Dear my Lovepediary,
Bercerita tentang Maal Hijrah. Cerita ni merupakan sebuah pengalaman. Hijrah berlaku pada Maal Hijrah tahun 2008 iaitu bersamaan 1430H kalau tak silap. Kalau salah, mohon kirakan untuk aku. Waktu tu Maal Hijrah jatuh pada hujung tahun, sekitar Disember. Biasanya, awal Muharam aku berlaku dan berlalu macam biasa je. Tak ada azam yang gempak-gempak aku pasang. Tak ada sebarang hijrah dalam diri or dalam hidup yang aku lakukan. Biasa lah. Aku bukan manusia sempurna dan sangat bersih hatinya. Aku ni jenis biasa-biasa. Kadang-kadang benda-benda macam ni aku mungkin cuma sekadar tahu, tak ada sebarang hijrah dalam diri aku.
Tapi Hijrah pada tahun tu ada kelaenan sedikit. Mungkin itulah Hijrah yang paling bermakna dalam hidup aku setakat hari ini. Dengan officialnya, pada hijrah kali itu aku telah memberanikan diri untuk berhijrah daripada bogel kepala kepada menutup aurat di kepala. Masa tu umur aku dah 25 tahun. Kalau dikira dosa, dah bertan-tan agaknya cuma sebab satu yang tak sempurna. Err maksudnya, tak sempurna yang laen-laen tu belum dikira. Masa tu aku bujang lagi. Feeling-feeling nak kawen tu memang dah ada. Tapi baru rancang, bertunang pun belum. Masa tu bila nak kawen pun belum tahu dalam jarak masa yang dah dekat ke atau maseh jauh.
Tapi, sebab dah ada feeling-feeling nak kawen tu, then macam-macam yang aku fikir panjang. Salah satunya dah pasti tentang bertudung. Bila dah feel nak kawen, automatic aku rasa aku kena berhijrah. Berhijrah segalanya especially dari segi kematangan. Then aku kena berfikir segalanya dengan matang. Tambahan lagi, family bakal Suami masa tu boleh tahan juga agamanya. Teman lelaki masa tu tak pernah memaksa, cuma siket-siket dea selit-selit juga hint yang dea pasti suka dan bersyukur kalau aku berubah bertudung. Dea tak cakap pun, aku sendiri mesti tahu. Selebihnya, dea beri kebebasan pada aku untuk ambil masa aku sendiri.
Aku fikir masa depan. Kalau aku bertudung, mesti lagi berbesar hati family bakal Suami untuk terima aku kan? Automatic dia orang akan nampak aku dah bersedia untuk jadi seorang Isteri. Yeke? Teori aku je sebenarnya. So, aku decide untuk mulakan langkah bertudung. Tapi macam mana? Masa tu aku bekerja. Takkan hari ni free hair esok tiba-tiba dah bertudung kepala? Memang tak salah. Dah tentu perkara wajib. Once kita tahu dan sedar akan dosa, mana boleh lengah-lengah, terus kena bertaubat dan buat sebagaimana yang sepatutnya. Betul? Tapi, bukan mudah kan? Disebabkan aku rasa aku dah dapat hidayah masa tu, cehh, syukur aku sebab dipermudahkan cara.
Masa tu aku kerja. Annual leave banyak lagi tersisa. So, sempena hujung tahun, aku apply cuti lama juga, dalam seminggu agaknya. Aku nak rehatkan mata bos-bos dan kawan-kawan sepejabat daripada melihat aku. Habes cuti, aku naek kerja tepat lepas cuti Awal Muharam. And yes, at that tyme lah aku muncul semula kat office dengan penampilan baru. Kepala dah tak terbuka lagi. Berdebar memang berdebar. Berdebar nak terima macam-macam pandangan, pujian :P dan kata-kata tahniah daripada ramai pihak nanti. Tapi berhijrah untuk sesuatu yang baek tu, aku kena lah berbangga. Pagi-pagi lagi aku dah tersenyum, tersengih, malu sendiri.
