Kelmaren, update Kay Are tentang graduan-graduan yang pernah tertipu masa pencarian kerja. Geram ada, simpati pun ya. Aku dah baca semua link-link yang cerita tentang pengalaman dia orang ditipu. Apply kerja Admin Assistant, tapi rupa-rupanya kena handle illegal Forex investment. Aku tak terkejut bila ada yang tersilap langkah masa carik kerja ni. Sebab target company tu fresh graduate. Umur baru berapa, baru mula nak matang and kenal dunia. Naif lagi. Maybe tu dugaan untuk dia orang. Yang menipu tu, hopefully cepat-cepat lah sedar sebelum terlambat.
Aku pun ada experience, yang serupa tapi tak sama. Masa tu baru berumur sekitar 19 or awal 20an. Gadis-gadis lagi :P Dan, aku maseh naif. Apply kerja Kerani, tapi dioffer bekerja sebagai Sales Assistant, atau bahasa senangnya, Promoter. Katanya buat sales di kedai. Rupanya, aku kena pergi dari rumah ke rumah dan buat peraduan gores dan menang. Cuma bezanya, mangsa tak perlu gores, cuma perlu buka sekeping envelope yang dalamnya akan tunjuk hadiah yang bakal dimenangi kalau bertuah. Err err kiranya macam, buka envelope dan menang (-_-)"
Aku kena beritahu kononnya dalam envelope tu ada macam-macam hadiah. Kalau orang tu 'kurang bernaseb baek', dalam envelope cuma ada ucapan Terima Kaseh. Kalau 'bernaseb agak baek', hadiah yang kecil-kecil berbentuk barangan dapur, contohnya Milo, Colgate, tepung, etc. Akan dapat Percuma tak perlu bayar apa-apa. Dan kalau 'sangat bernaseb baek', dapat hadiah-hadiah yang agak besar dan lumayan berupa barangan elektrik, contohnya TV, radio, DVD Player, etc. Percuma juga, cuma perlu membayar kos pengangkutan sebanyak RM380. Puihh!
Tapi, sebenarnya, apa yang ada dalam envelope tu semuanya gambar yang sama. Tak ada pun pilihan-pilihan hadiah macam yang aku perlu beritahu tu. Tak ada pun sebenarnya kategori 'kurang bernaseb baek' dan 'bernaseb agak baek'. Sebab semua yang bersetuju untuk buka envelope tu adalah 'sangat bernaseb baek'. Tapi kalau dapat TV ke DVD Player ke okey lah jugak. Tapi, semua itu cuma dalam skrip semata-mata. Sekadar untuk menyedapkan pendengaran telinga. Hadiah yang dia orang akan dapat, suka tak suka, cuma satu, tak ada pilihan laen.
Hand Held Massager = RM380 (-_-)"
(Bukan gambar sebenar)
Yang aku ingat, dua kali aku sentap masa aku kerja hari ketiga. First, masa tu kat sebuah warung. Aku mula nak menipu owner warung tu. Standard ayat dah ada skrip. "Maaf ya kak, mengganggu." Aku belum habes cakap lagi, akak tu terus potong "Memang mengganggu pun". Sinis. Aku terdiam. Nak cover malu, tanpa sedar aku menyambung ayat lagi "Maaf ya. Tengah sebuk ke kak?" Bodoh jugak soalan aku =_= "Memang la sebuk. Tak nampak tengah buat apa ni?" Lepas tu tak payah la aku cerita bila aku kena bebel-bebel dengan akak tu. Lepas tu aku mintak diri.
