28 Nov 2012

Satu Dekad


Dear my Lovepediary,


2001

Saat pertama bersua. Kau bukan siapa-siapa. Aku juga tak pernah tersemat dalam kau punya jiwa. Kita ditakdir berjumpa, walau kita tak pernah menjangka. Selepas lebih kurang seminggu aku berjauhan daripada keluarga, kelas pertama aku bermula. Kau datang lewat, duduk sebelah dea, kita selang semeja. Aku? Aku buat tak tahu saja. Masa itu kita berdua bukannya siapa-siapa. Kau nak berbual dengan siapa, itu kau punya cerita. Aku hanya fokus pada muka lecturer. Hari berganti hari, kadang-kadang ada juga kita bertegur sapa. Sekadar teguran teman kelas yang sama. Jarang-jarang kita hendak berbual berdua. Kita hanya berbicara bila kita di kalangan kawan-kawan kita.

Selang beberapa lama, kau bantu hantar aku ke Puduraya. Waktu itu, kau yang perlu hantar aku pun bukan dengan sengaja. Kita dalam kelas bukan serapat mana. Aku minta tolong kawan kita, tapi dea minta tolong kau pula. Alasannya, kau orang Kuala Lumpur. Mungkin kau yang lebih tahu jalan menuju ke Puduraya. Aku? Siapa-siapa yang hantar aku pun tak apa. Yang penting, aku dapat pergi ke stesyen bas sebagaimana hari dan waktunya. Janggal. Aku ingat situasi kita berdua waktu tu agak janggal juga. Sebab kita baru kenal beberapa bulan cuma. Malah, kita tak serapat mana. Tapi kita cuba act macam biasa. Dan hari itu, kau temani aku hingga aku hilang dari pandangan mata.

Aku tak sangka, ada telinga yang mendengar. Ada mereka yang menilai. Aku sebenarnya kurang faham. Bukankah aku cuma minta bantuan? Aku tahu, ada yang salah faham. Tapi, tiada siapa-siapa yang minta penjelasan. Malah mungkin cuma nilai aku sebagaimana luaran. Lepas itu. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Kita tetap kawan macam biasa. Kau pun aku dapat khabar sudah milik seseorang. Aku juga tetap dengan aku punya dunia realiti dan khayalan. Antara kita, maseh tak ada kena-mengena. Tapi, sesekali ada juga kita lepak bersama. Bersama, tak semestinya berdua. Ada ramai lagi keliling kita. Kau kan milik dea. Itu yang aku dengar cerita.

2002

Tiba-tiba hati kau dikecewa. Kau cerita pada kami bertiga. Aku dengar saja. Padahal, baru hari itu kau cerita tentang dea. Sebelum ini, aku cuma dengar-dengar cerita. Datang dari mulut kau, tiba-tiba kau sudah dikecewa. Aku simpati juga, tapi simpati yang biasa-biasa. Sabarlah, mungkin bukan jodoh kau dengan dea. Kita pun teruskan lepak macam biasa. Mujurlah, aku tengok kau maseh ada gembira. Tapi aku tak tahu. Mungkin kau pandai sembunyikan rasa. Tak apa lah. Waktu tu, antara kita pun bukan siapa-siapa. Kita berempat cuma kawan lepak sekali-sekala. Jadi, aku tak tahu cerita kau sedalam-dalamnya. Dalam kau sedang bersedih, kita lepak je macam biasa, dengan yang laen juga.

Sampai satu hari, kau ajak aku lepak berdua. Jom teman aku makan, kau kata. Disebabkan malam tu aku tak ada buat apa-apa, aku setuju je. Walaupun aku rasa agak janggal juga. Biasanya, kalau kita lepak pun dengan kawan yang lagi dua. Tapi aku fikir, sekadar teman kau makan, apa salahnya? Dan detik itulah, kau mula luahkan rasa, dalam gurau senda. Aku? Tergamam pun ada. Dalam diam-diam, kau ada hati dengan aku rupanya. Lepas tu aku ketawa. Kau ni, kelakar juga. Tapi sebenarnya, hati aku, agak gembira. Entahlah, dalam diam-diam, rupanya kita menyimpan sedikit rasa. Padahal, selama ni kau lebih rapat dengan mereka berdua. Aku, macam tiada walaupun aku sebenarnya ada. 