Bukan dengan kawan sepejabat je, dengan family pun rasa segan juga. Ye lah, sebab benda tiba-tiba kan? Tapi aku redah juga sebab aku yakin parents aku mesti suka. Perasaan segan tu sebenarnya aku sendiri je yang rasa. Lepas beberapa hari bertudung, masa aku balek kerja, Ayah aku tegur "Ehh, dah tukar fesyen? Dah bertudung pulak sekarang?" Yes, after beberapa hari -_- Rupa-rupanya Ayah aku tak perasan pun daripada mula hari pertama aku berhijrah tu. See? Aku je perasan segan sendiri. Naseb baek Mak tolong jawab untuk cover malu aku "Ehh, apalah Abah ni? Orang tu dah mula pakai beberapa hari". Aku cuma mampu sengih-sengih je. Malu haish :">
Terpulang kalau nak kata aku berubah sebab nak kawen. Or sebab bakal Suami waktu tu, or sebab family bakal Suami. Bukan sebab Allah Ta'ala. Terpulang kalau ada sesiapa nak cakap macam tu. Sebab aku sendiri pun tak boleh nak baca and nilai keikhlasan hati aku sendiri. Yang tahu, cuma Allah. Apa yang aku tahu, memang niat nak kawen tu yang menjadi perantaraan hidayah untuk bertudung tu datang. Well, aku belum nak kawen lagi masa tu, baru niat nak kawen :P Cuma aku berharap, perubahan dan hijrah ni akan kekal sampai bila-bila. Malah harapnya semaken baek dan semaken memenuhi syarat-syarat bertudung yang sepatutnya. Sekarang belum perfect mana.
Masa aku mula-mula pasang niat nak bertudung tu, aku shopping tudung RM10 sehelai je tapi gila banyak berhelai-belai. Macam-macam warna ada. Masa shopping tu aku still freehair lagi. So, salesgirl tu tanya "Beli banyak-banyak ni untuk siapa?". Then aku balas malu-malu "Err untuk sendiri laa" :">
Love & Sincere,
1st :D
ReplyDeletetahniah Aien..sila tuntut hadiah kat Kaunter H..kahkahkah
DeleteTahniah Aien sebab 1st. Tahniah H sebab skang kau dah ada kaunter. Btw, kaunter H tu untuk urusan apa? :P
DeleteKaunter H utk urusan yang private...Urusan Hati..Kahkahkah...
DeleteSejak bila kau tahu & masuk campur tentang urusan hati H, Syida? :P
DeleteSalam Maal Hijrah kakak :D
ReplyDeletebersyukur kak liyaa diberi hidayah untuk berhijrah pada umur 25 tahun jika nak dibandingkan dengan...errr. tak payah la banding2kan tak elok. apa2 pun tahniah kerana dari detik itu akak terus berhijrah dengan istiqamah.
dapat rasakan perubahan akak tu....mula2 terasa segan sendirikan. hehe
Aah. Takyah bandingkan Aien. Setiap org akan berubah ikut masa dea sendiri. Hehe. Berhijrah tu rasanya lepas tapi istiqamah tu err besar sangat maksudnya tu, Aien. Tapi harap2nya macam tu la :D
DeleteSegan sbb tiba2 berubah wajah di depan org yg hari2 kita jumpa :P
Liyaa, kalau kau berubah ke arah +ve tak payah nak segan2 :D
DeleteBaik kan aku komen?
Kali ni aku siyes....
Err okeyy! Komen kau memang baek tapi tak semestinya kau pun baek.
DeleteKali ni aku pun serious :P
yeayyy COP 2nd place!!!!
ReplyDeleteSalam Ma'al Hijrah Lyaaa
DeleteLyaa mcm same je konsep Lyaa n Na..
as Na taw klau Na ckp Na nk berhijab lepas Na kawen..