Second, kat warung jugak kalau tak silap aku, "Maaf Pakcik, mengganggu. Bla bla bla. Pakcik bukak envelope ni. Bla bla bla. Kalau Pakcik bertuah. Bla bla bla. Nanti dapat TV ke peti sejuk ke bla bla bla. Free je. Bla bla bla. Cuma kos pengangkutan. Bla bla bla." "Sudah la. Cakap je free. Bla bla bla. Menipu je benda ni. Bla bla bla. Nanti kena bayar jugak. Bla bla bla" Aku terdiam, tak mampu nak jawab apa-apa. "Kalau macam tu takpe la, Pakcik. Maaf mengganggu. Terima kaseh" Malu betul aku masa tu. Dah la ramai kat situ perhatikan aku. Malu pun ada, sedih pun ya #_#
Esoknya, aku terus tak datang kerja. Tak sanggup aku nak menipu sana-sini. Bukan dapat apa. Dapat maki hamun sumpah seranah orang ada lah. Dia orang yang marah tu pun bukan tahu yang aku ni naif lagi. Aku terjebak tanpa sengaja. Tapi sebenarnya aku bangga dengan orang yang awal-awal lagi marah aku tu. Memang patut macam tu. Itu lah orang-orang yang celik sebenarnya. Dia orang celik tentang tipu daya dunia yang cuma tahu nak mengikis harta orang laen dengan jalan mudah, tapi salah. Sebab orang yang sinis pada aku tu, aku kuat untuk berhenti.
Selang beberapa lama, masa tu aku tak ada kat rumah. Aku balek je, Mak aku cerita. Mak aku tertipu dengan agen yang macam tu. Sebiji sama. Hadiah yang Mak aku dapat, pun sama (-_-)" Puihh! Tapi masa Mak aku cerita pada aku tu, Mak aku gelak-gelak je. Sebab Mak aku kata "Macam mana lah anak Mak yang dah pernah bekerja macam tu dan Mak dah tahu ni pun, maseh boleh tertipu? Mulut dia orang terlalu manes". Lepas je orang tu pergi, baru lah Mak aku teringatkan pengalaman aku. Naseblah dah nak kena. Dah Mak aku gelak, aku pun gelak je lah. Kahkahkah!
P/s: Janganlah marah aku. Aku naive lagi masa tu X_X
sakit perut..
ReplyDeletetadi aku sakit perut..tu yg cepat2 cop tempat..kahkah
Deletenaseb baek jugak masa dulu2 kau belum jumpa bundle..kalau tidak, mesti bernanah telinga kau kena bahan dengan dia..
eh jap..kalau dah bukak tapi xde duit nak bayar kos penghantaran tu camne ek? sebab seingat aku, arwah mak aku pernah kot terkena..tapi kitorang xde duit nak bayar kos penghantaran..aku xingat apa yg jadi lepas tu..
Saket perut pun sempat lagi kau cop tempat ey? Hahaha!
DeleteErr aku rasa naseb baek la masa aku keje dulu aku tak terpegi umah Bundle. Kalau tak, sia2 aku dpt ceramah free drpd dea. Mmg bernanah telinga la. Kahkah!
Aku pun tak ingat kalau takde duet. Rasanya org tu kena usahakan gak dptkan duet. Myb kena kuwakan drpd atm ke. Err taktau la. Aku pun keje 3 hari je. 2 hari just follow, hari ke3 baru aku try buat. Itu pun failed. Kahkahkah!
Kalau masa tu aku pon noob lg..tp sumpah aku tak penah keje menipu org lg makcik.hebat ko.kahkahkah..
DeleteKo tak rase bersalah ke diajar menipu ni..p tpu org org kg lak tu..hahaha.bape org dh terpedaya ngn ko?.hahaha..
#sajabikinpanashahahaha
Aku anggap kalau masa tu aku kenal kau yg skang la. Konfem free2 je kau skolahkan aku kan Pakcik? Hahaha!
DeleteAku tak ingat la bape org jadi mangsa. Tp yg aku igt, kalau masa tu aku stuck tp org tu tak sekental mana, supervisor aku yg akan amek alih. Saiko2 org tu sampai dea bayar gak. Huuuu. Bersalah gila weyh! =_=
hahaha...nasib benda dah lama...jiran aku ada gak kena kes cam ko ni dulu..aku ingat lagi dia mintak tolong ayah aku bawak dia g syarikat tu nak amik barang konon menang tu..tetiba kena bayar..yang pelik tu, dah kena tipu tapi bayar gak beli barang tu...
