31 Mar 2012

Charity Sales, Bundle Di Kampus

Dear my Lovepediary,

Semalam ada Charity Sales di kampus. Interesting. Aku difahamkan ianya bertujuan mengumpul derma untuk Rumah Anak-Anak Yatim and Rumah Orang-Orang Tua, somewhere in JB. Aku dah lupa Rumah Anak-Anak Yatim dan Rumah Orang-Orang Tua mana. 

Ada macam-macam old stuff dijual yang aku kira hasil derma ikhlas daripada staf-staf kampus juga. Taklah dibuat secara besar-besaran, tapi quite interesting. Kat satu sudut, ada menjual baju-baju terpakai macam-macam pattern, macam-macam style, macam-macam warna. For sure inilah yang paling menarek minat aku. Lama tak shopping. Err shopping bundle.

Aku berada kat situ dah rasa macam kat kedai bundle. Memanglah tak semua menarek. Nama pun hasil Charity dan untuk Charity purpose juga. So, andaian aku, apa saja barang yang dah diberi seikhlas hati, itulah yang dijual, sambil kumpul derma. Kebetulan, sekali pandang aku berkenan dengan satu baju, so menarek jiwa aku untuk melihat-lihat lagi. Untung-untung, ada lagi yang menarek tersembunyi.

Apparel pertama aku pilih, aku terus tanya harga. Dua ringgit je dik. Nafsu perempuan mulalah melonjak-lonjak. Then aku pick lagi. Yang ini? Itu lima ringgit. Yang ini kak? 3 ringgit je dik. Adik pilih je, kalau beli banyak, kita kasi kurang lagi. Nafsu kian melonjak. Perempuan kan. 

Aku ambil dua helai, tiga, empat, dan seterusnya. Ada satu seluar coklat yang aku paling suka. Oldskool gila. Dah lama tak beli seluar season macam tu. Memang rasa macam shopping kat bundle stores. Yang ini okey kak, tapi yang satu lagi ni tak sure nak amek ke tak. Eh, amek je adik. Takpe, akak kira untuk adik sehelai dua ringgit je untuk semua. Finally, total aku ambil enam helai. Dua helai baju, dua helai seluar, dua helai baju lagi aku belikan untuk Suami. So total RM12 je untuk 6 helai apparels.

Macam aku kata tadi, sebenarnya yang dijual kat situ, and yang aku beli tu pun tak semua menarek gila. Tapi aku suka jugaklah. Cuma aku rasa nak membeli sangat sebab untuk Charity kan. Nama pun untuk Charity. So, akak tu pun tak berkira langsung, sampai bagi aku harga RM2 je sehelai.  Aku yang membeli pun langsung tak rugi. Untung adalah. Mereka juga bukan mengejar untung, janji objektif kerja amal yang dibuat tu tercapai.

Seluar Season Coklat RM2 & Kemeja Bundle Suami RM2

Sambil bershopping, sambil bercharity. Nak tahu lebih lagi tentang Bundle? 
Click SINI.


 Love & Sincere,
 

20 comments:

  1. lama tak pergi garage sale
    :)

    ReplyDelete
  2. wah, menarik..
    Rm2 tp dpt beli baju + charity...
    Like..like..like :D

    ReplyDelete
  3. Pergh.. Oldskool je wrna2 dia. Tp mnarik la and brbaloi! Bnda2 charity ni pun klu nk brkira, susah jgk, ye dak?

    ReplyDelete
  4. terasa nak jual diri lak memandangkan nama aku pon bundle..kahkahkahkah..

    kemain ko ye makcik..borong terus.nafsu perempuan betul..hahaha..aku dah lama tak cuci mata kat bundle ni..adehh..

    layan bundle jugak ko ek..haha..teringat entri pasar karat ko tu..cun beg yang ko beli..

    ReplyDelete
  5. adik??? apekah?? bukan dah tua ke? cane leh panggil adik lak.. ish ish.. bagus r tu, sambil membeli kite menderma.. bak kate pepatah london, kill 2 birds with one stone

    ReplyDelete
  6. hahaha..cam takde kaitan je bundle yang ko cerita dengan link tu..ekekeke..

    ReplyDelete
  7. Fiksyida:

    Best kan dapat shopping murah gila sambil charity? Haha. Like like like jugak! :D

    ReplyDelete
  8. Sis Al:

    Oldskool kan kan kan? And menarek kan kan kan? Berbaloi-baloi! Haha :D

    ReplyDelete
  9. Ym.Bundle:

    Kau nak jual diri rasa2 laku ke? Kau jangan konfiden sangat. Hahah!

    Borong laaa. Itu je yang mampu Pakcik. Dua hengget jek, mana tak kelabu mata :D

    Aku pun ingat entry rambut karat kau tu. Kahkah!

    Err takde kena mengena ke link tu? Ingatkan adeeee. Err err :P

    ReplyDelete
  10. Kay_Are:

    Jadik student ni automatik jadik muda. Lagikpun babyface laa katakannnn. Hahah. Err err manede tuaaaa. Hwaaaaa! :'(

    Kill 2 birds with one stone tu maksudnya sambil menyelam minum air ke? Err. Ahaha! :D

    ReplyDelete
  11. eh...berbaloi-baloi oiii..haha


    sambil membeli sambil ber-charity bagai itu sangat menarik...


    hujung minggu nak g JB adik suh g pasar karat...best tak sana???

    ReplyDelete
  12. Aien Alien:

    Memang berbaloi gila Ain, lagik2 untuk orang yang ngah sengkek ni. Ahaha! Menarek kan? :D

    Pasar Karat is best jek aku rasa. Tapi taktau laa kan untuk orang laen. Aku memang suka gi tetempat gitu nak cuci2 mata sambil beli barang murahan. Erk!

    Err err takde laa best gila. Tapi boleh laa if nak rasa cam uptown kat KL nun. Hehe.

    Turun JB for interview tu kan? Gud luck ya! :D

    ReplyDelete
  13. heehe...sengkek tak sengkek kalau dapat berbelanja dekat barang yang berbaloi kan untung tu.. :)


    a'ah..turun sebab interview, sambil2 tu makan angin. Thankz ya liyaa :D


    Pasar karat tunggu...aku datang!! harap2 dapat la curik masa sikit nak singgah...

    ReplyDelete
  14. uhhh..best tuu..kdg2 bundle2 or sale camtu lah ade barang2 best yg kita x penah jumpa sebelum ni..heeeeee

    ReplyDelete
  15. perghh ada lagi tak?seriously kita bundle lover,ngehngeh.

    seluar tu amat tertarik kau mmg da bomb :D

    ReplyDelete
  16. Aien Alien:

    Boleh laa Pasar Karat tu untuk cuci2 mata. Heheh. Takut pulak nak promote lebih :P Selamat melepak di JB ya! :D

    ReplyDelete
  17. Myra Azraff:

    Memanglah Myra! Shopping bundle dapat jumpa yang oldskool2 gitu. Best kan? Style je, tak jumpa tempat laen. Cuma bekas2 orang je laaa. Haha!

    Robot Comel:

    Alaaaa, sehari jek dea buat. Nak ikutkan memang tak puas, nak shopping lagikkkk. Da bomb kan, Sayang? Kaler dea, sukalah :D

    ReplyDelete
  18. Sila buat link ke blog aku..kahkahkah

    ReplyDelete
  19. Encik H:

    Permohonan telah diluluskan dan akan dilaksanakan tak lama je lagi. Harap sabar menunggu ya? Kahkah! :P

    ReplyDelete

Shout Your Quotes