(confirm org akn kata "MATI TAK TGGU LEPAS KAWEN)
yes na faham tu..even sampai skrng pun na still berdoa Na cepat berubah.. Mulut org Lyaa baik ke buruk ke smua tak kena!
dyeorg lebih suka judge ckp yg ape dyeorg fikir dan hanya 2 je niat bila dyeorg mengkritik kita (ikhlas / dengki)
macam Lyaa bgtw dyeorg ckp pasal Lyaa "mesti pakai tudung sbb itu dan sbb ni..padahal wlau ape pun sbb dyeorg tak perlu pertikaikan kot btul x?
kepandai dyeorg kekadang buat Na rasa klakar sbb nenunding jari kat org terlalu laa bijak ;D
pernah tak dgr..
CONTOH :- wehh td sikit lagi aku nak accident SELAMAT aku pandai elak cepat..klau x mati da aku..
(OHH SELAMAT DYE PANDAI ELAK LA?)
bukan syukur kat allah yg selamat kan dye.. *org2 yg mcm ni yang bg Na ckp terlalu pandai..
klau lyaa xfaham ape yg Na cuba sampai kan..
Lyaa kena jugak Faham hahaahah ;D
Faham maksud Na. Org bebas bercakap apa yg dorang nak Na. Terpulang pd kita utk menilai, yang mana kita nak ambil sbg positif & yang mana kita nak buang sebab kita rasa negatif.
DeleteSemuga doa Na dimakbulkan, dipercepatkan niat utk bertudung tu. Bila Na nak kawen? Hihi
Err overnya komen Jna. Hahaha :P
ok xpe klau over sila delete
Delete(nampak x ayat emo)
hahaahaha
Hahaha! Takmo sentap2 key Jna :D
DeleteAlhamdulillah kak, at least kite berubah dari buruk ke baik kan. tahniah kak :)
ReplyDeleteYurp! At least berubah kan? Tak payah fikir yg laen. Better fikir apa lagi benda laen yg perlu kita ubah kan? :D
Deletenovel ke apa ni? grrrr..apa2 hal amik nombor dulu..3rd..:p
ReplyDeleteerrr..okey..aku nak buat entry tambahan ni..hahaha
Deleteni pendapat peribadi aku la..sebenarnya aku tak kisah sangat sebab untuk seseorang tu berubah..for sure, niat tu memang patut kerana Allah..tapi macam biasa la, kita ni manusia jer..kita perlukan pemangkin untuk something yang kita nak buat..contoh macam kau la, bertudung sebab fikir masa depan, fikir nak kahwin, nak tambat hati pasangan and mertua..pada aku tak salah..apa pun sebab, at the end kau memilih untuk berubah, ke arah yang lebih baik..
ada org berubah sebab dia jatuh sakit..ada org berubah sebab kehilangan someone yg dia syg (cth: family)..ada org berubah sebab tengok bayi..ada org berubah sebab tengok artis..banyak benda boleh jadi sebab, dan sebab tu mendatangkan niat..niat untuk jadi lebih baik..
aku pun nak berubah jugak..banyak benda yg aku nak ubah..niat tu ada..cuma mungkin xde kesedaran yg betul2 mendalam..entah..aku lapar..xleh nak fikir..
agaknya kalau esok aku start pakai songkok, instead of safety helmet, org akan puji aku x? hehehe
mesti berubah sebab nk tunjuk baik ^^kata2 org yg x bole senang dgn kebaikkan org
Deletebagusss laa tu klau awk nk berubah mcm tu H ;)
Na bangga dgn awk...
yeahh..esok nak pakai kopiah..hehehe
Deletekomen tambahan utk Liyaa: tahniah sebab buat segmen baru..segmen gambar hiasan pulak ea..kahkah
Encik H:
DeleteTahniah H buat mini entry kat sini :P
Yurp! Penyebab tu, datangnya pun drpd Allah juga kan? Sebab tu aku cakap ia pengantara, macam kau cakap, pemangkin. Aku pun sama je ada lagi yg aku nak ubah. Tp macam kau cakap, maybe lum ada kesedaran yg mendalam. Or maybe still memerlukan pemangkin utk dtg dulu. Biasa la, manusia ni susah nak berubah tanpa sebab kan?