Balek berjumpa, aku cerita pada dea, kawan kita. Dan balas dea, Aku cakap dengan kau, kau jangan marah aku ey Liyaa? Apa dea? Sebenarnya, aku dah tahu. Hah? Macam mana kau tahu? Dea dah beritahu aku lama. Masa tu kita orang deal nak beritahu siapa yang kita orang suka, tapi janji simpan rahsia. Then? Dea beritahu, aku suka Liyaa. Aku diam seketika. Kau ingat, ada satu hari kau datang kelas lewat? Masa kau datang, dalam diam-diam aku ejek-ejek dea. Nampak kau, terus muka dea ceria. Aku senyum. Kau ingat, balek daripada kelas tu aku ajak kau ambil gambar berdua? Yurp! Untuk apa? Itu sebenarnya dea yang minta. Dan malam tu, aku tersenyum juga sampai ke telinga.


**************


Namun, bukan semudah itu hati terbuka. Bukan semudah itu aku membalas rasa. Bukan semudah itu bermulanya sebuah cerita dan centa. Aku rasa, aku belum sedia untuk terima dea. Aku tak boleh kut untuk terima dea. Or aku belum boleh, mungkin. At least, bukan waktu itu. Suka tak semestinya centa kan? Senang tak semestinya boleh bersama kan? In fact, suka tak semestinya akan suka selama-lamanya kan? Mungkin suka itu sekadar suka-suka kan? Suka, tak semestinya perlu dibalas kan? Aku juga ada rasa suka, cuma... Lepas aku fikir dalam-dalam, aku beritahu dea. Aku ada minat someone. In fact, hati aku dah ada seseorang. Boleh tak kalau kita cuma kekal sekadar kawan? 


Malam itu, sudah lebih kurang sedekad yang lalu. Walau malam itu bukan permulaan sebuah cerita. Sekurang-kurangnya ia tetap sebuah memori yang pernah tercipta. Walau pada awalnya aku tak pernah terima. Cerita yang tak bermula, tak berakhir begitu saja. Walau kita pernah cuba dan pernah gagal di satu masa. Namun akhirnya kita diketemukan semula. Walau hati cuba menafi dan melawan rasa. Akhirnya aku akur jua. Tak guna aku asyik tutup mata. Sedangkan keikhlasan dan kejujuran kau aku dah tak perlu curiga. Lantas kita disatu saat kau lafaz Aku Terima Nikahnya. Selamat Anniversary yang KETIGA buat kita berdua. Semoga kau centakan aku sampai bila-bila. Moga-moga :D

 
Yeyyy! Dah Tiga Tahun Kawen! :))


Love & Sincere,

82 comments:

  1. pehhh..aku sampai lupa nak amik nombor..punya la ralit baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 aku baca tadi, aku ingatkan 'dia' tu perempuan..sebab kau mention sekelas kan..so bila perenggan kelima baru aku dapat tangkap dia tu lelaki..

      masa perenggan 2nd last..aku ingat cerita tu tamat macam tu jer..kot2 la centa zaman muda2..kot2 kau saje2 imbas kenangan lama..then masa perenggan last, untuk Mf rupanya..tak pasal2 aku baca balik drpd mula..hahaha

      Delete
    2. Berapa kali kau ulang baca? :|

      Delete
    3. Ulang la lagi :))
      Ulang la..Ulang laa....

      Delete
    4. H, ralit pun kau tetap di tempat yg pertama. Hahaha!

      Err, kau ingat aku masuk IPT pompuan ke? Sampai member sekelas aku kau leh terpikir pompuan je. Tp bagus gak kau pikir camtu. Suspen jadinya cite aku ni kan? Kehkeh! Ya, entry ini untuk Mf sebenarnya. Tajuk entry pun puas aku cari taknak kasi pembaca dpt teka awal2 psl apa :P

      Delete
  2. Cop tempat :|
    Aku nak siapkan menaip, japgi aku baca..Kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyiknya kau baca...Happy anniversary kaka liyaa...Tahniah:)
      Rasa macam nak kawen pulak baca entri kau ni..Kehkehkeh...

      Delete
    2. Thanks, Syidaa! :D

      Alhamdulillah, akhirnya terbukak jugak hati kau nak kawen ngan Fik, Syida. Terkesan jugak entry aku ni pada kau ya? Mesti nafsu kau terus bergelora. Kahkah! Aku rasa Fik kena berterima kaseh ngan aku ni. Hahaha!

