28 Dec 2012

LMS


Dear my Lovepediary,


Aku memang sebuk gila sejak akhir-akhir ni. Malas sebenarnya nak mentioned banyak kali yang aku busy. Cuma terasa serba salah bila banyak entry yang aku tertinggal untuk komen. Banyak lawatan tapak ke belog aku ni yang aku tak sempat nak balas lagi. Mungkin aku perlukan masa lagi dua minggu, mungkin. So, harap kenyataan satu perenggan ni berjaya buat kalian semua faham. Belog-belog dalam beloglist aku pun tak sempat lagi aku nak cover semuanya. Apa lagi mereka-mereka yang baru-baru ini datang. Sorry. Tapi dalam dua minggu lagi baru aku datang belog kau orang, entah-entah kau orang dah tak kenal. Tak apa. Aku redha je kut -_- Certain belog je yang sempat aku cover. Kalau nak ikut konsep Capital-List Encek H, kiranya dia orang ni golongan Generasi #1 la dalam belog aku. Kut. So, tak salah kan kalau aku utamakan dia orang? :D Aku datang komen walaupun dah agak lambat, dan sendiri consider hutang-hutang komen kat entry lama consider langsai :P Lepas ni bergantung pada tahap busy aku macam mana.

Bercerita tentang topik LMS. Seperti sedia maklum, aku ni memang seorang yang suka komen lebih muka surat dalam kebanyakan entry kau orang. Err yang tak lebih muka surat tu kira special case la sebab aku tak over kepochi sangat macam watak aku dalam mimpi Jna. (Grrrrr. Macam mana boleh mimpi aku kepochi sedangkan realitynya aku sopan okeyyy!) Sebab aku ni memang seorang yang macam friendly bila berbual dengan perkataan. Err berbual dengan perkataan? Maksudnya dengan menulis la bukan guna mulut. Mungkin lebih tepat berbual melalui tulisan berbanding bercakap -_- Contohnya, chatting, texting (sms) atau bagi komen dalam belog. Nampak sangat aku bersungguh bila berbual kan? Bila komen dalam belog, nampak sangat aku bersungguh bagi respond pada entry kau orang kan? Sebenarnya, in reality, certain situation and dengan certain people memang aku macam tu. Dah la aku jenis cakap laju, kadang-kadang (selalu sebenarnya) high volume, lepas tu over expression. Tapi itu cuma dengan orang yang aku betul-betul rapat rasanya.

So, secara mudahnya, bila bersms pun aku memang suka reply, panjang. Err maksudnya jarang-jarang aku cuma reply dengan short message. Biasanya bila someone tu sms, aku mesti akan reply dengan beberapa ayat walaupun boleh je bagi jawapan yang simple dan straight to the point. (Tu bukan bersungguh tu, tu ikhlas -_-) Sebab aku rasa janggal dan serba salah untuk reply cuma dengan satu or dua perkataan je. Kecuali dalam dua situasi je. Pertama, aku sms dengan orang penting dan sebuk, means sms formal. Kedua, memang jawapan untuk benda tu perlu jawab pendek dan aku tak ada apa nak dicakapkan selaen benda yang dalam sms tu je. Err ada situasi ketiga. Ketiga, dah pasti aku akan cuma jawab pendek-pendek bila orang yang sms tu aku malas nak layan :P Dipendekkan cerita, kalau dalam belog pun aku selalu komen lebih muka surat, dah menjadi kebiasaan juga bagi aku untuk sms lebih muka surat. Cuma aku lupa. Bezanya, komen dalam belog ni free, tak ada charge. Kalau sms, jangan harap Maxis nak consider halal dengan aku =_=