Err kau pangkai la songkok, patu letak safety helmet atas dea. Ahahah!
Actually aku ada jumpa gambar yg lagi menarek. Drpd 1 blog ni, takut gambar tu dea yg buat. Tak pepasal aku dikata mencuri kang. Hehe. So, pilih gambar ni tp tersama ngan Aien. Err kelik kat gambar untuk join segmen ni. Hahaha :P
Jna:
Abaikan je kalau apa yg org cakap tu berupa negatif :)
H,cukuplah kau buat entri kat blog kau...Ni sampai blog org pun kau nak buat entri..Grrr!
Deleteelleh..bgtau jer la kau nak aku buat entry tambahan kat blog kau..kahkah
DeleteErr aku rasa aku nak like je komen H kat atas ni boleh? Syida jeles ey? Hahaha :P
DeleteHidup aku ni tak penah jeles kat orang..Org je selalu jeles kat aku..Kahkahkah...
DeleteItu laa. Aku jeles kat kau sbb kau tak pernah jeles kat org :|
DeleteKenapa kau nak jeles liyaa? :|
DeleteJeles laa sebab kau tak pernah jeles :|
Deleteberhijrah kepada kebaikan
ReplyDeletesalam maal hijrah :)
Salam Maal Hijrah Puteri :D
DeleteKak Liya, im proud of you. Segan segan pon, berjaya sampai ke tahap kekalkan dengan pendirian mahu terus bertudung :) Semoga istiqamah hendaknya :)
ReplyDeleteNak buat sesuatu yg baru drpd biasanya kita, mesti laa segan. Sbb sorang dua nanti mesti ada yg tegur. Hehe. Naseb baek ada kekuatan tu :)
DeleteInsyaallah. Thanks Ninja :D
citer bab perubahan ni, alhamdulillah,lebih kurang 5 bulan sebelum ni baru aku rasa jadi orang kalau ko nak tau makcik..alhamdulillah la perubahan tu sekali untuk bini aku..tak lama lepas tu plak, rezeki bini aku peknen..so perubahan tu mmg bawak keberkatan dalam hidup aku ni..
ReplyDeletesebelum ni aku ade terpikir nak buat entry pasal tu..tapi rasa macam agak personal la plak..so,sori la tak mampu aku nak kongsikan..hehehe..
apapon try la berhijrah lagi makcik,terus berhijrah kearah kebaikan aku sure mesti ko akan rasa lebih best..tak semestinya benda yang nampak macam tudung tu je..pikirkan ye..haha..weh, ni bukan maksud aku sekolahkan ko tau..hahaha..
salam maal hijrah..
Perubahan apa yg kau buat tu Pakcik? Teringin pulak aku nak tau. Mana tau jadi ikutan untuk aku jugak :D
DeleteAku rasa sebenarnya ada byk benda yg kena ubah dlm diri aku ni. And perubahan dalaman tu lebih susah drpd perubahan luaran okey. Err susah? Maksudnya kesedaran aku belum cukup kuat lagi ni. Heeee
Aku tak pikir pun kau sekolahkan aku la weyh! Hahaha :D
Btw, tahniah atas perubahan yg kau dah buat & Salam Maal Hijrah Pakcik! Jarang2 kau nak komen aku ngan penuh penghayatan ni :P
Cekgu Bendulu :|
DeleteCekgu Bendulu cuti Syida. Tenet takde -_-"
DeletePatut lah dia dah lama tak mengajar kat blog aku..Kahkahkah...
DeleteKalau dea mengajar kau bukan nak dengar pun. Kan kau selalu maen2 je. Hahaha!
DeleteAku main2 masa dia ajar tapi time exam aku score! Bhahahahaha....