Deleteaku syak jualan langsung ni dah la menipu orang..pastu mesti main ugut2 kan..kalau tak bayar depa ni takutkan orang konon kena tangkap atau kena bayar denda yang lagi berganda-ganda..so org2 kampung yang noob ni bayar la..naya...
betul tak ??
Hahaha! Aku pun tak sure la tahap mana ugutan tu. Tapi ugut sket2 tu ada kut. Dea buat macam org yg taknak bayar tu pulak yg rasa bersalah sbb dah setuju bukak, kena la jugak amek hadiah. Tak pasal2. Org yg tak bersalah apa2 pulak yg di-rasa-bersalah-kan. Tak baek kan dorang buat camtu? Lagi2 kalau org tu tak berduet mana =_=
Deleteaku pon pernah experience gitu ..kat iklah tulis management trainee, tapi keje direct selling ..bukan main berkebaye aku mase 1st time masuk keje, sekali kene gi ketuk kilang kilang, jual barang ..macam hampeh ..sehari je aku keje ..duit elaun aku mase 1 hari tu, aku kasi hadiah je laaa kat diorang ...huuuuhuhu
ReplyDeleteKahkah! Berkebaya tu tak tahan :P
DeleteRupanya ada jugak mangsa sama kes ngan aku. Macam naif je kan dulu2 kita kena tipu? Aku keje 3 hari tu pun, rasanya mmg takde gaji la sbb aku terus cabut tak dtg hari ke 4. If ada gaji pun, taknak la aku terima =_=
hahaha tu laaa aku ingat aku sorang je yang pernah diperdaye ..seb baik ade kawan untuk berkongsi cerite ...huahuahua
DeleteTapi kes tertipu yg kena handle illegal Forex investment tu, lagi kesian kut. Sbb melibatkan duet org sampai ratus2 ribu. Ada pulak, duet mak sendiri pun jadi mangsa sbb terpedaya gak invest. Tak pasal2 je =_=
Deletehaaa betul betul ..pakcik makcik aku ade yang dah terkene jugak ..tapi tak sampai ratus ribu ar, puluh puluh ribu je, tapi masih banyak jugak tu ..
DeleteIllegal Forex Investment ni die carik fresh graduate gak utk menipu ..da dapat kerje, soh carik investor ..pastu gi promote kat sedare mare, pakcik makcik yg tak tau nak buat ape dengan duit duit dorang tu, gi laa invest kat menantang tu ..konon nak jana duit ler tu ..
lame sikit, baru budak tu tersedar yang die bekerje dengan syarikat penipu ..die pon berenti kerje ..duit yang pakcik makcik die invest, burn gitu je kt syarikat tu ..
yg pakcik makcik die plak mintak ganti duit deme balik, siap bagi 'jadual bulanan bayar balik hutang' kat budak tu (mcm ptptn mintak hutang lak) ..haaa sian je ..
Pehhh! Sadisnyaaa. Hutang ptptn pun tak abes bayar lagi ni nak kena bayar hutang laen pulak. Hahaha! Tu la aku cakap dugaan. Memang la terasa nak marah camne dlm masa sekejap je kat company tu dea dah percaya habes sampai suh sedara invest. Tapi tu laa. Kita tak terkena takleh nak cakap. Maybe company tu convinve dea gila2 ngan ayat manes kut. Kan? Tapi kesiannn :(
DeleteFuh... Apa punya kerja macam ni. Nasib la sehari je kerja. Kalau tak menggunung dosa menipu orang kan.
ReplyDeleteErkk! Jangan la cakap camtu. Sentap je baca. Naive lagi masa tu taw #_#
DeleteYup! Esoknya terus tak dtg kerja :D
malu kot kalo org wat mcm tu.. lagi2 kalo time tu rmai org.. tapi ok la, dorg sedar itu tipu.. malu blkg kira la kan kak lya.. hahahaa...