Belum tersampai lagi message sebenar entry aku ni -_-" Baru-baru ni ataupun dah lama sebenarnya, aku sangat musykil dengan bil Maxis aku yang biasanya mencecah lebih RM100. Kalau nak diikutkan, aku yang tak bekerja ni, siapa sangatlah yang aku call if nak compare dengan masa aku bekerja dulu? Masa kerja dulu laenlah. Memang sana sini aku call untuk berurusan. Tapi setakat jadi full tyme student dan full tyme housewyfe ni, jarang-jarang rasanya aku buat panggilan. Jarang-jarang means tak banyak la. Lagipun biasanya aku memang prefer sms daripada call, kecuali kalau dalam situasi terpaksa juga call. Lagipun, kan aku lebih pemarah peramah bila menulis or menaep berbanding bercakap :D Kendian, siasat punya siasat. Lepas mintak Maxis itemized billing bagai, baru tahu selama ni bil aku tinggi bukanlah sebab banyak buat panggilan, tapi sebab sms. Rasa macam tak boleh terima =_= Kalau tengok daripada bil bulan lepas, call baru RM19.19 je, tapi sms sampai RM85.60 -_- Total number of sms 73 + 265 + 458 = 796 sms -_-" Banyak ke tak? Kau orang punya?

Aku syak, yang buatkan banyak tu sebab aku selalu reply panjang-panjang. So, sekali sms je mungkin dah charge macam 2 hingga 3 sms. Kan dah membazir kat situ. Selama ni rasa aku tak rugi apa-apa pun setakat nak taep sms panjang-panjang ni. Janji apa yang aku cuba sampaikan, tersampai. Tapi sekarang aku dah tau dah kesannya kat mana. Kebetulan pulak baru-baru ni ada dua orang blogger yang saje-saje nak menganjing aku pasal habit aku yang suka komen panjang ni. So, memang aku tengah insaf sekejap la sekarang ni. Sebab tu aku cakap aku akan try komen pendek. Aku try tak semestinya berjaya buat :P Walaupun komen kat belog ni free je, tak ada kena charge apa-apa, tapi aku cuma nak berlatih tulis dan taep pendek-pendek. Perlu ek berlatih? #_# Dan mulai sekarang sebarang sms aku nak jawab ringkas-ringkas je. Berlatih jugak guna short form yang selama ni jarang-jarang aku applykan. Certain words je aku shortform kan, tapi mostly aku mesti taep full ejaan #_# Kalau perlu, sms tu aku tak payah reply terus. Reply dalam hati je. Hakhakhak! :P

Padahal aku rasa dah banyak aku jimatkan bilamana aku dah tak bergosip guna sms. Tak puas. Kena chatting terus :P

Sebenarnya aku nak final exam ni. Perlu ke aku attach jadual aku macam semester LALU untuk kau orang tahu? Heheh.


Love & Sincere,

103 comments:

  1. Replies
    1. fuh..berjaya baca dalam sekali lalu..biasanya sy terpaksa dtg byk kali utk baca perenggan seterusnya..ekeke(mode berterusterang). bil celcom yg smpi kat umah tak detail,la. dia bg bil semata-mata, takde pula tulis panggilan ke no mana..sy mula perasan tahun ni..sblm ni bil itemize. ni nak kena tanya sha nih..
      eh..exam ya.. bape lama exam? gudluck ya liyaa.. ;)

      Delete
    2. sama la..aku mula2 pun ingatkan LMS tu lebih muka surat..hahaha

      Delete
    3. oh? eh..? hehe..jarang guna shortform bila sms. jadi tak dapat tangkap LMS=lebih muka surat. terima kasih Syida, H. ;)

      Delete
    4. erkk..sebenarnya LMS tu long message system la..hehehe

      Delete
    5. Rajennya Ha! Siap boleh dtg lagi untuk sambung baca perenggan seterusnya. Terharu seh! Hahaha. Liya pun baru kali ni ada itemized bill. Tp tu pun tak puas hati rasa dea kira sms tu macam tak betul je. Rasa nak suh dea detailkan jugak setiap sms tu ke no mana. Heheh!

      Thanks, Ha! Tolong doakan yang terbaek ya! Exam 2-12Jan. Nak exam tapi belum sempat study lagi ni -_-

      Delete
    6. Ohh ya! LMS = Long Message System / Long Message Service kut. Tapi Lebih Muka Surat pun boleh. Dalam Bahasa Melayunya.

      Kahkah! :P

      Delete
    7. Aku dah gugel translate siap2 sbb tu dapat lebih muka surat..Kahakkah..