DeleteAku tahu. Kalau kau tak score nanti mak kau sedih kan? ^^
DeleteErr thanks! Welcome to Malaysia :P
ReplyDeleteLiyaa Mf
Aku syak dia guna gugel translate baca blog kau ni liyaa...Kahkahkah..
ReplyDeleteDulu aku on off, kadang2 bertudung kadang2 tak...Lepas tu, bini abah ada tgur cara berhemah suruh aku full time bertudung..Aku fikir2kan, lepas tu ada sekali aku tengok perempuan pakai hijab, cantik sangat even aku cuma nampak mata dia..Aku cakap kat bini abah,
ReplyDelete"Kalau kakak pakai mcm tu mak bangga tak?"
Bini abah kata,
"Kau sekarang tudung suka2 hati nak pakai tiba2 berubah terus alim gitu, kau nak bagi mak padam terus ke apa? Aku check setiap inci. Entah apa kau nak sembunyi!"
Kahkahkah, bersyak wasangka kat anak sndiri betul bini abah aku..Cis!
Tapi alhamdulillah, sekarang aku dah full time bertudung...Keluar kat dalam kg pun bertudung...
iA maybe nanti aku tutup aurat dengan betul2 smpurna...Doakan aku..Hoho..
Pakai jubah ke nanti..Tapi nak berhijrah cara menganjing org tu yg aku susah..Grr!
Err, panjang dop aku punya komen?
Sakit pulak hati aku tgk H dgn Bendulu punya komen..Kemain panjang..
Hahahaha...
Salam maal hijrah Liyaa :)
Ni draft untuk entry baru kau ke Syida? :P
DeleteAku bertudung belum sempurna Syida. Cuma yg aku nampak, aku hari ni memang jauh berbeza ngan sebelum aku berhijrah kepada bertudung. But then, macam yg aku cakap, still belum sempurna. Aku doa kita akan berhijrah sepenuhnya sebelum dijemput nyawa. Ek Syida? Hehehe
Jgn menganjing lebih2 Syida. Anjing tu haram. Mengucing takpe. Meyongg meyonggg :P
Salam Maal Hijrah :D
Aku pun belum sempurna jugak...
DeleteInsyaAllah, semoga kita benar2 berhijrah sepenuhnya sebelum dijemput nyawa...Okay liyaa? Hihi..
Setakat meyong2 tak cukup garang la liyaa...Kahkahkah...
Aku mmg taknak garang2. Aku nak nampak comel2 je. Hahaha!
DeleteKalau kau nak nampak comel kau kena belajar kat aku liyaa... =))
DeleteOkeyy, Syida! Kau memang comel tapi kau garang. Zzzzzz
DeleteKahkahkah, bersyak wasangka kat warga asing betul kau ni..Cis!
ReplyDeleteErr boleh tertranslate ke apa yg aku tulis ni Syida? Hahaha.
ReplyDeleteCuba kasi contoh yg baek sket Syida, cam aku buat tu. Welcome to Malaysia. Kan nampak peramah tu. Dah la peramah comel pulak tu. Kahkahkah!
salam maalhijrah kak liyaa...:)
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Ain :D
Deletesalam maal hijrah :D
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Fiqa :D
DeleteSalam maal hijrah juga:)
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Mieya :D
Deletealhamdulillah, kan berubah ke arah yang baik..benda positif tak perlu rasa malu :) mungkin lepasni leh berubah tang lain2 lagi, bukan bermakna nak ubah benda negatif sahaja.. tapi berubah dari keadaan baik ke yang lebih baik juga merupakan satu perubahan.tak gitu? :)
ReplyDeleteP/s : tune aku lari?hehehe aku masih sama, cuma biasalah kena balance.Tapi datang gila2..takleh nak ckp apa la :) Harap ko tak kisah
Ye ye betul. Ubah dari baek ke yg lebih baek pun perubahan. Muga2 seterusnya lebih mudah utk buang sgl yg negatif2 tu :D
DeleteAku tak kesah la. Saje je aku tegur tu. Kunun2 nak bagitau aku mengikuti. Ecewwah :P
salam maal hijrah liyaa...:)
ReplyDeleteberhijrah dari yg baik pada yg lebih baik...
