7 Sept 2012

Hadiah Hari Jadi


Dear my Lovepediary, 

Syukur Alhamdulillah. Sehingga hari ini maseh diberi ruang untuk bernafas. Maseh diberi ruang untuk rasai segala nikmat dunia. Maseh diberi ruang untuk perbetul segala kesilapan yang pernah dilaku. Syukur Alhamdulillah. Maseh ada keluarga yang senantiasa di sisi. Memberi sokongan pada bila-bila perlu. Maseh ada Ibu yang melahirkan. Maseh ada Ayah yang dulu tak pernah lelah berhempas pulas. Syukur Alhamdulillah. Kini sudah punya Suami yang setia mengerti. Saat marah aku, saat sedih aku. Saat aku perlu tawa, saat aku perlu kata-kata penguat. Setia kesatkan air mata, dan buat aku gembira.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki di dunia untuk aku maseh belum lagi putus. Maseh ada ruang untuk aku ucapkan syukur. Maseh ada tempat untuk aku duduk berteduh. Walaupun ada ketikanya aku jatuh, ada saatnya dulu aku hilang kerja. Ada saatnya dulu aku sukar mendapat peluang kerja semula. Nampak seperti rezeki tertutup buat aku. Tapi untuk aku, tidak sama sekali. Buktinya, sekarang aku maseh ada peluang untuk terus menimba ilmu. Rupanya Allah buka jalan untuk aku mencari peluang yang lebih baek lagi. Meski hingga kini aku maseh belum mengerti kesemuanya. Tapi aku teruskan juga usaha.

Syukur Alhamdulillah. Allah maseh sudi beri ujian untuk aku. Supaya aku tidak terlalu angkuh untuk terus berada di atas. Supaya aku sentiasa beringat bagaimana perihnya bila berada di bawah. Bagaimana lelahnya untuk bangun semula selepas jatuh walaupun tidak ditimpa tangga. Syukur Allah maseh uji aku. Supaya aku tak leka. Supaya aku tak alpa. Supaya aku tak berhenti meminta daripadaNya. Supaya aku jangan berhenti merintih. Supaya aku maseh mahu untuk menanges. Tidak hanya tertawa hingga aku lupa menginsafi kesusahan orang laen. Semua peluang itu aku maseh ada.

Syukur Alhamdulillah. Aku sudah pernah kenal erti kawan dan lawan. Erti jatuh dan bangun. Erti berjaya dan gagal. Erti merangkak dan erti terbang. Erti panas, cerah, mendung, juga erti hujan di tengahari. Erti gelap dan erti terang. Erti memberi, erti menerima, erti merasa, erti menghargai, erti menikmati, juga erti membalas segala jasa. Syukur Alhamdulillah. Maseh ada senyum yang mampu aku ukir. Meski hati meruntun asyik menagih air mata aku sendiri. Tapi syukur Alhamdulillah. Itu juga yang mengajar aku erti kesabaran, erti ketabahan, erti kekuatan, jua erti melawan setiap kelemahan.

Tiada hadiah hari jadi yang lebih indah daripada yang pernah aku nikmati selama ini. Tiada yang lebih bernilai daripada yang sudah Allah beri untuk aku jalani. Syukur usia maseh ada. Syukur aku maseh bernyawa. Untuk aku balas Cinta kepada mereka. Untuk yang kesekian kalinya, Alhamdulillah syukur. 


Selamat Ulang Tahun Yang Ke Ehem Ehem Liyaa Mf  

Ehem :P


Love & Sincere,
 

44 comments:

  1. 1..gudnite..esok la aku baaca..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Entry kau pun banyak aku belum komen. Haha. Gudnyte! :D

      Delete
    2. kau tahu tak, terbitan kau kali ni, penuh dengan komponen anafora..:)

      Delete
    3. Err taktau pun. Dan err komponen anafora? Apa tu? Explain pleaseee :D

      Delete
    4. Anafora tu salah satu komponen sastera..pengulangan terhadap perkataan yang sama dalam permulaan sesuatu ayat..macam apa yang kau taip tu la..

