Dear my Lovepediary,
Masa aku kecik-kecik dulu, lebih kurang umur aku 6 ke 7 tahun macam tu. Aku dan family pernah tinggal di kawasan Felda, area Gemas, Johor kalau tak silap. Aku rasa aku tinggal kat kawasan Felda ni macam tak lama mana, tapi daya ingatan aku menyimpan banyak sangat memori sewaktu aku tinggal kat situ. Antara yang aku ingat, jiran aku ada anak namanya Boboy dan Nini. Dua-dua tu lelaki yang umurnya mungkin lebih kurang tua setahun dua daripada aku. Mereka adalah antara kawan sepermainan aku dan kakak aku. Selaen itu, yang aku ingat ada Asim dan Kak Idah. Kak Idah adalah yang paling tua di kalangan kita orang. Umurnya mungkin 3 ke 4 ke 5 tahun lebih tua daripada aku. Asim aku tak ingat berapa umur dea. Err macam semua je aku tak ingat berapa umur dia orang. Yang penting, kami kawan sepermainan antara yang paling akrab.
Ada satu kenangan masa kita orang maen-maen waktu petang kat rumah aku dulu. Cerita ni pasal Asim. Asim ni orangnya agak gelap, macam India. Kalau sengih confirm nampak mata dengan gigi je. Masa tu mak aku tengah tidurkan adek aku yang paling kecik dalam buaian sambil tengok-tengok kita orang bermaen. Aku dah lupa apa kita orang maen waktu tu. Tiba-tiba, tanpa sengaja aku ternampak seluar pendek yang Asim pakai tu koyak pada bahagian punggung. Bayangkan, Asim tu dah la hitam, err maksud aku gelap. Agak ngeri weyh! Terkekeh-kekeh aku ketawa dengan Mak aku bila aku tunjuk seluar Asim yang koyak tu. Bila Mak aku kantoikan Asim suruh pergi balek rumah tukar seluar dulu, kesian gila Asim waktu tu. Malu gila kut dea. Semua kawan-kawan gelakkan dea berdekah-dekah. Sejak hari itu, aku gelarkan dea Asim Buntut Koyak. Kahkahkah!
Kenangan hari laen pulak. Kali ni kita orang maen-maen waktu petang bukan kat rumah aku, entah rumah siapa aku dah lupa. Masa maen-maen tu, salah seorang daripada kita orang kena balek rumah sekejap. Tiba-tiba datang idea Kak Idah untuk kenakan kawan tu. Eh, jom kita sembunyik jom! Nanti dea datang balek mesti dea carik-carik kita tak jumpa. Kita orang semua pun setuju je sebab Kak Idah kan yang paling tua. Okeyy! Kita sembunyik kat sini. Konfem dea tak dapat jumpa. Kak Idah kasi cadangan sambil buka tingkap bilek, yang mana bila dibuka, ada satu kawasan rata kat luar tu, berupa sebuah atap. Means, kalau tingkap tu ditutup, and member tu cari daripada dalam rumah, memang takkan dapat jumpa, sebab kita orang kat luar rumah, atas atap. Err masa tu rumah Felda rumah atas, rumah atas tiang. So, atap tu agak tinggi la jugak sebenarnya.
Lepas Kak Idah buka tingkap, terus Kak Idah panjat. Cepat weyh! Cepat! Berebut kita orang tunggu turn nak sama-sama sembunyi cepat-cepat. Masa tu fikir seronok je. Belum sempat kita orang panjat, tiba-tiba atap roboh dan Kak Idah jatuh. Kita orang tergamam gila tengok Kak Idah jatuh daripada atap yang tinggi tu, Kak Idah menjerit kesakitan. Rupanya, atap tu adalah atap porch motor. Naseb baek tak ada motor park kat porch tu masa tu. Kalau tak, confirm Kak Idah injured lebih teruk. Kita orang terus papah and hantar Kak Idah balek rumah. Jeritan dan raungan Kak Idah masa tu buatkan kita orang semua cuak gila. Resultnya, Kak Idah terlantar saket kat rumah untuk beberapa lama sebab kaki dea bengkak gila and tak boleh jalan. Insaf sekejap jugak lah kita orang masa tu, cuti kejap bermaen. Kejap je. Naseb baek parents Kak Idah ni baek gila, tak marah pun kat kita orang.