semestinya mmg payah..kan
Aah. Memang payah. Lagi2 kalau takde keinginan sgt. Kdg2 sedar je tak cukup kalau keinginan tu takde :D
DeleteSalam Maal Hijrah Dhia :D
Aku tumpang gembira... ;)
ReplyDeleteDapat berubah jadi lebih baik sikit² pun dah
cukup buat kita lega, terasa lebih dekat Pencipta.
Berani berhijrah, kau patut bangga dengan diri kau ;)
Segan tu mula² je kan. Nak berfesyen boleh tapi pastikan
bahagian yang wajib ditutup tu sempurna ditutup ok.
Salam 1434H Puan Liyaa.
Alhamdulillah bila dah ubah tang tudung tu, siket2 perubahan yg laen pula menyusul, lebih mudah pulak tu. Hehehe. Kalau benda yg baek tu, insyaallah org2 keliling akan support & jadikan perasaan segan tu automatic hilang.
DeleteOkeyy! Baek la Yousof. Aku pun harap aku akan tutup segala aurat ngan sempurna, perbaiki dari semasa ke semasa :)
Salam 1434H Encek Yousof :D
salam maal hijrah :)
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah Faie :D
DeleteWelcome to Malaysia HD ;D
ReplyDeleteErks? Sopannyeww Yousof. Hahaha! :D
ReplyDeleteKau rasa org argentina paham ke kau dok merepek dlm bahasa melayu liyaaa? kahkahkah..
ReplyDeleteAtleast kalo dia gugel translate dapat mcm ni..
Happy Maal Hijrah
Lovepediary my dear,
Talks about the sessions. This story is an experience. Maal Hijrah took place in the year 2008, equivalent to 1430H if im not mistaken. If incorrect, please calculate for me. Time tu Maal fall at the end of the year, around December. Typically, early and went Muharam I happen to unaware of. No determination GEMPAK-GEMPAK I installed. Not have any migration in self or in life that I do. Is normal. I am not a perfect man and a very clean heart. I'm a kind of mediocre. Sometimes things like this but just to know I probably do not exist any emigration in me.
AH but there tu in kelaenan bit. Perhaps that is the most meaningful AH in my life as of today. With officialnya, the migration times, I have taken upon themselves to migrate from nude cover themselves head to head. That's the time I'm 25 years of age. If calculated sin, he has tons presumably not only because of the perfect. Err means, not perfect-laen laen tu has not been calculated. That time I was a bachelor again. Feeling-feeling going kawen without doubt already have. But the new plan, even engaged yet. Last time was when to kawen I do not even know the time lag still got close to or far away.
But, because there were already feeling-feeling kawen want that, Then All sorts of things I think are long. One was already sure about the hood. Kawen want to feel when I've got, I guess I automatically be migrated. Migrate everything especially in terms of maturity. Then I have to think of everything with maturity. Furthermore, the family will be okay on that time husband also religion. That time boyfriend never forced, but siket-dea siket also hint the insert-insert the dea will love and be grateful if I change veiled. Dea was not talking, I personally must know. The rest, dea give freedom to me to take my own time.
Sambungan diaaa...
ReplyDeleteI think of the future. If I flashed, must again be honored family to thank my husband, right? Automatic her people will see I'm ready to be a wife. Yeke? Theory I je actually. So, I decide to start a veiled step. But how? I'm working on that time. Would not this free hair day tomorrow suddenly veiled head already? It's not wrong. 'm Certainly must. Once we know and are aware of the sin, which may delay, delay, continue to be repent and do as I should. Right? But it's not easy right? For what I think I've got guides that time, cehh, thanks me because simplified way.