      Delete
    8. Ahhh! Tipu lah Syidaaa! Cakap je la kau pun salah paham :P

      Delete
  2. Replies
    1. hahaha.. heehehe.. hihihi.. hohoh.. huhuu..
      ok cukup AEIOU ;P

      Delete
    2. aku kan, masa mula2 baca entry ni, aku dok fikir la apa makna LMS..aku ingatkan LMS tu kau refer pada Lebih Muka Surat..hahaha

      bila kat tengah2 entry tadi, baru aku terfikir pasal SMS dgn LMS..consider lembs ke ni? grrrr

      aku dulu pernah guna postpaid..celcom la..tapi aku lagi prefer call berbanding sms..alasannya kau pun tahu kot..kahkah..so memang betul, bil boleh lebih rm100..sms memang la 15sen..tapi kalau 100sms dah jadi rm15..banyak tu bila imagine bahawa text yg kita taip seringkas-ringkas berharga rm15..:D

      Delete
    3. Aku masa mula2 nak buat entry ni igtkan nak explain maksud LMS tu kat mana2 perenggan. Last2 dah jadik panjang sangat taktau nak selitkan kat mana. Hahaha! Tapi serius aku tak terpikir langsung LMS tu Lebih Muka Surat. Kahkah! Kebetulan lak kena. Serius aku sendiri tak terpikir :D

      Aku prefer sms sbb malas nak bercakap. Heh! Rugi kannn? Pastu aku pasan asal skang 1 sms tu boleh taep sket je? Baru taep baris ke 5 dah jadik 2 sms. Grrrr. Ke memang dari dulu camtu? Bukan dulu panjang siket ke? Heheh :D

      Delete
    4. aku pun prasan gak! maken pendek skang ni! grrr. saje je.cekik darah betol..

      Delete
    5. Haaaaaa kannn? Aku ingat aku je pasan. Grrrr. Patut la bil aku tinggi :-w

      Delete
  3. Replies
    1. Liyaa, aku pun exam minggu depan tapi kenapa aku tak busy mcm kau? Kehkehkeh..
      Kau macam aku la kalau msg msti susah nak guna shortform tp aku dah applykan dah balas msg dalam hati..Ada lagi satu kau boleh guna, bila org msg kau balas kat msg fb..Kehkehkeh...Kawan aku menyirap je dengan aku...
      Err, tapi kau punya msg memang byk...Bg aku msg panjang2 tak membazir berbanding msg sepatah2..Lagi la rugi, kalau setakat balas ok atau yang worse lagi K je padahal charge dia tetap kira 1sms..

      Kau paham tak apa yg aku merepek? Aku malas nak baca balik n betulkn ayat dah..Aku nak buat2 bizi jugak sebab exam minggu depan..Kehkehkeh...Goodluck liyaa! Dean list tau! :)

      Delete
    2. Syida, aku memang nak exam. Tapi aku belum bizi exam pun. Aku bizi setelkan assignment nak anta b4 exam. Belambak! Grrrr. Menyirap betul aku ngan lecturer2 ni. Kehkeh!

      Kalau msg fb kan msg tu lambat sampai. Aku ni jenis nak dpt info pantas. Nanti org buat kat aku camtu, aku lak yg menyirap balek. Hahaha! Sebenarnya tak membazir Syida kalau guna sepenuhnya 1 page sms tu. Tp kalau dah jadik berpage2 agak bazir laa. Lagi2 kalau bil dah macam aku tu -_- Tapi kalau takat balas K tu memang takleh sangkal. Paling membazir. Hahaha!

      Gudluck gak Syida! Aku dah tak semangat nak dpt dean list. Sbb last sem dah spoil. Lagi 0.03 je -_- Dpt sem ni pun, dah tak cantek la tak dean list every sem. Cehh. Padahal tak tentu lagi sem ni aku leh dapat. Kahkahkah! :P

      Delete
    3. Thanks..Aku pun sebenarnya banyak assgment nak kena setel tapi masalahnya bila on je lappy dah jadi bukan2 asgment ntah kemana..Grrr!

      Aku pun gerammmm je kat lecturers aku..Bagi asgment macam aku tak ada tanggungjawab lain..Fb aku sape nak tlg updatekan?
      Blog lagi takkan nak dibiarkan sepi..Kawan2 update aku nak kena komen lagi..Tapi lecturers aku taknak faham! Geram betul aku!!!
      Kehkehekeh.. Emosi pulak..

