26 Sep 2012

Penulis Perlulah Kental?


Dear my Lovepediary,


Beberapa hari lepas, membaca blog Apple,  membawa aku ke sebuah POST dea yang aku tak pernah terbaca sebelum ni. Actually, aku rasa post tu biasa je dan aku rasa aku faham sepenuhnya apa yang Apple nak sampaikan. Mungkin masa aku baca tu aku fikir straight to the point je. Apa yang aku nampak, Apple cuma nak sampaikan sesuatu yang positif, dan beberapa contoh yang negatif tu, aku rasa Apple ajak orang yang membaca supaya elak and ambil iktibar daripadanya. Itu yang aku faham. Aku tak terfikir apa-apa maksud tersirat laen, jauh sekali nak memandang dari sudut yang negatif. Tak tau lah kalau sebab Apple ni dah jadi kawan blog aku.

Tapi, apa yang berlaku dan apa yang aku nampak adalah sebaleknya. Ramai readers dan Anonymous yang entah dari mana datangnya bagi pandangan-pandangan bernas dia orang, or yang dia orang rasakan bernas, pada Apple. Mula-mula tu okey, tapi maken lama aku nampak certain of them macam sengaja nak provoke. Aku tulis ni bukan untuk memenangkan sesiapa, Apple ke Anonymous ke. Jauh sekali untuk menghentam, menjatuhkan or provoke sesiapa. Kalau betul apa pandangan dia orang tu, aku salute jugak macam mana dia orang boleh nampak agenda yang cuba Apple lindungkan. Itu pun kalau betullah Apple ada hidden agenda dan maksud tersirat.

Aku sebenarnya ambil yang positif je daripada apa yang Apple sampaikan. Macam mana aku boleh tak nampak hal negatif yang dia orang nampak tu? Sorry. Maybe aku buta perasaan. Atau aku kurang tahu tentang etika menulis, etika blogging, barangkali. Dulu masa Kay Are pernah buat aku tahu cerita pasal seorang blogger perempuan isu INI, aku ada jugak perasaan sensitif. Tak adil untuk compare cara penulisan orang. Tapi aku tetap nak compare. Nak jugak! Nak jugak! @.@ Pada aku, jauh berbeza kan cara penyampaian blogger perempuan tu dengan Apple? Entahlah. Tu pandangan aku. Bukan sebab Apple kawan aku, and blogger perempuan tu aku tak kenal.

*Untuk isu blogger perempuan tu, blog dea dah delete. So, cuma boleh baca cerita dea daripada blogger-blogger laen yang buat entry berkaitan entry blogger perempuan tu. Baca. Jangan malas! :P

Bila jejari menari. Eh?

Then, aku rajen pulak baca semua komen yang Apple terima. Bab gosip rajen je. Erk! Serius aku rasa dia orang lebih kepada provoke. Siap suruh Apple tutup blog lah apa semua bagai. Err err what the...??? Since aku dah mentioned beberapa kali yang Apple kawan aku, so tak adil untuk aku bagi pendapat lebih-lebih, nampak macam aku menyebelahi Apple. Nampak macam aku berat sebelah. Pilih kaseh. Tapi memang pun aku sokong Apple. Grrr. Aku tak tolak mentah-mentah apa yang para Anonymous tu cuba nak perbetulkan Apple. Nak tegur, nasehat or perbetulkan tu tak kesahlah, tapi perlu ke provoke? Tak perlu kan? Tak kan? Grrr.

At the same tyme, aku salute Apple boleh bidas komen-komen Anonymous tu dengan menegakkan apa yang dea cuba sampaikan sebenarnya dengan cara berhemah. Apa yang salah, dea dah pun mintak maaf. Tapi, still kena provoke? Grrr. Eh? Seriously, kalau aku jadi Apple, aku pun tak tahu nak jawab macam mana bila kena provoke macam tu. Bila orang cuba pertikaikan apa yang aku tulis. Err lebih tepat lagi bila orang semacam sengaja cari kesalahan dalam tulisan aku tu. Aku rasa macam sengaja. Tapi tak taulah. Kalau aku jadi Apple, aku rasa aku takkan tutup blog. Tapi delete post yang berkaitan tu? Maybe aku terfikir untuk buat. Terfikir je tapi ntah lah.

So, macam cerita blogger perempuan yang aku maksudkan kat atas, sama jugak dengan kes Apple ni, aku ambil pengajaran je. Harap-harap kawan-kawan blogger aku sama-sama hati-hati masa menulis. Kita ni tak sedar kadang-kadang tertaep ikut emosi. Maybe. Kita tak tahu kadang-kadang kesilapan yang tak seberapa orang boleh perbesar-besarkan. Kita juga mungkin tak tahu kadang-kadang kita tak buat salah pun orang boleh cari kesalahan kita walau sekecil kuman, kalau orang tu dengan niat sengaja untuk menjatuhkan kita. Even orang tu kita tak pernah kenal sekali pun. Jangan sebab tersilap tulis, kita hilang keseronokan berblogging macam tu je. Okey?


