25 Nov 2012

Just From My Point of View


Dear my Lovepediary,


Sebelum ni, aku ada terbaca dua buah entry yang sebenarnya tak ada kena mengena, tapi aku terkomen tentang sesuatu yang lebih kurang sama. Ceritanya berkaitan dengan masa depan dan menyentuh sedikit isu dalam marriage lyfe. Cerita pertama tentang Future: Career Woman vs Housewife oleh Hara dan cerita kedua tentang Ini Soal Masa Depan #1 oleh Sheda. Tak lama lepas tu, ada kesinambungan untuk entry Sheda, Ini Soal Masa Depan #2. Sebelum apa-apa, entry aku ni bukan untuk membantah or mempertikai apa-apa dalam entry dia orang. Itu cuma dia orang punya thinking and perancangan. In fact, apa yang aku nak cerita ni boleh dikatakan tak ada kena mengena sangat dengan entry dia orang. Sekadar yang aku terfikir lepas aku tinggalkan komen untuk entry-entry tu. Aku explain untuk kau orang yang belum kelik semua cerita-cerita tu. 

Entry Hara boleh aku simpulkan sebagai planning dea tentang future lyfe especially after kawen. Either keinginan dea nak jadi fulltyme housewyfe walaupun Hara dah belajar tinggi, ataupun ikut suggestion ayah Hara yang support Hara untuk sambung Master, Phd di luar negara and seterusnya nanti jadi seorang lecturer. Means, to be a career woman. Cerita Sheda dalam entry pertama, tentang kawen di usia muda and salah satu kriteria yang diambil kira oleh perempuan dalam memilih calon Suami. Sheda kata, kalau nak kahwin awal, make sure cari suami yang dah ada pendapatan, kewangan dah kukuh. Untuk entry kedua Sheda, tentang tanggung jawab seorang perempuan terhadap parents after berkawen. Sheda kata, bila perempuan yang berpendapatan lebih tinggi dan perlu bantu Suami, dea kemudiannya takkan mampu untuk hulur duet untuk bantu parents.

Semasa mengulas dua isu pertama, aku terkaitkan dengan sifat tanggungjawab seorang lelaki sebagai Suami. Aku tak nafi, money is not everything but everything is money. Kan? And aku pun percaya, kalau seorang perempuan tu lucky dapat jodoh lelaki kaya or lelaki yang agak senang, stabil, memang beruntung and insyaallah hidup perempuan tu pun akan senang, and seterusnya for sure membawa bahagia. Betul? Aku tak nafi, kriteria ada financial position yang kukuh dan stabil tu salah satu kriteria penting. Bukan untuk penuhi sifat materialistik, tapi untuk penuhi demand living cost sekarang yang tersangatlah tinggi. Dan untuk buat apa-apa pun confirm perlukan duet, selaen untuk kejar lyfe style yang lebih selesa, agak senang. Well, zaman sekarang siapa yang taknak hidup senang kan? So, sebab tu kriteria berkaitan financial position tu boleh kata sangat-sangat penting.

 See? To fulfill our basic needs (Phsiological) pun need $$$ kan?

Tapi. Ada tapinya, bak kata Encik H. Tapi, aku rasa kalau nak buat perbandingan, antara Duet dan Tanggungjawab, sifat tanggungjawab tu terletak jauh lebih penting. Aku ambil pengalaman aku sendiri. Aku dah mula tak bekerja bermula April 2010. Lepas duduk rumah goyang kaki selama lima bulan, Alhamdulillah rezeki datang and aku mula kerja semula. Tapi sayang, jodoh dengan kerja tempat baru tu tak lama. Aku berjaya pertahankan selama lebih kurang enam bulan je, then aku quit. Sebab-sebabnya tak perlu lah rasanya aku cerita. After that aku goyang kaki lagi selama lebih kurang hampir setahun sebelum further Master until sekarang. Of course boleh dikata ini dugaan bagi aku, err bagi kita orang berdua sebenarnya. Husband aku bukan berpangkat Manager, level Executive pun bukan. Dengan segulung diploma, boleh estimate kan berapa monthly income dea?