      Aku dah kena basuh dengan bini abah sem lepas, tapi sem ni berani lagi main2...Cis! Degil betul aku ni..
      Kalau aku dapat dean list aku open table!! Wahahahaha...

      Delete
    4. Aku doakan kau dapat dean list supaya kau leh open table. Steak ke Steamboat Syida? Hahaha! :D

      Delete
  4. gud luck student!! hahaha. eh, kalau Liyaa comment kat belog kite, panjang-panjang macam selalu tu, kite tak kisah. lagi suka. sebab suka nak baca. ye la belog kite takde peminat. comment pun seciput..

    sama la kita, selalu sms je yang banyak. call ciput tet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Itu baru siket taw Oshinz. Yg selama ni komen kat entry Oshinz tu baru tajuk komen je, belum masuk isi dea lagi. Hahaha! Lagi banyak sms sebab malas la nak bercakap :P

      Oshinz, sory ya cuti dulu komen entry2 Oshinz. Heh! :D

      Delete
  5. sama macam H. ingatkan LMS tu lebih muka surat...rupa2nya LMS vs SMS tuh. haha. betul la kak...kita pun suka SMS pepanjang kadang jadi LMS dah kena charge lebih. kejap2 topup habis walaupun jaghang-jaghang call kalau takde benda penting. now dah tukau ke line pun jadi hal jugak...sedar2 dah over the limit. grrrr...silap sendiri. hahaha.


    kak...selamat maju jaya dengan exam ya. kita doakan dari jauh. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya LMS ni dah jadik macam kes entry Bundle pasal ABE Kelate tu. Hakhak! Tak sengaja pun nak mengelirukan, tapi ramai yg kompius rupanya. Sedangkan akak sendiri tak terpikir pun LMS tu short form utk Lebih Muka Surat :P

      Akak ingat memilih sms tu lebih menjimatkan. Rupanya lebih pembaziran. Ngah pikir camne nak kurangkan :D

      Thanks, Aien. Doakan dari jauh pun boleh. Sudi juga nak doakan. Alhamdulillah. Aminnn :D

      Delete
  6. Skg ni, sy mls nk tekan2 hp nk taip msg, malas r.. kalo kwn msg wish gudluck exam pn, sy bls thnx je.. keh3.. mls nk ucap balik.. xpn sy fowad je msg tu balik.. nak taip2 komen kt blog org pn sy blur nk jwp komen pe.. myb sbab dh nk exam kot.. otak dh blur dh.. haha.. gudluck exam sis! Sma2 la kita berperang eh.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Forward je balek? Hahaha! Ni terjangkit perangai malas H ke apa ni? :P

      Akak suka je bab2 menaep ni. Skali dah tekan kibod tak kira kibod hp ke kopid lappy, macam2 benda akak nak cakap. Tu yg malas nak start menaep tu. Ahaha! :D

      gudluck exam sis! Sma2 la kita berperang eh.. :D <-- Kopipes semula utk Emma sebab malas taep. Mwehehe :P

      Delete
    2. xde la, ni xd kna mngena ngn H, tolong jgn libatkan H dlm hal nih.. hahaha..

      rajinnya kak liya kopipes ayat sy tu.. :D terharu rsanya.. hehe..

      Delete
    3. Saje je kopipes sebab Emma kan suka men forward2 je. Kehkeh! Okeyy, yang ni betul2 ikhlas dari hati. Gud luck Emma! Semuga dapat jawab exam ngan cemerlang :D

      Baru pasan kat atas tu ada typo. Kibod lappy instead of *kopid* lappy. Jauhnya lari -_-

      Delete
  7. firstly, aku tak faham ngan tajuk. mende LMS? ke ko nak taip SMS tapi type kat situ? hmm.. aku pun suke reply mesej panjang2.. dan kadang kadang bile aku reply panjang dan orang balas pendek, aku consider dorang taknak mesej ngan aku.. boleh? tapi sepanjang panjang mesej aku, tak pernah kne sampai macam tu.. dahsyat tu weh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err aku tak sangka tajuk ni mengkompiuskan sebenarnya. LMS = Long Message System / Long Message Service kut. LMS opposite to SMS. Kan aku cite pasal aku taep SMS panjang. So dah tak jadik r SMS, jadik r LMS. Bukan direct je ke? Heheh :D

      Tapi kalau kau bersms ngan aku, konfem kut kau takleh lawan panjang sms aku. Hahaha! Tinggi kannn? Aku syak ada penipuan kat situ. Boleh tak aku pikir camtu? -_-

      Delete
    2. owh.. macam tu ke.. ok baru r aku faham.. time kasih r atas penerangan yang diberikan ye..