Err dah dah. Tak payah nak serius sangat boleh? Hakhak!


Love & Sincere,
 

51 comments:

  1. aku tgk cara apple bhadapan anon: kental :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Aku baca aku pun takut :|

      Delete
    2. org serang bertubi2, sbgai seorang apple kena jugak ptahankn diri. mohon apple bertabah :|

      Delete
    3. Kalau aku, mesti aku gelabah & diam je kut. Kut laa. Hehe.

      Delete
    4. Sbnrnya, Apple sndr terkejut gak chuu, liyaa tapi lepas tngkan diri, Apple dah boleh nmpk tujuan dorg n mana hala tuju dorg. jadi Apple dah sediakan backup plan melalui label dan rasanya H dah mengesan apa backup plan tersebut. Hoho.. jd, Apple takkan apa2 walau apa tndkn dorg.

      Delete
    5. Yup! Aku pun dah baca dah entry backup plan tu. Hehe. Eventhough banyak kemusykilan dlm kepala ni, tp takpe la. Takde kesempatan aku nak tanya. So, just go on Apple. Aku follow je entry2 kau seterusnya :)

      Delete
    6. Thanx liyaa. Saya akan buat entri cerpen kot untuk menjelaskan segala2nya dari apa yang jadi, apa tndkn sbnr dan apa impaknya buat mrk2 yang terlibat. jadi org bole phm apa yg sbnrnya terjadi spy takde yg nak wat kesimpulan awal2. hehe..

      Delete
    7. Okeyy Apple! Teruskan apa yang kau rasa baek :D

      Delete
  2. ad gak baca post apple yg tu.. huhu.. sangat2 panasss oooo.. dan apple dgn kentalnya mmbidas hujah2 mereka.. hoho.. kalo sy dibuat cmtu, sy dah lari kot.. padam post n biarkan suasana blog sunyi wat seketika.. haha... nmpknya sy xcukup kntal lg laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa. Tak kental gak. Sbb tu suka play safe buat entry diary je. Takkan org nak pertikaikan gak kut? Haha!

      Delete
  3. sebab tu nak menulis kena tulis dengan fakta dan sumber yang sahih..kalau orang orang nak bangkang pon kita ade hujah nak balas..aku sempat baca separuh je komen2 tu..tak larat nk habiskan..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baeklah Cekgu Bundle! Tapi kalau kita just bagi pendapat peribadi kita lak camne Cekgu? Alaa, kdg kita kasik contoh je, tapi ade lak org terasa. Camne? <-- Ni general, bukan refer pd entry Apple.

      Delete
    2. kalau bagi pendapat terpulang la orang nak sokong ke dak..kita pon kene terima la pandangan orng..takleh ckp pendapat kita je betul..sekian..

      p/s : malaih aku nk pikir sgt hal entri tu..berat sgt jadinye..haha..

      Delete
    3. Ehh, aku tak fikir berat2 pun entry tu. Aku anggap macam hiburan je :D

      Delete
  4. Aku percaya Apple tak ada hidden agenda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak cakap camtu gak. Tp aku taknak berat sebelah. Tu je.

      Delete
    2. sebenarnya aku dah separuh siap taip pasal isu tu..then turun masak jap..rupanya kau pun utarakan isu yang sama..hehehe

      Delete
    3. Itu ke pendapat peribadi yang kau nak cakap kat Apple tu? Bagus la. Entry kau melengkapkan lagi situation ni. Naseb baek aku post dulu. 1st! Kahkah!

      Delete
    4. H.. tulislah.. boleh tenangkan jiwa Apple baca post kamu gak jap sebab nk bc blog sndr pun dah rso. hoho.. moral of the story, jaga2 bahasa tu. hoh!
      Apple mula2 nak padam tapi dah semacam virus, dorg serang post lain dgn ayat2 menjatuhkan. jadi bnd tu novel, so takde maknanya dorg nak hentam novel.

      Delete
    5. Aku dah baca entry yg berlabel novel tu. Hehe.

      Delete
  5. Replies
    1. Takyah pahamkan pun takpe. Janji hati2 bila menulis okeyy! :D

      Delete
  6. ape cerite iniiiiiiiii.. kne g blog apple le pulakkkk.. dr H ke liyaa. dri liyaa ke apple. jenjengjeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu jangan malas...selidik la. haha.

      Delete
    2. Jeng jeng jeng! Ini namanya entry berantai, Yuyu! Bwahaha! :P

      Aien, selidik jangan tak selidik taw! :P

      Delete
    3. @_@'' da tak buleyh nak hadam dah entry2 cenggini. 13pg betul.

