Dear my Lovepediary,
Merancang kehidupan tidak mudah, apa lagi mahu merealisasi impian. Kita mampu berangan-angan, realitynya belum tentu mampu digapai.
Aku mahu mempercepat masa. Aku mahu menutup mata, berhenti berfikir buat seketika. Dan apabila aku terjaga, aku mahu lihat segalanya berubah. Aku sudah bangun dengan jiwa berani. Aku mahu bangun dengan aku yang baru.
Aku dikejutkan dengan alarm yang berbunyi, dan aku tahu aku bukan bermimpi. Segala yang berlaku adalah reality. Aku tidak boleh terus berdiam, tidak boleh terus meratap seolah hidup telah berlaku tidak adil terhadap aku. Tidak boleh. Sukar atau mudah aku perlu bangkit. Aku perlu juga menjalani hidup. Cukuplah dengan segala lelah dan keperitan yang sudah lepas. Hidup perlukan kekuatan. Hidup menuntut kesabaran yang lebih daripada yang normal.
Aku mula berjalan perlahan-lahan. Terasa berat kaki melangkah. Kerna setiap langkah terasa bagai memijak duri yang tajam. Bagai berjalan di atas bara api, bagai berjalan di atas pecahan kaca.
Kenapa aku ini? Memang waktu lepas ada yang hitam, memang masa hadapan menakutkan. Tapi aku tidak boleh biar kegelisahan semalam menerbit kegusaran untuk bertemu hary esok. Aku sedar aku perlu berpijak di bumi yang nyata. Tiada guna protes pada kesukaran. Kerna, kebiasaanya tiada kejayaan yang tidak disertai kepayahan.
Kekeliruan itu normal. Kekecewaan juga normal. Biarpun luka semalam maseh terkesan, kehidupan tidak perlukan sesalan, yang ada hanyalah pelajaran. Hari kian mendewasakan. Impian maseh perlu digapai.
Persoalannya, adakah impian semalam maseh sama dengan impian pada hary ini?
Errr.. Mula kabur semula. Lupakan.
Love & Sincere,
helo..test test
ReplyDeleteJust nak share,aku pernah jatuh yang susah nak bangun melihat kejayaan kawan-kawan drpd jauh atas kesilapan aku sendiri. Tapi takde lambat atau cepat kalau kita ingin bangun. sebab nak puaskan hati sendiri,bukan org lain.
ReplyDeleteThank you Ain dengan kata2 semangat! Really appreciate it! Perasaan saat jatuh ni sukar nak describe kan? Yes, bukan soal cepat atau lambat. Tapi satu kekuatan yang luar biasa tu amat diperlukan. Samada kita jumpa atau tak jalan keluar & jumpa atau tak kehebatan yang tersembunyi dalam diri kita. Huuuuuuuu
ReplyDelete