Sebenarnya, banyak lagi kenangan waktu nakal-nakal masa aku tinggal kat Felda dulu. Yang pasti, banyak yang seronok aku rasa walaupun masa tu lyfe kita orang susah, tak sesenang mana. Tapi macam yang aku bagitau tadi, aku tinggal kat situ tak berapa lama, macam tak sampai setahun rasanya. Dalam masa awal aku darjah satu tu jugak kita orang dah pindah rumah, tak lagi tinggal kat Felda. Lepas daripada tu, aku lost contact dengan semua teman sepermainan kat situ. Sampai sekarang aku tak tahu kat mana teman-teman sepermainan aku semua tu tinggal. Kecuali Kak Idah, latest pernah jumpa semula masa dea datang tyme kakak aku nak nikah dulu. Tu pun dah ada dalam lapan tahun lepas rasanya. Lagipun lepas pindah tu dengan parents Kak Idah je rasanya parents aku maseh tanya khabar sekali sekala. Yang laen-laen memang tak ada.
Aku expect, semua teman-teman sepermainan aku tu maybe semuanya dah kawen, mungkin dah beranak pinak agaknya. Kalau selisih kat mana-mana pun, aku rasa aku takkan kenal mereka. Muka dia orang masa kecik-kecik dulu pun aku dah lupa. Muka Asim je maseh ada samar-samar terbayang depan mata. Kahkah! Kalau diberi pilihan, aku pun tak tahu aku teringin ke nak jumpa dia orang semula. Hmm tak rasanya. Sebab tempoh perkenalan kita orang pun sekejap cuma. Masa teman sepermainan dulu mungkin seronok, tapi kalau jumpa semula sekarang aku yakin mesti tak tahu nak berbual apa. Lagi-lagi aku yang pemalu ni :P Yurp! Aku tak rasa aku ada keinginan yang tinggi untuk jumpa dia orang semula. Tapi kalau betul pilihan tu ada, aku nak sangat tengok rakaman semula kenangan-kenangan kita orang waktu dulu. Serius aku rindu.
Kadang-kadang aku terfikir, macam mana lah dia orang sekarang agaknya? Maseh ingat ke dia orang tentang semua
kenangan waktu tu? Still ingat ke sebagaimana aku sendiri yang tak pernah lagi lupa? Yang pasti, sampai sekarang aku macam belum pernah dapat lupa semua kenangan waktu tu. Antara kenangan terbaek yang pernah aku ada, kut. Mungkin tak akan pernah dapat luput, sampai bila-bila.
People change. Feelings change. But memories don't.
pertama-tamanya..
ReplyDeleteNini = lelaki? errr..awwwww~
Deletehahaha..kesian Asim weh..koyak kat buntut pulak tu..malu gila kot bila kena tegur..kehkeh
Deletep/s: aku tinggal kat felda jugak, tapi bukan kat Gemas la..eh Gemas bukan Nismilan ke?
p/s: adik aku nama idah..tapi dia tak pernah jatuh drpd atap..
Balasan komen yang pertama.
DeleteAah, Nini tu lelaki. Alaa nama kecik2 kan. Masa tu dea anak last kut. Aku tak ingat nama betul dea apa. Psl Asim aku memang tak boleh tak gelak kalau ingat. Aku pulak tu yg nampak dulu. Aku tak niat nak malukan dea. Tapi takleh tahan weyh aku asyik tertengok. Dah laa gelap. Ngeeee :P
Rasanya Kak Idah bukan adek kau. Hehe.
Lupa. Aku rasa Gemas tu macam sempadan Johor ngan Nismilan. Err entah, aku hentam je :D
Deletebookmarks dulu..panjang sangat cerpen ni..hahaha
Deletekann..na pun da touching~
DeleteBundle:
DeleteBookmark dulu pun boleh Pakcik. Ini bukan cerpen. Ini esei sempena Hari Kanak2 Sedunia :-w
Jna:
Takmo la tacinggggggg :'(
kenangan masa kecik memang seronok gila. serious, kalau lah time tu kite rakam semuanya, pasti sekarang kita asyik play video tu je ye dak :)
ReplyDeleteSebenarnya kdg2 terlupa yang ada kenangan manis ni pernah dilalui dulu. Selalu dengar org laen je cerita benda best2 masa zaman kanak2 dorang. Rupanya kita pun ada :D
Deletememori indah. kesian Asim...seluar koyak kat buntut. haha. kesian Kak Idah terjatuh..tak pasal2 je sebabkan nak menyorok. hehe.
ReplyDeleteteringat kenangan nakal2 dulu masa kat kluang, kat gua musang...pindah randah masa zaman nakal kanak2. rasa macam teringin nak jumpa...tapi segan. takpelah. biarkan memori terus kekal dalam lipatan sejarah hidup kita. itu lebih indah. rasanyalah....hehe.