      Delete
    3. komen diharamkan untuk bacaan budak bawah umur :|

      Delete
    4. Kahkahkah! Aku rasa aku je berhak untuk tentukan halal haram komen dalam belog ni. Mwehehe :P

      Delete
  3. happy anniversary dear. semoga kekal sampai syurga ya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Time kaseh, Oshinz. Semuga Oshinz pun sama. Bahagia hingga ke syurga bersama si dea :D

      Delete
  4. sedekad dah?lama dah tu..sebaya ngan kete bapak aku dah :D alhamdulillah aku harap bukan hanya sedekad, tapi berdekad2 mungkin berabad2 *tu pon kalau korang spesis kura2 galapagos :P

    p/s : elleh takut nak komen konon bueekkk!!!kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah! Aku nak tumpang tanya, kura2 galapagos tu boleh sampai bape abad umurnya? Memang pengkaji haiwan tegar la kau ni kan? Kahkahkah!

      Err mau tak takut. Ngeeee :P

      Delete
  5. Suwwwit la kak. ya Allah, nak macam ni jugak ! huhu. semoga berbahgia selamanya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err alamak! Macam malu pulak baca komen Sheda ni. Hahaha! Sume org yg bercenta tu mesti la ada sweetnya, kan Sheda? Hehehe. Time kaseh banyak2 :D

      Delete
  6. hepi anniversary makcik...jeles ko leh citer2 kesah cinta ni..aku mmg tak leh la..tapi aku ade pertanyaan skit la..ko asal kenal laki ko cam kawan2 je kan..masa tu mesti ko berbahasa kau aku ye dak?tak tau la kalau ko skema bersaya awak..haha..so kalau ko ber kau aku..pas kawen kau berubah ke panggilan tu atau kekal biasa je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah lama nak tulis entri pasal yang aku tny ko ni..baru teringat balik..ok choww..hehe..

      Delete
    2. Kau takleh cite sbb kau rasa benda tu too personal kan? Kau penah cakap dulu. Hehehe. Takpe la Pakcik. Kesah centa ni yg penting berdua Suami Isteri je tau, tu pun dah cukup kan? Tak perlu heboh satu dunia. Eh, tetiba aku terkutuk diri sendiri pulak. Ahaha!

      Soalan kau tu, aku nak jawab panjang sebenanye, tp macam over pulak. So, jawapan pendek aku, aku dah tukar. Saje aku still gunakan aku, kau dlm entry ni sampai abes, mengimbas zaman2 masa member biasa dulu. In fact, bahasa aku, kau antara aku ngan laki aku tu terasa sgt bermakna sebenarnya. Sbb kitorg lebih lama gunakan aku, kau berbanding kata ganti diri sekarang. Plus, kalau aku guna kata ganti diri sekarang, aku takut kau or sape2 boleh muntah baca entry ni sampai ending. Kahkahkah!

      Delete
    3. Ohh, lupa la Pakcik! Time kaseh ucapan. Hehehe. Aku sebenanye nak cakap, soalan kau tu buat aku rasa baru kali ni kau menghayati entry aku betul2. Even kenyataannya takde r camtu pun kan? Ahaha!

      Aku pun sebenanye dah lama ada nak tulis entry psl yg kau tanya tu tp tak pernah terlaksana. Takpe la, kau go dulu, Pakcik! :D

      *Nampak tak, sebenanye panjang aku nak balas komen kau. Tu pun aku dah byk cut short -_-

      Delete
    4. aku menghayati ok entri ko ni..tapi blom habis baca pon aku dah agak ni mesti anniversary..haha..ternyata betul..

      Delete
    5. Kau dah kawen, so skali baca pun mesti kau dah leh teka. Or maybe, kau dah kenal aku & tau cite aku serba sedikit kut. So, tune aku tulis drpd 1st paragraph tu pun dah dpt agak ek Pakcik? Hahaha! Tahniah Pakcik sebab betul :P

      Delete
  7. Happy Anniversary Kakak!! ralit kita baca penuh rasa. kisah cinta indah kamu berdua. harap bahagia selalu senantiasa. meniti hari2 mendatang dengan penuh ceria. moga-moga Kakak. mohon pada-Nya. InsyaAllah.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Aien. Time kaseh banyak2 atas ucapan dan segala harapan. Hehehe. Err nak kata indah tu, tak pasti laa. Indah bila dikenang2 je kut. Masa lalui tu biasa je. Sbb member biasa kan? Hahaha! :P

      Tapi bila dah kawen, and then terkenang balek. Of course jadinya sgt2 indah :D

      Delete
  8. kak liyaa...aci tak cop tempat dulu..hoho.. nanti datang blek :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ting tong!