      Delete
    3. Erk! Camtu je ke kau dah tau? Aku ingat kau nak kata aku bijak ke kreatif ke. Takde takpe la. Huuu. Okey! Sama2 -_-

      Delete
  8. skang ni, aku slalu je mcg pnjg2... ejaan pun full.. maybe terpengaruh dgn blog... tapi bila fikir kan kredit and aku ni maseh budak.. aku ringkaskan sikit demi sdikit..

    aku ingatkan LMS tu something related ngan Liyaa... ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni bahaya ni Payeh. Sebab mudah terpengaruh. Kahkah! So bahaya kalau nak ajar kau unsur2 yang menjurus ke arah ERT. Tapi aku cekgu ERT kau. Haish! Makan gaji buta la aku jawabnya :P

      Biasanya aku pun jenis cuba ringkaskan sms aku tu. Tapi kadang still benda tu aku rasa penting nak ckp. & aku paling tak suka nak shortform yang pelik2 -_-

      Grrrr. LMS takde kena mengena ngan Liyaa :-w

      Delete
    2. erk.. pulak dah.. aku ni baik tau.. manade mudah terpengaruh.. alaa. ajar la lagi.. nak exam ni..

      H: ape ni buli kakak aku! grr!

      Delete
    3. Aku taknak nanti kau score subjek ERT je tapi subjek lelaen kau lalai. Wakaka!

      Delete
  9. tak suka sms dgn calling2, sebab charge nya mahal oh sekarang..pakai internet sudah..:p
    (nampak tak kedekut sgt, mentang2 internet kat cni free wahahaha)

    rasa mcm elok letak jadual exam..:) mana tau dgn doa bloggers dapat lulus dgn cemerlang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internet? Kat hp ke? Alahai macam sedih je dengar bg org yg takde internet kat hp ni. Hahaha! Kat umah de gak la leh on wireless. Tp malas r nanti bateri hp cepat je flat :P

      Err nak letak tp macam tak sempat je -_-" Miss M doakan je la okeyy even takde letak jadual. Heheh :D

      Delete
  10. dr komen kt blog pun memang boleh nmpk lya seorang yg peramah. ;)

    konfem la tu sekali hantar sampai 2,3 mesej sbb caj utk sms banyak kot. huhu.. selamat study lya. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 peramah kadang2 pemarah taw Chic Na. Hahaha! :P

      Itu laa. Pasni nak msg pendek2 je. Just jawab "K" or reply dalam hati je. Wakaka!

      Tengkiyu Chic Naaa :D

      Delete
    2. yeke.. blum pernah lg tgk liya memarah. hahaha..

      mesti org pelik & risau kalau liya reply pendek2. btul tak? hihihi.. ;)

      Delete
    3. Hahaha! Yang memarah tu memaen je Chic Na. Takkan dlm blog pun nak memarah. Hehe :P

      Err sebenanye tak la pelik sgt. Maybe org akan paham kut, if reply pendek tu maksudnya Liya bz. Heheh :D

      Delete
  11. sheda suka la akak komen panjang2, tu macam tunjuk akak memang appreciate entry ktorg. memang bersungguh nak bagi pendapat and memang sheda tahu akak ikhlas kan :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err aah. Ikhlas laa Sheda. Ikhlas dari lubuk hati. Heheh :D

      Delete
  12. time liya komen kat entri saya... oh bestnye.. pnjang berjela.. means like liya mmg baca betul2 apa yg sy tulis.. really appreciate it. thanks a lot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi la balasan untuk org yg tulis entry penpanjang cam Faie. Fuhh berpeluh baca taw masa tu. Hahaha! Tapi masa nak komen tu mmg kena scroll2 balek ke atas sbb byk point yg dah lupa :P

      Delete
  13. uhuiiiiiii
    mahalnya bil
    hohoho
    tapi macam den
    memang suka kalau boleh nak komen panjang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kan Hans? Takde ke org yg nak tolong bayarkan separuh? Heheh. Kekadang ada gak rasa nak komen panjang tp idea lak tak kuwa. Err. Hahaha!