Dengan aku yang tak kerja, dea seorang je kerja untuk sara kesemuanya. Memang aku belum ada anak lagi, tapi orang dah kawen ni tetap tinggi expensesnya. Sewa rumah, kereta, bills itu ini, kelengkapan rumah, minyak and toll balek kampung, eh banyak la kalau nak cerita. Memanglah boleh dikata orang dulu-dulu kerja berkebun pun boleh survive juga. Tapi tu dulu, living cost tak sama. And kita orang pun boleh dikata tinggi nafsu keinginan juga. Nak pakai baju lawa-lawa (aku), nak keluar jalan-jalan (suami), nak makan sedap-sedap (suami), nak beli games and entertainment kat rumah (suami). Nampak tak nafsu aku siket je, selebihnya Suami :P Okeyy, aku tipu. Sebenarnya kita orang dua-dua sama je. Suka jalan-jalan, suka makan sedap-sedap, suka ada entertainment kat rumah, senang cerita nak yang best-best je. Ehem. Ada ke orang laen yang taknak semua ni?

But then, husband aku survive je dengan kerja seorang. Sara aku yang tak bekerja ni. Sara aku yang maseh belajar ni. Memang aku ada dapat scholarship, tapi KPT cover yuran belajar je. Tak ada extra duet poket pun. Kos keperluan belajar laen, husband aku la yang tanggung. Orang kata, biasanya soal duet ni, silap perhitungan boleh jadi gaduh. Tapi Alhamdulillah, walaupun dengan qualification sederhana dan perlu kerja seorang eventhough aku sepatutnya mampu bekerja, husband aku tak pernah merungut hanya sebab aku tak kerja. Memang dea lebih suka aku kerja, sebab laju siket kita orang boleh upgrade lyfe. Boleh kumpul aset dan harta cepat-cepat. Tapi since rezeki aku at the moment belum terbuka sepenuhnya, still dea tak pernah pun mengungkit. Malah still sentiasa cuba untuk penuhi semua kehendak aku, mana yang dea mampu. Ehem. Terima kaseh, Suami ^^

  Best kan kalau boleh tanam $$$ and $$$ boleh tumbuh macam ni? :D


So, if sifat tanggungjawab tu ada, lelaki akan tahu bahawa tugas menyara keluarga tu adalah sepenuhnya tanggungjawab Suami. Isteri yang bekerja tu cuma bonus. Sekadar membantu. If income Isteri higher than Suami punya pun, tetap namanya Isteri tu cuma membantu. If Isteri yang menyumbang lebih untuk expenses dia orang pun, tetap namanya Suami yang menyara, and Isteri still cuma membantu. Sebab aku pernah tersilap kata dengan seorang Driver kat office lama "Mak Liya berniaga. Kiranya macam Mak la yang lebih banyak dapat duet. Income Abah untuk bantu-bantu je". Dan Pak Ajiz balas "Salah tu. Ayah Liya tetap yang menyara keluarga, mak Liya yang cuma membantu je". Terdiam aku sebab tersilap kata. So, kalau sifat tanggungjawab lelaki tu ada, insyaallah pintu rezeki akan terbuka sebab dea kuat usaha dalam apa condition sekalipun.

So, untuk menjawab cerita Sheda, kalau untuk kawen muda, mungkin sifat tanggungjwab tu adalah isu utama. Dan menjawab cerita Hara, kawen dengan lelaki kaya tu best, tapi kena la bersedia sebab lelaki kaya ni mampu apa saja :P Okey, just kidding! Actually, entry ni memang sama sekali bukan untuk menjawab cerita Sheda or Hara. Ini cuma mungkin satu cerita laen. Dan bukan juga cerita aku ni untuk beritahu Suami aku seorang je yang bertanggung jawab. Itu cuma sebagai contoh. Dan macam yang aku highlight sebagai tajuk entry, apa yang aku ceritakan dalam keseluruhan entry ni, cuma from my point of view. Sesiapa je bebas untuk tak bersetuju or ada pandangan yang laen. By the way, money is not everything but everything is money tu, tetap betul kan? Tapi aku pernah terdengar seorang Singaporean cakap "Money is nothing!" sambil suruh anak dea pilih apa saja. Err gila bongkak -__-"


Love & Sincere,
 

72 comments:

  1. Replies
    1. Aku cop tempat dulu...Nak siap pegi makan dengan abang FIK(aku dah hormat dia takut kau ugut nanti dia zalim dgn aku lepas kawen) dulu...Balik nanti aku komen..Kahkahkah...

