21 Dec 2011

44 Kg


Dear my Lovepediary,

Minggu lepas, pergi specialist untuk dapatkan konsultansi kesehatan. Saat itu juga aku baru tahu weight aku sekarang sudah 44kg. Seumur hidup ini adalah paling berat. Then bangga sekejap. Aku bukan lagi si kurus dulu yang cuma punyai berat badan tidak sampai pun 40kg (before berkahwen). Tapi bila dalam consultation session, doctor bilang memang weight cuma 44kg tapi metabolisme dalam badan macam orang gemuk. Err.. Bangga tadi kemudian hilang.

Shock! Seumur hidup tidak pernah rasa dibelenggu dengan perasaan menjadi orang gemuk. Aku adalah antara orang yang tidak pernah alami dilema bagaimana mahu kuruskan badan sebelum ini, sebab badan memang dah terlalu kurus. Runsing bagaimana mahu gemuk ada lah. Dulu-dulu paling berat dan senang haty pun pernah capai adalah 42.5kg. Zaman study. Itu yang paling berat. Waktu itu berat sudah melebihi 40kg pun sudah bangga. Tapi bila belek semula foto waktu itu, memang bulat. Tembam. Err.. Lupakan.

Okeyy. Then doctor bilang menaekkan berat bukanlah cuma dengan makan, makan, dan makan. Tapi perlulah balance dengan berat tulang, juga muscle. Then doctor advised, rajen-rajenlah exercise!

Exercise. Okeyy, exercise. Aku merupakan orang yang bukan type sukakan exercise. Sejak sekolah memang really not good in sport. Aku memang type yang tidak aktif, alasannya memang tiada bakat in sport. Bukan tidak cuba, tapi rasa macam malu sendiry bila bayangkan aksi tubuh badan aku berlari, berolahraga, membaling dan menangkap bola. Bayangkan saja orang yang tidak aktif. And seriously aku seorang yang takut bola. Tunduk malu. Then, macam mana mahu bersukan? 

That's why, that's why and that's why, as aku mentioned tadi, aku bukan type yang exercise dan bersukan ni. That's why jugalah tenaga pun tidak seberapa macam orang tak cukup makan. Sudahlah dulu-dulu tidak kuat makan, tidak aktif pula. Now mungkin sudah cukup makan tapi tak cukup exercise pula. Resultnya sama sahaja. Aku maseh seorang yang orang lihat pun sudah tahu tidak cukup tenaga. Tunduk malu lagi.

So, hendak tak hendak, now aku perlu juga ada kesedaran tentang kepentingan exercise. Actually, since dulu memang sudah tahu exercise ni penting. Tapi memang susah bercakap dengan orang yang berat tulang ni. Err.. bukan mempunyai tulang yang berat, tapi berat tulang! So jawapan kepada exercise memang sentiasa 'NO'! Malas, malas dan malas.

Tapi disebabkan sudah kena brainwash dengan doctor, then hendak tak hendak perlulah mula sedar. Until bila mahu berdegil? Sebenarnya ada juga google beberapa tips untuk tingkatkan metabolisme dalam badan. Tapi mengikut saranan doctor kepada aku cuma satu, rajen-rajenlah exercise. Aku fikir betul juga. Aku bukan mahu diet, mahu kurus seperti yang didilemakan oleh most of girlfriends. Aku perlu tambahkan tenaga dalam badan sebenarnya. 

Mungkin semaken badan berisi, semaken badan ini lemah dan tidak bertenaga sebenarnya, bukannya maken kuat. Sebab daripada foods yang dimakan everyday, cuma berapa percent sahaja yang diproses menjadi tenaga, selebihnya cuma lemak-lemak berlebihan yang tidak perlu dan harus dibuang dan dibakar. Bukan itu sahaja, tenaga melalui foods sahaja tidak cukup. Kekuatan tulang dan muscle juga perlu dititikberatkan. Barulah badan ada tenaga untuk buat kerja-kerja yang agak berat sedikit. 

Apa yang aku cuba usul dan highlightkan adalah bagaimanapun situasinya, exercise itu penting! If alasannya sebuk dan tiada masa, sebab sebuklah then exercise itu lebih perlu. When badan lebih sehat, barulah cukup tenaga untuk buat kerja yang banyak tu. Rajen-rajenlah exercise demi menjaga kesehatan tubuh badan dan mendapatkan tenaga yang cukup untuk jalani activity harian. 