ReplyDeleteBetul Emma. Kalau tak dimalukan camtu ntah2 akak kental lagi nak datang keje esoknya. Mana tahu semangat nak cuba buat sales kannn. Puihhh! :P
Deleteohh nilaa makcik gores dan menang tuu.kekekekkeke
ReplyDeletexpe laa Lyaa at lest ade gak pengalam kann hehehe
Na tgh bayang kan cara Lyaa nak start menyuruh org gores/membuka envelope tu... hehehehhehe *maaf Lyaa
Hahaha! Tu laa Na. Pengalaman. Rasanya pasni sorang pun takkan leh nak tipu. Kalau dea cuba, cepat2 jawab "Takyah nak membongak sangat. Aku dulu pun keje camni" Kehkehkeh!
DeleteBayangkan je la Na. Dengan muka naive dan tak bersalah. Maklum lah masa tu pun gadis2 lagi. Muka suci habes! :D
tak yah bayang kan laa muka suci..sbb Na selalu tgk depan cermin muka suci ... HAHAHAH
DeleteErkkk! Macam mana Na cuci muka sampai suci camtu? Na rendam clorox ey? :P
Deleteaku pernah ouh dengar benda2 kerja muda remaja kau Liya. lagi dhsyat nak tipu aku 6000.
ReplyDeletemacam-macam. aku cepat-cepat larikan diri dari tpt kejadian.
Erkkk! Naseb baek kau cepat2 lari weyh. Dea suh beli apa? Kerusi urut ke? Hahaha! Kalau tak sesia je dea kebas duet kau. Dorang tipu jenis takde nak kesian2nya =_=
Deletepenapis air...
Deleteaku buat2 tel kawan.
die cakap aku menang 2 cabutan bertuah. tak semua orang dpt dua. macam gitu ceritanya...
Hahaha! Naseb baek la kau kental tak percaya weyh! Ayat tak semua org dapat tu adalah ayat cliche bagi syarikat jualan2 langsung :D
Deletekesian Kak Liyaa sentap dengan Kakak & Pak Cik tu. kita pun selalu gak wat macam tu nak elak kena tipu dengan gores menang ni semua. tapi takde la kasar...kita senyum minta dorang pergi dengan cara baik la.
ReplyDeletekawan kita pernah kena....beriya dia dapat kerja baru konon2 management trainee sekali pergi tu la..kena jual2 barang dulu dalam 3 bulan untuk ukur prestasi katanya. kena jual perfume sekitar bandar melaka & muar. kesian dia....last2 berenti sebab tak tahan. yang tahan hanyalah yang betul2 terdesak nak kerja dan kalis perli dan mulut manis dan.....dorang kekal je cenggitu. takde de kerja duduk opis pun. kesian kan... =_="
Buat je camtu Aien. Macam akak, kena camtu at least jadi penguat untuk akak benti. Kalau kita tak wat camtu, dorang yg tersenyum nanti. Pasni pun bila2 kalau akak nak ditipu, akak boleh jawab sambil tersenyum "Saya pernah kerja macam ni. So, tolonglah pergi" Cewwah! Berdrama tak? :P
DeleteKenal jual barang tapi nak menipu takpe lagi Aien. Tp kalau tak kena ngan jiwa, mmg takkan la nak keje menjual2 ni. Dari rumah ke rumah lak tu. Kalau just jual tunggu customer kat kedai, takpe la jugak kannn?
pengalaman lalu banyak mengajarkan. akak boleh la kan nak guna ayat "Saya pernah kerja macam ni. So, tolonglah pergi" hahahaha.
Deletekalau jual2 barang tunggu customer kat kedai boleh la lagi dari rumah ke rumah. kesian kadang..banyak cabaran.
Betul Aien. Kalau jual barang kat kedai tu, akak suka. Lagipun barang tu org yg nak membeli tu yg carik. Yg dari rumah ke rumah tu, org tu tak mencarik, tp kita yg datang. Kira kita ni cam tetamu tak diundang la. Nak kata perompak dalam senyap pun boleh juga. Hehehe.