      Delete
    2. Tahniah, Syida! :D

      Hahaha! Terkesan jugak kau ngan ugutan aku tu ya? Hahaha!

      Delete
  2. Hahahah, gila bongkak. Tetibe teringat entry encik bundle. Kesenangan vs kekayaan.

    Tak tahu nak komen apa senanya. Tapi, kalau nak kahwin muda boleh tak kak liyaa? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entry ni takde kena mengena ngan entry Bundle. Hehehe. In fact, sebenanye entry ni dah lama dalam draft. Baru sekarang nak publish sbb dah takde idea laen -_-'

      Kalau Ninja dah gatal sekarang, boleh je kawen muda :P

      Delete
    2. Hahaha, tapi kan. Kira okay jugak kot tanam pokok duit :p Akan datang pasti harga barang makin naik dan naik. Habislah payah generasi kami ni nak berumah tangga. Hahahaha! :D

      Delete
    3. Sebab tu la Ninja kena decide kawen muda. Maken lama nanti belanja kawen dah maken tinggi taw! Hehe. So, agak2 bila? Jgn lupa bagi kad taw! Hahaha :P

      Delete
    4. Nak komen pasal entri ni pulak. Hehe.

      Tanggungjawab mmg pada lelaki kan kak. Tapi sbgai isteri pon kena peka dgn situasi suami kot. Baru baru ni ayah ada kasi tahu, kawan dia kahwin baru. Vouge gila kak buat majlis. Tapi lepas kahwin, belum ada anak lagi. Dah bercerai berai. Sebab yg perempuan high maintenace (eja salah en? Haha) sangat. Terus tinggalkan laki dia. Allahu~

      Minta kita di jauhkan dari semua semua perkara negatif tu. Susah sama, senang pon sama sama lah kan. Tapi lelaki pulak bila dah dapat bonus, isteri kerja. Jangan pulak lupa tanggungjawab. Allah kak. Dunia sekarang menakotkan betul. Baitul muslim diorang buat main main je.

      Ahaa, sepuloh tahun lagii inshaAllah. Pasti jemput kak liyaaa punya! Hahaha!

      P/s: Banyak sangat baca novel melayu ni. Kemain komen pasal kahiwn. Hehe :D

      Delete
    5. Hahaha! Tu laa. Sebelum2 ni nampak cam takde point nak komen. Ni tetiba skang ada point lak ek? Hahaha!

      Memang pun. Sebenarnya wyfe pun kena alert. Tp ni saje je akak nak tekankan tanggung jawab tu pada lelaki. Hehehe. Kiranya akak nak fokus pada satu benda je. Taknak hurai yg laen2 tu :D

      Haaa jemput taw! Kalau lapang insyaallah akak datang. EH, tapi Ninja duk mana? :D

      Delete
  3. wak pon sukak kalo ada byk duit.. iHIIKks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak duet, sape yg tak suka. Kan Wak? :D

      Delete
  4. pajang ni..aci tak kalau aku bookmark dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku taip 'pajang' tu sebab aku malas nak taip panjang2..kehkeh

      Delete
    2. Malas nak taep panjang2 tapi komen 2 kali rajen pulak? Kau jangan nak membongak. Hahaha :-w

      Delete
    3. ahaa..entry ni memang sesuai utk syida..hahaha

      aku nak komen banyak2 pun, bukannya aku dah kawen..cuma pendapat aku sama kot macam apa yg kau kata..tggjwb tu memang kat lelaki sebab lelaki yg jadi ketua keluarga..

      Delete
    4. Sebenarnya kan, entry ni dah agak lama dalam draft. Bila aku baca2 balek aku pun taktau apa yg aku nak sampaikan dalam entry ni.