      Err Missha, nombor Missha dah keluar tu -_-

      Delete
    2. i.m back..haha :D

      Happy anniversry..*walaupun macam dah lambat gila. *

      Smoga bahagia sampai syurga :D

      Delete
    3. It's okeyyy! Hehehe. Thanks ya, Missha! Harap2nya pun macam tu :D

      Delete
  9. tiga tahun dah? tua dah ko rupe nye makcik.. waah.. kire last bertemu jodoh ngan member sekelas r ni.. tahniah2.. sweet gak cite ko zaman studi dulu.. kemain rendah diri lagi ayat.. tapi kalau dah jodoh kan.. last2 jumpe gak.. husband ko hantar g puduraye naik motor eh mase tu? =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kau tak abes2 nak kata aku tua kan? Still tak puas hati gak tu. Ahaha! Err yg mana rendah diri? Tak pasan lak aku. Sbb aku mmg naturally rendah diri kut. Kehkeh!

      Err camne kau leh tanya psl soalan last tu? Unexpectable <-- Err ada ke perkataan ni? Tapi jawapannya, yes naek motor. Maybe kau kaitkan ngan perenggan 3 ey? Masa tu 1st sem kat IPT kan? Ada motor pun tyme tu dah cukup kaya kut. Nampak tak sifat materialistik aku kat situ? Pandai aku pilih kawan kan? Ahaha! :P

      Delete
  10. da 3tahun berkawin? tahniah,,jue da 3 tahun bercenta2..akhirnya dia pergi juga,,,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Jue! :D

      Ohh, takziah <-- Erk? Boleh ke ucap camni? Takpe? Nanti sampai masa mesti Jue jumpa gak jodoh yg sebenar. Sabar menanti ya? :D

      Delete
    2. hahaah ngam la takziah...
      tula menanti je..mana tau anak raja nak masuk meminang..kikiki perasan

      Delete
  11. yeayy hapy anniversary AKAK LYAAAA
    hahahaha

    Jue sabar okay Na 1st love - 6tahun
    2nd love 5tahun
    2-2 pun xde jodoh lagi kesian ;)
    tu yg x kawen sampai skrng hhahahha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Anniversary je ke Na? Hadiah takde? Ahaha!

      Err Na ni start bercenta drpd umur bape? -_-

      Hakhak!

      Delete
    2. Na kecik2 da miang da Lyaa nak wat camne hahahha ;D

      hadiah collect kat counter H lokay..
      we share ;))

      Delete
    3. Dah agak dah Na macam tu. Tengok Na punya over pun dah tau. Ahaha! Miang ey? Meh sini nak tolong garu :P

      Err sebarang urusan tuntutan mesti kat Kaunter H ke? Kena tunjuk resit bukti pembelian tak? Eh, untuk kes ni, bukti pernikahan laa. Kena tak? :D

      Delete
    4. haha lagi sedih cerita na..kikiki .miang ye...

      Delete
  12. wah.. dah 3 thun yer.. happy anniversary..
    happy always.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp2! Thank youuu. Insyaallah happy always. Hehehe :D

      Delete
  13. gua tak puas membaca..gua tak puasssssssssssss
    makcik.kenapa susunan ayat lu sedap dibaca eh?

    kenapa?

    dan kenapa cerita lu berakhir semudah ini eh?gua mahu baca lebih lagi.mahuuuuuuuuuuuuuu.sambungan di entry ke 4 lak ke untuk 2003 dan ++. HAHA.

    baca cerita lu bagai gua ada di dalam.macam gua terintai-intai lu dan sidia dan yang lain-lain juga.serius gua sedap baca penulisan lu.

    bila nak siap novel makcik?gua mahu beli senaskah.itu janji gua dekat lu walaupun dalam hidup gua tak pernahnya gua miliki apa-apa novel.

    semoga kekal bahagia na Makcik.hingga sedutan nafas terakhir..gua ulangi..'sedutan' napas na Makck..'sedutan' napas.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasa feeling2 tak kau baca? Kahkahkah! Err request kau tu dah macam respon laki aku semalam lepas baca entry ni. Laaa kenapa terus jump part kawen? Ingatkan nak cite satu2 details dari tahun ke tahun then sampai kawen? Fuhhhh gila?? Nak suh entry ni panjang sampai mana? Aku balas camtu jee. Hahaha!