Deletefresh graduate desperate nak cari kerja. siapa yang nak menganggur kan? kite pun time nak mohon kerja main redah je. tapi bila panggil interview, baru selidik blek syarikat tu syarikat ape. kalau yang meragukan tu memang minta maafla nak pegi kan..
ReplyDeleteTu lah. Org pun kata, jangan memilih kerja. Masa tu pun sekadar nak keje part tyme sementara cuti semester. So redah je la keje apa yg ada. Tup2 dapat keje kena menipu org sini sana plak. Huuuu. Betul Oshinz! Kalau boleh memang selidik betul2 dulu. Jangan tersilap langkah :D
Deletealahai kak, siannye..malu kot kne hamun camtu. tp nak marah diorang pun xleh, mesti diorang penah trkena sbb tu lepas geram kat akak.
ReplyDeletesy ni jnis cpt prcaye kat org. sbb tu sy kne amek lgkh berhati2 dgn x melayan promoter. nnti sy cepat trpedaya. :)
Itu lah. Nak marah dorang camne? Dah kita pun datang memang niat nak menipu. Memang patut kita yg kena marah kan? Pastu masa tu akak budak lagi kut. Mana la reti nak marah org dewasa =_=
DeleteBetul! Better awal2 elakkan. Biar la rasa bersalah sket sbb awal2 dah tak layan. Nanti maken dilayan, kita yg berhati suci ni mesti mudah je nak percaya kan? Hakhak! :D
Dahsyat jugak ye kerja promoter ni? Tak tahu pula yg gores dan menang pon masuk dalam kategori promoter. Mahal pengalaman kak liyaa ni. Hahahaha. Kira akak ni okay lagi lah. Faham juga kehendak pelayan. Takde nak memaksa. Kan kan? Pernah sekali promoter datang rumah, memula diri luar pagar. Minta masuk sampai depan pintu. Lama lama minta masuk dalam rumah. Terus halau balik. Sekarang ni pon, masih ada kes yg tertipu tipu. Tapi sekarang dah tak rasa nak marah pada yg menipu, tapi pada yg tertipu, ya! Dah banyak kes berlaku, masih boleh tertipu. Hish -_-
ReplyDeletePromoter gak la. Promoter hand held massager. Ahaha! Akak ni berhati suci taw! Mana layak keje2 camni :P
DeleteTakleh gak nak marah org yg tertipu ni Ninja. Dah dorang diciptakan mudah terpedaya, nak buat camne? Tapi sesekali pikir, memang rasa nak marah kannn? Nak marah tapi still kesian. Apa2 pun, yang menipu tu tetap yg bersalah #_#
kira ko ni jualan langsung tak berbakat la ye?hahaha
ReplyDeletemuka kena tebal, aku tengok pon kesian.kesiankan dorang bazir air liur hanya untuk dapat maki hamun.tapi ok la ko ada gak pengalaman cenggitu.sekurang2nya ko tau bukan senang nak jual ayat :)
Eh? Aku try sehari je. Kalau try sebulan konfem boleh asah bakat punya. Hahaha!
DeleteMemang la kita fikir camtu. Tp sepanjang aku keje tu, ramai gak jadik mangsa taw! Tak sangka gak aku senang2 dorang ayat. Walaupun ada la yg jadi mangsa tanpa rela. Muka benganggg je kena bayar 300++ cuma untuk massager. Kehkeh!
takpe..belajar dr pengalaman kan~ :)
ReplyDeleteYurp! At least, lepas ni memang kental ah takkan kena tipu ngan cara camtu. Kalau tak, senang je nak terpedaya :D
Deletejanji jangan buat lagi lepas nih
ReplyDeletesemua tu pengalaman :-)
Erkk! Memang aku takkan buat la weyh! Kalau aku desperate sangat takde keje pun, takkan r aku wat keje camtu. Hahaha!
DeleteHaha. Pengalaman tu yang penting kak. Perghh. Memang dasat lah pengalaman akak.