Kesian Asim kan Aien? Itu yg paling lawak dan tak boleh lupa. Tak pernah tak gelak kalau ingat walaupun kenangan tu dah terlalu lama. Hahaha!
DeleteTeringin tapi segan kan sebenarnya? Biarkanlah. Memori biarkan kekal sebagai memori sahaja :P
Kedua-duanyaa...
ReplyDeleteCerita kau ni bila baca ada perasaan bahagia...Cewwaahh...Hahaha...
DeleteErr, kalau kau terjumpa Asim kau kena ingatkan dia perihal seluar koyak tau..Janji? Kahkahkah...
Sebenarnya aku pun teringin nak ingatkan perihal seluar koyak tu kalau2 aku terjumpa Asim semula. Tapi aku pun taktau sume org still ingat tak cite tu, ke cuma aku? Hahaha!
DeleteKau bahagia sebab laen kut Syidaa? :P
Ada sebab lain ke boleh buat aku bahagia liyaa? :)
DeleteAda. Sebab Fiq propose kau. Haaaa nak jawapan sgt kan? :P
DeletePewiit teringat zaman muda nampak :p
ReplyDeleteKita dulu masa kecil geng-geng sepermainan kita dulu rapat,tp sekarang jalan sebelah bahu pun malu-malu nak tegur,kalau dulu riuh sekampung, hehe
Kiranya kawan2 tu maseh depan mata? Best kan boleh nampak maseng2 membesar? Biasa la, dulu kecik2 mana tau nak malu. Maen redah je. Skang dah besar tau pulak maseng2 tersipu2. Hehehe. Kannn?
DeleteAah,best memang best kak tgk sama-sama membesar. Ada yang makin hensem dan lawa gitu. Padahal dulu semua comot, haha.
DeleteDulu bukan sekadar comot. Maseng2 sume masam dan bau paeng takleh blah rasanya. Ye laa. Asyik fikir maen je drpd pagi sampai petang. Hehehe
Deletejauh dimata dekat di ulu hati sobbss
ReplyDeleteBukan jauh di mata lagi, memang dah tak nampak langsung depan mata ni Zila :D
DeleteSeronoknya kisah childhood kak liyaa!
ReplyDeleteSampai sekarang ingat lagi semua semua insiden tu.
Hahahah, main panjat panjat atap?
Bebudak sekarang tak main dah macam bebudak dulu dulu. Sigh.
P/s: Takpe panggil kak Liya? :)
mana boleh..kena panggil makcik!!
DeleteIngat tu still ingat Ninja. Tapi maybe ada siket kut yg lari drpd cerita sebenar. Waktu tu memang seronok, tapi sayang duk kat situ kejap je pastu dah pindah. Parents dulu tak bape amek kesah, parents skang lebih prihatin rasanya. Hihihi
Delete*Jangan dengar cakap H taw, Ninja. Panggil kak Liya pun dah comel dah :P
Err, sebab parents terlebih prihatin dan beri semua yg budak budak nak. Itulah yg ruginyaa.
DeleteRugi sebab childhood mereka takkan seronok mana untuk di kenang. Kalau semua habiskan mase dalam rumah n dengan teknologi canggih sekarang ni.
Hiks. Ini blog kak liya kan? Dengar cakap akak la :D
Itu la. Bebudak skang 2 tahun pun dah pegang I Pad. Apa yang nak dikenang? Ohh, boleh juga. Maybe zaman dorang dewasa nanti I Pad dah tak wujud agaknya. Then ada juga la kenang2an. Bagi chance ya, Ninja :P
DeletePrihatin tu bagus. Tapi rugi kan? Anak pun nak se-survivor mana. Cehh, macam la akak nakal sangat dulu. Kehkeh!
Okeyy! Dengar cakap akak taw. Nanti akak banje eskim :D
nak eskim jugak :D haha
DeleteErr takde2. Tawaran dah ditutup. Hahaha!
Deletesetiap Mase nak bukak blog ni..tggu new update kekonon nk cmmnt 1st!! TAPI tak pernah berjaya!!! Mala laa nk cmnt touching~~
ReplyDeleteBlog Jna lagi susah nak rebut tempat 1st. Asal masuk je komen kurang2 dah 100. Hwaaaaa! Lagi touching taw.
DeleteNa, nak suh Bundle ke H yang pujuk? Pilih salah satu :D
nak K pujuk bole??
