3 Dec 2011

Lega

Dear my Lovepediary,

Alhamdulillah.

Bila sesuatu keputusan berat telah berjaya diambil dan bila sesuatu pilihan sudah dibuat. Lega. Sesudah mengkaji baek dan buruk, sesudah berfikir dalam-dalam, sesudah bertanya pandangan ramai orang, akhirnya dapat juga merasa lega. Eventhough belum dapat jawapan terhadap keputusan tersebut, sekurang-kurangnya sudah boleh pause berfikir sekejap. Satu hal sudah boleh letak ketepi dulu. 

Sekurang-kurangnya sudah make a move, sebagaimana nasehat seorang teman. Sekurang-kurangnya first step sudah terlaksana. Tinggal menunggu jawapan. Tinggal sandarkan pilihan dan keputusan tersebut kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaek buat hamba-hambaNya.

Harap-harap keputusan dan pilihan kali ini tepat. Harap-harap apa pun rintangan selepas ini dapat dihadapi dengan kuat dan tabah. Harap-harap selepas ini segala urusan dipermudahkan. Harap-harap ini titik permulaan kejayaan.

Tiada apa lagi hendak diharap. Cuma kebaikan dan keberkatan, juga pimpinan dan perlindungan daripada Allah SWT untuk meneruskan kehidupan, untuk menghadapi segala macam pancaroba dunia. Hidup memang agak sukar, tapi orang kata ada jalan untuk merasa mudah sedikit. Asalkan minta Allah tunjukkan jalannya. Asalkan sentiasa mohon petunjuk dan perlindunganNya. Asalkan ingat bahawa Allah sentiasa berada di sisi hamba-hambaNya. Allah sentiasa akan bantu jika kita mohon padaNya. Insyaallah.

Tapi sebenarnya, ada perasaan guilty yang tersembunyi di sebalek rasa lega ini. Truly berharap dapat meyakinkan semua orang terhadap keputusan kali ini. Tak apa. Nanty aku fikirkan.

Maseh perlu runsing. Tapi tidaklah serunsing dulu. Semuga jalan yang dipilih kali ini benar-benar dipermudahkan. Tapi, baru buat pilihan. Resultnya still unknown. Haih! Belum apa-apa dah nak rasa lega dan neves. 

Err.. Sebenarnya maseh perlu runsing.

Love & Sincere,

3 comments:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.org

    ReplyDelete

Shout Your Quotes