      Ini sedikit sebanyak penuhi request kau suatu masa dulu. Mintak aku cerita benda2 alah gini. Hehehe. Dan aku cuba penuhinya, eventhough tak memberi apa2 tips pun untuk kau sebagaimana yg kau expect tu. Hahaha! Part sambungan? Err dalam pertimbangan. Tengok la camne. Bukan sng nak betul2 dapat mood nak cite benda gini. Kang org baca org muntah, sape nak jawab? This tyme anniversary, kasik chance la kannn? :P

      Kau memang sengaja kan nak kasik aku speechless dan di awang2an bila komen gitu? Perenggan 2nd last komen tuu, rasa nak terbang aku baca. Hahaha!

      Dan kenapa mesti kau ulang perkataan sedutan banyak kali? Kenapa? Kenapaaaa??

      Delete
  14. erk..gua risau lu ke laut..bila gua sebut part sedut..erk..ke gua yang kelaut nih?.hais.perangkat betul soalan kenapa tu.HAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kelaut tu mungkin gak. Sbb aku teringatkan siput sedut. Kau nye kelaut aku rasa laen macam sket. Kes agak bahaya dan mengcuriouskan. Err, mengcuriouskan?

      Aku rasa mungkin kena tukar soalan kenapa kepada bagaimana. Arghhh! Lagi kelaut nanti jadiknya. Dah2, diam! :P

      Delete
  15. adehh.. sweet pulak aku baca kisah ko ni Liyaa... aku jugak la yg forever alone.. weeewww~

    nampaknya memang kuat jodoh korang.. balik2 , memang ngan dia... hahahaha.. tahniah kakak :) hope ko bahagia selama-lamanya...

    panjang jugak entry ni.. tapi best je aku baca.. kenapa banyak sgt ehh entry yg aku baca lately dlm bentuk cerita ? aku pun sama up entry dlm bntuk cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde maknanya forever alone Payeh! Kau budak skola je kut. Mengadap buku je cukup laa. Takyah nak pikir kapel2 bagai ni. Aku dulu tyme skola pun single je takde pikir forever alone pun. Hahahah!

      Kuat tak kuat tu aku taktau laa. Tp yg konfemnya mmg dea la jodoh aku. Terbukti dah pun. Ahaha! Tapi mmg pun, tereject, terduga, terpisah camne pun, mesti dea cari aku semula. So in the end aku dah tak mampu sangkal apa2. Mmg jodoh aku ngan dea. Err kira kuat la tu ek? Heheh :P

      Nampak sgt entry aku yg laen kau tak best baca kan Payeh? Sbb yg laen pun panjang2. Ahhh! Sentappp. Kahkahkah!

      Delete
    2. kehkehkeh.. makcik ni.. aku baru je nak feelinf forever alone tu haa... memang keje aku skang ni ngadap buku pun.. attend class.. siapkan keje skola... tgok cite korea... mana sempat aku nak berchenta ni haa.. lagipun, single lah yg plg best skang ni... bahagia je hidup aku.. wahahaha

      yg laen best tapi aku x ckp.. yg ni best and aku ckp.. tu je beza.. maybe sbb ni dlm bntuk novel kot... romantik gituu.. muhun Liyaa Mf karang novel dengan segera :|

      panjang mana pun entry ko, aku baca...

      Delete
    3. *feeling

      takkan aku nak puji je memanjang kan.. nanti riak pulak.. puji sekali sekala cukup laa... :P

      Delete
    4. Err kau ni. Aku memaen jek r cakap camtu. Aku manede sentap pape pun. Hahahah. Saje je nak kasi kau terkemut2 rasa serba salah sebab terlepas cakap ayat camtu :P

      Aku tak mintak dipuji pun. Memaen je. Aku paham laa, kau bizi. Grrrrr

      Delete
    5. kehkehkeh.. lek ahh kakak.. adik pun nak gurau ni...

      tanak kena puji ? alaa.. dah majuk ke ni?

      Delete
    6. Erkkk! Majuk apanya Payeh? Aku nak majuk sebab apa lak ni? Hahaha! Kau ni concern betul ngan sensitivity perasaan aku kan? Drpd dulu aku pasan. Weeee, so sweeeet r Pated :P

      Alang2 kau dah kata aku majuk, okeyy nak majuk laa. Nak pujuk kau kena la bagi something kan? Yes2, amek kesempatan! :P

      Delete
    7. Caittt... aku memang concern orang nya Liyaa... hahahaha.. tak caye, tanye H... aku punya tahap concern kalah Syida tu haa... btw, aku memang sweet.. aku tahu.. ramai dah cakap mcm tu.. :P

      Grr! buli budak sekolah... nak kena rotan ke ? kakak nak hadiah ape ? meh nak kasi..