ReplyDeleteErr dasat jugak la Syazana. Macam terkejut pun ada masa kena wat keje camtu. Tak sangka senang2 je terjebak. Naseb bek hati akak suci lagi masa tu. Kehkehkeh! :P
Deletemakcik..bab cabutan bertuah barang dalam sampul tu lu pernah terjah rumah dekat area usj 3 dengan partner lu tak makcik?..yg konon-kononnya nak kasi gua tv besar tu..lu ke makcik? yang tetiba lari bila seorang member gua keluar hanya memakai celana..
ReplyDeleteitu lu ke makcik?
kehkehkeh. kalau itu lu gua mewakili member gua minta maaf ye. dia memang macam tu. kalau boleh nak lepak subang parade pun bercelana je.
Kahkahkah! Naseb baek la dulu aku keje tak pernah terjah area sana. Kalau aku la yg kau citekan tu, mau aku demam sebulan. Kompom aku fobia nak buat jualan langsung kat area USJ 3. Kahkahkah!
DeleteDulu femes kan kes "buka envelope" tuh..sampai atok saya tampal kertas "no salesman is allowed" kat depan pintu rumah T___T lucu pn ada..
ReplyDeleteSekarang dah besar panjang jadi ibu..saya pula belakon jd orang gaji..terus salesasstnt tak berminat..orang gaji mana ada duit T___T
Erkkk! Atok wat camtu? Hahahah! Kental gak atok Aima ek? Salu yg tampal benda2 camtu kat opis2 je. Ni depan pintu umah pun ada? Memang lawak! Hahaha.
DeleteBoleh pakai gak tips Aima. Belakon jadi maid kan? Tapi kalau duk umah murah logik ke nak belakon ada maid? Huuuuu
jadi kamu orang la yang menipu my mom dulu yer. Haahaaa acah2 jer. Pengalaman tu penting, at least now u know la bila ornag nak menipu u kan.
ReplyDeleteSalam kenal
Erkkk! Dulu mak kena tipu ke? Hahaha! Yurp! Pasni kalau bunga ayat tu sama je cam masa keje dulu, kompom tau la yg dorang nak menipu. Boleh halau siap2. Hahahah! :D
Deletebiasela kite muda lg x fikir sgt psl halal n haram..kite nmpk asal kite keje ngan usaha sndiri pasti duit..tp x semestinya x..mcm kes ko g tipu org..tp nice penglmn..hehehe
ReplyDeleteErr yurp! Betul jugak. Masa tu kan muda lagi. Aku pun macam blur2 je kena wat camtu. Tak sangka semudah tu je aku leh terjebak. Naseb baek gak hati aku ni tisu gak. Sentap punya pasal, kuat la aku nak quit :D
DeleteSehari tu kau dapat gaji tak? Hahahaha..
ReplyDeleteSebenanye aku keje 3 hari Syida. Tapi 2 hari awal tu aku follow je la tak kena buat lagi. Hari ke 3 tu baru aku kena buat. Pastu fuhhh free2 je aku kena sembur camtu. Esoknya aku terus tak dtg keje. Dah cabut, nak dapat gaji tang mana? Hahaha!
Deletenasib dah berhenti kerja..
ReplyDeletekalau sampai skang buat benda yg sama..
silap hari bulan ada gak blogger yg komen cakap kena tipu dek tuan blog.. huhu
Hahaha! Kalau skang aku keje camtu lagi, takde la aku nak up entry camni. Takkan nak ngaku kut? Hehe. Pastu kalau ada blogger yg buat entry sentap ditipu, kompom aku akan sentap bila baca. Tapi senyap2 je la. Hahaha!