I'm working on that time. Annual leave many more left. So, after the end of the year, I also apply a long holiday, the week I suppose. I want to relax eye bosses and friends from seeing my colleague. Habes holidays, right after I leave work naek Early Muharram. And yes, at Tyme That is my kat reappeared with a new office. Head're not open yet. Indeed thump thump. Want to thank pounding all sorts of views, compliments: P and words of congratulations from many quarters later. But Baek migrate to something that, I have to be proud of. Early this morning, I'm smiling, grinning, embarrassed.
Not with my colleague JE, the family was a little shy too. Ye lah, because suddenly things right? But I let go too because I'm sure I Parents must love. Shyness is actually my own sense of JE. Veiled last few days, I returned the work, Dad asks me "Ehh, he has fashion change? Dah veiled pulak now?" Yes, a few days afterwards-_-Apparently I'm not noticing any father from the first day I started to migrate that. See? I noticed the shy self-je. Baek Naseb Mak please answer to cover my shame "Ehh, what Abah this? Person I've started to wear a few days". I was just able to sengih-sengih je. Shame haish: ">
Up if you want to say I want to change because kawen. Or why would husband tu time, prospective husband or family reasons. Not because Allah Ta'ala. Up if anyone wanted to talk like that. For I can not even read and the values of integrity want my own heart. Who knows, only God. What I do know, that is what the intention to be a medium kawen guidance for veiled tu come. Well, I do not want another kawen that time, a new intention to kawen: P Just I hope this change and migration will remain indefinitely. Even Baek and semaken semaken hopefully meet the terms of the proper lid. Now not perfect anywhere.
First time I installed veiled intention to that, I'm shopping lid RM10 a lot of crazy ish but berhelai-stroke. All kinds of colors available. That's the time I still freehair shopping again. So, tu salesgirl said, "Buy this much for whom?". Then I shyly reply "Err to own laa": ">
Kahkahkah..shyly reply "Err to own laa : :">
Mesti kau terharu dgn kesungguhan aku kan liyaa?
ReplyDeleteOkay, takpe :)
suke la bace hijrah ko ni..aku xde pe2 yg special pn.huhu..tp mmg cantik pn ko pkai tdung.suke tgk sume shawl ko yg colourful.naik seri :)
ReplyDeleteAlaa aku pun skali tu je ada hijrah. Laen2 takde pun Liza. Hehe. Lagipun just kebetulan aku sengaja start perubahan tu masa awal Muharam :D
DeleteSetiap org yg bertudung tu tetap ada serinya kalau nak compare tyme dulu2 dea lum bertudung. Lgpun dulu aku mmg comot. Hahaha. Kau pun cantek Liza :) Da maken pandai pakai tudung fesyen2 skang. Hihi
Hahaha! Hampeh Syida. Aku tgk kat dashboard, fuhhh panjangnya Syida punya komen. Teruja aku nak baca. Rupanya kau tlg gugel translate. Ahaha!
ReplyDeleteTergelak2 aku baca translation dea. Mmg takleh pakai nye gugel. Rosak cite aku! Err? Bukan aku yg rosakkan bahasa kan? :P
apa laa.. aku datang je dah berpuluh komen.. aku busy .. :(
ReplyDeleteAlhamdulillah.. ko dapat hidayah tu.. ustazah aku cakap.. ramai yang dapat hidaya tapi tak dapat taufik.. taufik tu kind of kekuatan untuk berubah laa... so, ko dah dapat taufik hidayah.. Tahniah Liyaa...