Exercise bukan sahaja untuk orang-orang yang berbadan besar dan mahu kurus. Purpose exercise itu secara amnya adalah untuk membakar kalori, membuang lemak-lemak berlebihan di dalam badan, melancarkan pengaliran darah, membantu jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat and etc. 

Dan sebagaimana saranan doctor kepada aku, exerciselah untuk balancekan berat badan dan kekuatan tulang dan juga muscle. Pokoknya, exerciselah untuk lebih sehat.

Aku sendiry tidak sangka aku sudah perlu risaw tentang masalah berat badan. Bukan masalah berat badan sebenarnya, tapi masalah kesehatan badan. Baru 44kg. Err.. Terngiang semula semburan doctor itu hary, memang weight cuma 44kg tapi metabolisme dalam badan macam orang gemuk! Errr..

Okeyy, orang kurus or tidak berapa gemuk tidak semestinya tidak perlu exercise. Remember, exercise bukan sahaja untuk menjadi kurus, tapi untuk kesehatan. Orang gemuk mungkin perlu exercise untuk kurus dan lebih sehat. Orang kurus pula mungkin perlu exercise untuk maintain kekuatan tulang dan juga muscle, juga untuk lebih sehat. Jangan fikir orang kurus tiada lemak-lemak berlebihan yang perlu dibuang. 

Kepada mereka yang berat tulang seperty aku, or yang mengatakan gemuk ataw kurus itu tidak penting, or yang maseh belum boleh sedar lagi tentang kepentingan exercise, try cari reason untuk diri sendiry why exercise itu penting. Hendak tak hendak, perlu cari reason untuk sukakan exercise. 

Cari saja apa-apa reason. Asalkan menaekkan semangat untuk exercise. Aku sudah jumpa. Bukan sahaja untuk balancekan penambahan berat badan dengan berat tulang dan muscle seperty yang aku ceritakan tadi, tapi ada purpose laen yang lebih penting untuk aku. For sure, semuanya adalah relate dengan kesehatan. Then, automatically, kita sudah menjalani gaya hidup yang sehat sebagaimana yang sepatutnya. Percayalah, exercise itu penting!

Ehem. Since dibrainwash oleh doctor tempoh hary,  then weekend yang lepas baru satu kali aku pergi ke hutan bandar untuk jogging. Err.. Maseh berat tulang!


Love & Sincere,

10 comments:

  1. kire masih kuwus lah tu...grrrr ;p

    ReplyDelete
  2. Errr.. Tapi maseh kena exercise. Malasnyaa! Heeee

    ReplyDelete
  3. wahh..kurus tuu..:)
    jogging je la..paling simple...:)
    and long term punya manfaat..:)

    ReplyDelete
  4. Untuk orang yang berat tulang, jogging tu tak simple. Hehe. Kan best if ada gym sendiry dalam umah :P

    ReplyDelete
  5. tgk kat gmbar, akak ni still mantain je.

    kalau saya naek beskal keliling umah je. miahaha

    ReplyDelete
  6. Maintain tak bererti sehat. Ecewah! Err.. Perut ni yang tak berapa nak maintain :P Ehh, if ada alat senam yang cam kayuh beskal tu pun best. Heeee

    ReplyDelete
  7. 44 je? ringannye..saye berat err..malu lak nak bagitau..T_T

    exercise memang perlu untuk semua org demi kesehatan..buat kerja-kerja di rumah pun boleh consider exercise jugak tau..macam sapu sampah etc..rajin2 bersenam oke..^_^

    ReplyDelete
  8. Err.. Saya tidak tinggi so tableh berat2 sangat. Nanty bentuk fizikal akan pelik. 44kg tu kira dah berat. Heheh.

    Err.. Err.. Nampak sangat saya ni buat kerja2 rumah pun tak rajen. Hehe. Err..

    ReplyDelete
  9. erkk..ko biar betik makcik..pesal apa ko ringan sangat..tengok macam chubby je..hahaha..

    ReplyDelete
  10. Ringan ke? Err tulang aku ringan kut. Kahkah! Err ntah bila ntah kau tengok aku boleh nampak chubby tu. Ahaha!

    ReplyDelete

Shout Your Quotes