Deletehaha . kesian nyaa akak :D
ReplyDeletebuka envelope dan menanggg ^^
mihmihmih
Hahaha! Farina nak cuba bukak? Mana tau menang besar :P
Deletehaha menang hadiah sponsor kawen tapi jugak :D
DeleteHahaha! Kalau hadiah massager tu, nak ke? Tak best langsung! :P
Deleteermmm
ReplyDeletemmg kalo kj tu kena tahan telinga lah eh..tahan je bila makcik pakcik tu cakap apa pun,last2 terima kasih pakcik/makcik..maaf ye mengganggu..hadoiii letih rsnya kot
skang kalo dorang dtg umah Liyaa cemana..nk dgr jugakk smp dorang abs cakap or trs cakap kat dorang "erkk xpelah sy pun kj gak dulu" hahahahaha
**pengalaman mematangkan kan ;p
Nampak sopan kan? Dah kena marah pun still terima kaseh & maaf mengganggu. Hahaha! Rasa macam innocentnya muka masa tu =_=
DeleteKalau dorang datang skang, biarkan dorang habes cakap dulu, buat2 interested, bagi harapan, dah last2 baru la cakap "Err takpe la, saya pun keje camni gak dulu. Kau takyah nak membongak sangattt!!" Hahaha! :D
pernah lah dpt macam ni tp tak pernah kena tipu lagi... dulu mang sibuk kan bab2 ni..
ReplyDeletebiasalah zaman muda2 kan kak..
kak, sori baru tetjah balik.. panggil hani pun boleh.. =)
Ramai jugak yg tau benda ni benda tipu. Tp still biasa dengar ramai yg tertipu. Kenapa ey? Taktau la skang ni ada lagi tak mende2 gini. Harap2 takde la. Kesian kat org2 kampung, kdg2 dorang taktau pun benda ni tipu =_=
DeleteOkeyy Hani :D
ohh bagus share benda ni sebab kite tengah cari kerja ni. memang elak apply ape2 post yang ada perkataan sales2 ni, takut keje yang kena kejar2 orang tu. huhu. teringat kes2 cabutan atau gores2 ni 'in' mase zaman bila tu ea. tapi skrg mcm dah kurang dengar kes2 camni kan. macam bermusim je. kuang hajar betul lah company yg menipu camtu nak jerat bia org keje. huh
ReplyDeleteTapi kalau yg macam contoh Forex tu, dea tak advertise position berkaitan sales pun. Dea tulis Admin Assistant. So, beware taw! Hehehe. Tp company tu area KL je kut. Kat JB takde. So selamat la :D
DeleteKdg2 benda2 gini pengaruh media gak. Ikut musim paper nak kuwakan. Ntah2 still ada tapi tak kuwa berita je. Kut :D
zaman skrg ni mcm2 nak ditipu....
ReplyDeleteBiasa laa. Ada org yg nak kaya cepat & ngan cara senang :D
Deletenie namanya tipu sunat nie.hahaha
ReplyDeleteHahaha! Tipu sunat ek? Sebab dah terdesak masa tu ke? Hahaha! :P
DeleteErr cari kerja pun ade kena tipu? Oleh itu, Hana pilih kerja sendiri. Tak kiralah meniaga nasi lemak pun. Ada degree niaga nasi lemak? Oit. Biaq pi lah ape org nk ckp. Yg penting halal. Hana ni satu je peel. Memang pantang kerja dengan orang. Pantang orang arah itu ini. Hoho. So, baiklah kerja sendiri.
ReplyDeleteCerita pasal gores & menang teringat ayah pernah terkena sampai RM4k hanya utk hadiah tilam & mesin urut kaki. =.='
Owh. Kalau dah kompiden untuk keje sendiri, lagi bagus Hana. Meniaga ni lagi la digalakkan dalam Islam kan? Ada idea, ada semangat, ada modal, jalan je :D
DeleteAyah Hana penah kena ke? Tumpang kesian. Banyak lak tu :(
haha.
ReplyDeleteaku pena gak tertipu tp lbh dasat dari apa yg kau pernah lalui la T.T sampai sekarang aku menyesal T.T bodoh gila masa tu, otak budak2 le katakan T.T
Err kena tipu camne tu? Cite la Shalee. Heheh! Aku ada gak pengalaman yg lagi dasat drpd ni. Tapi later la aku cite :D
DeleteTakpe Shalee. Orang kata, pengalaman tu mematangkan. Tak lalui, kita tak tahu :D
dunia sekarang manusia hanya tahu menipu je..