Dulu2, sbelum aku yg sekarang ni, memang hampeh.. langsung tak muslimah.. aku mula berubah masa form 2.. aku pikirkan mem ngan bos aku, pastu jalan aku kat sana esok2.. err~ ngeri.. takut ngan amalan tak seberapa ni..
hajatnya, aku nak buat entri jugak kat sini tapi kena byk belajar lagi... :(
btw, salam maal hijrah liyaa :)
Ohh, baru aku paham maksud taufik hidayah tu. Aku ingat Taufiq tu cuma nama ex opismate aku dulu je. Hahaha! Tekiyu Payeh :D
DeleteErr aku actually pernah mula bertudung masa aku form 2. Tp sbb masa tu aku takut if aku jalan mana2 terserempak ngan ustazah skola agama, segan if tak bertudung. Kiranya masa tu aku tak ikhlas la kut. Masa tu aku skola agama darjah 6. Pas abes je skola agama darjah 6, means naek je form 3 aku bukak tudung balek. Mak aku sound pun aku buat taktau je. Huuuu masa tu aku tak sedar diri. Kiranya aku pikir kalau aku bertudung tak vouge la aku nanti. Lama aku bukak start 1998 aku form 3 sampai la 2008 alhamdulillah hati aku terbukak semula :D
Tak pasal2 aku yg buat entry tambahan kat entry sendiri. Kahkah! Salam Maal Hijrah Payeh :D
hehe.. most welkem kakak :)
Deleteustazah aku slalu pesan, kalau berdoa jangan mintak hidayah saja.. sebab hidayah ni keinginan untuk berubah je,, kena mintak sekali taufik tu.. bila ada keinginan dan kekuatan, baru boleh make a step forward gituuuuu...
Pikiran vogue tak vogue ni masa aku form 1 kot.. masa tu gila rock.. hahaha.. mujur la aku tak sesat maken jauh...kahkahkah
Okeyy! Lepas ni aku doa mintak taufik dan hidayah :D
DeleteNaseb baek kau insap pastu Payeh. Syukurrr ^^
alhamdulillah..x sngka liyaa ade pengalaman mcm ni. aku puji kau sbb aku rasa hjrah yg ko lakukan agk besar jugak, hijrah kepada kebaikan. :) keep it up liyaa., aku pn x cukup sempurna lagi, dlm hidup aku msih byk yg kurang.,
ReplyDeleteBesar ke Chuu? Aku bukan pakai tudung labuh lagi pun. Hehehe.
DeleteNak capai tahap sempurna tu memang susah kan Chuu? Tp at least kita tetap berubah, sedikit demu sedikit :)
nice pos:) Post ini lebih baik Dari Yang Lalu :) Terus berkarya Y:) Mampir juga Y ke My Blog..:)
ReplyDeleteTerima kaseh Rangga AADC, eh Rengga :P
Deletetahniah. mesti lebih tenang lepas bertudung. proud of you. take care!
ReplyDeleteErr rasa dah tak semak macam dulu :P
DeleteTake care too :D
salam maal hijrah juga !
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah ya, Nelly! :D
Delete2008 umur dah 25 ade hati nak cakap umur same ngan aku.. tua dah akak.. sedar sikit =P
ReplyDeleteperubahan yang baik macam tu takde ape nak segan kan.. patut kne bangga r sebab bende baik kan.. watpe nak malu. biar r orang nak kate ape pasal niat nak bertudung tu sebab tu sume keje Tuhan kan.. yang penting ko dah bertudung cukup r..
Liyaaa, sedarr diri pelisshhh...
DeleteEh, bukan sebaya ek Kay Are? :P
DeleteActually takde orang yang cakap apa2 yg negatif pun. In fact, aku rasa ramai yg memuji ada la :D
Syida jangan sebok pelishhhhh...
Nampak tak kesungguhan aku? Nampak? Kahkahkah...
ReplyDeleteBukan salah kau liyaa, jangan risau..Semua salah gugel... =))
alhamdullilah :) gud sis ! :)
ReplyDeleteThanks Teha! :D
DeleteItu laa. Gugel yang bersalah kan Syida? :D
ReplyDeleteHave a nice day, GV!
ReplyDeletenak buat entri jugak la kat sini aci tak? hehe..
ReplyDeletekagum dengan kekuatan menepis segan :D
i'm proud of u sis :D
Hahaha! Pendeknya entry Missha? :P
DeleteThank you, Sis :D