      Delete
  14. Lepas baca komen komen atas ni, bru tahu apa maksud LMS. Hahaha. Gila rajin akak ni bersms. Sye matikan henfon terus. Angkat call pon malas, reply mesej pon malas. Lagi2 cuti macam ni. Hahaha. Berbaloi tak agaknya dapat mesej pepenjang and bil tinggi? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ninja takpe laa. Boleh dimaapkan sbb Ninja skola lagi. Kalau Cekgu H pun leh kompius apa lagi anak muridnya. Hahaha! Err off hp terus? Nanti susah la org nak carik. Akak ni org penting taw! Wakaka!

      Err macam tak berbaloi. Sbb tu rasa nak kurangkan -_-"

      Delete
  15. ala kak liyaa.. komen panjang tu dah sinonim ngan akak la :D hehe

    tapi, utk SMS, pendek pun takpe.. jimt2..hehe

    er.. missha sama macam adik nin.. sngt malas nk rep mesej..hehe..

    btw, gud luck exam :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya tak reti nak pendekkan camne Missha. Akak ni memang dah pesen suka menaep panjang. Hehehe. Ish, malas ya? Meh sini no hp Missha. Akak nak sms bebanyak bagi Missha rajen. Hahaha!

      Thanks, Missha! :D

      Delete
    2. sure akak nak? haha..

      takut nanti akak pula yg jadi malas sebab berjangkitt.. hehe

      Delete
    3. Err taknak2. Hahaha! Bukan sebab takut berjangkit. Tp sebab, err tu tak nampak tu bil dah tinggi kemaen? Nanti nak tambah sms ke Missha lagi. Hahaha! Kemaen melambung nanti -_-"

      Delete
  16. perhhhhhh siap mention Name Na tu yg tak tahan tu kekekek
    the best part siap ade bukti kukuh yg di attach kan skali hihih
    Lyaaa Na sentapp sbb Lyaa x letak name Na kat generasi-1 bak kata H kan???? sbb sampai skrng pun Lyaa x cmmnt blog Na (nampak x satu paksaan) HAHAHAHAH

    ANYWY!!!
    HPYYYY NEW YEARRRR AUNTY LYAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err err sory Na. Na kan muda tak layak masuk generasi satu. Gen 1 cuma untuk org2 tua je. Na muda, cantek, hot, takyah masuk gen 1 key? Hehehe *PujukkasiNacair* :P

      Nanti pas abes exam akak Liyaa komen pepenjang ya! Akak la bukan aunty. Grrrr

      Happy New Year too Jna! Bershuffle ke malam tadi? Bwahaha!

      Delete
    2. Tetap touchingggggggggggg

      Aunty Lyaa suka memainkn perasaan org muda!
      Eh tahun lepas is akak,
      This year aunty laaaa
      Hihihi

      Mlm td dok umah je Lyaa
      Good girl kn?

      Delete
    3. Good girl? Okeyy kasi chance kat Na puji diri sendiri @.@

      Hahaha!

      Delete
  17. nape kak? salah ke komen blog pnjg2? huhu. ni mesti kne bahan ngan kay kan? rileks lah. bile komen pnjg, nmpk ah akak btul2 ikhlas drop komen.

    akak, nape SMS punye caj bnyk sgt? kalau sy, mls btul nak taip pnjg2 (hp i mean), leceh. lebih baik kol, pantas! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err maybe tak la salah tapi macam over exposed je kat blog org laen. Ahaha! Kay Are salah sorang yg membahan. Ada sorang lagi. Rahsia :P Tapi takde terasa apa2 pun :D

      Banyak kan Aisya? Huuu. Akak depends. If panjang sgt prefer call. Tapi, if mampu taep memang taep. Sbb malas nak call, nanti kena bercakap. Hehehe

      Delete
  18. selalu ikut mood.
    benda serius,berjela. kalau tak "k" je
    hiks.


    hoi hoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboi. "K" tu menyombong bebenor. Malas nak layan lettew? Ahaha!