      Tapi, aku nak update blog, tapi takde idea. So, aku decide untuk publish je la entry ni. So, kau baca je la walaupun takde kena mengena ngan kau. Hahaha!

      Delete
  5. kak liyaa..jom cari benih pokok tu? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Jommmmm. Pastu kita tanam tepi rumah akak ey? :D

      Delete
  6. nak join segmen bleh..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segmen apa? Hahaha! Takde2. Kali ni takde segmen2 :-w

      Delete
    2. aku baru citer pasal toksah kejar kaya, ko sibuk nak tanam pokok duit plak kan..besederhana la kawan..kalau berkat duit yang sikit pon cukup..ops.tersekolahkan ko plak..kehekehkeh..

      jgn sentap ngn aku ye makcik..aku rasa H dah mcam sentap ngan aku je..blog kawan kawan lain semua yg update selepas aku update semua dia dah komen..blog aku je dia tak komen lagi...waaaa..aku sentap..haha..

      Delete
    3. hahahahahha CUTE jee bila bundle sentap... ;D ;D

      Delete
    4. haha.. bundle, H dah merajuk tu. siap nanges kat bahu aku lagi. pergi pujuk budak sentimental, emosional tu balik.. macam tak bes je korg kwn baik dua org bergaduh..hehe..

      Delete
    5. na : kiut ek..(blushing)..hahaha..rindu naa..

      4feet : tah la..aku rasa aku tak cakap kasar pon..maki pon tak..sensitif la ko H..

      Delete
    6. Ym.Bundle:

      Aku pun rasa ada something wrong bila kau cite jangan kejar kekayaan tp aku sebok nak tanam pokok duet. Hahaha! Tp entry ni sebenarnya dah siap agak lama laa b4 kau post entry kau lagi. Aku dah takde idea laen. Ahh lantak laa! Hahaha :D

      Pakcik, err err maybe ayat kau makan dalam kut. Hahaha :P

      Delete
    7. ko jgn nak membahan sangat bleh tak makcik..kahkahkah..

      Delete
    8. Hahaha! Aku tak bahan laa. Err aku rasa aku mean benda tu. Cuma aku tak sure betul ke tak. Hahaha!

      Delete
  7. Duit vs tanggungjawab...kalau duit banyak tapi xreti tanggungjawab, buat apa jugak kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ain. Tp duet banyak pun best jugak. Hahaha! :P

      Delete
  8. nampak materialistic disitu,,hehe.

    ReplyDelete
  9. Nak pulak miang nak kawan.. tatw laa ape jenis tanggung jawab bole bagi...
    masak tak reti ape pun tak bole tp mengemas ruma na tiptop
    tp na slalu dgr kekwn ckp laki suka masakan isteri aduhhh makne nye macam xkwen laa na kan.

    Commnt ni mcm takde kene mengena dgn entry ni..
    Tp kene mengene dgn tanggung jawab kan lyaaaa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err err ayat pertama tu byk typo kan Na? Hahaha!

      Psl masak tu dun wory la Na. Pas kawen sure pandai punye. Err err ni based on pengalaman sendiri. Hehehe

      Untuk Na, Na komen apa2 pun tetap kena mengena. Hemmm rasa terharu tak? Kehkeh :P

      Delete
    2. Yups yups mmg typo klau reply using samsung tab sbb dye da ade edit auto dye ygggg annoyinh gila! SORRY Lyaa..sbb kena faham dgn susah payah atas smua typo tu...huhuhu

      Yg pasal masak tu ,Na rasa Na pun akan hebat mcm master chef tu Lyaa mmg serious Na yakin gila! *bluerk :p

      Tak laa xde terharu sgt rasa biasa je hahahahhaha

      Delete
    3. Memang susah payah. Lenkali jangan susahkan org lagi :P

      Alamak! Nyesal tenangkan Na psl tak pandai masak tu. Rupanya Na dah sedia over kompiden pun. Okeyy, takpe kalau camtu. Huuuu -_-"

      Err mohon terharuuu @.@

      Delete
  10. aku baru tahu sikit sbnyk kisah hidup kau..nice..
    pasal tggungjawab sara keluarga mmg atas kepala lelaki..suami yg waji jaga keperluan rumah,isteri dan anak2..kalau isteri kerja, duit isteri tetap duit isteri..suami tk boleh paksa isteri guna duit dia utk bayar house expenses..kecuali dengan redha isteri itu sendiri..nafkah suami wajib bagi kt isteri walaupun isteri dah kerja dan even gaji dia 10kali ganda dari gaji suami still kena bagi duit kat isteri...

