9 Dec 2011

Bukan Orang Penting


Dear my Lovepediary,

Aku sedar aku bukan orang penting. Ada dan tiadanya aku tiada beza. Aku cuma diperlukan saat sudah tidak ada pilihan yang laen. Aku adalah pilihan terakhir.

Aku sedar aku bukan orang penting. Bila ada dea, kau pinggir aku. Bila tiada dea, baru kau cari aku. Bila kau bosan, kau cari dea. Selepas itu baru kau cari aku. Bila kau mahu ketawa, kau cari dea. Bila kau mahu menangis, baru kau cari aku.

Kau beritahu dea. Banyak kau tak beritahu aku. Kau beritahu aku. Tapi hal itu sudah terlalu lama dea kau beritahu.

Aku sedar aku bukan orang penting. Kewujudan aku, haty aku, perasaan aku, semuanya tidak penting pada kau. Tidak pernah kau ambil tahu. Tidak pernah kau ambil pusing.

Aku sedar aku bukan orang penting. Tapi jangan guris haty aku. Mungkin kau tidak sedar. Tapi hakikatnya aku memang terluka, terguris, tercarik haty aku dengan perbuatan kau.

Maaf memang aku pernah lukakan haty kau juga. Tapi seingat aku cuma sekali. Sebab waktu itu aku marah kau semacam cuba pergunakan kelemahan aku. Aku kecewa. Tapi selepas itu aku menyesal. Sungguh. Aku rasa aku tak pernah buat lagi. Sebab aku betul-betul menyesal.

Tapi kau banyak kali kecewakan aku. Mungkin pada fikiran kau aku tak dapat baca. Mungkin pada kau itu tak memberi makna apa-apa. Mungkin kau fikir aku buta. Tidak. Aku cuma pura-pura tidak melihat. Sebab aku cuba tepis semua perasaan bodoh semacam ini. Tapi kau kecewakan aku lagi. Pada satu situasi hal itu tak dapat ditutup lagi. Aku semaken sedar aku bukan orang penting.

Mungkin, tanpa aku sedar aku juga sudah kecewakan kau banyak kali. Mungkin. Sebenarnya kadang-kadang aku sedar, tapi semuanya di luar kemahuan dan kehendak aku. Tapi kau seperty tiada perasaan saket haty atau terlalu kecewa terhadap aku waktu itu. Aku jangka kau faham aku. Mungkin kau sudah maafkan aku sebab kau benar-benar faham situasi aku. Tapi itu yang aku fikir. Mungkin juga kau sembunyikan perasaan marah dan kecewa kau. Jika benar, maaf. Atau aku saja yang terlalu sensitif?

Tapi jika ada pun, kecewa kau dan kecewa aku laen. (Egois). Kecewa aku, aku merasakan aku bukan orang penting. Aku memang tidak pandai menjadi hebat di mata kau. Tapi sekurang-kurangnya jagalah perasaan aku. Kenapa aku perlu kesahkan semua ini? Mungkin relationship kita penting. Atau, mungkin kau agak penting bagi aku. Luluh.

Jika aku memang pernah kecewakan kau, maaf. Tapi aku yakin kau tidak pernah rasa kecewa seperty aku. Egois lagi. Bukan maksud aku siapa yang lebih kecewa siapa yang kurang. Tapi kecewa seperty aku memang melelahkan. Aku sudah rasa. Saket. Aku yakin, jika kau kecewa pun, kau ada dea. Jika aku kecewa, aku ada siapa? Aku cuma diam. Kau ataw dea memang ada. Tapi aku rasakan seperty tiada. Jadi, aku cuma diam.

Hujung-hujungnya, aku memilih untuk diam. Jangan salahkan aku.

Tapi, mungkin juga kau tak perasan pun aku cuba diam. Sebab aku bukan orang penting.


Love & Sincere,

6 comments:

  1. Yeay,dah boleh comments. Aku jua bukan orang penting tetapi aku penting pada diri ku sendiri. ;p

    ReplyDelete
  2. Haah Ain. Ayat kauuuu, sungguh motivasi. Boleh nanges! Haha. Tak penting bagaimana orang laen menganggap kita, yang penting penghargaan kita pada diri sendiri kan? :)

    ReplyDelete
  3. Tu betul Liya...So,jangan fikir apa orang anggap kita tapi kita cuba jangan buat salah dgn org lain. Nanti susah nak jawab kat sana..;p

    ReplyDelete
  4. Tapi, bila orang tu agak penting, kita susah nak avoid perasaan2 macam ni. Perasaan bodoh yang biasa Ain. Sket lagik lupa laa. Hehe. Yurp2! Cuba jangan buat salah dengan orang laen. Mesty cuba kan? Heeeee

    ReplyDelete
  5. Kau ni..jangan taip macam tu..sedih pulak aku baca...:|

    ReplyDelete
  6. Waktu ni memang aku taep dalam keadaan sedih. Tapi biar betul kau boleh rasa kesedihannya? Kau saje bagi aku semangat kan? Thank you Sifu! Kehkeh :D

    ReplyDelete

Shout Your Quotes