      Ohohoi :D

      Delete
  19. darpda entry2 liya memang nmpak ye liya suka menulis. err, tp sms je kot, banyak giler..hadoi, hehe. so, lepas ni sila praktis ckap pulak. #kang lepasni bil call pulak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. Rasa cam ruginya nak bayar mahal2 cuma disebabkan sms. Taknak praktis apa2. Nak praktis malas nak layan sebarang perbualan menggunakan hp. Jimat bil. Hehehe :P

      Delete
  20. wah liya. hang suka balas mesej pmjg2 na.. hehe. ni dua kali lima cam aku. hehe. btw aku nak wish happy new year kat hang. lately aku aku jrg bw. bz :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la. Rasa macam awkward bila nak reply pendek2. Macam sombong benor rasanya. Heheh! Kau pun 2x5 ke? Hahaha! Aku pun nak wish kat kau jugak la camtu. Happy New Year weyh! Err aku pun ngah bz ni. & dah lama gak kut tak gi blog kau. Pas exam aku gi. Janji :D

      Delete
  21. perghhh, panjang sangat kot mesej sampai kena charge macam tu sekali.. banyak sgt sgt charge mesej ei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. Rugi je. Pasni nak praktis jawab 'K' je. Org tanya apa pun jawapannya tetap 'K'. Heheh. Boleh tak camtu? :P

      Delete
  22. stadilah kakkkkkkk.
    btw all the best ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err err okeyy! Baekk Xila nak stadi lah ni. Err err gawangnya Xila =_=

      Thanks, Xila! :D

      Delete
    2. amboiii nampak nau kebizian dia... cayokk

      Delete
    3. Hahaha! Nampak ey Xila? Betul taw! Tak tipu memang bizi :P

      Delete
  23. good luck utk exam =)
    following you =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Eleea! Sory will visit you back after exam. Ecewahh London giteww :P

      Delete
  24. ok makcik..aku datang..saja je postpone taknak komen awl2 entri ko ni..kehkehkeh...kang tak komen ko taknak pulak singgah blog aku buat entri ye dak..hahahahah...

    tak tak kisah pon pasal bil ko tu makcik..memang patut la kene cas lebih sebab ko text panjang2..elok dari sms ko jadikan lms..cam email dah text ko tu..hahaha...

    apapon aku mmg excited dengan LM ko..tak kiah la ko tulis kutuk aku ke, bahan aku ke kalau kat entri2 aku tu..hahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tak ikhlas kan Pakcik? Komen entry aku sbb takut aku tak komen entry kau je. Aku dah lama tau dah entry aku memang menyeksakan kau. Hahaha! Takpe. Aku pasrah =_=

      Tyme taep tu aku mmg tak kesah tp tyme nak bayar bil aku kesah. Hahaha! Err kdg2 pernah gak aku nak komen pendek je kat entry kau tu. Tapi rasa cam pelik. Aku carik idea lagi. Pastu mesti terover panjang lak. Hahaha! Naseb baek kau tak kesah :D

      Delete
  25. pesen2 ko ni lebih dikenali sebagai adastismus kululumpus iaitu kematu jari2 tangan

    eh takpe la kalau ko balas pepanjang tapi mesti sian orang yang nak reply komen ko tu..perah otak cari idea dan isi2 penting dengan patah perkataan minimum 100 patah kata.

    agak2 bagi memudahkan semua pihak, ko kol je orang yang nak dikomen tu ko pon tak penat hahaha :D

    tapi aku suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang pakar pengkaji segala nama pesen kan? Pesen aku pun ada nama saintifiknya ek? Rupanya nama pasarnya cuma kematu jari2 tangan. Kahkahkah! Aku mmg sengaja nak seksa org yg baca sms aku tu. Biar dea semak karangan aku. Ada tak kesalahan tatabahasa? Kehkeh!

