap fogging sorang2 pasal tak keluor rumah sebab tak tau pun ada fogging masa tu. Rasa bahaya jugak dok dalam rumah. Nak keluor dah terlambat. Haha.

    So, buat pertimbangan yang benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ada gak rupanya kes telan asap fogging ek? Aku ingat aku je yg sengal if wat camtu :P

      Rupanya ramai gak yg penakut cam aku. Aku igt aku je penakut tak bertempat. Hehe. Btw, kau dah kawen ke ek? Aku belum sempat siasat habes lagi :D

      Delete
  51. Dah.. da macam inspektor gajet la pulok..hahaha

    ReplyDelete

Shout Your Quotes