      Pengulangan perkataan 'maseh', 'supaya' and 'erti' tu kira komponen anafora la..hehehe

      Delete
    5. Owh camtu ke? New info. Walaupun aku selalu je applykan konsep anafora ni dalam byk benda yg aku tulis, tp aku taktau plak tu anafora namanya. Haha :D

      Delete
    6. Aku banyak kali perasan sebelum2 ni..tapi untuk entry ni memang nampak ketara la..terfeeling aku bila baca..hahaha

      Delete
    7. Aku ngah imagine macam mana muka kau ngah terfeeling2 tu. Bwahaha! Tq H. Dah lama tak tulis macam ni. Sesekali tulis masa hari special aku hari tu tak salah kan? :D

      Delete
  2. hepi besday ke29 makcik opss..kehkehkeh..syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau nak taep 19 tertaep 29 ek Pakcik? Takpe, dimaafkan. Bwahaha! Thanks ya! :D

      Delete
  3. selamat hari lahir kak liyaa.
    senyum sokmo agar kekal awet muda....usia hanya angka. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh daun keladi, Aien. Kalau boleh tahun depan jangan lupa wish lagi. Haha. Penat dah otot mulut & pipi ni senyum Aien :P

      Delete
  4. hepi birthday makcik liyaa!
    pnjng umor n muroh rezeki okey :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ya Makcik Chuu! Insyaallah Aminnnn :D

      Delete
  5. bila besday? selamat hari jadi kak,moga ceria selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arini la sayang. You dah lupa ey besday I? Sampai hati :(( Okeyy, naseb baek wish. Thanks sayanggg :P

      Delete
  6. happy birthday macik
    untongla dapat adiah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mekaseh Cik Puan Wani :P Untung tak untung sangat laa :D

      Delete
  7. wahh :) selamat hari jadi ^^ V

    ReplyDelete
  8. wah selamat hari jadi :3 semoga panjang umur ^^

    ReplyDelete
  9. Syukur Alhamdulillah.

    lu masih update blog ini lagi.

    selamat hari jadi makcik.selamat tambah kedut di muka.selamat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur maseh update? Haha! Kurang betul masa berblogging aku skang. Tambah kedut di muka? Erkk! Terima kaseh mengingatkan. Grrr~

      Delete
  10. selamat hari lahir yang ke ehem2 :) haha.. *arap tak terlambat. ehem . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh. Ehem. Naseb bek sebut ehem2. Haha! Lambat pun takpe :D

      Delete
  11. slamat hari jadi kak liya... alhamdulillah d atas sgala nikmatNya :D

    ReplyDelete
  12. befday kak liya ea? happy belated birthday. hehe.

    ReplyDelete
  13. hepi bezday makcik.. aku terlewat ucap eh.. syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kau lewat. Patutnya ucapan sekali pakej ngan hadiah. Haha! Thanks Mell. Syukurrrr :D

      Delete
  14. Happy belated besday Liyaa Mf..
    Smoga panjang umur dan di murahkan rezki..
    Dah lama x sampai blog ni...
    Semoga sihat2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Korn! Lama tak visit blog Korn gak. Haha! Alhamdulillah sehat :D

      Delete
  15. sori lmbt..selamat hari lahir ya kak ^^
    syukur Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okeyyy! Thanks ya Cikteddy! Syukurrr :D

      Delete
  16. happy birthday dear....
    :) yang ke berapa tu...

    syukur di beri kesihatan yang baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ke bape tu rahsia :P Syukur alhamdulillah. Thanks! :D

      Delete
  17. aku komen pendek je.. 29 tahun.. bertambah tua sudah.. selamat hari jadi =) motif blur gambar?? ape yang dipegang kat tangan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kaseh wish 2 kali. Motif blur gambar untuk melindungi kedut2 di muka drpd jelas kelihatan. Haha! Kat tangan tu hadiah :D

      Delete
  18. Hi liyaa, saya kebetulan nampak Liyaa tanya aien pasal warung pokok ceri? kedai tu kat depan persada johor/puteri pan pac....saya baru jer upload pics masa gi sana weekend lepas ngan famili.
    Senang2 tu jenguk la yer Liyaa blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan 100% takde topik lain hehe kebanyakan di area JB.
    owh ya jangan lupa follow yer TQ TQ TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. Okeyy gak tu. Leh r usha2 mana tempat makan best2 kat JB. Insyaallah nanti datang :D

      Delete

Shout Your Quotes