      Delete
  7. ok...mesti best ni, nak terjah apple lah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjah ey? Tapi ni bukan rancangan Melodi taw! :P

      Delete
  8. kalau kena dekat orang cepat melatah. mungkin dah tutup terus blog macam 'perempuan itu'. apple ni lain kalau kita baca melalui penulisan dah nampak dia kental macam mana...tengok dia bidas balik komen negatif pun dah nampak...nampak tak? haha.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak Aien. Tapi dea bidas balek cuba clearkan pun kena hentam gak. Sebenarnya tak perlu layan org camtu kut. Betul tak? Sbb niat dea bukan nak perbetulkan, tapi macam sekadar nak menghentam. Kut.

      Delete
    2. haa..kan bila baca balik apa yg apple bidas kena bidas jugak. macam main bidas membidas pulak dorang ni. sampai apple edit entry dekat perenggan terakhir tu....siapa malas baca terlepas la.

      hmmm...tak layan pun elok juga. lama2 senyaplah nanti.

      Delete
    3. If dorang baca pun maybe dorang buat2 tak baca Aien. Sbb dorang tetap nak nampakkan benda negatif kut. Takpun, dorang still carik point hentam gak apa yg Apple update tu. Hehe.

      Delete
  9. Thanx liyaa. Apple akui contoh tu betul2 pap! kat muka dorang namun Apple pada mulanya memang takde hidden agenda. If ada, benda tu patut Apple dah heboh2kan dan bukannya selepas 5 bulan. alahai..

    Apple terfikir gak nak buang post tu tapi kecaman kat post lain menganggu lak. So, Apple wat moderation je skrg ni. tak tahulah pe lak cara dorang. huhu..

    p/s Apple jadikan bnd tu novel jadi novel harus difikirkan secara fantasi. jika terasa, tu masalah dorg. hoho.. weh, entri ni lain dari lain. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err nak mention lagi sekali cam kat atas. Aku dah baca dah entry laen berlabel novel tu :P

      Pada aku kalau aku sorang cekgu pun, kalau aku tak macam contoh yg kau cakap tu, maybe aku tak terasa kut. Maybe la. Aku tak wat, watpe nak terasa kan? Err tp taktau la sbb sekarang aku tak berada dlm situation tu.

      Err aku pun rasa entry ni laen drpd entry biasa aku. Lum sempat entry ke 100, Apple! Haha.

      Delete
  10. Aku dengan pantasnya terus ke blog apple.. nak tau ape yg terjadi la kunonnya.. kehkeh..

    anyway.. kalu aku bukak topik panas ade tak cik/en anon jenguk baca eh? hahahaha

    aku puji apple dia balas komeng2 org terasa tu dgn cre berhemah.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nampak kau berlari2 tadi Mell gi blog Apple. Kemaen eksaited kau. Mwahaha! Err if kau nak rasa kau try la. Aku taktau :P

      Delete
    2. setuju ngan mell.. steady je apple balas komen dorang tu :)

      Delete
    3. Aku pun setuju ngan kau Payeh. Heee :D

      Delete
    4. Aku pun setuju dgn sida-sida =))

      Delete
    5. Aku setuju ngan Chuu. Eh, Chuu takde kat sini :(

      Delete
  11. menulis perlu jujur kan.
    haha.gua tak tahu apa kes nih.

    apa-apa pun wat rilek sudah.jemput minum air apple sunkist meh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takyah amek port pun takpe. Janji apple sunkist ada untuk aku! Slurppp~

      Delete
  12. datang sini dari blog mr H..
    susah jadi penulis..penulis blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend pada topik apa yang kita suka tulis kut. Pada aku susah aku bila takde idea & kesempitan masa je. Hehe

      Delete
  13. Wahhh teruk juga kan kalau kena mcm tu dgn anonymous ni.. ad2 je point mereka nk jatuhkan org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kalau sekadar nak menegur takpe juga. Kalau sengaja carik point, matilah kita! Hehe. Takpelah. Mereka dengan cara mereka :D

      Delete
  14. pekata ko letak url post tu so that aku leh r bace sebab nye aku memang tak fham pape pun bile bace entri yang kat atas tu tadi.. ape yang dicitekan dan yang related ngan nye.. so url link pliz.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semenjak dah lama sangat cuti blogging ni, kau jangan blur sangat boleh? :P Aku dah letak la link post tu kat word POST. Maybe kau tak pasan kut. Sila kelik sekarang! :P

      *Entry tu dah berupdate ya? Bkn 100% the original one. Err aku saje statekan in case kau still blur2 nanti. Ahaha! :D

      Delete

Shout Your Quotes