    ^^^dah macam ada pengalaman pulak bajet komen panjang2..hahak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Tu sume betul. Tapi sebenarnya isteri boleh toleransi kan? Aku rasa pun skang ramai yg camtu. Ramai isteri yg bekerja & bantu suami. Harapnya, suami2 still ingat konsep tanggung jawab cam yg kau cakap ni. Kalau boleh, jgn amek kesempatan lak bila isteri dah tolong :D

      Err kau dah leh kawen dah ni Budu. Hahaha!

      Delete
  11. wa, nak tanam pokok kat atas 2 boleh x? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh2. Nanti dah tumbuh duet banyak, mintak share sket ey? Hehehe

      Delete
  12. untung akak dapat husband yang bertanggungjawab kak. sheda bukan ape, jadi takut sangat tengok keadaan sekeliling, pengalaman depan mata. kebanyakan adik beradik abah, keluarganya hancur antaranya sebab masalah yang sheda argue tuu. dapat suami yang 100% bergantung pada isteri, isteri berhempas pulak cari rezeki. takut sangat. Alhamdulillah, family sheda tak macam tuu. duit gaji abah semuanya diserahkan kat mak sebab mak lagi pandai kawal duit, semua bill setel. kalau abah, dia suka tangguh2 keje. so, sheda azam nanti kahwin, sheda nak pegang duit husband. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err kdg2 benda camtu ikut individu kut. Akak faham cite Sheda & akak percaya mmg ada yg camtu. Betul jugak apa yg Sheda sampaikan. Maybe kena beringat cam Sheda ni, sbb taknak take a risk kan? :D

      Sape yg pegang duet tu terpulang pd pasangan. Yg penting jgn pasangan kita tu spoil je laa. Bila dedua dah okeyy, yg penting kena la percaya pd org yg manage duet tu. Hehehe. Contoh macam parents Sheda laa :D

      Delete
  13. Liyaa.. money is everything.. hehe.. pada saya.. hehe $$$

    ReplyDelete
  14. ape kta liyaa tanam pokok duit2..
    hihihi.. ;b

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pokok duet2 tumbuh cam kat atas tu nak laa. Hehehe :D

      Delete
  15. "So, if sifat tanggungjawab tu ada, lelaki akan tahu bahawa tugas menyara keluarga tu adalah sepenuhnya tanggungjawab Suami. Isteri yang bekerja tu cuma bonus..."


    ya bonus kan kakak. tanggungjawab antara perkara paling berat untuk dipikul. tapi asalkan ada sifat bertanggungjawab pasti mudah harungi hidup yg sekarang alahaiii...kos sara hidup makin tinggi. kita pun sekarang nak merancang apa2 yg patut untuk masa depan. hmmm...apa2 pun berserah pada Allah. kita hanya mampu merancang.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Bonus. So duet kita is duet kita. And duet Suami, duet kita gak Aien. Hehehe. Hujung tahun Suami dapat bonus, itu pun bonus kita. Hahaha! :P

      Selamat merancang ya, Aien! :D

      Delete
  16. haihh.. nasib baik hubby I keje gaji tinggi , pastu bertanggungjawab pulak.. dia support je I nak shopping itu ini, melancong sana sini :) ... I memang untung kan kak liyaa ?

    kahkahkahkah... mohon no offense..

    hmm.. benda ni aku kene pikir 10 taun akan dtg nampak nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sepuluh tahun payeh..ermm..skg aku l8..so nanti aku 28 la camtu..kawen ngan aku nak tak payeh?..kehkehkeh..