      Delete
    8. Aaaaa kau tak menyesal ke tanya ni? Betul nak aku jawab? Haish! Malu la Payeh :P

      Delete
  16. happy anivesarry Liyaa.. apa plan sempena anivesary kali ni? honeymoon kemana2 skali lagi..? hihi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ya, 4feet8! :D

      Anniversary kali ni macam takde plan apa2. Maybe postpone untuk laen tahun kut. Ahaha! Bergantung rezeki, tengok la macam mana nanti. Hehehe :D

      Delete
  17. romantiknya... happy anniversary akak! Semoga rumahtangga akak bahagia selalu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap org bercenta/kawen tu siket sebanyak mesti r ada romantiknya. Tak romantik pun bebuat je romantik. Ahaha! Thanks ya, Ain! Insyaallah Aminnn :D

      Delete
  18. yay romantiknya...moga smpai syurga ya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Malu pulak bila org asyik cakap romantik ni. Erkkk! Okeyyy, time kasehhh :D

      Delete
  19. Happy anniversary ke-3 liyaa. Susah woo nak eja "anniversary". Lol. macam baca novel lak rasa, "jika dah jodoh tak kemana". semoga berkekalan dan lagi satu, minta H ulang baca entri ni sampai 28 kali sebagai hadiah. harhar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...kenapa aku?? grrrrrrrrrrr

      Delete
    2. Hahaha! Thanks, Apple! Aku pun asyik check ejaan "anniversary" banyak kali. Siap check kat google translate nak make sure betul2. Kut2 salah kang kena tegur ngan Cekgu H pulak. Cekgu ejaan. Hahahah!

      Err kasi la tajuk novel yg best sket, Apple. "Jika ada jodoh tak kemana" tu cliche sgt. Erk! Demand lak. Bajet cerita aku macam novel betul. Perasan. Kahkah!

      Err pertanyaan H menandakan dea tak sudi nak bagi apa2 hadiah pada aku =__=

      Delete
  20. hehe,,,selamat ulangtahun kepada kamu..semoga berbahagia k:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Thank you. Memang harapnya pun begitu :D

      Delete

  21. Selamat ulangtahun kak liyaa~ Semoga kekal untuk bertahun tahun tahun akan datang! Hehe :DD

    Comel ah kisah ni. Ada sambungan tak? Kot nak kupas lebih ke? Hiks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ya, Ninja! Sambungan? Err Tengok la nanti macam mana. Dalam pertimbangan agaknya. Hahaha! Hamboi. Kupas lebih ek? :P

      Delete
  22. 2001? sy bru drjh 5.. aiseh, tba2 teringt knangan zmn dulu kala.. hahahah... hepi aniversary kak liyaaaa... :) semoga kekal smpai syurga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Darjah 5? Hingusan lagi Emma masa tu :P

      Thanks, Emma! Insyaallah. Begitulah harapnya :D

      Delete
  23. selamat ulang tahun perkahwinan..semoga kekal bahagia ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ya, Puteri! Insyaallah kekal bahagia jika takdirnya begitu. Moga2. Aminnn :D

      Delete
  24. happy anniversary sis.. moga kekal slamnya... macam lagu harimau melaya..selama harimau melaya..!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Thanks, Domu! Apa pulak samakan dengan Harimau Malaya? Mentang2 musim bola. Pun boleh lah. Hahaha!

      Delete
  25. sorii... aku tertinggal ketapi.. owez like dat.. nyampah.. hepi anniversary makcik.. aku doakan next anniversary sambut bertiga pulak.. kikiki..

    ReplyDelete
  26. eh eh aku rasa macam dah komen..sebab aku dah komen, so aku mintak ko tuju lagu je la boleh?

    aku nak mintak lagu iklan kolget versi akustik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb kau yg mintak, so jawapannya tak boleh. Hahaha!

      Delete
  27. sweetnya liyaa!!! :) aku pn nk buat entri mcm ko la.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Apa yang sweetnya Liza? Kau macam la tak kenal sape watak dalam cite ni. Hahaha!

      Buat laaa. Nanti aku lak nak baca :P

      Delete
  28. wahhhhhhhhhhh bestnya da kawen. kite pon nak kawen gak hehehhe *gatal*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Cepat2 masuk meminang boyfriend! Eh? Hahaha!

      Delete

Shout Your Quotes