      Aku malas nak call. Malas nak bercakap. Sbb suara aku terlalu merdu untuk diperdengarkan. Mwehehe. Kau suka ya? Nanti aku buat karangan panjang2 lagi menyemak entry kau ya! :D

      Delete
  26. amboi akak busy-busy pun berjela tulis entry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la. Akak sentiasa taep lebih muka surat. Erk! Hahaha :D

      Delete
  27. Replies
    1. Err Hans. Kau dah komen la kat atas tu. Lupa ek? Hehehe :D

      Delete
  28. aku pulak suka komen yang pendek-pendek. kalo kat hp memang tahap membazir la. kadang-kadang orang belum reply aku akan hantar lagi soalan pendek. hua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err untuk komen yg ini aku rasa tak la pendek sgt. Just nice je aku rasa :D In fact, aku rasa komen terlalu panjang cam yg biasa aku buat tu cam menyemak je untuk utk dibaca #_#

      Kalau kat hp, err pastu mesti org yg nak reply sms kau tu jadi pening. Satu belum balas, dah datang soalan laen. Hahaha!

      Delete
  29. aku dah komen sini tapi mak aku paksa komen lagi.mincik ahhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhhh aku pun mincik kau komen kat sini lagi. Grrrrr. Bwahaha!

      Delete
  30. muehehe~ mcm hana juge la kiranya. kalau ckp menulis ni berjela-jela. Tp kalau ckp depan malu pulak. Hehe~ sbb tu Hana prefer msg dr call. Kalau kwn2 call Hana tak angkat. Lepas tu msg dia balik. Hoho. Kalau byk msg rasanya baik pakai plan prepaid kot. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau yg kawan call taknak angkat, biasanya sbb memang malas nak bercakap ngan dea. Lama sket pastu baru sms dea, then cakap la sory tadi tak pasan ke apa ke. Hehehe. Better pakai prepaid ek? -_-

      Delete
  31. errr ko tak kesian ke kat aku asyik komen entry yang sama je?huahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kasik kau dua pilihan je. Kau nak pelempang ke nak penendang? Grrrrrrr :P

      Delete
  32. jadi kau kena la belajar jimat2 sms..
    tapi tgk bil kau tu mahal jugak sms utk other operator..15sen sekeping..pakai prepaid 6 sen je..

    hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp! Kena r blaja jimat tapi aku taktau boleh ke tak. Hehe. Eh, yeke prepaid cuma 6 sen? Tu laa sebenanye aku pelik gak. 15 sen ni macam rate dulu2 je kan? Skang ni bukan dah murah ke? Aku memang ada terpikir cam nak pakai prepaid semula je -_-

      Delete
  33. salam sis, pertama sekali mohon ampun maaf lama sangat tak datang. kita pun baru mula nak aktif balik, tapi entah kenapa macam blog sekarang macam tak syok, tak macam tahun lepas. hmm. haha sesi luah kan emosi pulak.
    sis komen panjang tak semua, tengok juga pada keadaan dan entri tu. dah kalau cite pasal pakwe makwe semua, haku nak membebel apa ye dak. haha.
    hee kita pun suka taip full, tak suka shortform. lagi2 student Office, sebab menaip pun penuh so dah jadi kebiasaan nak semua full. ok, ada masa nanti datang blog kita tau babai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Sis! Memang dah lama tak nampak. Lama betul bercuti. So, welcome back! Lepas ni selalu2 update taw! :D

      Insyaallah nanti datang. Tapi kasik masa siket ey? Banyak blog nak kena cover ni -_-

      Delete
  34. haha... ain suka bila akak komen kat blog sape2. Satu komen akak= satu entri ain. :P keep it up. Ain tak tau nak cakap apa bila nak komen panjang-panjang kat entri orang lain. he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk! Mana ada. Entry Ain pun panjang jugak apa. Takde la pendek sangat. Sengaja lettew nak membahan akak ey? Hahaha!

      Err err persoalannya kat blog sape2 tu blog sape Ain? :P

      Delete
  35. yah..baca tajuk gua ingat lu PMS..isk.ilusi sungguh mata gua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Kalau PMS agak2 apa la yg aku nak cite sampai 5 perenggan kan? Hahaha!

      Delete

Shout Your Quotes