Deletehahahaha
Liyaa untuk entry ni na cmmnt kat new entry Na ok..
tgguuuuu~!
K tu sape? Dato K ke? Mana boleh. Nanti Dato Siti marah. Hehehe. Errrr okey2. Ngah tunggu ni @.@
DeleteTak cukup luas ke kotak komen ni? :P
hahahhaha soalan tu mcm makan dalam sgt kekekeke
DeleteErr jangan sentap taw Jna! Kehkeh :P
DeleteKau kena gigih Na...Kahkahkah...
DeleteGigih & kental ey Syida? Hahaha :D
Deletepart ko pemalu tu macam takleh time je weh.. hmm.. nakal kemain ko kutuk si asim tu.. kesian gile.. mesti die dendam ngan ko sekarang ni kan.. ish ish.. part kak idah tu.. nasib baik tak injured teruk.. tu r niat jahat lagi =P
ReplyDeleteNak taknak kau kena terima. Hahaha! Aku cuma tak sanggup nak tgk pemandangan tu dengan lebih lama :P
DeleteEh, dendam? Kau ni takutkan aku je. Kau sengaja nak jadik batu api kan? Hahaha! Err aku nak cakap camtu gak part Kak Idah tu, sbb niat jahat. Tapi kalau ingat condition kaki dea lepas tu, tak sampai hati aku nak cakap @.@
df memori masa kecik selalu kene buli dgn jiran :)
ReplyDeleteKena buli tu pun ada. Tapi bukan masa duduk kat Felda ni. Masa kat Felda ni banyak yg best2 je kut :D
DeleteDalam kotak memori aku, aku tak penah kena buli :))
DeleteMemang laa. Kau kan gawang. Len la kitowang ni, sopan. Dah la sopan comel pulak tu. Kahkah!
Deletekalau tak silap..gemas tu kat negeri sembilan kan.
ReplyDeletekenangan waktu kecil..biasanya adalah kenangan yang paling indah :)
Sempadan Johor ngan N9 kut. Err tak sure. Hehe.
DeleteNaseb baek ada jugak kenangan indah tu. Selama ni asyik jeles je ngan kenangan waktu kecil org laen :D
hai liyaa!
ReplyDeleteplayback part asim pliss..haha :p
Erk! Mana boleh. Bahaya. Kecuali Hara yg nak jadi mangsa. Hahaha!
Deletebestnyer dia ingt kenangan masa dulu kan..knangan dak2 sekarang xsemanis kenangan kiter yg dulu...
ReplyDeletekg tu sbnrnya tempat memori kita bertapak..macam2 bnda jadi kat sana...tetibe rndu ngn kg tmpt tumpah aor mata ku dlu...wehuuu
Setiap org ada kenangan maseng2 kut. Waktu kecik2 dulu, salu gak pindah2. So kenangan campur2 ada yg best ada yg tak. Yg kat Felda ni termasuk yg best laa :D
DeleteKEH3
ReplyDeletekenagan yang manis , pahit , zaman kanak2
Gula campur hempedu :D
Deleteteringat balik kat zaman bebudak yang indah...rasa nak je balik ke masa tu... :)
ReplyDeleteSetiap fasa masa tu ada tarikh tamat tempohnya :D
Deletebtw, ain follower kak liyaa yang ke 333..hehe
ReplyDeleteTime kaseh Ain :D
Deleteuwaaa ! kite nk jd budak2 semula bole ? hahaah !
ReplyDeleteBoleh. Boleh. Jap nak panggil Doraemon tolong Teha ey :P
Deletehaaa nak kenakan org last last diri snir yang kena. tp biasalah budak budak, mane boleh tak nakal. and tak thrill la kalau tak main smpai jatuh golek2 kannnn
ReplyDeleteItu laa. Tapi kesian taw Kak Idah waktu tu. Bengkak kaki dea tyme tu teruk jugak, sampai takleh jalan. Kalau tak teruk, mmg dah ejek2 dea. Hehehe :P
Deletesalam liyaa
ReplyDeleteSuka la cerita tu.
Salam maal hijrah dari tirana aduka
Salam Maal Hijrah Tirana :D
Deletepanjat atap? macam bes je :D
ReplyDeletedlu2 sempat panjat pokok rambutan je.. :D
Hahaha! Masa tu sebenanye taktau pun tu atap. Takut2 brani gak nak naek tyme tu. Naseb bek lum naek lagi.
DeleteAkak tak pandai panjat pokok #_#