ReplyDeleteErr tak sume yg macam tu. Jangan marah sangat =_=
Deletesatu kali penggunaan name aku = 1k.. masuk kat akaun nanti ye? =P err.. baru aku tau camtu rupenye penipuan yang melibatkan buka dan menang tu.. hmm.. aku rase kos penghantaran lagi mahal dari harga mende tu kan? ke bukan? hmm.. agak agak yang aiskrim padle pop bagi hadiah melalui kayu aiskrim tu betul ke tak? ish ish.. menipu je keje nye.. nasib aku tak tertipu dengan ko lagi.. =P
ReplyDeleteGrrrrr. Aku rasa macam nak delete je perenggan pertama :P
DeleteBarang tu bukan ada brand. Kompom murah je. Lgpun kos penghantaran apanya? Org tu bayar je, barang terus dapat tyme tu gak =_= Pasal eskim Paddle Pop, aku taktau lak. Yg tu takpe kut. At least beli2 eskim, dapat gak makan eskim sedap. Heheh! Kalau aku tipu kau pun, kau takkan tau Kay Are <-- Ayat saiko :P
ehem..ehem..nk citer ni..dl pas spm, tgk iklan jawatan kosong, sales exec,trus eksaited nk mnta.. g interview.. dia bgtau bla..bla..bla.. yela, pas skolah mana la tau semua tu.. dia bgtau details, baru la fhm kena pergi dri umah ke umah, jual barang.. gaji berdasarkan komisen.. erkkk.. mujur tak terjebak.. ms tu kena jual penapis air.. miahaha
ReplyDeleteHahaha! Post tu nak gempakk je kan? Sales exec. Heheh! Biasanya dea tak direct explain yg kena jual dari rumah ke rumah. Kalau boleh dea nak suh kita try dulu. Kalau dea dah explain details awal2 kira untung la boleh reject awal2. Kannn? Hahaha!
Deleterasa mak pn dulu penah kene..
ReplyDeletesakan ko suka gila dpt adiah pinggan mangkuk..
dgn kebetulan along nk kawen..bole tayang masa kenduri..!
hahaha..
aku masa tu yg kecik lg ada kt sebelah dia pn, dok tergoda2..lg tgk ade set mainan kanak2..
hahaha..
Hahaha! Kesiannyaa. Banyak ke kena? Ye laa. Pada org yg taktau, kompom eksaited. Ingat betul2 la bertuah. Tapi sedih taw kalau tau rupanya sume org yg dea jumpa tu 'bertuah' #_#
Deletepernah kena gak dulu. kata nya management trainee. sekali kena buat jualan langsung. bengang je. terus lari time2 tu jugak.
ReplyDeleteBagus Chic Na! Kental. Terus lari tyme tu jugak. Hahaha! Apsal tak try je? Mana tau ada bakat terpendam? :P
DeleteAhaha...aku pernah kerja. Aku pernah kerja... jual racun tikus perisa serai pembunuh segala lipas, lalat, serangga. Satu kotak 10ringgit. Tahan 6 bulan. Memang berbaloi....
ReplyDeleteDekat 2 minggu aku kerja jual dari rumah ke rumah masa pas spm.....
Tapi aku tak dapat ambik gaji pun pasal bapak aku yang paksa benti macam tu je.. huahuahua.
Malu. Tapi best bila racun tu terjual. Aku jual produk. Tapi kalau gores dan menang cam ko, nampak benor nipunya.. haha.. kesian ko terjebak.
Kalau menjual tu takde la rasa guilty sangat kan Ruzy? Even nak menjual tu punya lah susah, tapi rasa best bila berjaya jual. Kalau aku, berjaya tipu, patut ke aku rasa best? Hahaha! Maksud kau, tak dapat amek gaji yg last month kau keje tu ke?
DeleteTak patut. Memang patut la ko benti...
ReplyDeleteYe. Kiranya aku kerja tak bergaji. Bapak aku soh benti ngan tak kasik pergi sana. Gaji by cash. So memang tak merasa.
Aku nak panggil ko kakak la..aku rasa ko tua. Haahaa