      Delete
    2. Untungnya kau Payeh! Share duet Hubby kau ngan aku boleh? Hahaha!

      Pakcik Bundle, kalau Payeh setuju, jangan lupa jemput aku. Kahkahkah!

      Delete
    3. Hahahaha.. jum2... kita shopping sakan.. Hubby I baru je gaji ni haa... berkepuk-kepuk duit....

      Err pakcik ? aku dah ade husband tau... maaf.. ramai lagi perempuan yg lebih baik drpd aku .. maybe kita takde jodoh.. kahkahkah!

      Delete
    4. Okeyy Payeh! Jumpa kat Pebilion okeyhhh! :D

      Alamak, kempunan nak makan nasi minyak kau ngan Pakcik Bundle. Hahaha!

      Delete
  17. setuju.. sebagai laki aku rase memang kne ade dua aspek tu dulu sebelum kawin.. duit ngan tanggungjawab.. paling penting tanggungjawab.. kawin aku rase sume orang boleh ngan mampu.. tapi pas kawin tu baru datang cabaran sebenarnye kan? Ni kalau tau best nak kawin lepas kawin pun nak hidup macam orang tak kawin memang susah r kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naseb baek kau paham. Sbb aku rasa kau tak lama je lagi ni hidup bujang. Mohon jemput nanti ya! Hahaha :D

      Yurp! Cabaran. Isteri pun kena tolerate. Tapi, whateva it is, sara keluarga tu tetap tanggung jawab Suami. Maksud aku, selagi dea mampu :D

      Delete
  18. Replies
    1. Nanti dah tumbuh nak mintak sket ya! Hehehe :D

      Delete
  19. tak gigih nak tulis entry pjg2 mcmnih..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err tak pandai nak pendekkan entry. Setiap kali tulis tu cam sume benda nak cakap. Hahaha!

      Delete
  20. dlu sy pernah berhasrat nak dapatkan lelaki yang kaya.. yg duit dia tumbuh macam pokok tu je.. tapi, ada tapinya... tu dluu... skang ni.. hmm, tahun depan sy dh 22.. kna dh fkr bnda2 ni scara serius kan.. hidup kna ada perancangan... waaaaaa... zaman remaja ku smakin mnghilang... -____-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa, baru nak 22. Muda lagi tu Emma. Dah2. Takyah pikir dulu la masa depan tu sume. Rileks2 jee :P

      Delete
  21. tah td kua ke tak komennye.
    nk kwen tp pk balik mcm masih muda. mcm ye.
    padehal takut komitmen
    boo xila boo ahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalu dah gatal nak kawen tak pikir komitmen ke apa dah. Redah je laa. Hahaha :D

      Delete
  22. duit tak boleh beli kebahagiaan.. biar tak kaya tapi hati senang. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp2! That's y money is not everything kan? Tapi everything is money. Err pusing2 benda yg sama gak. Ahaha! Aha. Biasanya org yg kaya ni lagi banyak tanggung hutang kut. Err biasanya, tapi tak mesti semua. Ryte? :D

      Delete
  23. kikiki entry jue juga pasal duit..pasal duit dia lupa msg jue..call jue..

    hiiiikk meluahkan perasaan pula jue ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Takpe. Belog memang tempat meluahkan perasaan utk certain org. Tak kesah la dlm entry or kotak komen pun boleh. Hehehe. Okeyyy, nanti nak baca entry Jue :D

      Delete
  24. entry ini pun kena dibaca dengan bertanggungjawab..baru intipati sesedap ini sampai.

    lu banyak beruntung Makcik..dapat suami bertanggungjawab..sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur, Pakcik! Muga tanggung jawabnya tu kekal sampai bila2. Hehehe :D

      Err entry ini tak boleh dimakan #_#

      Delete
    2. asal gua baca berselera gua cakap je SEDAP.. :P

      Delete
    3. Ahaha! Okeyy, takpe. Asal kau tolong jangan tetiba nak kunyah belog aku ni dah laa. Tolong yaa? Mohon!! :P

      Delete

Shout Your Quotes